Saturday, 22 October 2011

Diari al-Mamluk (Pengalaman Pertama, ASAT)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin..Setelah sekian lamatidak meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini, akhirnya masa ini yang lapang untuk menulis post baru. Alhamdulillah juga, pada hari Rabu bertarikh 12 Oktober saya dijemput untuk memberikan ceramah di Sekolah Menengah Seri Saujana di hadapan lebih kurang 200 orang pelajar Tingkatan 3. Tajuk yang dibawa oleh saya ialah "Remaja Muslim Harapan Negara". Untuk mengelakkan mereka kebosanan, saya telah menyediakan video-video yng berkaitan dengan tajuk. Alhamdulillah, saya mendapat respons yang positif daripada pihak guru dan pihak murid juga.

Dulunya,saya bersekolah rendah di kawasan Seri Petaling. Tetapi, apabila memasuki zaman persekolahan menengah, saya berpindah ke Seri Bintang Selatan dan menetap di Asrama Kompleks Seri Bintang.  Jadi, kawan-kawan lama yang sudah tiga tahun tidak berjumpa, kini bersua kembali. Inilah keindahan dan kecantikan Islam, walaupun sejauh mana kita berada, di Greenland ataupun antartika sekalipun, persaudaraan antara rakan seIslam tetap utuh.Lebih menakjubkan, kamimenjadi ramah dengan hanya berjabat tangan. Agaknya, inilah hikmah di sebalik anjuran rasulullah untuk bersalaman apabila bertemu.

Paparan di atas merupakan wallpaper yang digunakan ketika ceramah tersebut. Design yang amat cantik,simplistik dan juga unik ini merupakan hasil tangan Amirul Mukminin Arib Ismail yang begitu berjasa dalam perkembangan dakwah saya. Malahan, saya mungkin tidak berani untuk ke depan jika beliau tidak menggalakkan saya suatu ketika dulu.  Abang Arib, anda terbaik!!! Bagi saya, Abang Arib adalah seorang revolusioner yang setaraf dengan Hasan al-Banna dan tokoh Islam lain seperti Ismail Haniyyeh (HAMAS), yang begitu memperjuangkan Islam. Apapun,saya ingin mengucapkan berjuta-juta minta maaf kerana menyusahkan abang untuk membikin wallpaper ini. Untuk pengetahuan anda, Abang Arib dan rakan-rakannya  akan menduduki SPM tahun ini. Oleh itu,marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan beliau..Amin...


Masya-Allah, tidak pernah saya sangka bahawa dakwah akan berkembang sampai begini sekali. Alhamdulillah, ni merupakan nikmat Allah tetapi bukan untuk saya, sebaliknya untuk  semua orang. Saya rasa sudah cukup  lama umat Islamtertidur lena, inilah masanya untuk bangkit kembali. Ya Allah, tetapkanlah hatiku agar niatku tidak akan terpesong. Niatku adalah untuk  menyedarkan seluruh umat Islam dari lenanya dan membina kembali  tamadun kita yang dimusnahkan dahulu. Insya-Allah, kita boleh!!!

Apapun,sekalung penghargaan kepada pihak sekolah Seri Bintang Selatan, terutamanya Puan Pengetua, Cikgu Solahudin, Ustazah Salehah dan Cikgu Syukri..Terima  kasih juga kepada pihak SMK Seri Saujana yang sudi menjemput saya. Tidak dilupakan, jutaan terimakasih ditujukan kepada pelajar AKSB yang telah banyak  menokong saya..ANDA TERBAIK!!! Insya-Allah, kemana jua kaki ini melangkah, tidakkan ku lupakan asal-usulku yang bermula di AKSB..Asrama ini telah melahirkanku dan menggilapku menjadi sebutir bintang yang bercahaya.. Jadi, sesiapa nak jadi bintang yang bercahaya, silalah masuk ke dalam AKSB..Apap-apa maklumat lanjut, boleh buka Laman Web Portal AKSB  di..www.portalaksb.blogspot.com.

ASAT juga berlangsung pada 16 dan 15 Oktober 2011. Saya membuat keputusan untuk memasuki Pertandingan Bahas Ala Parlimen. Rakan sepasukan yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang bersma-sama berjuang ialah Alisya Jan, Diyanah Rosdi dan Wardati Nabiha. Walaupun, tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bahas, saya tetap diberi kepercayaan untuk menyandang portfolio Menteri atau Pembangkang Ketiga. Sungguh gemuruh rasanya!!!

Hari pertandingan sudah tiba. tiada guna untuk lari lagi. Pada pusingan pertama, kami sepatutnya beradu dengan Asrama 1 Malaysia namun mereka menarik diri pada saat-saat terakhir. Sudah tentu berita ini menaikkan semangat kem pasukan Bahas Aksb. Kemudiannya, kami bertemu dengan Pasukan Bahas Victoria Institutions yang dianggotai oleh barisan Pembangkang yang berkredibilit, namun akhirnya dengan sedikit kesukaran, kami berjaya memenangi  pusingan ini. Secara otomatis, kami melaykkan diri ke peringkat suku akhir.. Alhamdulillah..Namun,pada keesokan harinya, kami telah bertemu dengan SMAKL yang merupakan sebuah pasukan pilihan dan tajuk tidak menyebelahi kami. Apapun, tiada guna melarikan diri sebelum pertempuran bermula..

Matahari yang menyinar menandakan permulaan perjuangan kami. Lasykar perkasa AKSB meneruskan perjuangannya. Pada hari Ahad, pasukan atau kontigen yang meneruskan perjuagan ialah pasuan Bahas, Bola Tampar Lelaki, Nasyid dan Nyanyian Solo. Kem AKSB digembirakn dengan keputusan Catur Lelaki yang memenangi tempat Kedua dan Pasukan Choral Speaking juga berjaya meraih tempat Kedua. Syabas!!

Walaupun tajuk tidak menyebelahi kami, kami tetap juga meneruskan perjuangan..Tetapi, apakan daya, kecundang jua..Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan maaf kepada rakan sepasukan dan Cikgu Asyikin yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga..Insya-Allah, tahun depan AKSB akan naik podium..Amin..

Sekian sahaja, coretan al-Mamluk kali ini....Insya-Allah, jikalau diberi kesempatan, kita akan bertemu lagi di lembaran seterusnya..Wassalam...

No comments:

Post a Comment