Saturday, 17 December 2011

[Diari al-Mamluk]: Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

17 Disember 2011

Hari berlalu hinggalah ke petang. Amat membosankan. Sambil ambe buka Facebook, ternampak sebuah post yang menunjukkan bahawa pada hari ini (17 Disember 2011) terdapatnya kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Bandar Baru Bangi..Hati melonjak-lonjak, macam nak pergi, memandangkan Bandar Baru Bangi dekat dengan rumah ambe. Secara spontan, ambe menoleh ke Ayah lalu menyatakan hasrat untuk pergi ke kuliah tersebut. Seprti biasa, Ayah tidak berkata banyak, hanya menggangukkan pahalanya sahaja. Alhamdulillah!!!

Rasa seronok sungguh..Dari saat menggosok baju, naik kereta hinggalah sampai ke destinasi (Masjid al-Hasanah), senyum memanjang ambe...Ambe sampai ke Masjid al-Hasanah lebih kurang pukul 6;50, ambe begitu terkejut, begitu banyaknya kenderaan sehingga ada kenderaan terpaksa parking 500 kilometer dari Masjid. Mengalahkan Perhimpunan Agung UMNO (huahua)..Sejuk mata memandang, wanita berjubah, menutup aurat sempurna, jejaka Melayu pula mengenakan baju Melayu dan jubah serta berkopiah dan bersongkok di kepala.

Ambe jangkakan lebih kurang 3000 atau lebih menghadiri kuliah ustaz semalam, sehinggakan solat Isyak berjemaah terpaksa dilakukan dua kali kerana tidak cukup ruang solat. Masya-Allah, syukur tak terkata, kebanyakannya yang datang ialah orang-orang muda. Ustaz Azhar Idrus pun digelar Ulama bagi Kaum Muda. Pada permulaan kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa senang hati beliau apabila anak-anak muda yang menjadi penulis blog kebanyakannya menulis tentang perkara-perkara agama.

Kuliah ustaz pada malam semalam ialah berkenaan dengan Tauhid. Selalunya, bab tauhid ini sedikit sukat bagi mereka yang baru mempelajarinya, tapi Ustaz menjelaskan dengan ringkas dna mudah difahami. Antara intisari kuliah ustaz:


  • Tauhid berasal dari perkataan "ahad". Ahad bermakna esa, jadi tauhid ialah mengesakan Allah.
  • Tauhid rububiyah membawa maksud semua yang ada di dunia ini, kesemuanya ciptaan Allah. Allahlah yang mencipta langit dan bumi, dan Allahlah yang menyembuhkan penyakit. Ustaz menekankan perkara ini kerana sesetengah orang serig mengatakan bahawa yang menyembuhkan sakit ayah atau maknya ialah doktor, sedangkan Allah yang menyembuhkan, doktor hanya merawat. "Kalau doktor boleh menyembuhkan penyakit, kenapa mak ayah doktor mati?", seloroh Usta Azhar Idrus.
  • Tauhid Uluhiyyah pula bermaksud segala ibadat hanya kerana Allah taala. Seperti yang kita sering baca dalam Doa Iftitah, yang bermaksud "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah taala".
  • Ustaz juga menerangkan bahawa kita tidak perlu takut pada makhluk. Takut kepada makluk, bererti kita tidak takut kepada Allah, kata Ustaz. 
[Soal Jawab]

Kebanyakan soalan pada semalam, banyak tentang perkahwinan, tetapi ada juga soalan fekah yang dijawab oleh Ustaz. Antaranya,
  • Bagaimana takbir yang sempurna?
Ustaz menjawab, takbir yang sempurna ialah tangan yang diangkat dimana ibu jari sejajar dengan cuping telinga, dan tangan diangkat hingga selaras dengan bahu. Tidak perlu, takbir pelik-pelik, kata Ustaz sambil melakonkan gaya takbir yang menggelikan hati sehingga menggamatkan suasana.

  •  Bagaimanakah mandi junub yang sempurna?
Mandi junub yang sempurna ialah meratakan air ke sleuruh badan dan niat. Itu sahaja. CUmanya, kita perlu mencangkung agar air kena kepada bahagian bawah badan kita.

Itu antara soalan yang ditanya oleh pendengar kepada ustaz. Maafkan ambe, kerana tidak dapat berkongsi banyak kerana post ini ditulis dalam kelam-kabut kerana ambe sedang bersiap sedia untuk menghadiri kuliah Ustaz di Taman Melawati. Insya-Allah, moga secebis ilmu yang ambe kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca semua...:)

Pesanan terakhir ambe, kepada warga Muslim, rajinkanlah diri untuk menghadiri kuliah-kuliah agama. Ilmu kita cetek, hukum kita tak pasti, maka rajinkanlha diri untuk memperkayakan ilmu yang sedikit di dada. Malahan, ustaz menyebut di antara menghadiri kuliah fardhu ain dan makan angin dengan keluarga, Ustaz menjawab menghadiri kuliah fardhu ain lebih utama dari makan angin bersama keluarga...

Sekian, wassalam..:)

*Maaf, tiada gambar...

No comments:

Post a Comment