Memandangkan baru-baru ini, berlakunya kejadian yang tidak diingini, maka saya ingin berkongsi ilmu tentang cara membentengkan diri. Perlu diketahui bahawa musuh yang kita lawan ini bukan dapat diatasi dengan kekuatan dan kepandaian fizikal, kerana sifat mereka adalah ghaib dan tidak berjisim. Maka, satu-satu cara untuk melawan mereka hanyalah dengan kekuatan Allah subhanahuwataala. Allah telah menurunkan al-Quran yang terkandung dalamnya ayat-ayat yang berfungsi untuk menangkis serangan makhluk terkutuk ini. Dan, malahan Nabi kita mengajarkan kepada kita doa dan amalan harian yang berguna membentengkan diri dari semua serangan makhluk ini.
Sebelum itu, perlu saya tekankan di sini, jikalaulah kita mengamalkan amalan-amalan ini tetapi kita tidak memahami maksudnya ataupun tidak mempercayai kemujarabannya, maka tidaklah ia berguna. Ayat ini harus dipraktikkan dengan keimanan, keikhlasan dan kepasrahan yang tinggi. Jikalau kita mengamalkan amalan ini namun tidak mempercayai khasiatnya, maka tiada apa yang berlaku. Maka, berimanlah dengan Allah iaitu percayalah kepada Allah dengan sempurna dan percayalah segala janjinya dan percayalah bahawa setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah.
Tetapi, untuk memohon pertolongan Allah, kita terlebih dahulu wajib menginsafkan diri kita. Segala gangguan yang berlaku berlaku kerana ujian Allah kepada kita. Ujian itu adalah panggilan pulang dari Allah agar anda semua kembali kepada jalannya. Allah menimpakan sesuatu ujian kepada hambanya agar hambaNya mengetahui bahawa Dia Maha Berkuasa. Maka, kembalilah kepada jalan Allah. Apa guna jikalau anda mengamalkan semua yang saya kongsikan, tetapi anda tidak bersolat, dan tidak menutup aurat? Maka, saya nasihatkan, bertaubatlah agar hatimu menjadi bersih kembali dan kembali bercahaya dan ketahuilah sayitan itu kegelapan, dan kegelapan tidak dapat menembusi cahaya.
Buku yang saya rujuk adalah buku 70 Amalan Membentengkan Diri daripada Manusia dan Jin karya Ustaz Sharhan Syafie, anak murid Ustaz Wahid Salam Bali. Buku kedua, adalah Jin: Hakikat dan Pengubatan karya Ustaz Ismail Kamus. Buku Ketiga, Berdialog Dengan JIn: Dialog Seorang Perawat karya Ustaz Abdul majid Hassan. jadi, ketiga-tiga buku ini adalah hasil karangan ulama yang muktabar dan amalan yang diberi jauh dari khurafat dan syirik kerana ketiga-tiga ulama ini merujuk sepenuhnya kepada al-Quran dan al-Sunnah. Selamat beramal dan Semoga Allah menolongmu!!!
- Bacalah Surah al-Falak kerana surah itu adalah benteng dari segala kejahatan. Bacalah dan hafallah makna surah ini kerana ia mengandugi doa melindungi diri daripada sihir dan syaitan.
- Bacalah istiazah kerana ia adalah benteng dari segala kejahatan yang ada. Seelok-eloknya bacalah istiazah yang terdapat di al-Mathurat.
- Doa pembenteng. Doa ini selalu dibaca oleh saya apabila saya berqiamullail. Setakat ini, tak sempat lagi untuk membacakan di khalayak umum kerana doanya panjang. Jika siapa yang meninginkan dia ini, boleh minta kepada saya. (Blogger tidak dilengkapi dengan software menulis jawi.
- Bacalah al-Mathurat. Ini adalah cadangan yang dicadangkan oleh ketiga-tiga ulama tersebut. Kebanyakan doa dalam al-Mathurat adalah berkenaan melindungi diri daripada sifat-sifat mazmumah dan syaitan. Seelok-eloknya baca sebelum atau selepas Subuh dan selepas Maghrib.
- Baca selalu 2 ayat terakhir dari Surah al-Baqarah kerana menurut Hadith, membaca ayat-ayat tersebut melindungi diri daripada semua perkara yang dibenci.(riawayat Bukhari dan Muslim)
- Bacalah Surah l-Baqarah,ayat 246, Surah Ali Imran, ayat 181, Surah an-Nisa', ayat 77, Surah al-Maidah, ayat 27 dan Surah al-Ra'du,ayat 16. Menurut Ibnu Masud r.a., ayat ini dibaca oleh Nabi ketika bermusafir dan perang. Ertinya, ayat-ayat ini melindungi diri daripada perkara yang dibenci. Ulama menyenaraikan fadhiltnya, iaitu tiap ayat-ayat tersebut mempunyai huruf Qaf dan berguna menjadi pelindung diri daripada kejahatan jin dan manusia.
Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Amalkan selalu amalan-amalan muktabar ini dan jangan tinggalkan ibadat wajib. Insya-Allah, jika disertai dengan kepasrahan kepada Allah, amalan ini akan menjadi benteng daripada kejahatan syaitan.Wallahualam...
al-Mamluk al-Qasir:
Walau pada mulanya saya keberatan untuk masuk campur perkara ini, tetapi rasa kasihan saya masih ada. Semoga Allah mengampuni saya apabila saya berkata sedemikian. Saya mengambil keputusan untuk turut membantu walaupun tidaklah sehandal mana. Insya-Allah, saya akan mendalami ilmu ini dengan lebih dalam lagi, demi kebaikan kita semua. Ya Allah, bantulah kami..Amin..Wassalam
No comments:
Post a Comment