Friday, 2 September 2011

al-Manaqib Abu Ahmad Salahudin al-Mamluk al-Qasir

BIsmillahirrahmanirrahim...

Kadang kala, aku berfikiran negatif. Aku berasa diriku hina berbanding dengan orang lain. Aku tidak mempunyai ketampanan ataupun kekuatan fizikal. Aku juga tidak mempunyai keluarga yang kuat Islamnya. Aku lahir sebgai seorang insan yang serba kekurangan,

Mungkin disebabkan faktor kerendahan aku, aku menjadi lebih pasif dari rakan sebaya yang lain. Aku dibesarkan dengan nenekku, dan tidak bergaul dengan rakan. Oleh itu, aku tidak mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Disebabkan persekitaranku yang begitu negatif, aku menjadi pendiam dan hidupku lebih banyak kepada memerhati. Dikatakan, aku pandai membaca lebih awal dari aku bercakap. Aku mula membaca pada umur 5 tahun, dan ketika itu aku mampu membaca buku yang setebal 200 mukasurat. Mungkin kebolehan ini mungkin hanya biasa-biasa sahaja bagi orang lain, tetapi hanya ingatan ini yang boleh aku banggakan dalam hidupku.

Apabila aku masuk ke asrama pada Tingkatan 1, aku tidak begitu menonjol. Tetapi, di kalangan senior Form 5 Aspura, aku dikenali kerana aku sering "berceramah" kepada mereka tentang Yakjuj dan Makjuj. INi adalah permulaan jalan dakwahku. Tetapi, dakwahku semasa Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 hanya bersifat bersembunyi dan hanya tertumpu kepada kelompok-kelompok kecil. Tema dakwahku ketika itu berkisarkan Sejarah Dunia. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau aku pernah mengajar sejarah Tingkatan 4 kepada abang-abang Form 5. Bukan untuk membangga diri, tetapi ini adalah satu perkembangan penting dalam hidupku.

Tetapi, apabila memasuki Tingkatan 3, aku mula berceramah secara terbuka, iaitu kepada semua pelajar Asrama. Ini semua adalah berkat dari abg Arib Ismail, yang memberikan semangat dan galakan kepadaku untuk ke depan. Maka, bermulalah episod baru dalam hidupku. Tema tazkirah aku bertemakan aurat dan kesedaran. Topik aurat dan kesedaran ini adalah topik sensitif yang menimbulkan kemarahan puak-puak tertentu. Aku juga menjadi mangsa gerakan ini. Dipalau, dikutuk dan disisih. Haha, satu episod yang gelap dalam hidupku tetapi menjadi kenangan yang berharga apabila aku berjaya melalui cubaan ini...

Apabila, penentangan memuncak, aku mengambil kesempatan untuk mengurangkan penglibatan di Asrama. Aku mencari medan baru untuk aku berdakwah, dan medan itu adalah sekolahku. Waktu itu adalah bulan Ramadhan, dan sekolahku (Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan) amat mementingkan aktiviti kerohanian semasa bulan Ramadhan. Antara, aktiviti yang dianjurkan adalah Pertandingan Tazkirah. Aku fikir ini adalah satu peluang keemasan untuk berdakwah, lagipun tentangan di asrama makin teruk...Jadi, apabila aku menyampaikan ceramah, sambutan amat mengagumkan. Alhamdulillah, akhirnya aku menjumpai medan baru. Patah tumbuh, hilang berganti...

Kemuncaknya, aku memenangi pertandingan tazkirah dan diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah kepada seluruh warga sekolah selama sejam. Akhirnya, aku dapat merealisasikan impianku...Alhamdulillahi rabbil alamin...

Hmm...inilah sejarah ringkas tentang Abu Ahmad Salahudin al-Mamluk al-Qasir, Nasihat kepada diriku dan diri anda semua, jikalau anda berdakwah, berdakwahlah tanpa putus asa. Nabi kita telah berdarah semasa menyampaikan Islam, maka kita seharusnya mencontohi pengorbanan Nabi kita. Allah telah berjanji bahawa Islam akan sentiasa menang, dalam firmannya,

Sesungguhnya Kami telah memberikanmu kemenangan yang nyata....(al-Fath,1)

Jadi, akhir kata, semasa berdakwah banyak rintangannya. Para pendakwah menjadi orang yang asing pada zaman ini. Benarlah kata Nabi, Islam datang seperti orang dagang, dan akan kembali seperti orang dagang...Hayatilah lagu ini,,,,





Sekian, wassalam...:)


No comments:

Post a Comment