Monday 21 November 2011

[Isu]: Kesadisan Perang terhadap Iraq

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pertama-tamanya, mari kita mengucapkan "Alhamdulillahi rabbil alamin" kerana kita diberi kemudahan oleh Allah untuk lahir dan hidup di negara yang aman damai, berbanding dengan saudara-saudara kita di tempat-tempat lain, di Palestin, Afghanistan, Iraq, Bosnia dan pelbagai tempat lagi ditembak dan dibunuh. Walaupun kita berlainan bangsa dan negara, mereka tetap saudara kita kerana Islam menyatakan bahawa setiap orang yang mengucapkan "La ilaha illallah Muhammadur rasulullah" itu sebagai saudara kita.

Kemudian, renungilah, apabila seekor haiwan, kucing atau selainnya diseksa, dipotong kakinya, maka bangkitlah pelbagai pihak menyelar perbuatan tersebut. Malahan, seluruh warganegara tidak mengira lapisan usia dan agama bangkit menentang perbuatan itu. Tetapi, mengapakah apabila berjuta-juta rakyat Iraq dibunuh setiap tahun, tidak meraih simpati oleh kita. Adakah nilai seekor kucing lebih berharga dari nyawa berjuta-juta manusia? Inilah kenyataan dunia akhir zaman, di mana manusia suka menutup mata dan tunduk kepada kekejaman. Abu Ali ad-Daqqaq pernah mengatakan," Barangsiapa yang senyap ketika berlakunya kemungkaran, maka dia ialah syaitan bisu". Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai manusia yang berkakhlak buruk di dunia ini, kerana mereka sudah dijadikan syaitan bisu kerana terus-menerus membutakan diri sendiri.

Baiklah, untuk kali ini ambe tidak menampilkan kekejaman Amerika dan sekutunya kepada Iraq yang menyentuh perkara-perkara yang susah difahami, maka ambe akan menonjolkan kesadisan Amerika melalui satu taktik kotor yang digunakan oleh mereka untuk mentyeksa dan membunuh secara perlahan rakyat negara yang ingin ditakluki. Cara ini merupakan cara popular yang digunakan ke atas Palestin dan Iraq,iaitu sekatan ekonomi ataupun economic sanctions...Maklumat di bawah diperoleh dari risalah yang diperoleh di Pameran "War Is A Crime" bertajuk "Expore War Crimes: Criminalise War"...

Sekatan ekonomi ke atas Iraq telah dikuatkuasakan oleh Majlis Kelselamatan PBB pada 1990. Walaubagaimanapun, sekatan ekonomi tersbut telah melanggar apa yang terkandung dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa lain. Impak skeatan ekonomi tersebut ke atas PBB amat membinasakan rakyat Iraq.

Para pengkiritk telah mengatakan ratusan ribu rakyat Iraq, kebanyakannya kanak-kanak mati disebabkan sekatan ekonomi tersebut. UNICEF telah menjangkakan kematian kanak-kanak Iraq sebanyak 500,000. Punca kematian disebabkan kekurangan bekalan ubatan, malnutrisi dan penyakit yang disebabkan kekurangan air bersih.

Pada 10 Mei tahun 1996, Madeline Albright, Duta AS ke PBB muncul dalam rancangan 60 Minutes. Beliau mengeluarkan angka sebanyak setengah juta kanak-kanak bawah umur 5 mati disebabkan sekatan ekonomi tersebut. Tidak tersentuh dengan angka tersebut, beliau berkata," Kami rasa harga ini berbaloi.."

Ambe menampilkan barangan yang dilarang bawa masuk ke dalam Iraq semasa sekatan tersebut, dan keperluan barang-barang tersebut akan ditanda dengan warna bergantung kepada keperluan barang tersebut oleh rakyat Iraq. Anda akan terkejut barangan yang sangat diperlukan oleh rakyat Iraq banyak disekat...
 
BARANGAN YANG DISEKAT
  1. BAHAN RACUN PERTANIAN
  2. SEMUA PERALATAN ELETRIK
  3. SEMUA BAHAN PEMBINAAN
  4. AMBULANS
  5. MAKANAN BAYI
  6. RAKET BADMINTON
  7. BANDAGE
  8. SELIMUT
  9. BUT
  10. CANNULAS UNTUK INTRAVENOUS
  11. BASIKAL KANAK-KANAK
  12. PAKAIAN KANAK-KANAK
  13. KLORIN DAN SEMUA BAHAN PERAWATAN AIR
  14. KOBALT UNTUK MESIN X-RAY
  15. DEODOREN
  16. PERALATAN DIALISIS
  17. SARUNG TANGAN PEMBEDAHAN
  18. MONITOR ECG
  19. PEMADAM
  20. GAM UNTUK BUKU TEKS
  21. INKUBATOR
  22. BAHAN KULIT UNTUK KASUT
  23. GINCU
  24. JARUM SUNTIKAN
  25. UBAT SAWAN
  26. NAIL POLISH
  27. NOTEBOOK
  28. KAIN PENAPIS NILON
  29. TEPUNG
  30. PAKAIAN DEWASA
  31. KERTAS
  32. PENGASAH PENSIL
  33. BOLA PING PONG
  34. BUKU SEKOLAH
  35. SHAMPOO
  36. BAJU
  37. TALI KASUT
  38. ALATAN MENGAFAN
  39. SABUN
  40. TUALA WANITA
  41. SPECIFIC GRANITE SHIPMENTS
  42. SPECIFIC UMBILICAL CATHERERS
  43. STETOSKOP
  44. BENANG BAJU KANAK-KANAK
  45. TISU
  46. TISU TANDAS
  47. BERUS GIGI
  48. UBAT GIGI
  49. BANYAK LAGI ALATAN MAKANAN
  50. PENEBAT HABA
  51. PERALATAN X-RAY
  52. FILEM X-RAY
(Sumber: Expose War Crimes: Criminalise War pamphlet, PGPF)

Masya-Allah, kalau diperhatikan kebanyakan barang-barang yang disekat merupakan keperluan asas dan amat berbahaya jika tiada bekalan secukupnya. Malahan, sesetengah barang merupakan barang-barang yang remeh temeh yang sengaja disekat untuk menyeksa rakyat Iraq secukup-cukupnya. Cuba bayangkan, jika negara kita disekat sedemikian, berapa jutakah orang yang akan mati. Mungkin ibu bapa kita, keluarga kita ataupun rakan-rakan kita!!!






Inilah masa untuk kita bangkit dan membantah, menyelar tindakan Amerika yang bertindak sebgai Pembuli Nombor 1 Dunia..Mari kita tinggalkan segala virus ciptaan Barat yang dicipta untuk merosakkan minda kita..Allahuakbar!! 

[Diari al-Mamluk]: Lawatan ke Pameran "War Is A Crime"

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca..

Pada hari ini, ambe ingin berkongsikan pengalaman dan informasi ketika ambe dan rakan-rakan ambe berkunjung ke pameran "War Is A Crime" di Bangunan PGPF, Jalan Perdana berdekatan dengan Muzium Kesenian Islam yang dianjurkan oleh Perdana Global Peace Foundation yang merupakan satu badan yang amat lantang memperjuangkan penjenayahan perang. Maka, tergerak hati ambe bersama dua rakan ambe untuk berkunjung ke pameran ini.Krew-krew yang terlibat:
Sidi Muhammad Yusoff (berkopiah): penunjuk jalan, Chef de mission
Syahmi Yahya: Photographer I
Aidil Azroy (berbaju biru): Tukang Angkat barang..wakaka


Perjalanan dimulakan apabila semua orang sudah berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek. Kami berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke lokasi tersebut. Tidak mengapa, luas perjalanan, luas pengalaman. Pada mulanya, dek tidak mengetahui bangunan tersebut, kami tersesat sehingga ke stesen penyiaran al-Hijrah dan nasib baikla terjumpa dengan sepasang suami isteri yang bermurah hati untuk menunjukkan jalan kepada kami.Tersesat selama setengah jam masih tidak mematahkan semangat membara kami.

Apabila kami memasuki Bangunan tersebut, semasa itu sebuah layar besar dipasang dan memaparkan Tribunal Hearing yang meruapakan sebuah mahkamah jenayah perang yang dianjurkan Malaysia untuk mendakwa Bush, Blair dan beberapa kroninya atas tuduhan menyerang dan menakluki Iraq tanpa mempunyai mandat majoriti dari Majlis Keselamtan PBB. Khabarnya, pihak pembela (Bush) tidak dapat menentang bukti-bukti sahih dan mantap oleh pihak pendakwa. Mari sama-sama kita doakan kemenangan kita dan akhirnya kejahatan Bush dan kroni-kroninya akan terbongkar.

Sebaik sahaja kami memasuki entrance, kami terkejut kerana tiada bayaran kemasukan dan kami diberi banyak cenderamata oleh pihak penganjur. Beruntungya sesiapa yang pergi ke pameran ini!!
Cenderamata yang diperoleh..:)


Angka kematian dalam Perang Afghan
 Secara keseluruhan, pameran tersebut ialah TERBAEK!!! Informasi-informasi dan patung-patung bersaiz sebenar yang menggambarkan kesadisan perang menyayatkann hati kami. Jika dikira jumlah kematian akibat perang dalam abad ini, pastinya berjumlah ratusan juta. Dan, jumlah korban pihak militari dan rakyat awam dalam Perang Dunia I berjumlah 35 juta orang, di mana jumlahnya lebih besar dari penduduk Malaysia!! Bayangkan..Di bawah ada beberapa gambar yang kami tampilkan dan diserta caption-caption..Semoga dapat dimanfaatkan..


cara seksaan popular..banduan diseksa dengan renjatan elektrik bervoltan tinggi
Pameran tersebut ada keistimewaan dan tarikannya yang tersendiri bagi kami, kerana dua aspek. Pertama, pihak penganjur telah mewujudkan replika seksaan yang dialami oleh penghuni penjara Abu Ghraib. Penjara ini dibina dan ditempatkan banduan-banduan yang kononnya dicap pengganas oleh Amerika dan sekutunya. Amat menggerunkan dan menyayat hati. Kedua, pihak penganjur juga menyediakan papan-papan kayu yang boleh digunakan oleh para pengunjung untuk menyatakan bantahan kami terhadap peperangan. Mungkin kayu ini akan dihantar ke Amerika atau sebagainya untuk menunjukkan betapa bencinya rakyat Malaysia terhadap peperangan...Ambe juga berpeluang untuk menyuarakan bantahan ambe..:)
penderaan mental...





Pameran ini tentunya membuka mata kami. Fakta-fakta yang menarik dan berinformasi seperti Teori Konspirasi 9/11. Ambe telah berkongi teori ini bersama rakan-rakan di AKSB dan kini disahihkan oleh pihak Barat sendiri yang telah mengkajinya dengan begitu rapi...Rupa-rupanya, insiden ini dirancang oleh kerajaan Amerika sendiri bertujuan utnuk mencemarkan nama Islam..

pertanyaan mudah yang menjadi hujah
kesan boom fosforus
Pameran ini juga telah memberikan infomasi yang berguna tentang teknologi senjata Amerika. Pendapat saya, Amerika merupakan satu pengecut yang suka membuli kerana menggunakan drones atau kapal yang tidak dipandu sebaliknya dikawal di HQ. Pameran ini juga mendedahkan peluru nuklear yang dimiliki Amerika yang pastinya akan digunakan untuk menentang musuh-musuhnya..Kami amat terkesima melihatkan kesan penggunaan bom fosforus yang dahsyat..(Rujuk gambar)..Khabarnya, bom ini nampak seperti asap putih tetapi membakar tubuh badan apabila terkena dan daging-daging di badan akan luruh satu persatu..

Satu infromasi berguna yang diperoleh dalam pameran ini ialah berkenaan Arab Spring atau Revolusi Arab..Rupa-rupanya, situasi di Libya seperti keluar mulut singa, masuk mulut naga..Mereka sememangnya dapat melepaskan diri dari rejim Muammar Gadhafi (yang ternyata baik) tetapi minyak dan kedaulatan mereka akan dikuasai Amerika dan sekutunya..Mari kita lihat, apa yang akan terjadi kepada Libya..Ambe menjangkakan Libya akan menjadi seperti Iraq...Astaghfirullah..
Gadhafi has lost but who WINS?








Inilah antara info yang dapat dikongsi oleh ambe..Insya-Allah, ambe akan tampilkan info banyak lagi terutamanya berkenaan pertubuhan PGPF yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir yang masih tidak hilang bisanya itu...Masa selama beberapa jam di pameran tersebut tidak rugi malahan berbaloi..Sangat membuka mata..Sekian, wassalam..;)

Friday 18 November 2011

[Isu]: Sedekah:Kepada siapa?

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kepada rakan pembaca..

Pada hari ini, hamba ingin membicarakan tentang suatu topik yang rasanya masyarakat kita keliru, iaitu sedekah. Orang Melayu Islam kebanyakannya, apabila ditanya tentang kekejaman Yahudi Zionis terhadap rakyat Gaza, mereka akan menjawab dengna penuh emosi. Mungkin mereka akan membentak dan mengamuk dan dengan bersemangatnya membangkang tindakan-tindakan Zionis. Tapi, disedari, dalam masyarakat kita, kita rupa-rupanya berkongsi persamaan dengan musuh Nombor 1 kita itu. Apakah persamaannya?
Jangan sama dengan oorang-orang di atas, sudah!!

Dalam agama Yahudi, mereka amat menitikberatkan perkauman. Mereka menganggap kaum mereka ialah kaum pilihan Allah dan seterusnya menganggap kaum lain lebih hina dari mereka. malahan, mereka memanggil kaum dan penganut agama lain sebagai goyim.Goyim  merupakan nama gelaran yang amat hina. Dalam agama Yahudi, mereka juga lebih mementingkan kesenangan kaum sendiri dan tidak teragak-agak untuk menekan kaum lain. Contohnya, dalam kitab mereka, dihalalkan mengenakan kadar riba' yang tinggi kepada kaum lain, tetapi diharamkan sesama sekali mengenakan riba kepada kaum sendiri. Racist bukan?

Kini, dalam masyarakat kita pun ada persamaan dengan kaum terlaknat ini...Apa buktinya? Mahu dengar satu cerita? wakaka...

Satu hari, ambe makan sarapan pagi di sebuah kedai mamak. Memandangkan malam semalam tidak makan, ambe berasa sungguh lapar dan mula makan...Apabila ambe selesai makan, datanglah seorang pengemis berbangsa Cina. Pengemis itu menggoncangkan cawan plastik minuman yang dijadikan sebagai tabung wangnya dari meja ke meja. Di hadapanku, ada sebuah meja yang diduduki oleh seorang yang berbangsa Melayu. Mestilah Islam, bukan? Kalau dia murtad, nak buat macam mana..
Kesian tak kesian, takkanlah disebabkan berlainan agama, kita biarkan budak ini miskin?

Pengemis itu pun menggoncangkan cawan plastiknya. Lelaki Melayu itu dengan acuh tak acuh menggoyangkan tangannya sebagai tanda dia tidak mahu memberi sedekah tanpa memandang pengemis itu. Waduh, sayunya ambe melihat muka pengemis itu!! Pengemis itu pun berjalan dari meja ke meja.

Sampai sahaja di mejaku, ada seorang pasangan Melayu memberikan duit kepada pengemis itu. Alhamdulillah, masih ada hati perut!!! Ambe pun meletakkan duit seringgit. Wah, nikmatnya bersedekah!! Bukan nak berbangga, tapi berbuat amal kebajikan akan memberikan rasa gembira dan memancarkan aura positif kepada mereka yang ikhlas melakukannya..

Apabila ambe dan pasangan Melayu itu bersedekah, kedengaran pula suara sumbang. "Buat apa nak sedekah kat Cina itu. Bukannya Islam pun!!". Lebih kurang gitu bunyinya..Ewah, jikalau diikutkan marah, pastinya berlaku pergaduhan.
Tamat...

Ok, sekarang. Betulkah apa yang dikatakan oleh suara sumbang tersebut? Salah sama sekali..Inilah persamaan masyarakat kita dengan Yahudi..Ish3, begitu sempitnya pemahaman mereka. Islam ialah agama yang syumul, pastinya menggalakkan penganutnya berbuat baik kepada semua makhluk Allah. Kalau kita perhatikan sejarah, banyak peristiwa yang menunjukkan generasi awal tidak keberatan untuk menolong orang bukan Islam. Contohnya, masyarakat Andalusia yang tidakberagama Islam meminta kepada penduduk Islam untuk membebaskan mereka dari kekejaman Raja Visigoth. Gabenor Muslim, Musa bin Nusair tidak keberatan untuk menolong mereka dan menghantar pasukan tariq bin Ziyad untuk membebaskan Andalusia. Hasilnya, andalusia berjaya dibebaskan dan ramai yang memeluk Islam..Siapakah yang untung? Kita juga..Islam juga..Malahan, Andalusia berkembang menjadi pusat ilmu dan ramia ilmuwan Muslim mahupun Kristian berganding bahu untuk membina tamadun sepertimana yang kita nikmati sekarang..

Aduhai, berdasarkan peristiwa tadi..Siapakah yang untung.Pastinya kita juga. Setiap apa yang kita lakukan adalah salah satu cabang dari dakwah. Kebaikan yang kita lakukan terhadap orang bukan Islam pastinya akan melembutkan hati mereka. Hasilnya, ramai saudara baru.Siapakah yang untung? Bukalah matamu...

Kalaulah kita terus dalam kesempitan akal fikiran sebegini, umat Islam akan mundur dan akan dipijak oleh agama lain yang lebih terbuka. Hamba ingin berkongsi cerita, yang hamba dapat dari seorang rakan ayah yang bekerja di DBKL. Katanya, pada hari Jumaat lepas,(18 November 2011), beliau berada di sekitar Gereja St.John, Kuala Lumpur. Beliau ternampak ramai orang Islam berkumpul dalam gereja tersebut dan menunggu untuk diberikan makanan oleh pihak gereja tersebut!!! Malahan, sebelum diagihkan makanan, para paderi tersebut memberikan khutbah kepada orang Islam yang menunggu tadi. Hmm..siapakah yang rugi? Jikalau kita bersifat lokek? Kalaulahpengemis tadi beragama Buddha, dan dia tidak berjaya memperoleh duit dari kita, dia pastinya akan menuju ke gereja yang begitu bermurah hati sekali. Akhirnya, dia memeluk Kristian. Kita kehilangan seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang saudara baru..

Konklusinya, janganlah bersifat prejudis dalam membuat kebaikan. Buatlah kebaikan kepada semua orang..Tak rugipun..Islam juga akan menjadi terkenal..Malahan, sedekah kepada orang bukan Islam juga memperoleh pahala. Mari kita dengarkan pendapat Ustaz Azhar Idrus..

Nah, dapat pahala juga.. Jaid, marilah beramal kepada semua orang. Renungilah firman Allah,
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.Surah al-Baqarah,271

Tapi, janganlah lupa untuk bersedekah kepada rakan Muslimin,ye..Sekian, wassalam...:)

[Diari al-Mamluk]: Legasiku I

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca..:)

Pada hari ini, ambe ingin membicarakan tentang legasi hamba,, legasi Abu Ahmad Salahudin al-Mamluk.

Mamluk
Pertamanya, mengapa ambe menggelarkan diri ambe al-Mamluk. Jika kita memperhatikan makna al-Mamluk, perkataan tersebut membawa maksud hamba. Dan, jika kita meneroka aliran sejarah, Mamluk merupakan satu kasta atau organisasi dalam Daulah Islamiah yang wujud sebagai hamba. Hamba-hamba ini dibawa dari daerah Kaukasus dan dari puak Kipchak. Dan, hamba-hamba ini berkhidmat bawah amir atau pemimpin-pemimpin sebagai askar. Dan, hamba-hamba ini terkenal dengan ketaatan dan kesetiaan kepada tuannya berbeza dengan tentera Janissary yang seringkali memberontak kepada pemimpinnya.

Maka, mengapa ambe menggelarkan diri hamba sedemikian? Jawapannya, hamba dapat merasakan kaitan yang amat dalam antara diri ambe dan Mamluk.Mamluk merupakan orang bawahan dalam organiisasi masyarakat (walaupun sesetengah mereka berjaya meraih pangkat) tetapi mereka tetap menyumbang bakti kepada masyarakat Muslim. Kita dapat perhatikan di mana tentera Daulah Mamalik yang dipimpin oleh Saifuddin Qutuz berani bangkit menentang tnetera Mongol yang begitu perkasa ketika itu. Sewaktu itu, Mongol mengganas dan amukannya tiba di kota Baghdad. Kota Baghdad bermandi darah dan lebih kurang 1,000,000 umat Islam dibunuh. Pusat pemerintahan Abbasiah tumbang. Khalifah dibunuh dan tiada lagi pewarisnya. Seluruh dunia Islam berkabung.

Tetapi, para hamba yang berkasta rendah seperti Mamluk berani menentang atas nama jihad dan menentang Mongol.Akhirnya, mereka bersetentang mata dengan Mongol dan beradu kekuatan minda dan jiwa di Ain Jalut. Keputusan terakhir peperangan tersebut memihak kepada Mamluk. Siapa sangka?

Maka, inilah diri hamba. Hamba tidak memiliki kriteria-kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin seperti ketampanan, kegagahan dan tarikan. Malahan, hamba mengganggap diri hamba sebagai satu produk kelahiran yang gagal. Tetapi, hamba tidak pernah menjadikan semua itu sebagai alasan. Islam tidak pernah memandang paras muka, sebaliknya memandang keimanan masing-masing. Maka, hamba bangkit dengan suara hamba dan menawarkan taat setia kepada mana-mana pemimpin yang memperjuangkan Islam sepertimana setianya Mamluk kepada tuannya.
hamba Mamluk..

Hamba ditakdirkan untuk menjadi khadam. Ketika kecil, hamba menjadi khadam kepada nenda kesayangan hamba. Dan,kini hamba dengan bangganya menjadi khadam kepada pemimpinku, Abang Arib Ismail. Hamba akan menjadi perisainya yang paling utuh dan tidak sesekali akan meninggalkannya. Mungkin beliau tidak pernah menyedari, tidak mengapa, hamba tetap akan bersama dengan beliau..

Bagi, sesetengah orang, amat hina untuk dipanggil khadam. Tetapi, berlainan dengan hamba. Hamba ialah seorang insan yang penuh kekurangan, oleh itu berdamping dengan manusia yang sempurna menjadi satu kenikmatan buat hamba. Hamba akan sentiasa berada pada sisi mereka, sepertimana Mamluk berjuang sehingga darah terakhir.

Huh, inilah legasiku, inilah hidupku...Hamba tidak layak menjadi pemimpin, kerana hamba ialah seorang hamba..Walaupun, hamba berketurunan Laksamana dan Syeikh, tapi hamba tidak mampu meneruskan legasi mereka. Cucu mereka ini tidak layak lagi memegang kuasa. Hamba akan berdiri dalam gelap dan sentiasa menawarkan khidmat hamba kepada siapa yang memerlukan..

Sekian, wassalam..:)

Thursday 17 November 2011

[Diari al-Mamluk]: Cuti akhir Tahun

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum ambe ucapkan,

Cuti ini mungkin ambe dapat harungi dengan tabah, insya-Allah, karna mungkin diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Jadi, tidaklah hati ini sentiasa murung dan kebosanan sepanjang cuti ini.

Kepada teman-teman, luangkanlah masa cuti ini sebaiknya. Renungilah firman Allah,
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang  beriman, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
Kita semua tidak mahu menjadi orang yang rugikan? Jadi, rancang masa anda dengan sebaiknya.

Antara aktiviti yang bakalku ceburi ialah Tomoi, Ya, tomoi. Tomoi atau kembarnya, Muay Thai Boxing menarik minatku kerana hanya seni ini yang sesuai dengan tubuh badanku. Ambe memiliki tubuh yang kecil namun kaki yang panjang, dan seni Tomoi amat mementingkan kriteria ini. Jadi, ambe pun menyertai sukan ini. Jadi, ambe ialah orang yang mentah dalam bidang ini, diharapnya ambe akan menjadi baik dari semasa ke semasa dan akhirnya ambe dapat menjadi pejuang Islam yang berkredibiliti..Amin..:)

KATA-KATA HIKMAT DARI MUHAMMAD ALI



Jadi, sekian sahaja post buat kali ini..Wassalam..:)

p.s: Badan sakit-sakit semasa pertama kali training..wakaka

Friday 11 November 2011

Di Ambang Kelahiran Salahudin al-Ayyubi Generasi Baru..

BIsmillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, siap juga senarai video yang hamba pilih untuk tazkirah di AKSB, membawa tajuk "Di Ambang Kelahiran Salahudin al-Ayyubi Generasi Baru"...Tentunya, tajuk ini dipilih supaya remaja-remaja termasuk diri hamba sedar bahawa dalam dunia Islam ada tokoh-tokoh yang begitu hebat dan  unggul seperti Salahudin al-Ayyubi.

Hamba pasti, kita semua sering perhatikan, remaja kini tidak cenderung untuk menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai idola mereka, sebaliknya mengangkat tokoh-tokoh Barat seperti Justin Bieber, Eminem dan sebagainya yang di mana nilai etika mereka itu amat rendah. Puncanya, ialah kurangnya pendedahan umum tentang tokoh-tokoh ini. Jadi, ini merupakan inisiatif dari JawatanKuasa Kepemimpinan Pelajar (JKP) untuk mendedahkan kepada semua pelajar, bahawa dalam dunia Islam, ada personaliti-personaliti yang lebih layak dikagumi daripada individu-individu Barat tersebut.

Sebenarnya, pihak JKP telahpun menganjurkan prototaip untuk siri-siri Tokoh-Tokoh Islam di mana, kami menampilkan riwayat hidup Umar Mukhtar dan perjuangannya. Alhamdulillah, kesannya agak memberangsangkan. Rakan-rakan hamba mula menggunakan "Semangat Umar Mukhtar" dalam kehidupan. Alhamdulillah.

Jadi, di bawah , ialah senarai video yang akan ditayangkan. Sebenarnya, post ini khas ditujukan untuk Aidil Azroy, pembantu merangkap rakan seperjuangan..

Nota Untuk Azroy: Download video-video ini, nanti hari Isnin, kita buat Wallpaper sama-sama..:)


VIDEO-VIDEO YANG BAKAL DITAYANGKAN..


 

 




WASSALAM...

Diari al-Mamluk: Penghujung 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa yang paling ditakuti sudah tiba. Iaitu cuti sekolah. Iaitu tidak lagi dapat tinggal di AKSB, tidur di katil bujangnya, melepak dengan rakan-rakan, makan di kantinnya dan tidak lagi dapat bertazkirah di suraunya. Inilah namanya kesunyian dan kesepian..Haihh..

Tapi, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mungkin, di sebalik pancaroba ini, terselit hikmah yang harus digali..;)..Mungkin, antara hikmahnya, hamba dapat berunudr dan merancang strategi baru untuk memperkasakan dan memartabatkan lagi Islam di AKSB.

Berkenaan dengan Islam, ingin hamba petik sedikit apa yang berlaku pada Malam Jamuan Akhir Tahun AKSB 2011 yang bertemakan Arabian Night. Baiklah, tentunya ada pro dan kontranya. Saya ingin memuji guru-guru dan warden-warden yang sudi melapangkan masa untuk membantu menjayakan makan malam ini. Impaknya, sebuah makan malam yang klasik tetapi tetap memberi memori indah..Tidak lupa juga, sekalung tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak Form 4 yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis tersebut. Sekali lagi, TERBAIK!! Alhamdulillah, majlis tersebut merupakan penutup yang hebat buat tahun ini dan terutama buat hamba, yang nasib tahun depan masih tidak ketahuan..

Baiklah, kontranya, hamba tidak ingin menerangkan dengan lebih dalam kerana disekat dengan perasaan hormatku kepada asrama dan memandangkan bukannya semua pun melakukan kesalahan tersebut..(tapi majoriti). Usaha sepanjang tahun ini sepertinya gagal. Tapi, tidak mengapa..Kita cuba lagi..:)..Allahuakbar!!!
Sesungguhnya Kami menjanjikan kemenangan buatmu- Surah al-Fath,1

Tidak mengapa, hamba akan cuba lagi..Selagi nyawa dikandung badan, hamba akan terus cuba dan cuba..Harapan masih ada!!! Allahuakbar!!!..
Memandangkan hari Isnin ini bermulanya SPM yang akan diduduki oleh abang-abang kesayanganku,. Pendekar-pendekar tersebut yang akan berjuang Isnin nanti ialah;
  • Abang Arib- Amirul Mukminin, Pemimpin Berkarisma, Abang dan Kawan Sejati, Pakar IT, Bakal PM..:)
  • Abang Salam- Mentor Kepemimpinan, Guitarist World-Class, Handsome, Peramah, Motivator Ulung, Cool and Steady..:)
  • Abang Fikri- Kelakar, Peramah, Gentlemen, Tidak Kekok Bersama Junior, Disukai Semua Orang, Handal Add Maths..:)
  • Abang Kamarul Ariffin- Ketua Paras Terbaik, World-Class Guitarist, Tangan Seni, Footballer, Athletic
  • Abang Zulhelmi- Matang, Amat dikagumi oleh Hamba, Serba Boleh, Sederhana, Berbakat Besar, Peramah, Luas Pengalaman, Seronok Berborak dengan Beliau..
  • Abang Khalis- Handsome (tentunya), Peramah, Kelakar, Rileks, Cool
  • Abang Asyraf- Kelakar, Peramah, Selesa dengan Senior, Sederhana, World-Class Guitarist, Saya suka gaya beliau..:)
  • Abang  Haziq- Senior yang paling rapat dengan Junior, Peramah, Simple..:)
Dipendekkan cerita, saya doakan anda semua, semoga berjaya!! Amin...Usaha ditambah dengan doa pastinya akan membuahkan kejayaan..Insya-Allah..
Sekian sahaja post kali ini, hamba ingin mempersiap siagakan diri untuk road show di AKSB dan insya-Allah akan membawakan topik yang diberi nama," Di Ambang Kelahiran Salahudin al-Ayyubi Generasi Baru"..Nantikan..Wassalam..

Friday 4 November 2011

Dulu dan Kini...

Bismillahirrahmanirrahim..

Tamat jua satu minggu yang menjerihkan namun tetap menggembirakan. Pada minggu ini, pada saat-saat terakhir hamba bersama sahabat handai yang lain ditawarkan untuk menyertai Kem 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang diadakan di Permaisuri Hang Jebat Stadium Hotel di Melaka. Kami menerima tawaran ini dengan hati yang terbuka lagipun di sekolah, aktiviti tidaklah begitu padat, jadi di samping untuk mengumpul sijil dan pengalaman, maka kami menerima untuk pergi. Alhamdulillah, hamba bukanlah manusia yang aktif dalam lapangn bersukan, tettapi di kem tersebut, fasilitator yang TERBAIK mengajar kemahiran-kemahiran sukan yang asa sehinggakan sukan hoki yang begitu hamba gentari, kini bolehlah untuk dimainkan.

Di sana jua, hamba diberi peluang untuk mewakili kumpulan untuk membuat pembentangan dan Masya-Allah, respon yang diberi oleh mereka amat menakjubkan..Haha..Terutamanya apabila hamba menyebut TERBAEK!!..Mereka akan bersorak dan ketawa..Jadi, Alhamdulillah hamba berjaya membuat pembentangan dan dipuji oleh Jurulatih Utama. Bermula selepas pembentangan tersebut, peserta lain mula memanggil hamba dengan gelaran "Imam Muda Boboiboy..Haha, Masya-Allah, hamba masih tidak layak untuk digelar Imam Muda...

Respon yang menakjubkan dari para guru dan peserta kem ini membuatkanku tefikir. Di tempat asalku, apabila hamba menggunakan gaya tazkirah atau pengucapan yang sama, mereka tidak tergelak ataupun menunjukkan respons. Perjalanan pulang dari Melaka yang panjang diisi olehku dalam termenung yang panjang..Adakah hamba sudah hilang aura? Adakah hamba sudah tidak digemari?

Apabila hamba tiba di asrama, rasa rindu untuk berhadapan dengan pelajar AKSB tidak dapat dibendung lagi. Mandi sekadar mandi kerbau (Hahaha), kemudian hamba terus meluru ke dewan makan dan terus menikmati makan malam..Wah, nikmat tak terhingga!!! Walaupun tinggal di hotel sepanjang tiga hari. masih tidak dapat melawan keenakan masakan pihak kantin Dewan Makan. Baiklah, hamba ingin melepaskan rindu kepada surau pula..Hamba dengan secara rela menawarkan diri untuk menjadi imam dan mengetuai bacaan Yassin..Kemudian, selepas tamat sembahyang Isya', semua tingkatan diminta untuk tunggu dan kami diberi penerangan berkenaan pakaian pada Jamuan Akhir Tahun.

Kemudian, Tingkatan 5 diberi pelepasan manakala tingkatan lain diminta tunggu. Tingkatan 4 berbincang tentang Jamuan Akhir Tahun manakala Tingkatan lain diberi sedikit briefing tentang disiplin. Ada berlaku sedikit perselisihan faham. Kemudian, giliran hamba pula untuk bercakap kepada Tingkatam 1 dan 2..Ya, adik-adikku..Hamba sebenarnya tidak ada benda serius pun untuk berkongsi dengn mereka tetapi hati ini mendesak untuk berkata-kata dengan mereka. Pabila ku bercakap, aku menekankan tentang aspek perpaduan..Ku ulang banyak kali tentang perkara tersebut..

Apabila ku bercakap, mereka tidak menunjukkan sebarang respons..Ada di antara mereka menundukkan kepala dan mungkin sedang melakukan hal ehwal tertentu..Raut mereka kosong seolah-olah apa yang hamba cakapkan ini hanyalah satu dengusan dan salakan..Ah, perasaan hati mungkin..Hamba harap Tingkatan 1 dan 2 akan berubah, mereka inilah generasi hadapan..Hamba tidak berada di AKSB buat selama-lamanya, satu hari nanti hamba pasti meninggalkannya..

Tetapu, kini aku sudah mula untuk menerima kenyataan bahawa mereka mampu untuk berdiri tanpaku. Mungkin apabila hamba pergi, mereka tidak merasakan apapun, Ketika ku beredar dari surau, abg Nazrul Hafizi sedang berbicara dengan mereka. Mereka cukup gembira berinteraksi dngan abg Nazrul Hafizi. Alhamdulillah, mereka dapat menerima abg Nazrul Hafizi.

Di AKSB, ramai lagi tokoh..Antaranya, abg al-Fath yang bakal menyandang jawatan YDP yang mempunyai kebolehan dari segi rupa dan karisma, abg Faiz Salimi yang full package..abg Nazrul Hafizi yang tidak segan berbicara di depan, dan kesemua Tingkatan 4 yang kini dalma proses terakhir untuk menjadi senior yang terbaik..

Jadi, hamba harus menerima kenyataan ini, hamba sudah tidak menjdi fenomena dan hamba tidak menyesal. Setiap hari akan menjadi malam. Bintang tidak selama-lamanya menyinar. Ini ialah tanda dari Allah utnuk menyiapkan diriku untuk berpindah tahun depan..

Sekian sahaja, coretanku, sebagai selingan hamba ingin berkongsikan sebuah lagu yang bertajuk.. MANUSIA LUPA..Ambillah inti penagajaran di sebalik ritma lagu ini..Wassalam..:)

Dulu dan Kini...

Bismillahirrahmanirrahim..

Tamat jua satu minggu yang menjerihkan namun tetap menggembirakan. Pada minggu ini, pada saat-saat terakhir hamba bersama sahabat handai yang lain ditawarkan untuk menyertai Kem 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang diadakan di Permaisuri Hang Jebat Stadium Hotel di Melaka. Kami menerima tawaran ini dengan hati yang terbuka lagipun di sekolah, aktiviti tidaklah begitu padat, jadi di samping untuk mengumpul sijil dan pengalaman, maka kami menerima untuk pergi. Alhamdulillah, hamba bukanlah manusia yang aktif dalam lapangn bersukan, tettapi di kem tersebut, fasilitator yang TERBAIK mengajar kemahiran-kemahiran sukan yang asa sehinggakan sukan hoki yang begitu hamba gentari, kini bolehlah untuk dimainkan.

Di sana jua, hamba diberi peluang untuk mewakili kumpulan untuk membuat pembentangan dan Masya-Allah, respon yang diberi oleh mereka amat menakjubkan..Haha..Terutamanya apabila hamba menyebut TERBAEK!!..Mereka akan bersorak dan ketawa..Jadi, Alhamdulillah hamba berjaya membuat pembentangan dan dipuji oleh Jurulatih Utama. Bermula selepas pembentangan tersebut, peserta lain mula memanggil hamba dengan gelaran "Imam Muda Boboiboy..Haha, Masya-Allah, hamba masih tidak layak untuk digelar Imam Muda...

Respon yang menakjubkan dari para guru dan peserta kem ini membuatkanku tefikir. Di tempat asalku, apabila hamba menggunakan gaya tazkirah atau pengucapan yang sama, mereka tidak tergelak ataupun menunjukkan respons. Perjalanan pulang dari Melaka yang panjang diisi olehku dalam termenung yang panjang..Adakah hamba sudah hilang aura? Adakah hamba sudah tidak digemari?

Apabila hamba tiba di asrama, rasa rindu untuk berhadapan dengan pelajar AKSB tidak dapat dibendung lagi. Mandi sekadar mandi kerbau (Hahaha), kemudian hamba terus meluru ke dewan makan dan terus menikmati makan malam..Wah, nikmat tak terhingga!!! Walaupun tinggal di hotel sepanjang tiga hari. masih tidak dapat melawan keenakan masakan pihak kantin Dewan Makan. Baiklah, hamba ingin melepaskan rindu kepada surau pula..Hamba dengan secara rela menawarkan diri untuk menjadi imam dan mengetuai bacaan Yassin..Kemudian, selepas tamat sembahyang Isya', semua tingkatan diminta untuk tunggu dan kami diberi penerangan berkenaan pakaian pada Jamuan Akhir Tahun.

Kemudian, Tingkatan 5 diberi pelepasan manakala tingkatan lain diminta tunggu. Tingkatan 4 berbincang tentang Jamuan Akhir Tahun manakala Tingkatan lain diberi sedikit briefing tentang disiplin. Ada berlaku sedikit perselisihan faham. Kemudian, giliran hamba pula untuk bercakap kepada Tingkatam 1 dan 2..Ya, adik-adikku..Hamba sebenarnya tidak ada benda serius pun untuk berkongsi dengn mereka tetapi hati ini mendesak untuk berkata-kata dengan mereka. Pabila ku bercakap, aku menekankan tentang aspek perpaduan..Ku ulang banyak kali tentang perkara tersebut..

Apabila ku bercakap, mereka tidak menunjukkan sebarang respons..Ada di antara mereka menundukkan kepala dan mungkin sedang melakukan hal ehwal tertentu..Raut mereka kosong seolah-olah apa yang hamba cakapkan ini hanyalah satu dengusan dan salakan..Ah, perasaan hati mungkin..Hamba harap Tingkatan 1 dan 2 akan berubah, mereka inilah generasi hadapan..Hamba tidak berada di AKSB buat selama-lamanya, satu hari nanti hamba pasti meninggalkannya..

Tetapu, kini aku sudah mula untuk menerima kenyataan bahawa mereka mampu untuk berdiri tanpaku. Mungkin apabila hamba pergi, mereka tidak merasakan apapun, Ketika ku beredar dari surau, abg Nazrul Hafizi sedang berbicara dengan mereka. Mereka cukup gembira berinteraksi dngan abg Nazrul Hafizi. Alhamdulillah, mereka dapat menerima abg Nazrul Hafizi.

Di AKSB, ramai lagi tokoh..Antaranya, abg al-Fath yang bakal menyandang jawatan YDP yang mempunyai kebolehan dari segi rupa dan karisma, abg Faiz Salimi yang full package..abg Nazrul Hafizi yang tidak segan berbicara di depan, dan kesemua Tingkatan 4 yang kini dalma proses terakhir untuk menjadi senior yang terbaik..

Jadi, hamba harus menerima kenyataan ini, hamba sudah tidak menjdi fenomena dan hamba tidak menyesal. Setiap hari akan menjadi malam. Bintang tidak selama-lamanya menyinar. Ini ialah tanda dari Allah utnuk menyiapkan diriku untuk berpindah tahun depan..

Sekian sahaja, coretanku, sebagai selingan hamba ingin berkongsikan sebuah lagu yang bertajuk.. MANUSIA LUPA..Ambillah inti penagajaran di sebalik ritma lagu ini..Wassalam..:)