Saturday, 3 September 2011

Diari Seorang Dai'e

BIsmillahirrahmanirrahim...

Kepada Diari yang dikasihi,


Tahun 2011 ini ku mulakan dengan azam baru dan semangat baru. Abang2 dan Kakak2 yang menjadi fasilitator telah meniupkan semangat kepadaku agar ke depan, menyampaikan ilmu. Sebelum ini, tidak pernah aku bertazkirah kepada semua orang. Maklumlah, zaman itu adalah zaman gelap. Zaman huru-hara dan siapa yang paling jahat, dia yang paling kuat. Tapi, tahun 2011 amat berbeza. Seorang mujahid agung, senior yang dihormati, pemimpin yang disayangi, rakan yang dihargai, lawan yang digeruni telah memegan tampuk pemerintahan asrama. Ya, beliau adalah Abang Arib Ismail. Seorang amirul mukminin yang wajib dipatuhi. Beliau telah menggalakkan aku untuk ke depan. Dan, beliau mengagumkan diriku dengan ideanya yang berpaksikan Ihya Ulumiddin...Beliau juga disokong dengan kabinet yang kuat dan beraliran Islam..Alhamdulillah, sinar Islam sudah mula kelihatan..

Kepada Diari,

Agaknya mulutku terlalu lancang berbicara dihadapan. Ramai manusia telah bangkit menentangku. Apakah salahku? Aku menyampaikan seruan Islam, tetapi mengapa aku ditentang? Kadang-kala kesabaranku tercabar, hingga berhamburan kata-kata keras. Ini episod gelap dalm hidupku. Aku menjadi stres, dan masalah ini mengambil kewarasanku. Aku menjadi seorang yang cepat pelupa dan cepat sedih. Ini adalah akibat daripada stres yang melampau. Ramai orang mencadangkan kepadaku untuk berhenti. Tetapi, aku terfikir,"Takkanlah ini pengakhirannya? Bukankah Allah menjanjikan kemenangan Islam?". Maka, aku meneruskan perjuanganku. Haha..walaupun aku seorang lelaki, tetapi kadang-kala cubaan ini membuatkan aku terduduk.

Kepada Diari,

Keadaan menjadi genting. Kami ditentang habis-habisan. Pemberontak menguasai segala-galanya. Adakah ini pengakhirannya? Tidak!!! Aku akan teruskan, walaupun namaku dikutuk. Ya, aku akan menjadikan asrama ini sebuah Asrama Islamiah sebelum aku pergi meninggalkan asrama ini. Aku meneruskan perjuangan, walaupun aku begitu sayu melihat Amirul Mukminin dibom habis-habisan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka. Ini tak boleh jadi!! Kami harus memikirkan jalan yang lebih baik, untuk mengubah mereka..Maka, Amirul Mukminin pun mencadangkan agar menggunakan teknologi untuk berdakwah..Ya, dengan memaparkan video!!!

Haha,, program yang terbaik adalah "Bermalam di Barzakh". Program ini adalah kad terakhir kami untuk mengubah asrama ini. Tetapi, Alhamdulillah kami mendapat kerjasama yang baik dari abang2 Form 5..Terima Kasih!! Moga Allah merahmati anda...

Kepada Diari,

Perkataan yang paling indah dan pemandangan yang paling indah. Aku mendengar dan melihat perubahan mereka. Alhamdulillah, ya Allah!! Kau telah menjawab doaku....Aku sudah nampak perubahan sesetengah dari mereka...Alhamdulillah, aku tidak pernah lupa berdoa untuk mereka yang sudah berubah ini..Semoga doaku dijawab Allah, dan meneguhkan lagi iman mereka...Aku tidak dapat menipu, bahwa masih ada yang berkeras hati. Apakan daya, pintu hidayah tidak akan terbuka jikalau kita tidak membukanya. Kami boleh berusaha segigih manapun, tapi jikalau mereka tidak mahu, maka kekallah mereka dalam keadaan itu. Apabila mereka tidak inginkan kerahmatan Allah, maka Allah pun semakin jauh dari mereka. Nauzubillah..Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kami semua...Keadaan makin surut, alhamdulillah..

Kepada Diari,

Sudah tiba bulan Ramadhan. Aku tidak menumpukan perhatian lagi kepada asrama, kerana waktu ini adalah "Waktu Hudna" ataupun waktu genjatan senjata. Maka, aku mengalih perhatian kepada sekolahku. Alhamdulillah, sekolahku amat menitikberatkan program kerohanian dalam bulan Ramadhan. Malahan, pihak sekolah mewajibkan pemakaian tudung!!! Syabas, SBS!!! Malahan, sehari di SBS semasa bulan Ramadhan seperti berada di sebuah madrasah di Yaman...Masya-Allah,, Tahniah kepada semua warga SBS,,,Alhamdulillahirabbil alamin....

Antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah program tazkirah. Aku fikir ini adalah peluang keemasan untuk aku melebarkan medan dakwahku. Waktu hendak memberi tazkirah, amat gementar..Tapi, Alhamdulillah, diberi kemudahan oleh Allah untuk menyampaikan tazkirah tersebut. Ini bukanlah kemenangan buatku, sebaliknya kemenangan buat Islam..ALLAHUAKBAR!!!

Kepada Diari,

Sudah tamat bulan Ramadhan. Sayu rasanya meninggalkan bulan Ramadhan. Perancangan masa depan tidak ku rancang lagi. Aku harapkan apabila tamat cuti, segala-galanya menjadi lebih baik. Aku harap semua warga SBS mengekalkan pemakaian tudung dan tidak lagi Islam  hanya pada bulan Ramadhan...Waktu PMR makin dekat, maka aku tidak akan melibatkan diri sangat...Walaupun kedengaran seperti mementingkan diri, tetapi aku harus memikirkan tentang diriku juga..Lagipun, ramai lagi yang berkebolehan di asrama, cuma mereka malu-malu kucing saja...

Kepada Diari,

Hari semalam adalah sejarah. Waktu sekarang adalah hadiah. Dan, hari esok adalah misteri. Inilah kata-kata yang diucapkan oleh Master Oogway kepada Po dalam cerita Kungfu Panda. Betul juga kata-kata kura-kura tersebut. Waktu lalu adalah sejarah dan untuk sentiasa diambil iktibar agar tidak berulang lagi. Waktu sekarang adalah hadiah, jadi kita kena hargainya...Dan, waktu masa depan adalah misteri. Oleh itu, kita harus merancang dengan baik masa depan kita..Wassalam..


*p.s: Insya-Allah..segala-galanya akan bertukar lebih baik..Aku sentiasa doakan yang terbaik buat semua..aku harapkan mereka akan terus istiqamah walaupun aku akan pergi...

No comments:

Post a Comment