Friday 28 February 2014

[Akidah]: 20 Dalil Akidah Syiah Songsang; Pabila Ulama' Berbicara

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..:)

Alhamdulillah, setelah mengharungi temu duga untuk ke Nippon semalam, masih diberi peluang untuk menatap skrin ini untuk berkongsikan apa yang termampu dikongsi. Masa itu pedang, dan masaku tidak lama lagi. Buat masa sekarang ini, ambo sednag membuat pembacaan ke atas beberapa kitab-kitab seperti Hand of Iblis karangan Omar Zaid yang setebal 900 muka surat dan juga kitab Izharul Haq yang menjadi antara kitab pertama mengubah hidup Syeikh Ahmed Deedat menjadi pembela Islam Nombor Satu Dunia.

Walaupun isu Syiah ini sudah dikambus dengan isu PRK Kajang dan BR1M, tetap juga amb ingin bawakan 20 Dalil Mengapa Akidah ii songsang dan mengarut. Kali ini ambo menggunakan risalah yang dsokong oleh 3 ulama Kedah Darul Aman iaitu Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderuddin bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Kedah Darul Aman, TG Haji Salleh bin Musa, Singa Ahli Sunnah wal Jamaah dan Prof. Madya Dr Abdul Aziz bin Hanafi.

Tidaklah kesemua 20 dalil itu dikemukakan dalam post yang satu ini, semoga Allah berikan peluang kepada ambo untuk menghabiskan huraian kesmua dalil yang dibawa oleh para ulama ini.

Mengapa slot Akidah sehingga kini lebih menekankan fikrah yang bukan ASWJ? Kerana ambo secara peribadi berpendapat bahawa jika kita tidak mengenali musuh kita, maka sama sahaja dengan masuk terus ke dalam perankgap mereka..:)



Dalil 1: al-Quran itu Palsu Menurut Mereka

Syeikh Kulaini, yang dianggap oleh kaum Syiah sebagai seorang pengarang yang hebar dan seorang Muhaddith dan seorang yang thiqah telah bersumpah dengan nama Allah di dalam kitabnya yang mahsyur iaitu al-Kafi bahawa Syiah memiliki Mushaf Fatimah yang tiga kali lebih besar daripada Mushaf Uthman yang diguna pakai hari ini. Dan, beliau juga bersumpah bahawa ayat-ayat Allah di dalam mushaf Fatimah sama sekali tidak seupa dengan al-Quran yang kita pakai pada hari ini walaupun satu huruf..

Rujukan: al-Kafi, Syeikh al-Kulaini, Jilid 1, M/s 239-241, Cetakan Tehran

Dalil 2: Rasulullah itu tidak amanah!!

al-Khomeini, ulama Syiah berkata dalam sebuah kenyataan akhbarnya bahawa Rasulullah tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah!

Rujukan: Ambakat Internasional, London (24/8/1984), Majalah Asia, Lahore Pakistan (23/9/1984)



Dalil 3: Sahabt itu Murtad!!

Syiah menuduh bahawa semua sahabat yang hidup sleepas Baginda itu songsang dan murtad kecuali 4 orang sahaja iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghiffari, dan Salman al-Farisi.

Seyikh Kulaini telah "meriwayatkan" sebuah hadith "sahih" bersumber dari Imam Jaafar al-Shadiq bahawa semua sahabat itu songsang dan murtad..

Rujukan: Ushul Kafi karangan Syeikh Kulaini Jilid 3 M/S 85

Dalil 4: Imam 12 itu tinggi di sisi Allah!!

Imam Khomeini berkata bahawa Imam yang 12 itu kedudukannya lagi tinggi sehinggakan kedudukan Rasulullah lebih rendah daripada mereka. Kata laknatullah ini, "Para Imam sebelum terciptanya alam ini sudah wujud dalam bentuk cahaya mengelilingi Arasy Allah dan menikmati keadaan yang hanya diketahui oleh Allah"

Rujukan: al-Hukumah al-islamiyyah, Buzurg Islami M/S 52

Dalil 5: Laknat ke atas Abu Bakar dan Umar!!

Begitulah yang tercatat dalam Ushul Kafi karangan Kulaini.

Itulah 5 dalil mengapa Syiah ini songsang. Rasanya, 5 bukti ini sudah memadai untuk menolak Syiah. But, believe me, you will be horrified for the another 15 proofs..:)

Wednesday 26 February 2014

[Jurnal al-Mamluk]: Travelog Putrajaya






Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, Alhamdulillah..Syukur kepada Allah yang berikan kita satu lagi peluang untuk hidup. Sesetengah orang menganggap kehidupan mereka kosong kerana tiada kawan dan gajet yang canggih, tetapi ketahuilah bahawa dirimu itu sebenarnya sepi daripada Tuhanmu. Tapi, Dia tidak pernah meninggalkan dirimu, apatah lagi membenci dirimu, tetapi sebenarnya dirimulah yang berpaling daripadaNya..Sama-sama kita kembali dehh..:)

Sebulan merantau di luar akhirnya kini tiba di rumah sendiri. Tiada katil, makanan dan kegembiraan yang seasli di rumah. Inilah nikmat yang hilang. 5 tahun di asrama membuatkan perasaan cinta di rumah  itu lali dan mungkin basi. Tetapi, cukuplah sebulan terkontang-kanting di dunia luar dan mencuba untuk berdiri sendiri di dunia yang kejam itu, kerinduan di rumah tidak dapat dielakkan lagi..:)

Ambo merancang unutk pergi semula ke pondok selepas selesaikan lesen. Tetapi, kali ini ambo menggenggam tekad baru; untuk pergi ke Kelantan dan hidup di sana menggunakan poket sendiri. Ada orang kata ini sumpahan anak sulung. Di mana anak sulung ini terlalu beria-ria untuk terjun ke dunia luar dan akhirnya badan sendiri yang sakit. Ah, apa peduli ku? Pukulan yang tidak mematahkan tulang belakangku, akan menguatkannya..:D

Maka, petang itu ambo bertolak dahulu ke KLIA dengan hanya RM50 di poket. Segan mahu minta lebih-lebih karna mungkin sekeping not biru kehijauan itulah yang termampu diberi oleh mereka. Tiba di kaunter tiket ERL dan menyebut  destinasi, terkesima sebentar. RM 26.50!. Takpa, Allah itu lebih hebat merancang. Ku buka dompet nipis itu dan menghulurkan sekeping not yang berbaki..

30 minit kemudian, ambo menghabiskan masa di anjung KLIA menunggu rakan ambo yang sedang mencari barang di Kuala Lumpur. Namanya Muhammad Noor Aiman. Janggutnya panjang dan kisah hidupnya juga panjang. Beliaulah yang menawarkan kerja ini kepada ambo yang diteirma oleh ambo tanpa sebarang keraguan. Hebat orangnya. Baru sebulan bekerja, sudah diteirma menjjadi Supervisor.

Kerja apa yang ditawarkan ini? Aiman menawarkan ambo kerja sebagai barista, ataupun pembancuh air. Syarikat yang beliau bernaung di bawahnya ialah milik sepasang suami isteri yang menurut Aiman, berbeda dengan usahawan Melayu yang lain. Apa yang lain, tidak diketahui oleh ambo.

Merenung hemisfera yang terbentang luas di KLIA dan dihiasi dengan kapal-kapal terbang gergasi yang sedang berlepas dan juga mendarat di waktu senja sememangnya menakjubkan. Ambo tersentak dari lamunan apabila merenung jam di Blackberry. Langkah terus diorak ke surau.

Malam itu, ambo dibawa oleh Aiman ke sebuah rumah yang mewah di Presint 8, Putrajaya. Beliau menerangkan di rumah inilah semua pekerja akan menghuninya sepanjang bekerja di sini. Ambo bertanya, rumah siapakah ini? Beliau menjawab selamba, "Rumah bos-lah". Ambo berkerut sebenatar. Majikan mana yang berikan kepercayaan kepada pekerjanya untuk tinggal di rumah sendiri. Lewat malam itu, kedengaran bunyi riuh di luar rumah. Beberapa jejaka memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Muka mereka nampak penat tetapi tetap tersenyum apabila menghulurkan tangan untuk salam ambo.

Malam itu, ambo tidur bersama yang lain dengan satu fikiran menerawang di minda, Perjalananku di hari-hari hadapan..

Peniaga PHd

Ya, peniaga pun memiliki PHd tau zaman ini! Tapi, bukan sijil doktor falsafah itu tetapi Penyakit hasad Dengki! Majikan kami, Encik Fakrul dan Puan Ju memiliki tiga premis perniagaan besar di Putrajaya. Mereka memiliki medan selera di Presint 9, Presint 11 dan sebuah kafe di Taman Wetland. Khidmat warga asing secara permit digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Kos membayar permit seorang pekerja asing amat mahal. Hendak harapkan anak watan, siapa saja yang inginkan memegang penyapu dan mop?

Tetapi, peniaga lain di medan selera inginkan jalan pantas. mereka akan menghampiri pekerja asing yang fresh itu dan menawarkan gaji yang tinggi sedikit daripada gaji yang ditawarkan oleh Encik Fakrul dan Puan Ju. Sebagai seorang warga asing yang ke sini untuk mennyara eluarga di tanah air sana, siapa yang tidak terliur? Akhirnya, mereka lari ke sana dan tinggalkan Puan Ju untuk membayar permit mereka yang mahal itu.

Kalau difikirkan Encik Fakrul dan Puan Ju ini bukanlah satu keluarga usahawan tipikal yang sombong dan meemras orang ain. Mereka menghantar 2 orang anak mereka ke Yaman untuk menuntut di sana. Mereka juga akan menyediakan juadah utnuk 100 orang tiap2 kali adanya ceramah di Surau al-Najah sebagai sedekah.



Patience is Golden

Secara jujurnya, orang ramai pandang rendah akan kerja kami. Ya, mereka fikir bahawa kami remaja-remaja buangan yang tidak tahu hendak lari ke mana maka memilih pekerjaan di sini. Apa yang mereka tidak tahu ialah kebanyakan daripada kami ialah pelajar-pelajar SBP dan MRSM yang panas punggung memerap di rumah dan memilih untuk bekerja mencari pengalaman. Pelajar SAMURA sahaja ada 3 orang, adaa pelajar SAS, SMAP Kajang, INTESABER dan MRSM Lenggong bertugas di sini.

Tidak kurang ramainya orang yang mencebik dan menggeleng kepala apabila kami mengutip pinggan dan cawan mereka. Ada juga di antara kami di maki, "Korang semua ni tak sekolah ke?". Di sinilah, kesabaran kami diuji habis-habisan...

Satu hari, ambo sedang bertugas sebagai cashier di Presint 9. Dengan tidak semena-menanya, seorang makcik pergi terus ke hadapan tanpa menghiraukan barisan yang memang sedia panjang. Beliau bertanya berapakah harga jus oren. Ambo menjawab, "RM3.20 cik". Urat di pelipis berdenyut-denyut memikirkan mengapa makcik ini tergamak memotong barisan. Orang menunggu di belakang sudah mula menggeleng kepala dan mengeluh dengan kuat. Mak cik itu menjegilkan matanya, "RM 3.20? Buat harga sendiri ya?". Dia keluarkan wang secukupnya dan  campakkan ke atas kaunter. Maka, terkial-kial ambo mengutip duti syiling yang terjatuh dan berselerak itu.

Pada masa yang sama, sebelum makcik itu tiba ambo sedang mengurus seorang pelanggan yang juga merupakan peniaga Nasi Ayam di situ. Di kalangan kami, dia memang famous dengan kebiadabannya..Kadang kala, dia akan menghirup minumannya sampai habis di kaunter (sambil berdiri) dan tinggalkan plastik itu di atas kaunter. Pakcik itu pula menggoyang-goyangkan not RM20 di mata ambo sebagai tanda tidak puas hati kerana menunggu lama. Ambo ambil not itu, keluarkan baki dan letakkan di kaunter kerana ingin melayan seorang pemuda di belakangnya yang sudah mengomel.

Pakcik itu mengamuk." Saya pelanggan. Saya beli air awak ini. Tapi, kenapa awak kurang ajar kat saya?".
Darah Kedah ini sememangnya tidak boleh dicabar tetapi ambo berdiam diri sahaja. Mata kami bertemu agak lama, sehinggakan membuat para pelanggan di belakang rasa tidak sedap hati. Dia pun beredar.

Ambo rasa serba salah. Salah sayakah? salah dia? Maka, ambo serahkan tugas cashier kepada kawan ambo dan pergi ke belakang dan membuat jus tembikai. Langkah diorak ke gerai nasi Ayam. Dan permohonan maaf diucapkan. Pak cik itu juga memohon maaf atas kekasarannya sebentar tadi dan menolak pemberian ambo. Ambo berkeras juga maka dia pula memberikan Nasi Ayam kepada ambo. Kami berpisah dengan ucapan minta maaf yang tidak putus-putus.

Kopiah dan Topi Ijazah

Alkisah, ambo sedang berehat di waktu pagi semasa bertugas di Taman Wetland. Kelihatan seorang pakcik sedang berehat menonton saluran National Geographic. Ambo meminta kebenarannya unutk meletakkan sarikata/ subtitle kerana pendengaran ambo kurang jelas waktu itu. Yelah, ambo bukannya reti Bahasa Inggeris sangatpun..Pakcik itu berhenti mengunyah separuh jalan dan merenung muka ambo.

"Kau sekolah tak? Kau sekolah mana?". Ambo menjawab lemah,"Sekolah Sains, pakcik".

"Apa guna sekolah sains tapi tak reti Bahasa Inggeris, ha?". Jergah pakcik itu. Ambo membawakan imej 2 pingat emas yang ambo menangi dalam pertandingan Simposium Sekolah Berprestasi Tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris untuk peresembahan. Nak sedapkan hati. Bukan nak riya..Hehe

Kemudian, beliau berceramah kecemerlangan beliau mendapat Pangkat 3 sewaktu SPM dan kepakarannya berbual dengan pelancong asing di sini. Ambo senyum saja. Tiba-tiba, dia menekan-nekan kopiah di kepala ambo.

"Kau ni minat agama kan? Nanti masuk universiti, nak belajar Syariah-lah, Usuluddin-lah, bende2 remeh. Pastu, bila takdak kerja merayu kat kerajaan suruh bagi kerja. Apa guna?". Wow, pakcik ni sudah melebihi bataslah. Tapi, ambo tumpukan perhatian penuh kepada sosej ambo.

Hari terakhir ambo bekerja, pak cik itu bergerak ke kaunter untuk membayar makanan beliau. Ambo senyum dan berkata kepadanya, 'Pak cik doakan saya. Saya ada interview". "Interview apa? Sekolah pondok ke?", jergahnya. Tak tahu pula sekolah pondok ada interview, getus hati ambo. "Takdela, ada nterview untuk ke Jepun. Mechanicla Engineering". Dia bungkam sebentar. "Er.Er..ERR..Oklah tu. Er..Jangan ambil bidang remeh (bidang agama) sudah...". Dia letakkan duit di meja dan berlalu pergi.

Perasaan ambo: Like a bosss!! Hahaha




Ekspedisi Dakwah Spontan

Mari ke sini, untuk bekerja. Nothing else. Tapi, pada satu hari yang bersejarah, ambo bertanya kepada rakan2 ambo tentang bekas pengetua ambo, Puan Hajjah Roaini binti Jaafar. Puan Hajjah inilah yang menarik ambo ke hadapan, susun perjalanan ceramah ambo ke beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan akhirnya mengatur destinasi kemuncak ambo di Program Semarak Wahyu Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di hadapan semua kontigen sekolah-sekolah Kuala Lumpur..Tanpa beliau, perjalanan hidup ambo jauh berbeza..

Takdir.."Puan Roaini binti Jaafar? Tu pengetua sekolah akulah!,"sahut Sufi, supervisor Presint 11. Subhanallah, cantiknya aturan yang disusun oleh Allah. Maka, Aiman berjanji utnuk membantu ambo berjumpa dengan insan istimewa itu.

Beberapa hari selepas itu, ambo habiskan di Kedah kerana pak cik ambo masuk wad dan koma. Ambil cuti untuk empat hari. Apabila ambo kembali bertugas pada hari Khamis, tetiba dapat satu mesej dari Aiman,

"Sidi, esok Puan Roaini nak pindah. Kita kena jumpa cepat!!".

Ambo pun dah terduduk. Seorang guru cemerlang seperti Puan Roaini pastinya akan ditawarkan ke pangkat yang lebih tinggi.

20 minit kemudian, Aiman tiba dengan muka serius."Jom, kita pergi". Ambo tergelak, gaya dia cakap epic sangat. "Kerja?". "Kerja boleh tunggu. Tapi, ini peluang terakhir kau". Bergenang air mata ambo..

Tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), akhirnya ambo nampak kelibat insan hebat itu bersama anaknya. Terbeliak matanya lalu berteriak seidkit, "Sidi, kenapa muka awak macam ini?". Smeua tergelak. Haha, kehidupan perantauan dan jadual kerja yang padat membuatkan jarang ambo memperkemaskan muka yang berjambang ini. Beliau mempersilakan kami ke pejabat.

Ambo berceritera kepada beliau sudah 2 tahun ambo mencari beliau. Insiden di mana ambo kembali ke sekolah lama untuk mengambil sijil bersempena PMR dan menyampaikan sijil itu ukan beliau. Air mata jatuh dari mata beliau.

"Cikgu tersentuh dengan pendarian kamu. Cikgu tak sangka awak masih ingat kepada cikgu". Kami beruda tertunduk ketika itu.

"Mungkin kamu boleh melabur jasa di sini seperti mana di SBS dahulu. Ya, inilah permintaan cikgu. Kongsila kisah kamu kepada kami di sini." Kepala kami terangkat dan kami berpandangan sesama sendiri. This is not happening.

Beliau menelefon Puan Suriani, kaunselor seklah dan mengatur satu slot untuk kami berceramah. No. Tidak sempat unutk menolak.

Adakah ini pelan Allah aturkan untuk kami?

Di Surau Pula



Sudah lewat malam. Kami masih berborak dengan Puan Ju. Beliau berceritera tentang anaknya yang pergi meninggalkan mereka terleih dahulu. Tentang anak-anaknya yang dihantar ke Yaman. tentang kerinduan beliau terhadap anak-anak yang jauh di mata. tentang peniaga yang hasad dengki. Suasana menjadi sepi. Hanya bunyi titisan air di sinki sahaja kedengaran.

"Aunty nak tengok kamu berceramah boleh?". Pemrintaan beliau memecahkan kesunyian.

"Ha?" Itu saja yang mampu terkeluar dari mulut. beberapa minit kemudian, Aiman telah mengatur sebuah slot untuk ambo pada hari Isnin. Hari yang sama dengan ceramah di sekolah. Seperti dalam DOTA, Double Kill!!

Isnin. 24 Februari. Surau an-Najah, Presint 9. Di hadapan Qariah dan jemaah masjid. Di hadapan Imam, Pak Haji dan Hajjah dan Ustaz Ustazah. This is not happening..

Kamikaze!!

Malam Ahad. Kami di rumah Badrul Dinie Ashraf, Ketua Naqib MRSM Lenggong. The plan is, nothing..haha..Esok, akan ada 3 speaker, ambo, Aiman dan Badrul. Dengan 1001 pikiran yang tidak selesai, kami tidur.

Keesokan harinya, Alhamdulillah..satu sukses..Di malamnya juga berjaya di surau..Tanpa disangka-sangka, pihak surau membuat satu kutipan derma untuk menampung perbelanjaan ambo di pondok nanti.

Ada seorang pakck berbaju ungu menghampiri ambo dan menawarkan untuk memberikan kitab-kitab kepunyaannya kepada ambo.

"Tu bapa mertua kau ke? Anak dia cantik tau, bertudung litup lagi", usik Nabil, kawan kami yang sentiasa ceria.

Aku mencebik. "Ah, hati ini masih terluka. Ditolak pinangan.". Semua gelak.

Keesoakan harinya, kami bertandang sekali lagi ke SMK Putrajaya Presint 8(1) untuk sesi kedua. Kali ini, bersama kelas Form 3 yang khabarnya amat stres dengan pelaksanaan sistem PBS. Tapi, mereka memang gempak..Apabila ambo naik ke atas pentas dan berkata,

"Assalamualaikum. So, you guys wanna me talk in English, Malay or KELATE?". Satu dewan gamat dengan tepukan dan sorakan "Kelate!!!!". Mereka memang sempoi..Alhamdulillah..

Tamat sesi itu, kami bergerak ke pejabat untuk mengucapkan selamat tinggal. Terserempak dengan Puan Hajjah Siti Fatimah, GPK Akademik. Aiman, Nabil dan Badrul memperkenalkan ambo kepada beliau. Beliau merenung muka ambo dan menarik ambo ke dalam biliknya. Apa yang Puan Hajjah katakan kepada saya dalam bilik itu hanya kami dan Allah saja yang tahu. Beliau menangis. Ambo pun berasa sebak dengan permintaan beliau.

Kemudian, beliau batalkan semua kelas Form 4 semata-mata untuk biarkan kami berceramah kepada beliau. Kami akur dan Alhamdulillah, berjaya..:)

AN END (?)

Sudah tiba untuk ambo pergi. Selesaikan lesen dengan cepat dan kemudiannya berangkat ke pondok. Ambo bertemu dengan Encik Fakhrul dan Puan Ju. Puan Ju menyerahkan Quran milik arwah anaknya. Ambo tidak mampu berkata apa-apa.. menahan sebak, ambo berjanji akan menyedekahkan pahala kepada anaknya. Puan Ju terdiam dan menangis.

Encik Fakrul pula menyerahkan satu bungkusan penuh dengan duit sebagai duit zakat kepada pelajar Madrasah Pasir Tumboh. Allah, di mana lagi aku akan ketemu manusia sebegini?

Nabil dan Badrul mengiringi ambo ke stesen ERL. Ambo berpaling kembali sebelum pergi dan mereka tersenyum melambai kembali. Inilah nikmat ukhuwah Islamiah..:')

Something that looks an end, actually a new beginning..:)