Monday, 26 December 2011

[Sketsa Mamluk]: Surat Seorang Penyepi

  

Bismillahirrahmanirrahim..

     Maka, pada petang yang disirami air hujan rahmat Allah, aku menatap monitor computer ini buat sekian kalinya dan lamanya, seolah-olah inilah rakan baikku. Aku percaya kalaulah computer ini seorang manusia, ia boleh jadi seorang rakan yang baik. Apapun, aku tahu meluangkan masa untuk dunia kesemuanya merugikan, maka aku ingin pahala masuk ke dalam akaun hidupku dengan mendengar alunan ayat al-Quran oleh Syeikh Mishary al-Afasy, seorang qari yang bacaannya menarik minatku. Harga untuk CD ini ialah RM 20.90, dan aku berhutang dengan ayahku untuk membeli ini. Kemudiannya, barulah aku sedar aku tidak mempunyai duit untuk membayar duitnya.. Haha..Mungkin selepas buka sekolah baru aku boleh membayar hutang ini.

Amma ba’du,

      Manusia itu selalu ditemani dengan kesunyian, bukankah begitu? Setiap manusia bersendirian di dalam rahim ibunya selama 9 bulan pada permulaan. Setelah lahir, manusia mungkin akan berkenalan dengan keluarga, kawan-kawan, malahan musuh yang akan menghilangkan manusia dari kesunyian. Tapi, satu demi satu keluarga, kawan dan musuh manusia hilang, mati atau menjauhkan diri, manusia itu kesunyian lagi. Serapat mana manusia dengan manusia lain, manusia itu tetap sendiri apabila melelapkan mata dalam kesunyian malam. Dan, anehnya, manusia juga bersendirian apabila mengharungi maut. Beribu sekalipun manusia yang melawat kita di pembaringan, manusia tetap tidak mendengar tangisan manusia disekelilingnya. Ya, ini ialah urusan manusia dan Tuhannya sendiri.

        Kemudian, kesunyian yang mutlak itu datang. Salamnya ialah kesakitan, perbualannya kesakitan dan pengakhirannya pun kesakitan bagi yang tidak bernasib baik. Wah, lihatlah, sewaktu hidup kita bersendirian dan kesunyian, sewaktu kita mati pun bersendirian.
Kemudiannya, apabila manusia lain memandikan mayat dan mengkafankannya, kita tetap bersendiri melihatnya. Melihat muka keluarga, kawan, yang kesedihan tentunya membunuh kita. Tetapi, kita sudah mati, ianya ialah kesedihan yang tidak hilang walaupun dibunuh. Ya, itu;ah kesedihan apabila meninggalkan dunia.

      Apapun, jemputan sudah dikeluarkan, maka kita pun berjalan memenuhi jemputan tersebut. Tapi, sebelum itu, Allah member peluang untuk menangguhkan pertemuan itu kerana ingin memberi peluang untuk manusia yang masih hidup untuk kembali. Maka, kita bersendirian dan kesunyian lagi dalam kubur, liang lahad yang sempit itu.

     Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan hakikat bahawa pangkat, harta dan duit tidak menjadi wang di dalam kubur. Ketika itu, barulah menepuk dahi dan mengeluh, “Kalaulah aku mengetahui hakikat akhirat, nescaya aku tidak akan membazirkan masaku dengan mencari pangkat, harta dan duit yang rupanya tidak berguna!”. Tapi, keluhan itu juga tidak dapat melepaskan kita dari penghakiman barzakh.

     Manusia yang baik juga merasa terkejut dan gembira, setelah mengetahui pengorbanan dan keperitan di dunia demi agama mereka, akhirnya berbaloi juga. Para syuhada’ bergembira dengan luka tembakan di kepala yang mengalirkan darah yang berbau kasturi. Para solihin, auliya’, pemberi sedekah kesemuanya menikmati barzakh yang telah menjadi taman-taman syurga. Kini, mereka tidak sunyi lagi. Mereka telah diberi petanda oleh Allah yang maha Kaya tentang tempat mereka di akhirat nanti, maka mereka bergemira. Tiada lagi kesepian. Mereka hidup kekal abadi dengan kasih sayang Tuhan mereka. Bidadari, perawan, istana emas, sungai arak dan segala perkara yang diharamkan di dunia kini menghiburkan mereka. Tiada lagi kesepian.

       Lihatlah, semua manusia bermula permulaan, kehidupan dan pengakhiran di dunia yang sama. Kesemuanya berkenaan kesepian, kesunyian. Yang membezakan tempat mereka ialah amalan mereka dan mereka akan bergembira dengan amalan mereka. Manusia yang menggunakan ladang dunianya untuk menanam pokok akhirat, kini boleh merasai buahnya yang tidak terkata nikmatnya..

      Dan bagi mereka yang menjual ladang dunia mereka untuk membeli buah yang tidak semanis buah dari pokok akhirat,rugi semata-mata. Tepuklah dahi, jeritlah sekuat hati, menangislah hingga mengalir darah, kerugian itu memakan diri.

Wallahualam bi shawab.

Al-Faqir illallah
Abu Ahmad Salahudin al-Mamluk al-Qasiri
Sidi Muhammad Yusoff bin Azli Shah bin Ali Bashah dan Noramiza binti Ismail
13 Disember 2011

2 comments:

  1. spectacular of words ,i'm very fascinated .like seriously ,you have a lot of ideas to be peeled off (:

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, i am none except an empty void and a servant..i utter the best words when i am enjoyed and when in agony to Allah so He answer my pleas..^0^

    ReplyDelete