Friday 21 June 2013

[Karya]: Umpama Lilin (I)




Malam itu hujan lebat. Petir dan kilat bergilir-gilir menyambar dan memekakkan telinga. Deruan angin yang kencang umpama Katrina kedua melanda bandar itu. Tapi, di sebalik kedinginan malam itu, di sebuah jalan yang sepi, ada satu susuk tubuh yang sedang melutut, jelas menampakkan kekecewaannya. Dia melutut di hadapan sebuah restoran ala Arab, dengan air matanya mengalir laju persis hujan yang turun, dan tangannya menggenggam sejambak bunga ros yang lencun dibasahi air. Di tangan kirinya, sebuah kotak bujur yang diperbuat daripada baldu, didalamnya tersemat sebuah cincin berlian yang indah.

Dia membulatkan tekad. Jambak bunga itu dihumbannya ke tong sampah di tepi jalan itu. Dia berdiri, terserlah kekurangan fizikalnya. Dia mempunyai riak muka yang masih muda, dengan janggutnya yang tipis, tapi badannya bongkok seperti udang.Badannya kurus dan mukanya cengkung, dan matanya tajam cukup tajam untuk membuatkan kesemua orang yang lalu lalang merenung kepelikan susuk tubuh ini. dia berpaling lalu melangkah jalan dengan perlahan. Derapan kakinya pula tersekat-sekat, dengan ketempangan yang sedaya upaya diselindunginya.

Dia tiba di sebuah jambatan, yang menghubungkan dua tanah diantaranya sebuah sungai yang lebar dan laju arusnya. seiring dengan deruan angin yang dahsyat.Dia memanjat penghadang di tepi sungai itu, lalu menjerit dengan sekuat-kuat hatinya. Alangkah kejam dunia ini! merentap kesemuanya dari diriya. Dunia ini dirasakannya tidak adil, karna meminggirkannya hanya kerana kekurangannya. Ketika dia tekad untuk mengakhiri nyawanya, tiba-tiba dia terdengar satu suara,"Adakah Kami menciptakan kau hanya untuk menamatkannya sebegini?".

Dia tersentak. Kepalanya berdesing dan pancainderanya tiba-tiba tajam kembali setelah luntur dibalut emosi. Dia seperti tersedar daripada lena yang lanjang. Dia mendepakan tangannya ke arah langit, simbol kepasrahannya kepada abadi. Dia kini kembali dan amat menyesali pertimbangannya yang tidak waras itu. Dia menangis lagi, lalu dilemparkannya dengan seluruh adidaya cincin itu ke sungai. Biarlah arus sungai itu membawa cincin berlian itu jauh daripadanya, karna dia mempunyai kekasih baru, Kekasih Abadi.

****

Afrina setelah menyelesaikan tugas hariannya sebagai seorang suri rumah yang bertanggungjawab, kini mengambil sedikit masa untuk berehat-rehat di pondok buatan sendiri di karangan rumahnya. Dia menarik nafas lega. Hidupnya kini amat tenang dan lebih senang daripada dulu. Dia menggerenyet apabila memikirkan kondisi kehidupannya yang susah bersama Khalid, suaminya. Dulu di sewaktu bangku persekolahan, Khalid merupakan rakan sekelasnya. Memegang jawatan selaku Ketua Pengawas dan seorang pemain bola yang mewakili negeri, dia sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dan memiliki ciri kepimpinan yang baik.

Memorinya laju mengimbas muka satu persatu rakan sekelasnya, memikirkan kehidupan mereka. Rakan baiknya, Sarah kini di London bermastautin di sana setelah membuka butik idamannya di sana. Amal, rakan baik Khalid kini memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat bumiputera yang mengusahakan tanaman tebu yang terbesar di Malaysia. Tiba-tiba, dia terimbas sebuah muka yang cengkung. Yang tempatnya di kelas berada di hujun sana. Sendiri. Dia.

Sebelum peperiksaan SPM, ibarat bulan jatuh ke riba. Rupanya, Khalid menyimpan perasaan terhadap dia. Di antara kesemua lautan peminatnya, Khalid memilih Afrina. Dia berjanji untuk menemui  ibu bapanya memohon restu sebaik sahaja tamat SPM. Setelah keputusan SPM diumumkan, keputusan kedua-duanya yang tidak memuaskan tidak menjadi batu penghalang dek hanyut dilanda kemabukan cinta. Ibu bapa Afrina tidak melihat sebarang alternatif lain untuk Afrina, melainkan membenarkan mereka berdua berkahwin.

Setelah berkahwin, rupanya langit itu tidak selalunya cerah. Anyaman kebahagiaan yang diharapkan kini menjadi satu jerutan yang menyesakkan. Khalid dibuang kerja berulang-ulang kali, menyebabkan hidup mereka seperti nomad, ditambah lagi dengan buruan oleh Along-along yang menagih hutang. Mereka ke hulu dan ke hilir, memohon ihsan. Khalid semakin kecewa dan tewas dalam kekecewaannya, yang diluahkannya di pub bukan di sejadah. Sejadah dan al-Quran kini menjadi berdebu dalam lipatan kain kuning di stor mereka.

Kenangan indah Khalid sebagai seorang yang berketrampilan punah apabila dia pulang dalam keadaan mabuk dan terbaring di ruang tamu rumah sewa mereka. Afrina mengambil air untuk menyedarkannya kembali. Apabila dia kembali waras, dengan terketar-ketar, Khalid memberitakan bahawa dia telah kalah judi dan taruhannya ialah Afrina! Terbeliak mata Afrina mendengar khabar itu. Khalid seraya mengemas kesemua kepunyaan mereka dan mereka berlari dalam kegelapan malam. Mereka tidur di sebuah rumah tumpangan pada malam itu.

Keesokan harinya, Khalid keluar untuk mencari pekerjaan. Afrina menanti sepanjang hari dengan degupan jantung yang deras memikirkan keselamatan suaminya. Petang itu, Khalid pulang dengan wajah yang berseri-seri. Bibirnya tidak putus-putus mengatakan "Alhamdulillah", sebuah kata yang sudah lama malah kelihatan asing di mulutnya. Mereka berpindah di sebuah agam, yang didiaminya kini. Apabila Afrina bertanya, milik siapakah rumah ini? Khalid akan menggelengkan kepala, memberitakan bahawa ada seorang lelaki berumur pertengahan yang berpakaian seperti seorang korporat, menghulurkan kunci dan alamat rumah ini.

Setelah beberapa hari mendiami rumah agam itu, seorang lelaki yang berpakaian sut hitam mengunjungi mereka. Kepalanya dihiasi kopiah dan berjanggut nipis, bibirnya tidak lekang daripada senyuman. Dia menyampaikan berita gembira kepada kami, bahawa tuannya sudi untuk memberikan pinjaman modal kepada Khalid untuk memulakan perniagaan. Seraya, kami sujud syukur.

Alkisah, Khalid kini berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan taat kepada agama. Perubahannya jelas kelihatan apabila mereka ditaja untuk umrah oleh tuan yang misteri itu. Khalid menangis dalam sujudnya di Masjidil Haram dan Nabawi. Dia kini kembali. Perniagaannya berkembang dengan pesat sekali. Berbekalkan latihan kursus pengurusannya, bisnesnya berkembang dengan maju sekali. Tapi, mereka tidak sesekali lupa dari manakah rezeki itu datang.

Imbas kembalinya terpadam apabila dia mendengar hon motorsikal posmen yang tiba memberikan surat. Dia menatap satu persatu surat, dan tertarik pada sebuah sampul surat yang berwarna ungu muda. Dia membukanya lalu tertulis.


[Karya}: Tiada Sesirna Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Wahai pemuda,
Daku lihat dikau meliuk-liuk,
Umpama api menanti masa untuk padam

Daku selidik,
Apakah mahasebab yang menjadikanmu rebah,
terkulai dalam keliru dan binasa dalam masygulnya

Ternyata wabak itu cinta.

Wahai pemuda pemudi hingusan,
Mengapakah kau memberatkan hidupmu,
Mengangkat dunia sebelum tiba masanya

Apakah ilmu mu sudah seluas Anbiya'
atau makrifat mu setajam Auliya'
Ataupun, kau sekadar patung yang mencuba

Apakah kegilaan ini?
Maruah dijual untuk sentuhan yang lembut
Yang panasnya tidak sehangat cinta Tuhanmu

Ternyata epidemik itu cinta.

Ya, aku tidak percaya pada cinta,
karna menurut kamusmu, ianya ternyata dusta
definisimu ke ceruk pemikiran sempit manusia.

Dikau mencari tubuh yang perkasa,
Suara yang lunak, dan tubuh yang menggoda,
Apakah itu ada harganya di Mahsyar?

Kau gadaikan permata dan mahkotamu,
untuk diberikan kepada pengemis yang kotor,
di saat Tuhanmu mengetuk di pintumu?

Wahai Tuhan, saksikanlah kesyirikan ini,
mereka menyembah kekasih mereka,
sedangkan perjanjiannya hanya kepadamu.

Ternyata kurap itu cinta.

Mereke merengek karna susahnya hidup ini,
akhirnya diselesaikan dengan torehan dan hirisan,
bukti hidup kehingusan mereka.

Kata mereka gegak bergempita,
ingin harungi lautan api,
Demi Allah, tahukah mereka apa itu api?

Tuhanku, aku tidak mengenal mana pelacur mana perawan,
Aku sudah buta, aku butakan diriku
Karna tidak lagi sanggup meliht kebaculan ini.

Angkatlah daku, ke langit dunia
Bersihkan ku dari kotoran mereka,
karna aku seorang pendosa yang merangkak kembali

Tuhanku, sesungguhnya tiadalah aku berkuasa,
melainkan atas diriku yang papa kedana
Lepaskanlah aku dari ini semua

Tiada lagi bunga yang tidak dicabul,
Tiada permata yang tidak digores,
Tiada perwira yang tidak dikasi

Ternyata kusta itu cinta.

Wahai ahli yang mendengar,
dengarlah bisikan terakhirku,
yang dianyam dalam sepinya malam ini

Jagalah dirimu dari celakanya cinta,
Karna ia mereputkan akal nurani kita,
Melunturkan latifah rabbani kita

Menukar manusia menjadi binatang,
yang lebih teruk dari dubuk padang pasir,
begitulah yang dijanjikan Tuhanmu.

Aku akan pergi,
Dengan tongkat usang dan kitab lamaku,
manusia kini tidak lagi tergamak untuk menerima ku.

Celakalah mereka, kerana telah terpedaya,
aku hanyalah penyampai amaran semata,
kini masanya sudah tiba

Di sepinya sahara, ada deruan namaNya,
Di tingginya gunung, ada pahatan namaNya,
Tempatnya, kini bukan lari di bandar raya

Pulanglah, marilah pulang,
Sahutlah sebelum direnggut,
Patuhlah sebelum diketuk.


Thursday 20 June 2013

[Tazkirah]: Sang Kerdil Bisa Menggegar Dunia!







Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam keadilan di sebalik jerebu dan kabut yang semakin tebal serta meloyakan tekak, peperangan mulut dan senjata di sana sini.

Tujuan ambe menulis post pada kali ini, adalah untuk menampilkan buah fikiran bernas daripada Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qardhawi, seorang ulama' yang tidak asing lagi pada zaman kontemporari ini dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat. Dalam sebuah bab beliau yang menceritakan tentang keutamaan kualiti ke atas kuantiti, beliau ada menyentuh secara ringan tetapi memberi impak yang amat besar kepada ambe, iaitu keutamaan hati budi ke atas tubuh badan.

Ambe orang kerdil, dan dunia ini luas dan besar dan dimonopoli oleh orang yang besar pula. Skala gergasi ini sememangnya meruntunkan semangat ambe untuk terus hidup. Yes, I felt lifeless. Dalam dunia yang penuh materialisme ini, amat susah untuk seorang yang average seperti ambe untuk membina kehidupan bahagia. Itu merupakan sangkaan ambe pada mulanya.

Tetapi, setelah membaca nukilan as-Syeikh, Alhamdulillah mendapat sedikit sebanyak pencerahan.
Bahawa Allah itu sebaik-baik pencipta dan Dia bukanlah Penzalim. Dia menciptakan kelebihan dan kekurangan dalam diri kita, bukan untuk menzalimi kita, sebaliknya untuk kita menggunakan pro dan kontra dalam diri kita untuk mencari erti sebenar kehidupan, dan terutamanya mengenal Dia, Pencinta Abadi.

Analogi yang cukup mudah. Ambe merupakan seorang yang pasif, tapi diangkat menjadi pemimpin. Menjadi seorang pemimpin walaupun kepada seorang yang full package sudah susah, apatah lagi kepada diri ambe. Maka, jelaslah ambe harus bekerja dua kali ganda lebih keras dan lebih sistematik gerak kerjanya kerana kekuatan kepimpinan ambe ibarat berumah di tepi pantai. Maka, inilah apa yang Allah inginkan, untuk mencari jawapan di sebalik kekurangan dalam diri kita. Dengan kekurangan yang Dia berikan, ambo kini mengenal erti bekerja lebih gigih daripada orang lain untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama orang lain.

Baiklah, kata sang Syeikh:

"Kemuliaan seorang insan misalnya, bukanlah diukur mengikut tinggi badan, kekuatan tenaga, badan yang sasa ataupun kerana paras yang rupawan. Hal-hal tersebut hanyalah termasuk ke dalam perkara luaran dan hanyalah pakaian sementara yang akan lekang ditelan zaman. Tetapi hakikat sejati daripada seorang insan adalah akalbudi dan hatinya. Allah S.W.T telah menyifatkan golongan munafikin sebagai;

Maksudnya,"....dan apabila kamu melihat mereka, pasti kamu akan kagum melihat penampilannya" (Surah al-Munafikin,4)
Allah ta'ala juga telah menyifatkan kaum 'Ad melalui Nabi Hud dengan firmanNya;

Maksudnya:".....dan Allah telah menambahkan kekuatan tubuh dan badan kamu".( Surah a;-A'raf,69)

Namun dengan kekuatan dan ketangkasan tubuh yang dianugerahkan itu, kaum Ad menjadi bongkak , sombong dan takbur seperti yang dijelaskan dalam al-Quranul Karim;

Maksudnya:".........Adapun kaum 'Ad mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benr dan berkata," Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami?" (Surah Fussilat, 15)
Di dalam sebuah hadith, Rasulullah S.A.W menyebutkan,

Maksudnya:" Pada hari Kiamat nanti akan ada seorang lelaki yang bertubuh gagah dan sasa, namun berat timbangannya tidak melebihi sebelah nyamuk di hadapan Allah taala..." ( Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu  Hurairah. Lihat kitab al-Lu'lu wa al-Marjan hadith bilangan 1773)
Pada suatu hari, Abdullah ibnu Mas'ud memanjat sebatang pokok untuk satu keperluan, lantas ternampaklah kedua betis kakinya yang kurus kering, Tiba-tiba sebahagian sahabat yang lain mentertawakannya, maka bersabdalah Baginda Rasulullah yang hadir di tempat itu, mafhumnya:

"Apakah kamu mentertawakan keadaan betis kakinya yang kurus kering? Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, timbangan kedua betis itu lebih berat di sisi Allah daripada Gunung Uhud..!" (Hadith sahih daripada Ali bin Abu Talib r.a. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal, Abi Ya'la, al-Tabrani dengan sanad yang lebih sahih dari riwayat Abdullah Ibn Mas'ud sendiri. Lihat kitab Majmu al-Zawaid Juzuk 9)

Maka, ayuh wahai para Abdullah Ibnu Mas'ud generasi kini!

Kita buktikan bahawa, akalbudi itulah aset utama, bukannya ketampanan atau kelebihan fizikal. Dunia pastinya satu hari tidak memerlukan orang yang tampan kerana adanya teknologi yang mereka
kecantikan. Satu hari nanti, dunia tidak memerlukan kekuatan karna ada mesin raksasa yang lebih kuat adidayanya. Tapi, dunia sentiasa memerlukan orang yang celik akal dan mata hatinya, karna ianya terbit dari jiwa yang suci, di mana tiada kepalsuan atau teknologi yang mampu menjananya.

Selamat Membina Akhlak!!:DDDDDDDDDDDD



 
 
 
 
 

Saturday 1 June 2013

[Karya]: Syair Babad



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

A sword is a warrior's play, and a politician's weapon is his wits and talks, and a sage's heart is his pen. Neither am I a warrior nor a politicians, I as a humble and lowly sage dedicated my life for scholarly activities and scribing. The big question is, does Islam inhibits literacy and literature development? Of course not! Literature was there at the dawn of time, the Gilgamesh Epic in the Sumerian/Mesopotamia Age. And, literature flourished in the centres of the world, stabilizing and enforcing early civilizations with hymms and epics. We have the Iliad, the Odyssey, the Theology, those were not just a bedtime stories, it is a historical evidence! Literature was the space, a never ending void that used by these word "prophets" to express themselves. They were not kings, nor generals. They are just monks and, pages and scribes whose voice were never heard in the supreme hall of kings! So, they use the parchment and the pen, colored the world with their poems and songs.

And, when the Islamic Empire has rooted and ruled a third of the world, literacy was at  its zenith. We have Mevlana Jamaludin Runi, the Whirling Dervish who wrote the Mathnawi, enchanting the public to follow his trance, to whirl in the cold of winter and the scorch of summer. Don't stop their Sema, as their rotation synchronized with the galaxy, filling the void with chants and zikr to the Rabb. Don't stop them or the sun will stop glowing, and the galaxy stop too! And, don't forget Umar Khayyam, the great mathematicians who proved his value not in the the numerics but also aced in the field of words, his Ruba'iyyat.

Thus, their wisdom colored my introvert and passive world, enchanting me to forget about the world. No women, no treasures, nor power! Just Allah, Allah, Allah, and the rhythm continues as the bliss at the cape, the whispers in the desert and the thunder rumbling in the high sky. I present you, a humble work of a sage, a Mourning Sage.

Oh, My light, and my beacon,
hear my pleas and ascend me to you,
give my greetings to my lover
Muhammad Ahmad Zainul Anbiya'

Oh my life and my destination, 
I have wept and howled in agony,
of the trials you struck upon me,
Till the stream stopped,
But the agony continues to linger

Oh Kings of Kings,
I have loved and smiled,
Until my smile turns bitter,
I have hate and loath,
Until my heart ache

Oh Allah the great,
I have fought,
My limbs are gone and my stumps are red,
My eyes are gouged and my tongue was cut,
But, my heart continue to shine,
Loving you eternally,

No men, animal nor plants,
Who has dwelled in the pits and gorge
Of my heart, except You,
Accept my love for you 

The tulip which bloomed in the morning,
Spreading love in its fragrances,
I offered my care and love for it,
But, it shrunk and rejected me

My blemishes are great
And my flaws were distinct,
I am a living abomination
But still, You loved me

Ascend me and unshackle me
From the binds of this hell
It is not the heaven or the hell,
But it is You, my heart cling on

BONUS::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::