Pertama-tamanya, mari kita mengucapkan "Alhamdulillahi rabbil alamin" kerana kita diberi kemudahan oleh Allah untuk lahir dan hidup di negara yang aman damai, berbanding dengan saudara-saudara kita di tempat-tempat lain, di Palestin, Afghanistan, Iraq, Bosnia dan pelbagai tempat lagi ditembak dan dibunuh. Walaupun kita berlainan bangsa dan negara, mereka tetap saudara kita kerana Islam menyatakan bahawa setiap orang yang mengucapkan "La ilaha illallah Muhammadur rasulullah" itu sebagai saudara kita.
Kemudian, renungilah, apabila seekor haiwan, kucing atau selainnya diseksa, dipotong kakinya, maka bangkitlah pelbagai pihak menyelar perbuatan tersebut. Malahan, seluruh warganegara tidak mengira lapisan usia dan agama bangkit menentang perbuatan itu. Tetapi, mengapakah apabila berjuta-juta rakyat Iraq dibunuh setiap tahun, tidak meraih simpati oleh kita. Adakah nilai seekor kucing lebih berharga dari nyawa berjuta-juta manusia? Inilah kenyataan dunia akhir zaman, di mana manusia suka menutup mata dan tunduk kepada kekejaman. Abu Ali ad-Daqqaq pernah mengatakan," Barangsiapa yang senyap ketika berlakunya kemungkaran, maka dia ialah syaitan bisu". Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai manusia yang berkakhlak buruk di dunia ini, kerana mereka sudah dijadikan syaitan bisu kerana terus-menerus membutakan diri sendiri.
Baiklah, untuk kali ini ambe tidak menampilkan kekejaman Amerika dan sekutunya kepada Iraq yang menyentuh perkara-perkara yang susah difahami, maka ambe akan menonjolkan kesadisan Amerika melalui satu taktik kotor yang digunakan oleh mereka untuk mentyeksa dan membunuh secara perlahan rakyat negara yang ingin ditakluki. Cara ini merupakan cara popular yang digunakan ke atas Palestin dan Iraq,iaitu sekatan ekonomi ataupun economic sanctions...Maklumat di bawah diperoleh dari risalah yang diperoleh di Pameran "War Is A Crime" bertajuk "Expore War Crimes: Criminalise War"...
Sekatan ekonomi ke atas Iraq telah dikuatkuasakan oleh Majlis Kelselamatan PBB pada 1990. Walaubagaimanapun, sekatan ekonomi tersbut telah melanggar apa yang terkandung dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa lain. Impak skeatan ekonomi tersebut ke atas PBB amat membinasakan rakyat Iraq.
Para pengkiritk telah mengatakan ratusan ribu rakyat Iraq, kebanyakannya kanak-kanak mati disebabkan sekatan ekonomi tersebut. UNICEF telah menjangkakan kematian kanak-kanak Iraq sebanyak 500,000. Punca kematian disebabkan kekurangan bekalan ubatan, malnutrisi dan penyakit yang disebabkan kekurangan air bersih.
Pada 10 Mei tahun 1996, Madeline Albright, Duta AS ke PBB muncul dalam rancangan 60 Minutes. Beliau mengeluarkan angka sebanyak setengah juta kanak-kanak bawah umur 5 mati disebabkan sekatan ekonomi tersebut. Tidak tersentuh dengan angka tersebut, beliau berkata," Kami rasa harga ini berbaloi.."
Ambe menampilkan barangan yang dilarang bawa masuk ke dalam Iraq semasa sekatan tersebut, dan keperluan barang-barang tersebut akan ditanda dengan warna bergantung kepada keperluan barang tersebut oleh rakyat Iraq. Anda akan terkejut barangan yang sangat diperlukan oleh rakyat Iraq banyak disekat...
BARANGAN YANG DISEKAT
- BAHAN RACUN PERTANIAN
- SEMUA PERALATAN ELETRIK
- SEMUA BAHAN PEMBINAAN
- AMBULANS
- MAKANAN BAYI
- RAKET BADMINTON
- BANDAGE
- SELIMUT
- BUT
- CANNULAS UNTUK INTRAVENOUS
- BASIKAL KANAK-KANAK
- PAKAIAN KANAK-KANAK
- KLORIN DAN SEMUA BAHAN PERAWATAN AIR
- KOBALT UNTUK MESIN X-RAY
- DEODOREN
- PERALATAN DIALISIS
- SARUNG TANGAN PEMBEDAHAN
- MONITOR ECG
- PEMADAM
- GAM UNTUK BUKU TEKS
- INKUBATOR
- BAHAN KULIT UNTUK KASUT
- GINCU
- JARUM SUNTIKAN
- UBAT SAWAN
- NAIL POLISH
- NOTEBOOK
- KAIN PENAPIS NILON
- TEPUNG
- PAKAIAN DEWASA
- KERTAS
- PENGASAH PENSIL
- BOLA PING PONG
- BUKU SEKOLAH
- SHAMPOO
- BAJU
- TALI KASUT
- ALATAN MENGAFAN
- SABUN
- TUALA WANITA
- SPECIFIC GRANITE SHIPMENTS
- SPECIFIC UMBILICAL CATHERERS
- STETOSKOP
- BENANG BAJU KANAK-KANAK
- TISU
- TISU TANDAS
- BERUS GIGI
- UBAT GIGI
- BANYAK LAGI ALATAN MAKANAN
- PENEBAT HABA
- PERALATAN X-RAY
- FILEM X-RAY
(Sumber: Expose War Crimes: Criminalise War pamphlet, PGPF)
Masya-Allah, kalau diperhatikan kebanyakan barang-barang yang disekat merupakan keperluan asas dan amat berbahaya jika tiada bekalan secukupnya. Malahan, sesetengah barang merupakan barang-barang yang remeh temeh yang sengaja disekat untuk menyeksa rakyat Iraq secukup-cukupnya. Cuba bayangkan, jika negara kita disekat sedemikian, berapa jutakah orang yang akan mati. Mungkin ibu bapa kita, keluarga kita ataupun rakan-rakan kita!!!
Inilah masa untuk kita bangkit dan membantah, menyelar tindakan Amerika yang bertindak sebgai Pembuli Nombor 1 Dunia..Mari kita tinggalkan segala virus ciptaan Barat yang dicipta untuk merosakkan minda kita..Allahuakbar!!