Alhamdulillah, di saat orang lain cemas memikirkan keputusan PMR mereka, ambe diberi ketenangan oleh Allah subhanahu wataala. Semoga Dia memperkenankan Doa-ku dan memberikan kejayaan dunia wal- akhirat kepada ambe dan semua umat Muslimin dan Muslimat. Ambe sebenarnya tetanya-tanya, apakah hukum memeliihara janggut, dan apa fadilatnya. Adakah wajib, sunat mahupun makruh? Secara umumnya, dulunya kita memikirkan bahawa menyimpan janggut ini hanyalah sunnah. Dek hukumnya sunnah, maka ramai umat Muslimin kurang peduli untuk mencontohi sunnah Nabi yang satu ini. Tetapi, ingatlah mencontohi sunnah Nabi, akan meraih kasih sayang Allah.
“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)Jadi, pada entry kali ini, ambe akan memberi pendedahan kepada semua, dengan bersumberkan info-info yang ambe kumpulkan di internet dan sebagainya, tentang beberapa perkara,
- Apakah hukum memelihara janggut?
- Apakah kelebihan memelihara janggut?
خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.).
Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).
Selesai sudah, hukum tentang janggut. Berdasarkan hadith tadi yang menyebut tentang membuang misai, ulama terbahagi kepada dua pandangan, iaitu..
a) Pandangan pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis). Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;
جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.
b)Pandangan kedua; menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh. Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan; Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).
Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi.
(Sumber:http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/hukum-janggut-dan-misai.html)
HIKMAH JANGGUT
Allah subhanahu wataala Maha Pemurah. Dia akan memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang komited untuk melaksanakan perintah-Nya dan sunnah Kekasih-Nya. Maka, ketahuilah bahawa, dengan memelihara janggut, anda akan mendapat dua ganjaran. Satu, ganjaran syafaat dan pahala, di mana syafaat begitu berharga di akhirat nanti. Hanya dengan mengamalkan sunnah Nabi, Rasulullah akan menganugerahkan syafaat untuk menolong kita semasa penghisaban nanti.
Adapun, ganjaran dari segi saintifik, adalah seperti tertera di bawah;
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
hensem kalau ada janggut..percayalah pada Nabi kita..:) |
Hmm..jadi, terbuktilah sunnah Rasulullah ini amat memberi manfaat. Kalaulah mahkota wanita itu terletak pada rambutnya, maka mahkota lelaki pasti terletak di janggutnya. Mudah-mudahan, dengan perkongisan ini, kita akan bersama-sama berusaha untuk melaksanakan sunnah Nabi ini..Renung-renungkan dan selamat beramal~..(^_^)
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sebuah info yg brmanfaat bgi para pencinta sunnah
ReplyDelete