Bismillahirrahmanirrahim...
Pada hakikatnya, kita tidak mampu menilai seseorang manusia dengan luarannya. Hanya Allah dan para hambaNya yang terpilih sahaja yang layak menilai manusia, kerana mereka mampu melihat batin kita. Contohnya, kita tidak boleh kata kerang isinya kosong melalui luarannya, kita harus membuka cengkerangnya, barulah kita mengetahui sama ada kerang itu kosong atau tidak.
Sama seperti manusia, kita tidak boleh menilai seseorang dari luarannya. Walaupun, luarannya merupakan cermin kepada dalamannya, hakikatnya kita masih tak layak menilai seseorang kerana yang menjadi hakim dan sebaik-baik hakim adalah Allah..Jikalaulah kita mengambil seorang manusia untuk menilai diri kita, nescaya penilaiannya akan menjadi berat sebelah kerana menimbangkan hubungan dia dengan kita.
Sesetengah orang menilai seseorang manusia berdasarkan keturunan. Janganlah begini. Sesetengah manusia mengatakan, "jikalaulah bapanya jahat, mesti anaknya jahat". Ini adalah kenyataan yang cela kerana Nabi Muhammad berasal dari ibu bapa yang tidak memeluk Islam, tapi Nabi Muhammad adalah lelaki yang paling agung. Contoh yang lain, Saidina Khalid al-Walid dan Saidina Ikrimah, keluarga mereka adalah yang paling kuat menentang Islam. Tapi,lihatlah anaknya. Saidina Khalid al-Walid menjadi general yang paling agung di dalam sejarah. Tiada general, malahan Napoleon Bonaparte dan Eisenhower juga kalah dengan Saidina Khalid al-Walid. Saidina Ikrimah merupakan anak Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Ummah. Tetapi, adakah anaknya layak dicap sebagai jahat kerana bapaknya. Tidak!!! Saidina Ikrimah merupakan Muslimin yang gagah, membelah medan Yarmuk dengan amukannya sehingga hancur mayatnya.
Sesetengah orang menilai seseorang melalui ciri-ciri fizikalnya. Mereka yang tidak cantik dan buruk disisih dalam masyarakat. Ini adalah kesesatan yang nyata. Sikap ini merupakan salinan daripada Sistem Kasta India dan Apartheid yang keji. Jikalaulah semua manusia cantik dan tampan itu mulia, maka dimanakah tempat Bilal? Saidina Bilal merupakan hamba Habsyah yang berkulit hitam. Bukan saya mengatakan Saidina Bilal itu buruk, tetapi selalunya kita memandang rendah kepada bangsa-bangsa yang berkulit hitam. Maka, janganlah kita menilai seseorang dari rupa parasnya. Allah menciptakan semua manusia sama rata. Rupa paras yang tampan dan cantik adalah untuk disyukuri, bukan dijadikan batu loncatan meraih kedudukan dan populariti.
Maka, saya ingin tegaskan bahawa, janganlah menilai manusia dari rupa paras dan keturunan. Bukankah Nabi kita bersabda,
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu dan harta benda kamu, sebaliknya Dia melihat hati dan amalanmu.
Sekian sahaja buat kali ini, wassalam..
*p.s: Janganlah menilai manusia, kerana kita tidak layak menilai manusia kerana kta sendiri tak sempurna. Nilailah dirimu sebelum anda menilai orang lain....
No comments:
Post a Comment