BIsmillahirrahmanirrahim...
"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)
Ayat di atas menerangkan tentang betapa pentingnya perpaduan. Pada zaman jahiliyah, semua orang bermusuh-musuhan. Tetapi, Islam dtg membawa nikmat iaitu nikmat persaudaraan. Islam telah menyatukan kita seperti menyatukan manik-manik yang berbeza warna dalam satu tali. Walaupun manik itu berbeza warna, warna yang berbeza itu menambahkan lagi seri gelang itu. Seperti Islam. Islam datang mempersaudarakan semua manusia tidak kira bangsa dan warna, inilah keindahan Islam. Islam itu adalah tali yang menyambungkan kita dengan orang lain yang menganut ISlam tidak kira bangsa Afrika, Cina. Arab dan Eropah.
Maka janganlah kita bergaduh sesama sendiri. Bagaimanakah kita hendak membina sebuah rumah yang kukuh jikalau kita masing-masing berebut-rebut hendak menaikkan sebatang tiang? Akhirnya, kumpulan lain sudah siap membina rumah dan kita masih ketinggalan. Maka bekerjasamalah. Suku Arab dulu bergaduh ingin meletakkan Hajarul Aswad tetapi apabila Nabi Muhammad datang dan menjadi hakim, semuanya menjadi adil dan tidak ada pihak yang tidak perpuas hati. Maka, hendaklah kita jadikan Nabi Muhammad sebagai hakim dalam perselisihan dan pertengkaran kita dengan cara melihat dan mengamalkan sunnahnya. Kalaulah semua bersifat begitu, maka tiadalah pergaduhan.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. al-Hujurat, ayat 10.
Renungilah dan amalkanlah ayat firman di atas. Barangsiapa yang hanya merenungi tetapi tidak mengamalkan adalah orang yang buta. Manakala, orang yang menolak ayat d atas adalah orang kafir dan munafik, kerana haram menolak dan tidak mempercayai ayat al-Quran. Jelaslah ayat di atas bahawa tidak perlu ada pendamaian. Kembalilah kepada al-Quran dan Kitab Sunnah. BUkankah Nabi telah mengingatkan? Nabi bersabda, Barangsiapa yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnahku, dia tidak akan sesat selamanya. Maka, mereka yang bergaduh itu telah menyimpang kerana tidak amalkan al-Quran dan Sunnah. Apabila kita tersalah jalan, kita akan pusing kembali. Maka, apabila kita sudah bergaduh, carilah jawapan dalam al-Quran dan Sunnah dan berpatahlah bali dari jalan syaitan yang kamu ikutkan tadi. Bukankah itu lebih baik? Mana lebih baik, satu perselisihan yang membawa kepada kebencian atau perdamaian yang membawa untung kepada semua orang?
Kesimpulannya, apabila kita ada perselisihan kebalilah kepada al-Quran dan Sunnah. Ini adalah satu peringatan buat diriku dan mungkin kepada anda semua. Mungkin kerana kita tidak mengamalkan al-Quran dan al-Sunnahlah kit a bergaduh sehingga begini. Apa kata kita selak kembali helaian al-Quran dan al-Sunnah untuk mencari jwapan? Tidak kiralah menang atau tidak, yang penting kita mendapatkan jawapan yang sebenar. Adalah lebih baik untuk kita salah pada hari ini dan dibetulkan oleh sahabat kita daripada kita berbuat salah lalutidak mengakui kesalahan dan akibatnya kita terus tinggal dalam kegelapan...
No comments:
Post a Comment