Friday, 18 November 2011

[Isu]: Sedekah:Kepada siapa?

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kepada rakan pembaca..

Pada hari ini, hamba ingin membicarakan tentang suatu topik yang rasanya masyarakat kita keliru, iaitu sedekah. Orang Melayu Islam kebanyakannya, apabila ditanya tentang kekejaman Yahudi Zionis terhadap rakyat Gaza, mereka akan menjawab dengna penuh emosi. Mungkin mereka akan membentak dan mengamuk dan dengan bersemangatnya membangkang tindakan-tindakan Zionis. Tapi, disedari, dalam masyarakat kita, kita rupa-rupanya berkongsi persamaan dengan musuh Nombor 1 kita itu. Apakah persamaannya?
Jangan sama dengan oorang-orang di atas, sudah!!

Dalam agama Yahudi, mereka amat menitikberatkan perkauman. Mereka menganggap kaum mereka ialah kaum pilihan Allah dan seterusnya menganggap kaum lain lebih hina dari mereka. malahan, mereka memanggil kaum dan penganut agama lain sebagai goyim.Goyim  merupakan nama gelaran yang amat hina. Dalam agama Yahudi, mereka juga lebih mementingkan kesenangan kaum sendiri dan tidak teragak-agak untuk menekan kaum lain. Contohnya, dalam kitab mereka, dihalalkan mengenakan kadar riba' yang tinggi kepada kaum lain, tetapi diharamkan sesama sekali mengenakan riba kepada kaum sendiri. Racist bukan?

Kini, dalam masyarakat kita pun ada persamaan dengan kaum terlaknat ini...Apa buktinya? Mahu dengar satu cerita? wakaka...

Satu hari, ambe makan sarapan pagi di sebuah kedai mamak. Memandangkan malam semalam tidak makan, ambe berasa sungguh lapar dan mula makan...Apabila ambe selesai makan, datanglah seorang pengemis berbangsa Cina. Pengemis itu menggoncangkan cawan plastik minuman yang dijadikan sebagai tabung wangnya dari meja ke meja. Di hadapanku, ada sebuah meja yang diduduki oleh seorang yang berbangsa Melayu. Mestilah Islam, bukan? Kalau dia murtad, nak buat macam mana..
Kesian tak kesian, takkanlah disebabkan berlainan agama, kita biarkan budak ini miskin?

Pengemis itu pun menggoncangkan cawan plastiknya. Lelaki Melayu itu dengan acuh tak acuh menggoyangkan tangannya sebagai tanda dia tidak mahu memberi sedekah tanpa memandang pengemis itu. Waduh, sayunya ambe melihat muka pengemis itu!! Pengemis itu pun berjalan dari meja ke meja.

Sampai sahaja di mejaku, ada seorang pasangan Melayu memberikan duit kepada pengemis itu. Alhamdulillah, masih ada hati perut!!! Ambe pun meletakkan duit seringgit. Wah, nikmatnya bersedekah!! Bukan nak berbangga, tapi berbuat amal kebajikan akan memberikan rasa gembira dan memancarkan aura positif kepada mereka yang ikhlas melakukannya..

Apabila ambe dan pasangan Melayu itu bersedekah, kedengaran pula suara sumbang. "Buat apa nak sedekah kat Cina itu. Bukannya Islam pun!!". Lebih kurang gitu bunyinya..Ewah, jikalau diikutkan marah, pastinya berlaku pergaduhan.
Tamat...

Ok, sekarang. Betulkah apa yang dikatakan oleh suara sumbang tersebut? Salah sama sekali..Inilah persamaan masyarakat kita dengan Yahudi..Ish3, begitu sempitnya pemahaman mereka. Islam ialah agama yang syumul, pastinya menggalakkan penganutnya berbuat baik kepada semua makhluk Allah. Kalau kita perhatikan sejarah, banyak peristiwa yang menunjukkan generasi awal tidak keberatan untuk menolong orang bukan Islam. Contohnya, masyarakat Andalusia yang tidakberagama Islam meminta kepada penduduk Islam untuk membebaskan mereka dari kekejaman Raja Visigoth. Gabenor Muslim, Musa bin Nusair tidak keberatan untuk menolong mereka dan menghantar pasukan tariq bin Ziyad untuk membebaskan Andalusia. Hasilnya, andalusia berjaya dibebaskan dan ramai yang memeluk Islam..Siapakah yang untung? Kita juga..Islam juga..Malahan, Andalusia berkembang menjadi pusat ilmu dan ramia ilmuwan Muslim mahupun Kristian berganding bahu untuk membina tamadun sepertimana yang kita nikmati sekarang..

Aduhai, berdasarkan peristiwa tadi..Siapakah yang untung.Pastinya kita juga. Setiap apa yang kita lakukan adalah salah satu cabang dari dakwah. Kebaikan yang kita lakukan terhadap orang bukan Islam pastinya akan melembutkan hati mereka. Hasilnya, ramai saudara baru.Siapakah yang untung? Bukalah matamu...

Kalaulah kita terus dalam kesempitan akal fikiran sebegini, umat Islam akan mundur dan akan dipijak oleh agama lain yang lebih terbuka. Hamba ingin berkongsi cerita, yang hamba dapat dari seorang rakan ayah yang bekerja di DBKL. Katanya, pada hari Jumaat lepas,(18 November 2011), beliau berada di sekitar Gereja St.John, Kuala Lumpur. Beliau ternampak ramai orang Islam berkumpul dalam gereja tersebut dan menunggu untuk diberikan makanan oleh pihak gereja tersebut!!! Malahan, sebelum diagihkan makanan, para paderi tersebut memberikan khutbah kepada orang Islam yang menunggu tadi. Hmm..siapakah yang rugi? Jikalau kita bersifat lokek? Kalaulahpengemis tadi beragama Buddha, dan dia tidak berjaya memperoleh duit dari kita, dia pastinya akan menuju ke gereja yang begitu bermurah hati sekali. Akhirnya, dia memeluk Kristian. Kita kehilangan seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang saudara baru..

Konklusinya, janganlah bersifat prejudis dalam membuat kebaikan. Buatlah kebaikan kepada semua orang..Tak rugipun..Islam juga akan menjadi terkenal..Malahan, sedekah kepada orang bukan Islam juga memperoleh pahala. Mari kita dengarkan pendapat Ustaz Azhar Idrus..

Nah, dapat pahala juga.. Jaid, marilah beramal kepada semua orang. Renungilah firman Allah,
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.Surah al-Baqarah,271

Tapi, janganlah lupa untuk bersedekah kepada rakan Muslimin,ye..Sekian, wassalam...:)

No comments:

Post a Comment