Thursday 28 March 2013

[Diari al-Mamluk]: Establishing a Mamluk Regency




Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Praise to the Almighty Allah, the Jalal and the Jamal..Praise to Muhammad SAW, the last prophet of Allah..

I know that I will not be forever in SAMURA. And, I also know that the Islamization is in the fledgling state and has limited access and power in the society. Therefore, I believe that there must be someone who will cotinue my cause and create an infinity legacy that will look after and govern the Islamization progress, as Men gradually will forget as time passes. 

I spent untranquilised and unrest slumber in my nights, thinking what will the men think about me when I am gone from the school? Will they remember me as a slacker, who escaped from his burden? Will they remember me as a scholarly scribes that thirst of knowledge or a pacifist? Or, instead they will remember me as a tyrant and despotic and radical leader? Frankly, I am impervious to the views of human. as the greatest view come from the Almighty Allah, not human. All I know that I had strived to complete my responsibilities even the means and ways are too eccentric and radical to some of the society.

But, the essential and the vital part is to immortalize my dream to establish a Mamluk Regency? Then, what is a Mamluk Regency? A
Mamluk Regency is a state of the society that governed by some of the finest and scholastic figures of Mamluks, according to the Supreme Law of Syariah with the sole purpose to revive the Islamic spirit and reinstate equilibirium and tranquility in the society.

But, we Mamluks are the kings in the dark realm, hands in the shadow, sparks when sword collide, a mule and a dog of Allah. We will never reveal our identity to the public in fear our noble intention will spoil due to the recognition or oppression applied on us.

It is ridiculous to label us as a radical and pseudo-religionist movement as we have our own code that prevent us from acting foolish or astray from the true path of Islam, called Furussiya.



Qari dan Qariah yang Terbaik!!!


BIsmillahirrahmanirrahim...

al-Quran itu ubatan,              Bagi mereka yang kesakitan,
          al-Quran itu ketenangan,       Bagi mereka yang kesusahan              

Rangkap di atas cukup menerangkan fungsi al-Quran. al-Quran adalah rahmat Allah yang diberi kepada umat Nabi Muhammad.. Berbeza dengan kitab-kitab karangan manusia lain, al-Quran adalah sempurna. Segala perkara yang kita perlukan ada di dalam al-Quran, cuma kita sahaja yang memandang rendah al-Quran. Orang yang memandang rendah al-Quran adalah orang yang sombong terhadap al-Quran. Apakah ciri-ciri orang yang memandang rendah kepada al-Quran? Orang itu adalah golongan manusia yang hanya membiarkan al-Quran sebagai hiasan.

Baiklah, kembali kepada tajuk asal. al-Quran sememangnya membawa ketenangan kepada sesiapa yang membacanya dan mendengarnya. al-Quran tidak akan memberi kesan jikalau kita hanya mendengarkannya, kerana al-Quran itu berbahasa Arab, yang jarang difahami kecuali orang-orang yang dipilih Allah. Sebaliknya, al-Quran itu lebih memberi kesan jikalau difahami maknanya dan diulang-ulang bacaannya. Tidak kisahlah bacaan kita sedap atau tidak, bacaan yang sedap hanyalah sebagai bonus. Yang penting, kita baca, fahami dan amalkan al-Quran.

Tetapi, seelok-eloknya, kita perdengarkanlah bacaan Qari dan Qariah yang merdu. Pada zaman ini, segala-galanya berada di hujung jari agar bacaan mereka dapat menyentuh hati kita dan memecahkan kekerasan hati kita.(tetapi yang terbaik, anda membaca sendiri, suara anda adalah paling terbaik). Rajinkan diri anda untuk mencari video dan bacaan al-Quran oleh para-para Qari dan Qariah ini. Dan, sambil mendengar bacaannya, anda bukalah Terjemahan al-Quran di Internet. Antara laman sesawang yang menawarkan khidmat ini adalah:
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
Dan, anda bolehlah membaca tafsir dan mendengar bacaan al-Quran sekaligus. Mudah-mudahan dengan pemahaman tentang surah yang dibaca berserta alunan qari yang meluluhkan jiwa, akan meningkatkan keimanan kita. Insya-Allah, Amin...

Dan, kepada anda yang inginkan  bacaan  al-Quran secara online dan interaktif, bolehlah berkunjung ke laman web berikut,
http://www.searchtruth.com/quran_recitation/recite.php 
Baiklah, antara Qari dan Qariah yang saya gemari dan cadangkan ialah;

1.Mishary Rashid al-Afasy


Mishary Rashid al-Afasy adalah antara Qari yang banyak menyentuh jiwa semua orang dengan suaranya yang merdu....Boleh cari videonya yang lain, amat banyak sekali..

2.Imam Fadel Luton


Imam Fadel Luton adalah antara Qari di England yang bacaannya amat merdu, dan begitu menyentuh perasaan...

3. Ahmad Saud

Inilah Qari cilik yang suaranya meluluhkan jiwa..Masya-Allah, jikalau seorang budak kecil boleh belajar membaca al-Quran dengan begitu merdu sekali, maka kita juga harus tidak ketinggalan untuk mempelajari membaca al-Quran dengan lebih lancar..


4. Taha al-Junayd


Ini juga antara Qari cilik yang mempunyai bacaan yang mengagumkan...

5. Shuraim dan Sudais

Mereka mempunyai bacaan yang ringkas tetapi cukup jelas..(saya bukan pakar dalam ilmu taranum, tetapi saya amat menghargai mereka)..Syeikh Sudais dalm Doa Qunutnya telah membuatkan ramai orang menangis kerana auranya dan doanya yang disusun dengan doa yang indah... Di bawah adalah video Imam Sudais membacakan Doa Qunut...yang menumpahkan air mata...


6. Kamal Uddin

Nasyid Qari ini amat popular, terutamanya di England...Dan, kehebatan Kamal Uddin juga mendorong seorang remaja berumur 12 tahuh memeluk Islam..Masya-Allah.Di bawah ini, adalah video pengislaman seorang remaja di tangan Kamal Uddin..ALLAHUAKBAR!!!


Baiklah, ini sahaja yang mampu saya kongsikan. Tujuan saya mensenaraikan Qari-qari ini bukannya untuk merandahkan Qari yang lain (masya-Allah, saya tidak pernah berniat begitu)..sebaliknya, untuk mendorong anda mendekati Islam dengan bacaan mereka.Dan, semoga dengan mendengar bacaan mereka, bacaan kita pun menjadi lebih baik....Pastinya, ada yang lebih baik bacaannya dari mereka, itu adalah tugas anda untuk mencarinya..Saya sediakan jalan, anda berjalanlah atas jalan yang saya telah bina. Dan, yang penting kita jadikan bacaan al-Quran mereka sebagai amal ibadat kita dengan mendengar dan memahami bacaan mereka..Wallahualam

*p.s: Untuk kategori Qariah, anda boleh mencari Sumayyah ab-Deeb, seorang remaja tetapi bacaannya amat mengagumkan. Maafkan, saya kerana tidak dapat menampilkan videonya, kerana saya bimbang menjadi haram untuk saya mendengarnya. (Seorang senior yang berilmu luas, Abang Faiz Salimi, dengan murah hatinya menjelaskan kepada saya bahawa kaum lelaki tidak boleh mendengar bacaan perempuan. Semoga Allah memberkati Abang Faiz Salimi..:)..Amin)...

[Lensa]: Simbolisme di sebalik Video I, Pet Goat II

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seorang teman yang prihatin mencadangkan ambe untuk melihat sebuah video yang merupakan analisa kepada sebuah filem pelik yang bertajuk "I, Pet Goat II". Tapi, setelah melihat analisanya, pembuat video terbabit sebenarnya memasukkan terlalu banyak tafsiran Biblikal ke dalamnya. Sebagaimana yangkita tahu, al-Quran banyak menceritakan bahawa goongan Kristian dan Yahudi terdahulu banyak menulis semula kitab-kitab itu dengan tangan mereka, mengikut kesesuaian dan kehendak mereka. Maka, ambe mengambil keputusan untuk tidak meletakkan link video terbabit.


Tetapi, setelah merasionalkan kembali tafsiran-tafsiran yang dibuat, ambe tidak dapat mengelak daripada bersetuju dengan beberapa tafsiran simbolisme yang bebas dari bersangkut-paut dengan mana-mana agama. Ia merupakan sebuah simbolisme kepada kejadian-kejadian semasa dan juga kejadian akan datang. Jadi, persoalannya, bagaimanakah dan mengapakah pihak-pihak rahsia ini meletakkan simbol-simbol dalam media (filem dan sebagainya). Karna tidak dapat menjumpai mana-mana pendapat ilmuwan lain, maka di sini ambe bercadang tujuan mereka menonjolkan simbol-simbol mereka tidak lain tidak bukan sebagai sebuah bentuk pemujaan dan penyanjungan mereka terhadap "Tuhan" mereka, iaitu Syaitan.


Jadi, pertamanya, cuba anda lihat video "I, Pet Goat II" ini..





Kemungkinannya, anda tertanya, apakah tujuan filem ini? Filem ini mengandungi mesej yang dalam dan lucah seiring dengan cara kebanyakan penyembah syaitan ini menyebarkan propagandanya agar manusia semakin tersasar dari jalan Allah. Mereka akn menerbitkan filem-filem yang menawarkan adegan "ringan-ringan"tetapi cukup untuk membangkitkan perasaan berahi dalam jiwa manusia. Dan, juga melalui lagu. Dalam satu kes di Amerika, seorang bapa membunuh keluarganya (isterinya dan dua orang anaknya) setelah terpengaruh dengan bait lagu rap Eminem. Inilah penipuan yang dahsyat oleh puak penyembah syaitan ini.

Mari kita mulakan dengan tafsiran pertama..


Jadi, anda boleh lihat tafsiran yang saya sediakan di dalam gambar tersebut,,,Kambing secar auniversalnya melambangkan orang yang senang untuk dimanipulasi..Dan, adegan di atas menunjukkan penguasaan minda manusia dan penguasaan undang-undang manusia yang mengatasi kuasa Allah..




Adegan seterusnya menunjukkan sebuah tangan misteri yang bermain anak patung. Di cincinnya, terdapat tanda $ yang bermaksud "Satan". Dan, memang kerja syaitan untuk mempermainkan manusia, dengan mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan menterbalikkan akal manusia. 




Dan, rupanya anak patung yang dimainkan ialah George Bush. Sebuah figura yang amat dibenci oleh Dunia Islam atas dasarnya memerangi sahabt kita di Timur Tengah tanpa sebab yang kukuh. Mereka bertandang ke Iraq, membunuh 1 juta orang atas tujuan "mencari Senjata Pemusnah Besar-Besaran", dan apabila mereka tidak menjumpainya, mereka hanya berkata ":Minta Maaf". Semoga Allah melaknati mereka!

Di adegan di atas, terdapat gambar penis dan semen. Ini melambangkan dunia Amerika yang makin lumpuh akibat jenayah seks di negara mereka (zina, rogol).  Dan, di atasnya, terdapat carta evolusi manusia yang direka oleh Darwinisme, yang ternyata salah. Ambe fikir masa yang ada tidak cukup untuk menafikan  teori bodoh ini. Apapun, tujuan utama teori ini diadakan ialah, untuk membentuk sebuah mindset bahawa "Anda seorang monyet, anda tidak perlu risaukan apa-apa. Berseronoklah dalam kehidupan sebagaimana monyet!!". Dan, untuk melupakan manusia tentang fitrahnya yang sebenar sebagai hamba Allah dan menggantikannya dengan dunia materialisme. 


Terdapat juga, orang yang digantung kerana gagal mengeja perkataan "Evolution" yang melambangkan kegagalan orang itu mendoktrinkan dirinya dengan falsafah Darwin ini, dan akibatnya akan dibunuh. Untuk mengukuhkan iman kita dan memberi hujah yang konkrit untuk melawan falsafah karut ini, ambe cadangkan para pembaca untuk membaca buku karangan Harun Yahya yang padat memberikan hujah bernas mematahkan secara menyeluruh falsafah seorang yang meracau dan meroyan bernama Charles Darwin.




Tanda syaitan ini atau panggilan yang "dimesra-penggunakan" ialah lambang syaitan. Ia dibuktikan digunakan dalam ritual penyembahan syaitan, maka dikira sebagai amalan agama lain. Maka, haramlah untuk kita tasyabbuh perbuatan ini setelah kita mengetahui rahsia gelap d sebalik simbol ini. Lebih lanjut tentang simbol Yahudi, belilah buku Rahsia Simbol Yahudi karangan Ibnu Yaacob.



Selepas itu, watak Bush bertukar sebagai Obama. Menunjukkan bahawa watak telah bertukar ke tangan Obama. 

Dan, ini juga merupakan sebuah simbol sejagat dalam dunia penyembahan Syaitan.



Kepala terapung itu melambangkan sektor pembankan dunia yang mencengkam dunia melalui manipulasi wang dan riba'nya.


Dan, ini pula merupakan sebuah pelambangan Jesus, tetapi dalam bentuk yang lebih gelap dan negatif. Ini menunjukkan bahawa orang Kristian dan Yahudi akan menunggu kedatangan seorang Penyelamat yang dianggap akan mengembalikan kegemilangan mereka, dan mematuhi segala perkara yang tertulis dalam kitab mereka yang telah diubah oleh ejen-ejen Dajjal. Dan, akhirnya, mereka akan tersedar dari penipuan ini tetapi terlampau terlambat. Dajjal akan dibuuh oleh Nabi Isa yang sebenar dan seluruh bangsa Yahudi akan dihukum..Ini, terdapat dalam buku Jerusalem in the Quran karangan Imam Imran N. Hosein..

SIMBOLISME LAIN...

Gambar Osama bin Laden, berbaju CIA dan berkepak hitam- Menunjukkan bahawa identiti Osama bin Laden ialah seorang ejen perisikan CIA. Pendapat peribadai ambo ialah, Osama bin Laden dulunya seorang pejuang Islam yang banyak melaburkan jasa di Afghanistan, tetapi telah wafat pada 2001. Sejak dari hari itu, wataknya telah dimainkan oleh CIA sebagai sebuah simbol keganasan dalam agama Islam. Ini sepertimana terkandung dalam  Operation False Flag.

Gambar Statue of Liberty bergabung dengan Star of David- Menunjukkan perikatan Amerika-Israel. Laporan menunjukkan bahawa Amerika menghabiskan berbillion dolar setahun dalam "sedekah"nya kepada Israel. Ini akan mengundang kemusnahan ekonomi yang teruk, dan akhirnya Amerika akan musnah dalam plot dimainkan oleh Yahudi, dan seterusnya ruling state di dunia akan diganti oleh Israel (Jerusalem in the Quran, Imam Imran N. Hosein)

Orang Afrika, Orang yang tenggelam dalam asid memegang sabit dan tukul, dan Gadis berbaju harimau- menunjukkan kekalahan Afrika, Rusia dan China. Ketiga-tiga ini mepunyai potensi besar dalam menggugat misi Amerika, oleh itu mereka harus dimusnahkan.

Sekian, sahaja tafsiran yang mampu ambe berikan. Semoga bermanfaat dan akan meneguhkan lagi iman kita kepada Allah dan Islam..Amin..

   “Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.” (Q.s. an-Nahl: 99-100).


Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (an-Nisa,76)

Wednesday 27 March 2013

[Isu]: Falsafah dalam Pergaulan





Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam rindu para pecinta ku tujukan kepada kekasihku, Muhammad Khatimun Anbiya' SAW yang dengan darahnya, air matanya dan peluhnya, dengan izin Allah, kita diberi kenikmatan memegang gelaran seorang Mukmin seterusnya menjanjikan tiket ke syurga.

Baiklah, pada hari ini ambe ingin menanyakan tiga soalan kepada diri ambe sendiri, dan mungkin kepada diri anda juga, jika anda berminat untuk turut serta dalam kembara ini.

Jadi, soalannya berbunyi

Ø Tidakkah persamaan yang kita kongsi sesama kita (sesama Muslim) cukup untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan antara kita?
Ø Apakah yang menimbulkan sebuah pertengkaran walaupun kita berkongsi ciri-ciri yang lebih jelas dan ketara lebih dari persamaan seorang kembar dengan saudara seirasnya?
Ø  Adakah sebarang penyelesaian dalam konflik yang nampaknya sentiasa ada menghantui kehidupan kita?

Atmosfera ketika entri ini ditulis amat tertekan dan merungsingkan. Ambe melihat begitu banyak emosi negatif yang dicurahkan ke dalam Facebook. Ketahuilah bahawa segala perkara yang kita lakukan ini, akan berinteraksi dengan alam melalui frekuensi yang dipancarkan oleh Reticular Cortex. Frekuensi ini amat berkuasa, umpama besi berani menarik habuk besi dengan kuat. Jika emosi positif dipancarkan ke alam, maka kita akan berasa tenang, oleh sebab itu kita digalakkan untuk berdamping dengan orang sholeh, kerana mereka ini tidak lagi dirundung kesedihan dan kerungsingan dalam hidup mereka, kerana itulah janji Allah kepada waliNya.

 “Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)

Dan, akan berlaku perkara yang sebaliknya, jika dicemari dengan emosi negatif. Facebook kini menjadi sebuah lubuk syaitan yang dipenuhi dengan lautan dan banjir emosi negatif, dan diri ambe yang introvert inilah yang menjadi mangsanya. Sesetengah golongan manusia amat sensitif terhadap perubahan atmosfera di sekelilingnya, dan akan menghasilkan reaksi yang cepat.

Jadi, persoalan pertama...

TIDAKKAH PERSAMAAN YANG KITA KONGSI ANTARA ISLAM CUKUP UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG PERTENGKARAN ANTARA KITA?

Saudaraku,pasangan kembar mungkin akan mengalami persamaan secara biologi sebanyak 99 peratus, tetapi hakikat personaliti dan peribadi mereka juga boleh berbeza sebanyak 180 darjah! Tetapi, agama ini, agama Islam merupakan agama yang menghimpunkan pelbagai bangsa ke dalamnya. Tiada sesiapa yang akan pelik di Malaysia jika seorang Afrika masuk ke masjid dan mengambil wudhu'. Tiada sesiapa yang akan terasa terganggu jika melihat seorang lelaki Kaukasia atau wanita Cina membuka al-Quran, malahan kita akan merasa tenang lagi senang apabila melihat mereka. Apakah perasaan ini? Inilah nikmat persaudaraan dalam Islam..Tapi, mengapakah kita tidak merasakan perkar ayang sama terhadap rakan terdekat kita? Ini akan diterangkan kemudian.



Saudaraku, kebiasaannya, jika kita duduk bersama seseorang yang asing dalam bas, jika kita mempunyai keberanian yang cukup untuk memulakan perbualan dengannya. Apabila kita mendapati bahawa kita berkonsgi destinasi, pasti secara automatik akan terbangkit sebuah perasaan tenang dan senang, atas hakikat kita berkongsi sebuah desitnasi yang sama. Perbualan semakin rancak dan gelak tawa mula bertukaran. Apabila turun dari bas, rupanya kita hendak emnuju bangunan yang sama! Masya-Allah, pastinya akan lebih bersemarak perbualan kita. Apakah yang ambe ingin tonjolkan? Jika kita mempunyai destinasi yang sama, matlamat yang satu, kita akan menjadi selesa dengan orang itu. Wahai taulan, kita berkongsi destinasi yang sama iaitu SYURGA dengan 1.6 billion orang lain, tetapi kenapa apabila diseru untuk memboikot barangan Yahudi, kita memekakkan telinga? Dan, mengapakah kita menjauhi saudara kita yang berbangsa Bangladesh hanya kerana baunya dan status kewarganegaraan dan kerjanya? Adakah, kerana kita berkukit putih, wangi, kaya dan "tuan" kepada tanah ini, menjadikan kita lebih baik dari mereka? Wallahi, tidak sesekali..

Ambe pernah bertandang ke Masjid Sultan Ismail, Muar untuk bersolat Jumaat. Ketika itu, maish awal lagi, maka datanglah seorang teman memohon nasihat. Ketika ambe sedang memberi nasihat, dua orang lelaki berbangsa Bangladesh merenung kami..Haha, apabila ambe menghayunkan tangan sebagai penekanan nasihat ambe, makin bulat mata mereka mendengar. Setelah selesai, salah seorang dari mereka menyapa kami dengan loghatnya yang pekat. Kawan sebelahnya jelas tidak memahami bahasa Melayu kerana dia setia menguis janggutnya sepanjang perbualan ini. Kami memperkenalkan diri masing-masing, dan dia dengan ramahnya menceritakan pengalamannya sebagai Tabligh. Kemudian, tiba-tiba perbualan terhenti dan suasana menjadi janggal. Tanpa berfikir panjang, ambe pun bertanya," Abang ada anak, isteri kat sana? Berapa lama lagi duduk sini?". Dia dengan senang hati (jelas pada raut mukanya) menjawab, "Ada, ada. Itu tiap-tiap bulan saya kasi itu duit. Saya selalu pesan anak saya, jangan putus (tinggal) solat. Bini saya pun saya cakap jangan putus solat. Kawan-kawan saya, ada 50 orang semuanya tidak putus solat punya. Sudah datang sudah. (DIa menunjuk ke arah barisan kawannya yang kebanyakan berada di saf pertama dan kedua). Saya minggu depan permit sudah habis, saya balik punya. Tak nak duduk haram".

Kemudian dia berkata," Kita, Melayu ka, Pakistan ka, Bangla ka, takda beza. Kita 1 agama, 1 Nabi, 1 al-Quran. Tiada beza punya!"

Kata-kata beliau mengharukan ambe. Berapa ramai dari mak ayah kita yang konsisten berpesan kepada anak-anak mereka supaya jangan tinggal solat? Berapa ramai orang Melayu yang kita rasa lebih tinggi dari orang lain lepak di luar masjid, sehingga bilal memanggil iqamat barulah berpusus masuk ke dalam? Dan, berapa ramaikah antara kita menjalankan amanah sebagai seorang teman menasihati rakannya yang lain? Fikirkanlah, kesombongan dan ego telah cukup meranapkan persaudaraan selama ini.

PERSOALAN KEDUA:   Apakah yang menimbulkan sebuah pertengkaran walaupun kita berkongsi ciri-ciri yang lebih jelas dan ketara lebih dari persamaan seorang kembar dengan saudara seirasnya?

Saudaraku, sepanjang kajianku ini, maka ada dua punca utama yang menyebabkan pertelingkahan yang kedua-duanya melibatkan unsur utama dalam juzuj manusia, iaitu hati, akal dan nafsu

i. Kekurangan penggunaan akal secara optimum
ii. Nafsu yang membutakan diri

Perhatikanlah dengan sedalam-dalamnya, bahawa Allah telah memberi akal untuk membezakan kita dari manusia. Kita berkongsi ciri-ciri luaran yang hampir sama dengan binatang, dan mereka juga mempunyai otak. Oleh itu, frasa "gunalah otak!" tidak menepati keperluan seorang manusia yang sihat kerana AKAL yang memuliakan manusia.
Jika kita tidak menggunakan nikmat akal ini, maka serupa saja dengan binatang. Hidup binatang hanyalah makan, minum, mengawan dan akhirnya menunggu untuk mati. Ini diterangkan oleh firman Allah sendiri,

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-A'raf-179)

Maka, mereka yang tidak menggunakan akal dengan baik, akan bertindak seperti haiwan yang tidak mampu melihat penyelesaian lain kecuali bergaduh.

NAFSU YANG MEMBUTAKAN DIRI

Para ahli sufi membahagikan peringkat nafsu ini kepada tiga, iaitu Nafsu Ammarah, Nafsu Lawwamah dan Nafsu Muthmainnah. Sebenarnya, terdaoat juga pendapat yang lain tentang tingkatan nafsu tetapi tidak mampu untuk dibahaskan dalam konteks ini.

Nafsu Ammarah beraja di hati jika akal dan iman gagal merasinalkan keinginan. Apabila nafsu ini beraja di hati, maka apa yang salah itu, itulah yang baik. Tetapi, orang yang berda dalam peringkat ini tidak akan merasakan secebis ketenangan sekalipun, kerana jiwanya sudah dilumpuhi dengan kotoran mazmumah, sehingga menumpulkan deria lathifah rabbani, satu unsur murni dalam jiwa kita. Tiada ketenangan, kepuasan, keadilan dan ketaqwaan. Jiwa mereka seperti dikejar garuda bayangan, dan seperti adanya gunting dalam urat setiap kali berjalan.




PERSOALAN KETIGA;  Adakah sebarang penyelesaian dalam konflik yang nampaknya sentiasa ada menghantui kehidupan kita?

Dalam kes ini, ia memerlukan jawapan dan penyelesaian. Dan, jawapan yang hakiki itu hanyalah dalam al-Quran dan al-Sunnah. Dan, kemudiannya, ijmak dan kata-kata para ulama' yang juga bersandarkan dan terbit dari pemahaman dalam mereka berkenaan dua sumber primer Islam ini.

Masalahnya, bukanlah al-Quran tidak mampu memberikan jawapan kerana hakikatnya manusia itu sendiri yang meragui firman dan kuasa Allah. Ambe pernah membaca sebuah artikel dahulu tentang seorang lelaki bukan Islam diberikan senaskhah al-Quran terjemahan. Adat seorang lelaki yang tidak diselarikan dengan cahaya Islam, dia sering merasa rungsing dalam kehidupannya. Maka, digerakkan hatinya untuk membuku al-Quran. Ajaibnya, al-Quran memberikan jawapan yang tepat kepada setiap permasalahannya, walaupun dia menyelak helaian al-Quran itu secara  random. Dan, akhirnya, beliau memeluk Islam
Maka, jika Allah sudi untuk memberikan penerangan dan pencerahan melalui firmanNya kepada sorang kafir, pastiNya Dia menjanjikan perkara yang sama buat kita. CUMa manusia sahaja yang bertaut harapan kepada sesuatu yang bukan dari Allah. Syeikh Zahir Mahmood pernah berkata,"Anda keberatan untuk bangun Subuh, dan anda mengharapkan pertolongan Allah akan tiba?" 

Jadi, antara penyelesaian yang ambe dapat pikirkan buat masa sekarang ini terbahagi kepada 3. Ketahuilah bahawa ini hanyalah dalam peringkat teori lagi, yang segar dikeluarkan dari minda ini. Keberkesanannya tidak diuji lagi, tetapi kita doakan yang terbaik. Amin

Ø Ibrah Surah al-Hujurat
Ø Stag Model
Ø Tahalli




IBRAH SURAH HUJURAT

Dalam surah al-Hujurat, terdapat beberapa tips yang bernas yang dianjurkan oleh Alla subhanahu wataala sendiri kepada kita. Adalah rugi, untuk kita membaca al-Quran beribu kali tetapi tidak terfikir untuk menggali mutiara dan harta karunnya. al-Quran ini hanya dijadikan sebuah ritual tanpa penghayatan dan aplikasi isinya. Sedih.

Ø Jangan menyaringkan suara terhadap rakan yang lain.(ayat 2) Masing-masing ada perimeter sosial yang tersendiri, jadi anda tidak tahu siapakah di antara rakan anda yang sensitif terhadap suara yang tinggi. Jadi, perlahankan suara anda kerana suara yang nyaring akan memberikan persepsi yang kurang enak kepada diri kita.
Ø Bersabar dalam pergaulan.(ayat 5) Masa ialah elemen yang penting, ia mematangkan buah dan mematangkan diri kita juga. Jangan terlalu tergopoh-gapah dalam muamalat. Dakilah gunung dengan cermat, kerana gunung itu tidak akan lari. Cuma andalah yang menjadi penentu kejayaan misi itu.
Ø Menyaring maklumat dengan cermat.(ayat 6) Zaman ini, zaman fitnah. Perkara yang tidak benar mendapat liputan luas dan dipatenkan (Melodi dan sebagainya). Jadi, untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam perhubungan, bersangka baiklah dan maafkanlah mereka.
Ø Menyukai dan menyanjungi perbuatan baik rakan kita dan maafkanlah kelemahan mereka.(ayat 7). Janganlah disebabkan satu keburukan, kita melupakan kebaikan yang lain. Tegurlah dengan hemat, dan berikan masa yang cukup untuk dia berubah. Jika anda tidak mampu untuk menghabiskan sepinggan nasi dalam sekali suap, anda juga tidak boleh memaksa mereka berbuat sedemikian.
Ø Bermuamalat berteraskan iman. (ayat 7). Persahabatan yang terjalin berteraskan niat yang jahat, amat rapuh umpama berumah di tepi pantai yang haro-hari ada amaran tsunami.
Ø Jangan menjadi pengadu domba,(ayat 9). Kita mungkin memikirkan bahawa kita akna memperoleh keuntungan hasil melaga-lagakan orang lain. Hakikatnya, kita menempah waktu kemusnahan. Berhati-hatilah
Ø Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (ayat 11)
Ø Berprasangka baik.(ayat 12)

Ambe rasa, cukuplah sekadar ini dahulu perkongsian ini. Sambungannya akan diteruskan jika ada kesempatan waktu dan masa. Semoga ilmu ini memberi guna kepada diri kita semua, demi perpaduan umat Islam.

Saturday 23 March 2013

[Lensa]: Fenomena Qasidah di SAMURA



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seiring dengan tumbuhnya fenomena Qasidah di bumi Malaysia, kini tiba mengetuk pintu di SAMURA!!

Diinspirasikan oleh Himpunan Qasidah oleh Habib Syech, beberapa ahli BADAR SAMURA telah berkolaborasi dengan para pelajar SAMURA untuk menubuhkan Dsoutul Zauqiyah, yang bermaksud Suara Sang Perindu....

Kumpulan ini baru dibentuk pada tahun ini, dan memiliki ahli dari kalangan pelajar Tngkatan 4 dan 5. Untuk tahun pertama, beberapa percubaan berani sebanyak 2 kali telah dilakukan dengan lagu "Ya Hanana" da "Assalamualaika"....

Semoga roh "Rasulullah" sentiasa bersama dengan kami dalam usaha menyemarakkan perasaan cinta kepada Rasulullah di Sekolah Menengah Sains Muar..Amin!!..:D






Wassalam

Friday 22 March 2013

[Diari al-Mamluk]: A Cold Campaign






Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulillah, finally I reached my haven, here in Kajang after surviving a cold campaign in SAMURA. So, I would like to share with all of you the analysis of my campaign in 2013.


Overall, the Islah movement is still slow in its pace. Time passed as fast as a water torrent, but the achievements are still minor. I am still studying the flaws in my strategy and strongly believe that the movements need ample time for the SAMURA-ians to ingest and seep the Islamic spirit in their hearts. In the Nuqaba' organization itself, few major alignments are made and lack of coordination and communication still haunting me till this day. I believe this is a trial and a test that will strengthen our bond as one Chinese idiom quotes, "Blows that do not snap my back, will strengthen them".


As my sole objective this year, is to clean back the BADAR dignity and to clear this organization from radicalism and pseudo-religion, we came up with a few programmes that offer more relaxed and meaningful to the target groups. We held the Tazkirah Digital, which integrates the use of multimedia in Dakwah. We also held the slot of "Shhh...Hanya Untuk Lelaki" that is held monthly for the men only. This slot will be focused on more serious subjects and more intellectual facts such as the current global issues, et cetera. Few of my friends spared their valuable times to establish the first Qasidah team in SAMURA, which we name as the Dsoutul Dzauqiyah. We performed twice, and I considered it as a successful rally as the Qasidah are growing as a phenomenon in the country. Alhamdulillah....


Aside from that, I don't think I had done much to the society. I still cannot give up from my solitude traits and lack of communications. I tried to mend my inner conflicts and boost my self-esteem and leadership skills with the aid of few renowned motivational books, but I am still missing the tunes. I continuously live under the shadow of my predecessor, and it agonized me very much.


And the words that I spread heretical teachings are spreading in the school. This is absurd accuses as all that have been delivered from me are fully from my learning period in Kelantan. This has weaken me and set me into an endless abyss of sorrow. I can only pray that Allah will help me to clear my name. I am sure that I will not be the most successful Head of Nuqaba; in the school history, as the title of "The Most Controvesial" are starting to suit me for the current time. But, I hoped that the teachers and the students understand me as a makeshift leader that are burdened to re-mobilize a crippled organization. I did not ask for this position, but when I was bind to the office, I tried and endavoured to lick back all the filth and spit.


Still, I believe that no one will understand my agony and the labyrinth in my mind. I believe it is unworthy to anyone to sacrifice themselves to make a stand from me. I know that my place is not on a dais where everyone embodied my name eternally, and assayed me with seas of praises and appreciation. I am born as a sinner, and I had just repented. And a sinner does not have the right to become a leader.


O Allah, please hear my wails and cries,

I wish to spread your Light,
But they took me as an enemy of you?

Didn't I had begged to You,

In the cold nights, where beads of pearls,
Flowing from my eyes?

To release me from the burden,

of becoming a chief for the forsaken,
Didn't you want to answer my plea?

It is the time for me to realize that I am impotent to carry anybody to the road of Dakwah. I have no power, except onto myself. I am limbless and emasculated leader, a puppet that the strings has been cut by its puppeteer, left to die while the puppeteer create another puppet and abandon me..O Allah, please release me, form this shackle..I beg you..