Susuk kecil tubuh itu membonceng basikalnya lalu mengayuh keluar dari rumah usangnya. Mukanya merah, bukan karna pancaran mentari zohor yang panas itu, tapi menahan malu. Basikalnya itu warisan arwah bapanya, bekas imam kampung itu. dan, dengar khabarnya ayahnya juga mewarisi basikal itu dari ayahnya. Wah, begitu berslirat susur-galr basikal ini! Sebab itulah, dia menghargai basikal ini karna keunikannya dan juga ini sahajalah tinggalan dari ibu bapanya. Tapi, umur basikal itu tenat. Asal dikayuh, berkeriut ia umpama mengerang kerana belakangnya pedih menanggung berat manusia . Keriutnya makin lama makin galak bunyinya, hinggakan ayam kampung, kerbau kampung dan juga "lembu-lembu" kampung di kedai kopi Wak Sarjo terdiam melihatnya.
Dia terberhenti di hadapan sebuah rumah agam. Serba salah dalam dirinya. Rumah itu miliknya Encik Adam, ataupun gelaran yang dicap oleh Ecnik Adam sendiri, Orang Maha Kaya. Orang Maha Kaya Adam sering mengomel dan mencerca dirinya tiap kali dia melintasi rumahnya. Bisinglah, buruklah pelbagai lagi cerca yang ditadahnya. Tidak mengapalah, surau kampungnya itu jauh dari rumah lapuknya. Amanat ayah untuk mengimarahkan surau itu sepeninggalannya tidak boleh luntur begitu sahaja, hanya kerana dengusan seorang yang bongkak!
"Hoi, orang miskin!", jerkahnya. Dia meneruskan perjalanan, memekakkan telinga. Tapi, Encik Adam tidak dapat menerima seorang miskin tidak menyahut panggilannya. lalu memekik terlolong memakinya. Dia pun memberhentikan tuntunannya.

"Orang miskin tidak sedar diri!", balas Encik Adam lalu memancutkan air hosnya, membasahkan jubah Ali. Lencun dibuatnya. Apakan daya, dirinya tidaklah sekaya Encik Adam untuk membalas. Dia meneruskan perjalanannya, Zohor hendak masuk.
Dikayuh basikalnya yang semakin galak keriutnya. Tiba di jalan besar, dia mendengar deruman motor dan gelak tawa pemuda pemudi di belakangnya. Ali beristighfar dan meneruskan perjalanan. deruman di belakang semakin liar dan dua buah motorsikal memintas basikal usangnya menyebabkan dia membelok secara spontan seraya terjatuh di atas tar jalan yang panas itu. Deraian ketawa bergema dikepalanya yang pusing itu.
"Nak kata alim, tiada serban. Nak kata tampan, tiada rupa. Nak kata kaya, basikalnya nazak. Apa guna hidupmu, Ali," sinis satu suar perempuan yang sengaja dialunkannya, menggedik. deraian ketawa lagi. Ali membatu sambil mengusap sikunya yang terkoyak itu, dek tergilis tar jalan. Zikir diratibkan di mulutnya.
"Hoi, Ali! Kau tak dengar ke apa yang makwe aku cakapkan? Ke kau pekak! Sedarlah sedikit, kau itu papa kedana. Kalau pekak, tak mampu nak beli telinga baru!", jerkah seorang pemuda yang tegap badannya, dengan sebelah tangan memeluk pinggang teman wanitanya. Matanya dibulatkan, persis ikan yang kepanasan.
Ali terus membisu. Matanya merah menahan air mata. Apalah dosanya? Adakah salah seorang miskin tinggal di kampung ini? Ayahnya tidak sekaya Encik Adam untuk membeli rumah agam. Dan ayahnya tidak sekaya ibu bapa Adli dan Fatimah, pasangan yang sering mengacaunya acap kali dia ke surau.
Dia membonceng semula basikal tuanya, lalu berkata,'Adli, miskin kaya seseorang tidak menentukan martabatnya. Tuhan itu adil Orang bongkak sombong tempatnya di api, sebagaimana kata-kata mereka membakar orang lain", katanya. Dia terus mengayuh basikalnya
Adli melolong seperti orang mabuk isim, api kemarahan meledak-ledak. Fatimah pula menjengilkan matanya dan bercekak pinggang."Berani kau Ali!!", jeritnya. Dia membonceng motorsikal lalu memecut.
Ali tidak mampu mengayuh laju, kerana jalan mendaki. Di tepi pula, ada gaung. Bahaya. dia mendengar deruman menggila di belakang, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berserah. Didorong oleh kegilaannya, Adli memecut hingga bersebelahan dengan basikal tuanya Ali, lalu menyepak basikalnya itu. Ali tidak mampu mengawal basikalnya, lalu tercampak ke dalam gaung. Adli tertawa puas.
Bertambah puas dirinya apabila gerangan Ali kedengaran dari gaung itu, memohon pertolonga. Tetapi, lama-kelamaan gerangan itu menjadi sayup dan akhirnya berhenti. Adli terasa darahnya berderau, lalu turun ke gaung. Fatimah yang berpeluh kerana mengejar kekasihnya yang meninggalkannya untuk membalas dendam pada Ali, kelihatan kaget lalu lari. Adli terkesiap melihat kaki Ali yang terpusing pada sudut yang pelik dan ditembus dengan besi karat basikalnya yang patah dek impak pelanggaran. Adli melarikan diri.
Dua minggu kemudian, sepertinya ayam kampung, kerbau kampung dan juga "lembu-lembu" kampung di gerai kopi menyedari ketiadaan Ali. Keriutan basikalnya tidak kedengaran, azan suara lunaknya pun tiada kedengaran. Bacaan tahrim dengan lenggok suaranya persis qari Arab yang membangunkan mereka pada waktu Subuh kini sepi.
Tengahari itu, ketika kebanyakan warga lelaki kampung berkumpul di kedai kopi Wak Sarjo untuk berceritera dan bergosip tentang Mek Samah yang berusia 70 tahun berkahwin lagi dengan seorang jejaka Lombok, susuk Penghulu Karim yang berpeluh memasuki gerai tersebut. Mukanya berkerut. anak-anak buahnya bertanyakan tentang apa yang merungsingkan fikirannnya. Kes orang minyakkah? Ingin berkahwin lagikah? Ataupun kalah judi? Penghulu Karim menggelengkan kepala dan bercerita. Semua orang termasuk Encik Adam dan Adli yang berada di situ tercengang.
Petang itu, usai Asar dan mega merah mula kelihatan di ufuk menandakan waktu Maghrib hampir tiba, penduduk kampung berkumpul di hadapan rumah usang milik Imam Jamil, ayahnya Ali. Mereka membawa sekali bersama mereka sebuah basikal berwarna hijau yang baru, hasil kutipan derma oleh penduduk kampung. Encik Adam dan Adli tidak teragak-agak untuk menjadi penyumbang terbesar. Kafarah dosa, kata mereka.
Penghulu Karim menghulurkan salam, tetapi tidak dijawab. 3 kali salam dilontar, tapi bunyi unggas malam yang menjawab kembali. Mereka memandang muka antara satu sama lain dengan raut wajah yang mencuka dan kesal, lalu berpaling untuk balik ke rumah maisng-masing, dengan perasaan bersalah yang bebruku di hati.
Ketika itulah, pintu usang terkuak di belakang. Spontan, penduduk kampung memalingkan muka. Bunyi tongkat kedengaran. Encik Adam membulatkan matanya, lalu menangis. Fatimah terduduk seraya meraup mukanya dengan sebak. Adli pula membatu, seolah-olah tidak dapat menerima hakikat.
Berjalanlah Ali dengan tongkatnya, dengan mukanya yang jernih. Terhincut-hincut dengan penuh kesakitan. Luka kakinya yang dipotong hingga paras peha masih basah dan merah, tapi tanggar amanat perlu diteruskan. dia meneruskan hincutannya ke surau.Lama-kelamaan susuk tubuh Ali yang kecil itu hilang di pandangan.
Penghulu Karim berkata kepada anak buahnya," Dulu pabila dia membonceng basikal tuanya, kita mencera. Dulu apabila dia tenang menjawab makian kita, kita menongkat dagu. Kita tindas dia. Kini, dia tidak berkaki dan dia masih menunaikan amanatnya kepada Tuhan dan pada manusia".
BONUS: SAYA SAYANG MAK SAYA:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
mintak maaf deh atas segala kekurangan...ni usaha pertama..semoga memberi manfaat..:D