Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, huraian saya tentang gelombang serangan Yakjuj dan Makjuj kini sudah sampai ke gelombang yang kedua iaitu serangan di Timur Tengah. Namun begitu, sebelum kita menyambung pengembaraan merentas zaman demi mencari identiti Yakjuj dan Makjuj ini, amat molek untuk saya menarik minat anda yang mungkin sudah bosan dengan analisa panjang dan mengelirukan dari saya. Oleh itu, tajuk huraian saya pada kali ini adalah, Lima Kriteria Yakjuj dan Makjuj: Di manakah mereka sekarang ini? (Dipetik dari kitab Yakjuj dan Makjuj II karangan Muhammad Alexander).
Pada bahagian pertama kita sudah mengetahui bahawa keturunaan Yafits bin Nuh iaitu keturunan Yakjuj dan Makjuj berhijrah ke kawasan utara Pergunungan Kaukasus. Namun begitu, kita belum mengetahui secara spesifik kawasan-kawasan utara Pergunungan Kaukasus. Negara-negara yang buat masa ini yang berada di utara banjaran semulajadi tembok penahan Yakjuj dan Makjuj adalahEropah,Rusia, Siberia, Poland, Jerman, Ukraine, Kazakhstan, Romania dan Kazahkstan.Negara-negara yang disebut adalah keturunan Yakjuj dan Makjuj secara genetik, tetapi kebanyakan dari negara-negara tersebut sudah bertamadun dan tidak lagi mengganas.
Oleh itu, kita tidak boleh bersikap prejudis ke atas mereka dengan cara memulaukan mereka atas dasar mereka adalah Yakjuj dan Makjuj. Perlu diingatkan bahawa penduduk Eropah adalah anatara benua yang paling pesat dalam segi pertambahan umat Islam.Oleh itu, mereka (penduduk utara) tidaklah menjadi kaum Yakjuj dan Makjuj yang disebut dalam al-Quran selagi mereka tidak memenuhi lima kriteria, iaitu;
- Lokasi; Yakjuj dan Makjuj berada di sebelah utara pergunungan banjaran semula jadi
- Genetik: Suku-suku bangsa Scythia Eropah (Alan, Magyar,Cimmeria, Hun,Aryanomad dan Khazar)dan suku-suku Scythia Asiatik (Mongol, Tartar dan Xiongnu).
- Agama; Suku bangsa dari utara yang tidak menyembah Allah.
- Tamadun; Suku bangsa utara yang berpola hidup nomad
- Keluarnya mereka dengan berbuat kerosakan besar
Itulah lima kriteria bangsa Yakjuj dan makjuj. Untuk memberi kefahaman yang lebih dalam, kami akan memberikan contoh. Penduduk utara seperti bangsa Jerman memenuhi tiga syarat daripada lima yang dinyatakan, iaitu mereka berada di lokasi utara, mereka bergenetikkan Yakjuj dan makjuj (mereka adalah dari suku Khazar dan Arya) dan mereka tidak menyembah Allah (agama Kristian tidak kira menyembah Allah, kerana sudah lari dari suruhan Allah yang benar). Oleh itu, mereka bukanlah bangsa yakjuj dan Makjuj yang akan kembali mengganas pada akhir zaman nanti.
Islam di Chechnya |
Sama juga seperti penduduk Kazakhstan dan Chechnya. mereka berada di utara, dan bergenetikkan bangsa Yakjuj dan Makjuj. Tetapi, mereka sudah memeluk agama Islam, sudah hidup menetap dan tidak lagi menyamun dan merompak. Oleh itu, mereka adalah rakan seagama dan seakidah dengan kita, oleh itu haram bagi kita menyebut dan mencap mereka sebagai bangsa Yakjuj dan makjuj yang akan mengganas di akhir zaman nanti.
Persoalannya, jika kebanyakan dari keturunan Yakjuj dan makjuj sudah tidak memenuhi kriteria di aias, siapakah yang akan menjadi kaum Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman nanti?
Teorinya adalah dalam DNA mereka, masih tersimpan nalIuri dan sifat seperti kaum barbar Yakjuj dan Makjuj. Buktinya adalah warga Britain yang berketurunan Scythia masih mengganas di Iraq dan Afganistan sedangkan mereka sudah hidup menetap. Jadi, pada satu masa yang ditetapkan Allah, naluri dan sifat mereka akan kembali dan mereka akan menjadi bangsa nomad kembali.
Bukankah dalam hadith ada menyatakan di akhir zaman nanti, manusia akan kembali menggunakan pedang dan tombak sebagai senjata dan kuda dan gajah sebagai tunggangan? Dan bukankah mereka (suku Yakjuj dan Makjuj) adalah penunggang kuda yang terbaik di dunia? maka, amatlah logik jika akan sampai satu saat mereka akan menjadi nomad kembali. Mungkin di kawasan utara tterjadinya satu bencana besar (mungkin letupan nuklear atau peperangan) hingga menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan senjata moden dan menakluk negara lain menggunakan kuda.
Konklusinya, mungkin sesetengah dari kita akan mengatkan," Oh, masa untuk mereka kembali lama lagi!'. Apa yang kami mampu katakan adalah," Wahai temanku, teruskan menunggu. Mereka tidak menunggu kamu untuk mempercayai kewujudan mereka. Malahan, mereka sudah mula mengganas! WWahai, manusia yang buta dan jahil, teruskan menunggu! Sesungguhnya janji Allah itu benar!!!'.
Tidak sedarkah kalian, mereka sudah mula mengganas? Lihatlah, sejarah berulang kembali..Dulunya kerajaan di Timur tengah seperti Assyria dan Jerusalem, sudah diserang dan kini angkatan Yakjuj dan Makjuj sudah tiba!!! Mereka menyerang Afghanistan, Iraq dan Palestin. Mereka melakukan apa yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu, iaitu membunuh orang0orang yang tidak berdosa!!! Adakah anda masih menunggu kemunculan mereka? SEDARLAH, SEDARLAH, mereka hampir muncul, seperti seekor harimau, mereka mengeluarkan kukunya dulu sebelum menerkam!!
Renung-renunglah!!!!
No comments:
Post a Comment