Bismillahirrahmanirrahim..
Memandangkan masa begitu suntuk pada hari ini, saya akan hanya berkongsi tips-tips untuk membina dan mengekalkan pengaruh. Tips ini saya kongsikan agar kita, sebagai umat Islam menjadi berpengaruh di kalangan manusia. Bukan membawa pengaruh negatif, sebaliknya pengaruh positif. Bagi saya, umat Islam harus mempelajari tips-tips ini kerana kita sudah ketinggalan dari segi pengaru. Dulunya, umat Islam menakluki sepertiga dunia dan kebudayaan Islam diamalkan seluruh pelosok dunia, dari Andalusia ke Khurasan, panji Islam megah berdiri.
Tetapi, disebabkan kecuaian dan kealpaan kita, umat Islam menjadi mundur kembali, setelah 1300 tahun berdiri megah di panggung dunia. Umat lain, iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani mengambil tampuk pemerintahan dunia setelah menggulingkan khalifah yang terakhir. Mereka menjadi berpengaruh kerana kewangan dan ekonomi mereka yang begitu kukuh. Di samping itu, mereka sering digambarkan menjadi penyelamat dunia, sedangkan merekalah yang mencetus segala penderitaan kemudian berpura-pura menyelamatkan dunia. Rahsia mereka adalah PENGARUH dan DUIT. Umat Islam kehilangan kedua-duanya sekarang ini.
Setahu saya, jarang ada pemimpin Islam yang berpengaruh pada zaman ini. Jikalau adapun, mereka sudah dicemari maruah mereka ataupun dibunuh. Antara pemimpin Islam yang berpengaruh adalah Osama bin Laden dan Dr Mahathir Mohamad. Mereka inilah yang dilihat paling berpengaruh pada alaf moden ini. Osama digeruni kerana ketegasannya menundukkan kuffar dan Dr Mahathir dihormati dan disegani kerana kelantangan dan keberanian beliau menyelar kuffar. Tetapi, mereka kini sedang merudum. Umat Islam perlukan Salahudin al-Ayubi yang baru!!
Dan, setahu saya kebanyakan negara Dunia Ketiga adalah negara Islam, terutamanya di bahagian Afrika. Keadaan mereka begitu melarat, lihatlah Somalia. Tetapi, siapakah yang pertama menghulurkan bantuan? Barat!! Amat memalukan bagi kita sebagai saudara seagama tetapi berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa. Kesimpulannya, setiap umat Islam harus membina pengaruh agar Islam kembali megah di muka dunia. Ini adalah antara tips-tips yang saya ekstrak dari buku "30 Strategi Membina dan Mengekalkan Pengaruh". Semoga ini dapat membantu!!
TIPS-TIPS MEMBINA DAN MENGEKALKAN PENGARUH!!!
· Membantu ketua mereka menyelesaikan masalah
· Menghormati hak dan bidang kuasa ketua mereka
· Tidak mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberikan
· Menjadi pendorong kepada orang lain
· Memimpin melalui teladan
· Hasil yang kecil tetapi konsisten dapat mengubah sudut pandang orang lain.
· Pengaruh datang apabila kita bersedia mengambil peluang
· Bersedia pada jangkaan yang rendah daripada orang lain
· Pengaruh datang dengan sikap yang jelas hendak mencapai sesuatu
· Pengaruh memerlukan peluang. Ciptalah peluang kemudian berikan peluang
· Orang berpengaruh tahu amanah sentiasa mengikat hati
· Orang berpengaruh , pengalaman mencipta pengaruh
· Orang berpengaruh menjadikan kejujuran resipi magnet diri
· Orang berpengaruh bersedia menjadi berbeza dan mencipta perubahan konsisten
· Bakat yang dipupuk secara konsisten dapat mengubah hidup orang lain
· Orang berpengaruh tahu minat memberi gambaran karakter individu
· Hobi membawa bersama bentuk kemahiran dan nilai pemikiran seseorang
· Hentikan membanding-bandingkan diri dengan menggunakan bandingan yang merosakkan
· Jenaka yang tidak terkawal adalah pembunuh pengaruh secara senyap
· Berlembut, terangkan dan tunjuk cara terbaik
· Timbulkan persoalan dan berikan pandangan
· Luahkan sikap ambil berat dengan kasih sayang
· Doakan yang terbaik kepada individu yang berkonfrontasi
· Cari soft spot dalam individu
· Bina hubungan baik dengan individu yang lebih berpengaruh
· Sentuh hati mereka sebelum menggapai tangan mereka
· Pembaikan karakter secara langsung akan menguatkan kuasa tarikan yang lebih kukuh
· Tidak menjadikan tarikan dirinya menenggelamkan mentornya hingga menjadi punca destruktif antara murid dan guru
· Berikan alternatif yang mengurangkan risiko dan menguntungkan
· Berkata ya dan realisasi cadangan yang lebih baik
· Bersedia akur apabila ia datang daripada autoriti yang mutlak
· Umur adalah simbol pengalaman dan pencetus hormat orang muda selagi diurus dengan bijaksana
· Kekuatan dalam dirinya datang dari pendorong yang mempunyai peranan penting dalam hidupnya
· Budaya memberi salam menjadi laluan kerjasama lebih baik
· Teknik tuduh-menuduh membunuh pengaruh secara total
· Pujian memberi tenaga dan dorongan kepada orang yang menerimanya.
· Berbuat sesuatu dengan tujuan yang diketahui
· Idea-idea lebih mudah diterima apabila disampaikan kepada orang yang lebih berpengaruh daripadanya
· Manipulasibakat dan pengaruh secara negatif akan memberikan ganjaran jangka pendek dan menjadikan diri tersepit tanpa penyelesaian
· Mencari persamaan adalah langkah pentingbagi mendapatkan kerjasama dan komitmen orang lain. Persamaan menjadikan diri lebih dipercayaidan rasa selesa mudah timbul
· Bersegera dalam menghargai sumbangan orang lain bagi mengekalkan momentum sedia ada
· Memohon maaf kepada seseorang dengan mengakui kesalahan, bersa kesal, dan mengubah tingkah laku
· Mengemaskini niat membina pengaruh dari semasa ke semasa
*al-Mamluk al-Qasir: Semoga tips-tips ini membantu kita menjadi mujahid dan mujahidah moden pada zaman ini!!! :)
No comments:
Post a Comment