Monday 14 July 2014

[Exposing Syiah]:Bahagian 1: Pembahagian Fikrah Imam

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, pada hari ini tepat seminggu ambo berada di Kolej MARA Banting untuk persediaan ke Ireland selama 2 tahun di bawah program International Baccalaureate. Memandangkan kami baru sahaja menamatkan orientasi kami (yang disingkatkan), waktu masih lapang dan kosong yang dapat ambo curi untuk menulis post ini. Pada hari-hari mendatang, mungkin masa untuk menulis dipendekkan, kerana seperti semua maklum program IB ini merupakan antara program foundation  yang paling sukar, kerana ianya bukan berbentuk exam-orientated sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk menjadikan peserta program ini menjadi manusia yang holistic.

Huhu, bunyinya memang nampak gah..Tetapi, berdasarkan cerita-cerita senior di sini, keadaan mereka seperti “air di paras hidung”..Hmm,  there’s only one way to know, which is survive this programme..:)

Baiklah, post ini sekali lagi merupakan slot terbaru dalam blog ambo yang sederhana ini. Slot Aqidah Injection bahagian terakhir, ambo berhajat untuk post selepas Eidul Fitri, In sha Allah. Slot ini dinamakan sebagai Exposing Syiah, merupakan buh idea daripada sahabat ambo yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui tentang taifah yang menyimpang ini.

Untuk mengalahkan musuh, anda perlu duduk bersama mereka dan melihat, bahagian mana yang goyah di dalam pakaian besinya.

Slot Exposing Syiah ini terbahagi kepada tiga bahagian, dalam Bahasa Melayu in sha Allah sebab tiada masa cukup untuk tulis dalam Bahasa Inggeris..Haha..:D

Bahagian 1: Pembahagian Fikrah Syiah
Bahagian 2(a): Menjawab Iktikad Syiah
Bahagian 2(b): Menjawab Iktikad Syiah II
Bahagian 2(c): Attachments

Maka, Bismillahirrahmanirrahim..:)

PEMBAHAGIAN FIKRAH SYIAH

Menurut kitab Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah karangan KH Sirajuddin Abbas, golongan Syiah telah berpecah kepada 22 golongan;



1. Syiah Sabaiyah;

Syiah pengikut Abdullah bin Saba’. Golongan ini merupakan golongan Syiah yang “ghulat”, ertinya Syiah yang melampau, berlebih-lebihan dalam mempercayai bahawa Rasulullah akan kembali ke dunia seperti Nabi Isa, bahawa Saidina Ali belum mati tetapi bersembunyi dan akan lahir ke dunia kembali. Bahawa Jibril tersalah menurunkan wahyu yang seharusnya kepada Ali tetapi diberikan kepada Muhammad, petir dan kilat merupakan suara Saidina Ali yang sedang marah, bahawa roh Tuhan turun kepada Ali dan lain-lain iktikad yang ganjil.


2. Syiah Kaisaniyah;

Syiah pengikut Mukhtar bin Ubai bin as-Saqaf. Golongan ini tidak mempercayai adanya roh Tuhan di dalam tubuh Ali tetapi mereka mempercayai bahawa Imam-Imam Syiah kesemuanya maksum.(diampunkan dosa dulu, kini dan selamanya)

3. Syiah Imamiyah;


Golongan Syiah yang mempercayai kepada Imam-Imam Syiah telah ditunjuk langsung oleh Rasulullah iaitu Saidina Ali sehingga 12 keturunannya. Syiah jenis ini yang merupakan majority di Iran. Syiah Imamiyah ini percaya kepada Imam Pertama iaitu Saidina Ali dan yang ke 12 iaitu al-Mahdi, akan muncul pada akhir zaman.

4. Syiah Ismailiyah;

Syiah yang mempercayai hanya 7 imam (Imamiyah 12 imam) iaitu yang pertama ialah Saidina Ali dan yang terakhirnya ialah Ismail bin Jaafar al-Sadiq yang lenyap dan akan keluar pada akhir zaman. Syiah jenis ini banyak terdapat di Pakistan.

5. Syiah Zaidiyah;

Syiah pengikut Imam Zaid bin Ali bin Husein bin Ali bin Abi Talib. Syiah Zaidiyah ini banyak terdapat di Yaman. Syiah ini ialah Syiah sederhana, bukan ghulat. Mereka tidak mengkafirkan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman tetapi berkeyakinan bahawa Saidina Ali lebih mulia daripada mereka. Mereka juga beriktikad bahawa orang Muslim yang mengerjakan dosa besar, yang mati sebelum bertaubat, dikira sebagai kafir dan kekal dalam neraka.

6. Syiah Qaramithah;



Syiah yang suka menafsirkan Quran sesuka hati mereka sahaja. Mereka mengatakan bahawa alaikat-malaikat adalah mubaligh mereka, syaitan-syaitan adalah musuh mereka, solat hanya dikira jika menganuti agama mereka, haji itu ialah ziarah ke makam-makam Imam, puasa itu ialah dengan tidak membuka rahsia Imam, orang-orang yang mengetahui Ali sedalam-dalamnya tidak perlu bersolat, berpuasa dan lain-lain ibadat.

Pendek kata, sesedap hati mereka saja..>:(

Untuk membaca lebih lanjut kesesatan Qaramithah, klik sini

Maka, inilah bahagian-bahagian Syiah yang disebutkan secara ringkas….Nantikan pembongkaran tembelang mereka satu persatu..Wallahualam..:D