Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Alhamdulillah, pada hari ini tepat seminggu ambo berada
di Kolej MARA Banting untuk persediaan ke Ireland selama 2 tahun di bawah program
International Baccalaureate. Memandangkan kami baru sahaja menamatkan orientasi
kami (yang disingkatkan), waktu masih lapang dan kosong yang dapat ambo curi
untuk menulis post ini. Pada hari-hari mendatang, mungkin masa untuk menulis
dipendekkan, kerana seperti semua maklum program IB ini merupakan antara
program foundation yang paling sukar, kerana ianya bukan
berbentuk exam-orientated sebaliknya
menumpukan kepada usaha untuk menjadikan peserta program ini menjadi manusia
yang holistic.
Huhu, bunyinya memang nampak gah..Tetapi, berdasarkan
cerita-cerita senior di sini, keadaan mereka seperti “air di paras hidung”..Hmm, there’s only one way to know, which is
survive this programme..:)
Baiklah, post ini sekali lagi merupakan slot terbaru
dalam blog ambo yang sederhana ini. Slot Aqidah Injection bahagian terakhir,
ambo berhajat untuk post selepas Eidul Fitri, In sha Allah. Slot ini dinamakan
sebagai Exposing Syiah, merupakan buh idea daripada sahabat ambo yang
bersungguh-sungguh untuk mengetahui tentang taifah yang menyimpang ini.
Untuk mengalahkan musuh, anda perlu duduk bersama mereka
dan melihat, bahagian mana yang goyah di dalam pakaian besinya.
Slot Exposing Syiah ini terbahagi kepada tiga bahagian,
dalam Bahasa Melayu in sha Allah sebab tiada masa cukup untuk tulis dalam
Bahasa Inggeris..Haha..:D
Bahagian 1: Pembahagian Fikrah Syiah
Bahagian 2(a): Menjawab Iktikad Syiah
Bahagian 2(b): Menjawab Iktikad Syiah II
Bahagian 2(c): Attachments
Maka, Bismillahirrahmanirrahim..:)
PEMBAHAGIAN FIKRAH SYIAH
Menurut kitab Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah karangan KH
Sirajuddin Abbas, golongan Syiah telah berpecah kepada 22 golongan;
1. Syiah Sabaiyah;
Syiah pengikut Abdullah bin Saba’. Golongan ini merupakan
golongan Syiah yang “ghulat”, ertinya Syiah yang melampau, berlebih-lebihan
dalam mempercayai bahawa Rasulullah akan kembali ke dunia seperti Nabi Isa,
bahawa Saidina Ali belum mati tetapi bersembunyi dan akan lahir ke dunia
kembali. Bahawa Jibril tersalah menurunkan wahyu yang seharusnya kepada Ali
tetapi diberikan kepada Muhammad, petir dan kilat merupakan suara Saidina Ali
yang sedang marah, bahawa roh Tuhan turun kepada Ali dan lain-lain iktikad yang
ganjil.

2. Syiah Kaisaniyah;
Syiah pengikut Mukhtar bin Ubai bin as-Saqaf. Golongan
ini tidak mempercayai adanya roh Tuhan di dalam tubuh Ali tetapi mereka
mempercayai bahawa Imam-Imam Syiah kesemuanya maksum.(diampunkan dosa dulu,
kini dan selamanya)
3. Syiah Imamiyah;
Golongan Syiah yang mempercayai kepada Imam-Imam Syiah
telah ditunjuk langsung oleh Rasulullah iaitu Saidina Ali sehingga 12
keturunannya. Syiah jenis ini yang merupakan majority di Iran. Syiah Imamiyah
ini percaya kepada Imam Pertama iaitu Saidina Ali dan yang ke 12 iaitu
al-Mahdi, akan muncul pada akhir zaman.
4. Syiah Ismailiyah;
Syiah yang mempercayai hanya 7 imam (Imamiyah 12 imam)
iaitu yang pertama ialah Saidina Ali dan yang terakhirnya ialah Ismail bin
Jaafar al-Sadiq yang lenyap dan akan keluar pada akhir zaman. Syiah jenis ini
banyak terdapat di Pakistan.
5. Syiah Zaidiyah;
Syiah pengikut Imam Zaid bin Ali bin Husein bin Ali bin
Abi Talib. Syiah Zaidiyah ini banyak terdapat di Yaman. Syiah ini ialah Syiah
sederhana, bukan ghulat. Mereka tidak mengkafirkan Saidina Abu Bakar, Umar dan
Uthman tetapi berkeyakinan bahawa Saidina Ali lebih mulia daripada mereka.
Mereka juga beriktikad bahawa orang Muslim yang mengerjakan dosa besar, yang
mati sebelum bertaubat, dikira sebagai kafir dan kekal dalam neraka.
6. Syiah Qaramithah;
Syiah yang suka menafsirkan Quran sesuka hati mereka
sahaja. Mereka mengatakan bahawa alaikat-malaikat adalah mubaligh mereka,
syaitan-syaitan adalah musuh mereka, solat hanya dikira jika menganuti agama
mereka, haji itu ialah ziarah ke makam-makam Imam, puasa itu ialah dengan tidak
membuka rahsia Imam, orang-orang yang mengetahui Ali sedalam-dalamnya tidak
perlu bersolat, berpuasa dan lain-lain ibadat.
Pendek kata, sesedap hati mereka saja..>:(
Untuk membaca lebih lanjut kesesatan Qaramithah, klik sini
Maka, inilah bahagian-bahagian Syiah yang disebutkan
secara ringkas….Nantikan pembongkaran tembelang mereka satu
persatu..Wallahualam..:D