EPILOG:
Hari yang ditunggu tiba. Rumah sudah memanggil, walaupun hati ini tak rela untuk meninggalkan asrama tercinta. Tapi, apakan daya, gara-gara sikap sesetengah ibu bapa yang mendesak untuk memanggil Tingkatan 3 pulang, seminar terpaksa dibatalkan. Aduh, payahnya zaman sekarang!! Nak jadikan anak mereka pandai pun menjadi masalah.. Oleh itu, kami Aspura hanya mampu menggeram dan merunggut apabila seminar dibatalkan. Tapi, apapun setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Di bawah sinaran matahari yang terik, ku bertolak ke Jusco Maluri. Tapi, Alhamdulillah, abang kasi tumpang motor. Semoga Allah merahmatimu!!! Kemudian, singgah ke MPH, my favourite!!!!(ala-ala Usop Wilcha). Setengah jam kemudian, sebanyak RM55.90 habis, membeli buku-buku. Antara buku yang dibeli adalah buku Kembali Kepada Allah karya Dr. Aidh Abdullah al-Qarni, GIVE and TAKE: Antara Hamba dan Pencipta karya Nurulain Ahmad dan Cara Terindah Untuk Mati.
Buku yang saya ingin memberikan sedutan adalah buku GIVE AND TAKE: Antara Hamba dan Pencipta karya Nurulain Ahmad. Keistimewaan buku ini adalah buku ini amat murah harganya iaitu, hanya RM9.00. Jauh lebih murah dari sekotak rokok. Keistimewaan kedua adalah penulis buku ini, Nurulain Ahmad, hanyalah seorang penuntut universiti, tapi gaya penulisannya amat hebat. Mudah dan jauh menyusup dalam hati.
Buku ini dibahagi kepada empat bahagian, iaitu;
- Bahgian pertama menjelaskan Apakah tujuan kita hidup di dunia ini. Dan, siapakah diri kita sebenarnya? Bahagian ini menerangkan dengan cara dan bahasa yang paling mudah untuk menerangkan tentang hakikat diri kita. Konklusinya, TERBAEK!!!
- Bahagian kedua, penulis menerangkan tentang pengamalan Islam yang sebenar secara detail. Antaranya, cuba kita renungi, adakah solat yang selama ini ditunaikan, dibuat secara beban dan terpaksa dan adakah selama ini solat hanya sebahagian dari ritual yang tidak difahami? Jadi, penulis akan menerangkan apa sebenarnya Islam..
- Bahagian ketiga,penulis akan menerangkan tentang peperangan kita menentang anasir-anasir luar. Segala cabaran dan halangan ini akan dijelaskan dalam bahagian ini.
- Bahgian keempat, pembaca akan didahkan mengapa sebenarnya kita kena kembali kepada Allah. Jadi untuk menemui jawapan kepada soalan ini, bacalah buku ini!!!
- Golongan remaja yang mencari-cari erti kehidupan
- Warga kota yang yang sibuk dengan kerjaya dan kini mencari jalan pulang
- Mereka yang dulunya berperangai buruk, dan kini ingin bertaubat
- Seluruh Muslimin dan Muslimat..Anda semua perlukan ilmu dalam buku ini, demi mencari makna hakiki kehidupan ini. Dibimbangi kita hanya Islam pada nama sahaja, maka apabila berjumpa dengan Allah, kita ditempatkan bersama orang-orang yang hina.Nauzubillah..
al-Mamluk al-Qasir:
Haha, walaupun lagi tiga minggu nak PMR tetapi tetap ku luangkan masa untuk mempelajari agama walaupun menghadapi tentangan keras dari ibubapaku. Bagiku, PMR atau tidak, aku akan terus membaca buku agama, kerana aku tidak mahu tersesat lagi. Aku rindukan Allah, dan aku perlukan ilmu yang tinggi agar Allah menjawab panggilan rinduku. Lagipun, apabila aku membaca buku ni, bolehlah melepasakan tekanan kerana gagal menyembuhkan seorang mangsa di asrama. Kegagalanku itu masih menghantuiku, dan lebih menguatkan azamku untuk menuntut ilmu lagi..Sekian,,, wassalam..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA, DAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA SAUDARA KITA DI PALESTIN YANG SEKARANG BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN..AMIN, YA ALLAH!!!
No comments:
Post a Comment