Benarkah Islam disebar melalui mata pedang? Benarkah Islam menghalalkan pembunuhan manusia? Benarkah Islam itu kejam dan ganas?
Ini tentunya soalan yang sering dilemparkan kepada umat Islam. Umat Islam kini selalu dicap sebagai pengganas,teroris, fundamentalis dan ekstremis. Mereka sebenarnya tidak memahami konsep jihad dalam Islam.Apakah yang dimaksudkan Jihad?
Jihad berasal dari perkataan jahada, yang bermaksud berusaha bersungguh-sungguh, atau dalam bahasa orang putihnya, struggle. Dari makna perkataan jihad itu sendiri, sudah membawa maksud yang defensif. Maknanya, perkataan jihad ini yang membawa maksud berusaha, tidak hanya digunakan untuk peperangan sahaja. Perkataan jihad ini luas dan tidak membawa maksud peperangan semata-mata.
Dalam Islam, jihad terbahagi kepada tiga, iaitu jihad nafsi, jihad qitali dan jihad siyasi. Jihad nafsi adalah jihad melawan nafsu, jihad qitali bermaksud jihad menentang kuffar dan jihad siyasi bermaksud berjiha menegakkan struktur sosial. Dan jihad yang utama bukanlah jihad qitali. Nabi kita sendiri mengecilkan jihad qitali dan lebih mementingkan jihad nafsi malahan menggelarkan ia sebagai jihad kubra. Malahan, jihad qitali tidak wajib bagi mereka yang tidak mampu!! Benarlah bahawa Islam bukanlah mementingkan militeri sahaja, malahan lebih mementingkan jihad melawan sifat-sifat mazmumah daripada jihad melawan musuh. Ini kerana jikalau musuh yang di dalam diri tidak dapat ditundukkan, masakan musuh di luar dapat ditumpaskan?
Kemudian, kalaulah diperhatikan ,perintah untuk berjihad turun setelah 13 tahun umat Islam diseksa. Allah tidak memerintahkan jihad dengan sengaja, iaitu untuk menakluki musuh dan menjajah negara mereka. Jihad hanya diperintahkan setelah umat Islam diseksa di mekah selama 13 tahun!! Ini bermakna jihad itu sendiri bersifat defensif. Lihatlah Sumayyah, Yasir dan Ammar. Lihatlah Bilal. Lihatlah Bani Hasyim. Mereka semuanya diseksa!! Maka, setelah berhijrah, barulah perintah jihad diturunkan untuk membela umat Islam yang ditindas selama 13 tahun. Malahan, Islam tidak pernah menakluki walaupun seinci tanah negara tanpa sebab. Islam menakluk Bani Quraizah, Bani Nadhir kerana mereka mengkhianati perjanjian damai. Islam menakluki Syam dan Parsi kerana ingin membebaskan rakyatnya dari penindasan Rom dan Parsi.
Dan, ada juga rakyat negara asing sendiri yang meminta untuk dibebaskan dari pemerintahan kuku besi. Contohnya, penduduk Andalusia sendiri yang meminta untuk dibebaskan dari pemerintahan Visigoth, Raja Roderick. Apabila Islam menakluki Andalusia, rakyatnya hidup aman!! Malahan, Andalusia menjadi nadi perkembangan ilmu pengetahuan di Barat!! Jikalaulah Andalusia tidak dibebaskan, nescaya Barat tidak akan pernah maju. Ini membuktikan bahawa Islam tidak pernah menakluki negara kerana mencari kemegahan dan menindas rakyat. Islam berbeza dari Barat. Apabila Islam masuk ke dalam negara asing, tiada satu nyawa pun yang disentuh. Tetapi, apabila Amerika memasuki Iraq, 500,000 kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh!! Siapakah pengganas yang sebenarnya?
Amerika menggelar Taliban pengganas. Tetapi, apabila mereka memasuki Afghanistan berapa ribu nyawa yang melayang? Dunia menggelar Taliban kaum yang tidak beradab dan bengis, tetapi apabila Yvonne Ridley ditangkap oleh Taliban, beliau memeluk Islam, kerana kesopanan Taliban melayan beliau, walaupun beliau seorang tawanan. Beliau tidak disentuh malahan diberi tempat tinggal yang selesa dan makan minum yang cukup. Tetapi, apabila beribu-ribu umat Islam dipenjarakan di Guantanamo, mereka dibogelkan, diseksa dan dimalukan. Siapakah yang tidak beradab? Islam atau Amerika?
Yvonne Ridley..Kesopanan Taliban menarik minatnya ke arah Islam |
Insya-Allah, kita akan menyambung perbahasan kita tentang perkara ini di masa yang lain...
No comments:
Post a Comment