Cuti ini mungkin ambe dapat harungi dengan tabah, insya-Allah, karna mungkin diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Jadi, tidaklah hati ini sentiasa murung dan kebosanan sepanjang cuti ini.
Kepada teman-teman, luangkanlah masa cuti ini sebaiknya. Renungilah firman Allah,
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabarKita semua tidak mahu menjadi orang yang rugikan? Jadi, rancang masa anda dengan sebaiknya.
Antara aktiviti yang bakalku ceburi ialah Tomoi, Ya, tomoi. Tomoi atau kembarnya, Muay Thai Boxing menarik minatku kerana hanya seni ini yang sesuai dengan tubuh badanku. Ambe memiliki tubuh yang kecil namun kaki yang panjang, dan seni Tomoi amat mementingkan kriteria ini. Jadi, ambe pun menyertai sukan ini. Jadi, ambe ialah orang yang mentah dalam bidang ini, diharapnya ambe akan menjadi baik dari semasa ke semasa dan akhirnya ambe dapat menjadi pejuang Islam yang berkredibiliti..Amin..:)
KATA-KATA HIKMAT DARI MUHAMMAD ALI |
p.s: Badan sakit-sakit semasa pertama kali training..wakaka
No comments:
Post a Comment