Friday, 18 November 2011

[Diari al-Mamluk]: Legasiku I

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca..:)

Pada hari ini, ambe ingin membicarakan tentang legasi hamba,, legasi Abu Ahmad Salahudin al-Mamluk.

Mamluk
Pertamanya, mengapa ambe menggelarkan diri ambe al-Mamluk. Jika kita memperhatikan makna al-Mamluk, perkataan tersebut membawa maksud hamba. Dan, jika kita meneroka aliran sejarah, Mamluk merupakan satu kasta atau organisasi dalam Daulah Islamiah yang wujud sebagai hamba. Hamba-hamba ini dibawa dari daerah Kaukasus dan dari puak Kipchak. Dan, hamba-hamba ini berkhidmat bawah amir atau pemimpin-pemimpin sebagai askar. Dan, hamba-hamba ini terkenal dengan ketaatan dan kesetiaan kepada tuannya berbeza dengan tentera Janissary yang seringkali memberontak kepada pemimpinnya.

Maka, mengapa ambe menggelarkan diri hamba sedemikian? Jawapannya, hamba dapat merasakan kaitan yang amat dalam antara diri ambe dan Mamluk.Mamluk merupakan orang bawahan dalam organiisasi masyarakat (walaupun sesetengah mereka berjaya meraih pangkat) tetapi mereka tetap menyumbang bakti kepada masyarakat Muslim. Kita dapat perhatikan di mana tentera Daulah Mamalik yang dipimpin oleh Saifuddin Qutuz berani bangkit menentang tnetera Mongol yang begitu perkasa ketika itu. Sewaktu itu, Mongol mengganas dan amukannya tiba di kota Baghdad. Kota Baghdad bermandi darah dan lebih kurang 1,000,000 umat Islam dibunuh. Pusat pemerintahan Abbasiah tumbang. Khalifah dibunuh dan tiada lagi pewarisnya. Seluruh dunia Islam berkabung.

Tetapi, para hamba yang berkasta rendah seperti Mamluk berani menentang atas nama jihad dan menentang Mongol.Akhirnya, mereka bersetentang mata dengan Mongol dan beradu kekuatan minda dan jiwa di Ain Jalut. Keputusan terakhir peperangan tersebut memihak kepada Mamluk. Siapa sangka?

Maka, inilah diri hamba. Hamba tidak memiliki kriteria-kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin seperti ketampanan, kegagahan dan tarikan. Malahan, hamba mengganggap diri hamba sebagai satu produk kelahiran yang gagal. Tetapi, hamba tidak pernah menjadikan semua itu sebagai alasan. Islam tidak pernah memandang paras muka, sebaliknya memandang keimanan masing-masing. Maka, hamba bangkit dengan suara hamba dan menawarkan taat setia kepada mana-mana pemimpin yang memperjuangkan Islam sepertimana setianya Mamluk kepada tuannya.
hamba Mamluk..

Hamba ditakdirkan untuk menjadi khadam. Ketika kecil, hamba menjadi khadam kepada nenda kesayangan hamba. Dan,kini hamba dengan bangganya menjadi khadam kepada pemimpinku, Abang Arib Ismail. Hamba akan menjadi perisainya yang paling utuh dan tidak sesekali akan meninggalkannya. Mungkin beliau tidak pernah menyedari, tidak mengapa, hamba tetap akan bersama dengan beliau..

Bagi, sesetengah orang, amat hina untuk dipanggil khadam. Tetapi, berlainan dengan hamba. Hamba ialah seorang insan yang penuh kekurangan, oleh itu berdamping dengan manusia yang sempurna menjadi satu kenikmatan buat hamba. Hamba akan sentiasa berada pada sisi mereka, sepertimana Mamluk berjuang sehingga darah terakhir.

Huh, inilah legasiku, inilah hidupku...Hamba tidak layak menjadi pemimpin, kerana hamba ialah seorang hamba..Walaupun, hamba berketurunan Laksamana dan Syeikh, tapi hamba tidak mampu meneruskan legasi mereka. Cucu mereka ini tidak layak lagi memegang kuasa. Hamba akan berdiri dalam gelap dan sentiasa menawarkan khidmat hamba kepada siapa yang memerlukan..

Sekian, wassalam..:)

1 comment:

  1. Sye cadang pergi baiat Fata At Tamimi wazir imam mahdi

    ReplyDelete