Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Langkah diorak menuju ke masjid Taman Sutera. Langkah perlahan di bawah bahang mentari. Tetapi, tetap diteruskan jua. Sampai di masjid, senaskhah al-Quran digapai, niat untuk membacanya. Tetapi, seorang ikhwan memaklumkan bahawa akan ada sebuah tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Shahril Long..
Perghh, terlopong masatu..Ustaz Shahril Long? Ustaz yang hebat tu? Ambe tidak pernah menghadiri kuliahnya sebelum ini-sebab beliau tinggal di Sungai Petani-Alhamdulillah, memang bersyukur. al-Quran ditutup dan ambe bergegas ke hadapan. Yup, membaca al-Quran ialah sunat, tetapi mendengar tazkirah lebih molepp..Hati yang jarang menerima nasihat akan mati...
Untuk tazkirah sebelum masuk fardhu Jumaat, Ustaz Shahril Long menjelaskan bahawa kita diciptakan untuk beribadat kepada Allah sepertimana yang tertera dalam Surah al-Dzariyat, 56.Kemudian, beliau menjelaskan bahawa janganlah kita tertipu dengan dunia ini, kerana ianya hanyalah fatamorgana, sepertimana yang difirmankan Allah dalam Surah al-Hadid, 20.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang)...
Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu, iaitu saat khutbah. Sebelum azan berkumandang, Ustaz Shahril Long telah "mengikat" kami pada tempat duduk masing-masing dengan kata-katanya yang begitu bersemangat. Beliau menggambarkan khutbah yang akan beliau sampaikan amat penting, justeru memikat setiap jemaah di sana.
Ambe amat kagum dengan Ustaz Shahril Long. Ketajaman ingatannya dan ketepatan hujahnya pasti akan membungkam setiap orang yang cuba berdebat dengannya. Hampir 80 peratus khutbahnya menggunakan ayat al-Quran dan Hadith Nabawiyah.Khutbah beliau adalah Cara Mendapatkan Syurga Allah. Semasa tazkirah, beliau menyebut," Hangpa ingat dengan amalan hangpa, hangpa bulih masuk syurga?! Mimpi ajelah!!"..Masa tu, masya-Allah, rasa sedih sangat, dan hati ini meronta-ronta nak tahu bagaimana nak dapatkan syurga...
ISI-ISI KHUTBAH
- Beliau memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan boleh didapati dalam Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi, yang berbunyi,
Dari Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah Saw. telah bersabda: "Amal saleh seseorang diantara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam surga." Mereka (para sahabat) bertanya, "Hai Rasulullah, tidak pula engkau?" Rasulullah menjawab, "Tidak pula aku kecuali bila Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya kepadaku." (Riwayat Muslim; kitab Shahih Muslim, Juz II, halaman 528)Jelaslah bahawa, kita tidak dapat masuk syurga dengan amal kita semata-mata. Betapa ramai orang yang beribadah pagi dan malam, tetapi disebabkan Allah tidak menyukainya ataupun murka terhadapnya, maka nerakalah tempatnya. Mungkin jadi kerana dia beramal soleh sedangkan hati penuh rasa riya dan takbur, dan mungkin jadi seseorang itu beribadat tanpa dasar ilmu, sehinggakan ibadat itu rosak dan tidak diterima, maka Allah menolaknya.
Maka, yang menjadi kayu ukur atau elemen yang membolehkan kita menyertai syurga Allah adalah RAHMAT ALLAH. Syurga itu ialah milik Allah, maka akalau kita nak masuk syurga Allah, kena ada izin dan kasih dari tuannya, tapi kalau kita tinggal dibumi, sedut udara Allah, makan minum rezeki Allah, tapi tak mahu teirma undnag-undang Allah, jangan mimpi nak masuk dalam syurga ALLAH!! Jadi, guane kita nak dapatkan rahmat Allah? Rahsianya terdapat dalam ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, 218,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Maka jelaslah dari ayat tersebut, untuk mendapatkah rahmat Allah, harus ada tiga tuntutan. Ertinya, laksanakanlah tiga tuntuan ini maka insya-Allah rahmat Allah ke atasmu. Iaitu, BERIMAN, BERHIJRAH DAN BERJIHAD.
Ustaz menjelaskan bahawa berkaitan dengan iman, tidak cukup dengan hanya kita mepercayai Allah menetapkan rezeki ke atas kita, malahan tidak cukup dengan itu sahaja. Kita harus beriktiqad bahawa undang-undang ALLAHlah yang terbaik dan dapat menyelesaikan masalah, baru lengkap iman kita. KIta tinggal di bumi Allah, sedut udara Allah, makan rezeki Allah, tapi kenapa kita tidak mahu turut undang-undang Allah?? Sedangkan dalam solat, kita sebut "Allahuakbar" Allah Maha Besar..Tapi, di luar solat kita bersikap berdemikian. Nauzubillah..Ustaz menjelaskan tentang video Sembang Rakyat di Youtube. Ustaz mengkritik sekeras-kerasnya video tersebut dan berdasarkan ayat al-Quran, mereka yang meremehkan ayat al-Quran MURTAD berdasarkan ayat al-Quran, Surah at-Taubah 65-66,
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"Untuk melihat kelencongan akidah mereka, sila klik sini...Nauzubillah
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
Cara kedua untuk mendapatkan rahmat Allah ialah, BERHIJRAH. Iaitu berhijrah secara batin, iaitu dari buruk ke baik juga berhijrah dari pemerintahan zalim. Wajib ke atas kita untuk tidak menyokong pemerintahan zalim kerana orang-orang yang zalim dan penyokong mereka akan dikumpulkan di Mahsyar dan diringkan ke neraka..Nauzubillah...Sepertimana yang difirmankan oleh Allah, dalma Surah al-Qasas, 41-42,
Dan Kami (Allah) jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru ke neraka, dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. : Dan Kami (Allah) iringkan laknat kepada mereka di dunia ini, dan pada hari kiamat mereka termasuk orang yang dihinakan.
Dan ketiga, berjihad. Ketahuilah, Nabi Muhammad berperang 19 kali untuk mendapatkan syurga, sedangkan kita sekalipun tidak pernah. Ya, jihad itu ada pelbagai cara maka usahakanlah kerana orang yang tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat untuk berjihad mati sebagai seorang yang munafik, sepertimana hadith Nabi,
Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.Jadi, teman-teman, jom mendapatkan syurga Allah...Insya-Allah, jikalau kita ikhlas dan berjuang utnuk mendpaatkan rahmat Allah, Allah akan berikan syurgaNya..Pohonlah pada Allah..:D..Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment