BIsmillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yup, ambe tahu tajuk di atas agak sensitif. Tapi, taklif utnuk menyedarkan ummah masih lagi terbelenggu, maka ambe pun bercadang untuk berkongsi pada anda bahawa ONANI IALAH PERBUATAN DILAKNAT ALLAH. Dalam satu hadith-yang ambe pernah baca, tapi terlupa sanad dan ayat penuhnya- menyatakan bahawa ALLAH tidak akan memandang orang yang memuaskan nafsunya dengan tangan..Jadi, mari sama-sama kita muhasabah diri kita balik..Bertaubat dan minta perlindungan dari ALLAH, itulah yang terbaik buat diri kita.
Ambe ade buat sedikit pemerhatian, dan ambe mendapati terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu akan terdorong untuk melakukan onani. Dan, ambe juga menyenaraikan langkah-langkah untuk mencegah diri daripada terdorong melakukan perbuatan ini. Antara faktornya ialah:
- Mempunyai teman wanita/ awek yang status perhubungan masih dikategorikan haram
Jadi, apabila mempunyai teman wanita-yang cantik, comeyy dan sebagainya- ditambah lagi dengan perawakannya yang idak cukup kain, maka syaitan dengan senang dapat membisikkan dakyahnya pada kita. Peringkat permulaan, mungkin akan beronani. Tetapi, apabila rasa gian itu memuncak, akan terjadinya zina. Dalam buku, Jangan Tunggu Lagi, penulis menyenaraikan lebih 20 keburukan orang yang berzina yang akan nampak pada zahirnya tambah-tambah lagi pada batinnya.
Maka, cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah teman wanita ini, adalah KAHWIN. Tidak payah banyak bunyi..Tidak mampu atau mungkin belajar? Jika anda masih bersekolah, anda boleh lagi mengawal perasaan suka itu. Jangan turutkan perasaan itu..Apabila anda turutkan perasaan itu, maka pintu untuk bercouple itu akan terbuka luas. Ingat, couple adalah pintu kepada bermacam-macam keburukan. Maka, kepad ayang masih bersekolah, jangan sesekali buka ruang untuk ber-couple.
Yang sudah menamatkan persekolahan dan masih belajar atau masih menganggur, jikalau terlampau mendesak, berkahwinlah mengikut nikah khitbah jika masih tidak mampu untuk menyara keluarga. Untuk ketahui lebih lanjut tentang nikah khitbah, klik sini
JIka anda masih tidak mampu untuk berkahwin, maka ada cara lain yang akan saya jelaskan,
- Laman Web Lucah (berat nanang..= =')
Jika, anda sudah gian dengan laman web lucah, ada beberapa cara untuk mengikis sifat tersebut. Pertama, block laman-laman yang kita ketahui. Kedua, pasang ayat al-Quran apabila menggunakan komputer.Ini bertujuan untuk menimbulkan rasa malu dalam diri kita. Ketiga, elakkan dari menggunakan komputer tanpa sebab. Ini adalah bertujuan supaya nafsu tidak akan menggoda kita untuk membuka laman-laman laknat tersebut. Hanya buka komputer apabila mempunyai hajat yang mmendesak.
- Keadaaan zaman ini yang amat mendesak
Orite, setakat ini, itu sahajalah faktor utama mendorong seseorang itu, Untuk penutup, ambe tampilkan sebuah video yang amat berguna untuk para pembaca. Hayatilah..Sekian, wassalam..:DD
assalammualaikum.
ReplyDeleteboleh sy tanye. kalau dia selalu beronani namun dia tidak tahu bahawa perbuatan itu dilaknat Allah . adakah Allah akan melaknatnya.
suka bertanya #
Tidak.Dia tak tahu.
Deletewalaupun dia sudah bertaubat tidak melakukannya lagi
ReplyDeletewaalaikumussalam..Allah ampunkan dosa mereka yang tidak mengetahui..tapi, apabila sudah mengetahui maka berusahalah untuk berubaah...^0^
ReplyDelete