Saturday 17 March 2012

[Tazkirah]: Melentur Buluh Dari Rebungnya..




Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sesungguhnya masa yang berlalu umpama air sungai yang mengalir deras. Tiada air yang sama akan lalu di hadapan kita apabila ia sudah melepasi kita. Masa juga umpama emas, makin meninggi harganya dan makin sukar untuk mendapatkannya. Masa juga umpama pedang, jika kita tidak mencantasnya maka ia akan mencantas kita.

Itulah perumpamaan yang diberi oleh masyarakat dunia berkenaan masa, untuk menunjukkan betapa berharganya masa. Dalam Islam, juga menitik beratkan pengurusan masa, terutamanya pembahagian masa antara kerja duniawi dan beribadat. Dalam kitab Tanbihul Ghafilin, terdapat peribahasa Persia yang menyatakan bahawa jika waktu muda digunakan untuk bermain dengan permainan, waktu remaja digunakan untuk berseronok dan waktu tua digunakan untuk menahan dan merawat sakit, masa bilakah kita gunakan untuk beribadat kepada Allah?

Manusia sering menganggap bahawa masa muda digunakan untuk permainan. Lantas, dihidangkan kepada anak-anak tersebut permainan, permainan video dan pendidikan agama dilupakan dengan alasan  masih muda. Apakah mereka tidak mendengar pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya? Waktu muda rebung itulah kite lenturkannya kerana masih lembut, pabila besar baru hendak dilenturkan, alamat akan dilibas kembali kerana buluh itu sudah keras.

Nabi pernah bersabda,”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah.Terpulang kepada ibu bapanya untuk membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Maka, waktu kecil ini harus dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mendedahkan kepada anak-anak asas Islam. Dekatkan mereka dengan ibadat walaupun mereka tidak memahaminya. Nabi sendiri pernah mendukung Hasan dan Husian semasa solat. Ini menunjukkan pendidikan agama itu bermula dari kecil. Biasakan membawa anak-anak kecil ke surau agar cinta kepada masjid itu tumbuh.

Nabi juga pernah bersabda ajarlah solat kepada anak-anak kecil, bila berumur 10 tahun dan masih tidak enggan melakukan solat, maka dipukulnya dengan pukulan yang tidak membinasakan fizikal. Nah, kerana itulah kita harus mendedahkan kepada anak-anak asas-asas Islam agar kalimah tauhid tersemat dalam dada. Masalah pada zaman kini, ibu bapa terlalu fokus akan perkembangan fizikal anak-anak kecil dengan menghantar ke tadika, memberikan buku-buku. Perkara ini juga bagus tetapi malangnya tidak diseimbangkan dengan didikan rohaniah. Impaknya, anak yang membesar umpama anak Yahudi, Nasrani atau Majusi walaupun ibu bapa beragama Islam kerana tidak didedahkan kepada Islam. Ruginya jikalau generasiIslam hanya disogok dengan ilmu sekular sahaja.

Kita sering digemparkan dengan kes anak derhaka kepada ibu bapanya. Ada yang ditinggalkan di hospital malahan di kaki lima. Sebenarnya, kalau difikirkan antara  punca anak derhaka kepada ibu bapa ialah kerana ibu bapanya sendiri. Kita sering mendengar hak ibu bapa iaitu menghormati mereka dan sebagainya. Tetapi, sebahagian ibu bapa tidak melaksanakan hak anak kepada ibu bapa. Apabila hak anak tidak ditunaikan, maka tidak hairanlah kes derhaka ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Untuk menerangkan kepada para pembaca berkenaan hak anak ini, maka ambe tampilkan sebuah kisah dalam kitab Tanbihul Ghafilin;

Seorang datang kepada Umar al-Faruq sambil mengadu kepadanya,”Anakku derhaka kepadaku”. Umar bertanya kepada putera orang itu,”Apakah engkau tidak takut kepada Allah, engkau telah berbuat derhaka kepada ayahmu, engkau tahu kewajiban anak untuk orang tua begini dan begitu.” Lalu anak itu bertanya,”Ya Amirul Mukminin,apakah anak itu tidak berhak terhadap ibu bapa?”Jawab Umar,”Ada hak, iaitu memilihkan ibu yang bangsawan jangan sampai tercela kerana ibunya. Kedua,harus memberi nama yang baik. Ketiga,harus mengajarinya kitab Allah.”

Maka berkata anak itu,”Demi Allah, dia tidak memilihkan untukku ibuku, dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham, dan itu ibuku. Kedua, dia tidak member nama baik untukku, aku dinamai kelawar jantan. Ketiga, saya tidak diajari kitab Allah walau satu ayat. Maka Umar menoleh kepada ayahnya dan berkats,”Engkau telah derhaka kepada anakmu sebelum ia derhaka kepadamu. Pergilah engkau dari sini.”

Kedua, Abu Laits al-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari abu Hurairah berkata, Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda,”Hak anak yang harus dilaksanakan oleh orang tua ada tiga. Pertama, memilihkan nama yang baik ketika lahir. Kedua, mengajarinya kitab Allah (mendidiknya berkenaan agama Allah). Ketiga, harus dikahwinkan jika telah dewasa(yakni jangan sampai tergoda hingga melacur).

Jadi, sudah jelas kepada kita berkenaan hak anak. Pertama, seorang bapa itu harus berkahwin dengan wanita bangsawan. Wanita bangsawan ini bukanlah bermaksud wnaita yang kaya, tetapi wanita yang molek agamanya serta keturunannya agar anak yang dilahirkan bisa dijaga oleh wanita yang arif dalam selok belok agama. Malangnya, kaum Adam zaman sekarang kurang memikir jauh ke hadapan dengan mengutamakan hawa nafsu dengan memilih wanita yang tidak taat kepada perintah agama. Hasilnya, anak yang dilahirkan lahir dalam keadaan keluarga yang tidak kuat pegangan agamanya. Dan, anak tersebut dibesarkan dengan mengejar aspek sekular sahaja. Sayu hati ambe melihat anak-anak bersama keluarga yang caca merba. Ayahnya berseluar pendek, ibunya pula tidak mmenutup aurat dan berwarna rambutnya. Semoga Allah memelihara anak-anak itu.

Anak yang dibesarkan pun tidak tahu menahu tentang agama Islam. Malahan, ada yang tidak tahu tentang solat kerana tidak pernah melihat keluarganya solat. Jadi, ambe ingin mengambil kesempatan untuk berpesan kepada kaum Adam untuk memilih calon isteri yang baik. Mungkin ada yang bertanya,”Adakah haram untuk mengahwini wanita yang kurang didikan agamanya?”. Jawapannya, hukumnya harus. Malahan, jika kita berniat untuk berkahwin dengan wanita tersebut dengan harapan membetulkan agamanya, maka dikira sebagai jihad. Tetapi, malangnya kebanyakan remaja pada hari ini meminggirkan pendidikan agama kepada isterinya, dan impaknya isterinya terus dalam lembah kefasikan. Lelaki yang tidak pentingkan hal ehwal isterinya dkira dayus dan azab bagi dayus ini amat besar.

Kedua, memberi nama yang baik. Nama memainkan pernana sebagai doa, apabila nama yang baik sering disebut-sebut maka akan menjadi doa. Maka, tanggungjawab ibu bapa untuk memberi nama yang baik. Antara cirri-ciri nama yang baik ialah,

1.   1) Nama nabi
2.    2)   Nama Abdul Rahman dan al-Harith sepertimana disebut dalam hadith
3.    3)   Nama pejuang-pejuang Islam, denganharapan mereka dapat mencontohi mereka.
4.      4) Nama yang membawa maksud yang baik.

Dan banyak lagi, cirri-ciri nama yang baik yang tidak dapat disebutkan di sini. Anda boleh merujuknya di kitab-kitab atau syeikh-syeikh di luar sana.

Ketiga, mengajar agama Allah. Inilah hak anak yang paling kritikal. Inilah aspek yang paling penting dalam pembentukan nurani anak-anak. Ibu bapa yang bijak akan melaksanakan hak ini dengan taat menurut acuan agama Islam. Mungkin pada usia awal, antara 4 hingga 5 tahun, mereka akan sering membawa anak-anak ke masjid untuk melihat orang ramai bersolat, kerana pada waktu inilah perkembangan anak-anak berlaku dengan begitu pesat. Dan, apabila anak-anak sudah mula pandai membaca huruf Rumi, maka diseimbangkan dengan mempelajari ayat-ayat al-Quran dan dimulai dengan Iqra’. Di samping itu, anak-anak diletakkan dalam suasana Islamik di rumah dan persekitaran sekeliling agar roh Islam itu meresapi kalbu anak-anak. Akhlak ibu bapa dan keluarga juga merupakan faktor penting. Selain itu, anak-anak sering didedahkan dengan kisah-kisah nabi yang jauh memberi manfaat dari cerita yang menimbulkan sifat pergaduhan, hasad dengki seperti Tom and Jerry.

Tetapi, malangnya ibu bapa pada zaman ini kurang menitik beratkan pendidikan agama. Secara jujurnya, ambe juga termasuk dalam golongan malang ini. Alhamdulillah, Allah telah memberikanku peluang kedua....
Oleh kerana itu, betapa pentingnya didikan agam diberikan kepada anak-anak. Ambe tidak mahu generasi muda seterusnya dibiarkan terkapai-kapai tanpa pengetahuan agama seperti ambe. Biarlah ambe seorang sahaja yang dicelup dalam lembah kekotoran dan Alhamdulillah Allah masih menyayangiku. Maka, pesananku kepada remaja yang membaca entri ini, agar sedar bahawa melahirkan dan membesarkan anak-anak bukan perkara yang mudah.

Kita sekarang mungkin asyik dalam lautan cinta, ayat-ayat manis dituturkan, tetapi sebenarnya jikalau anda mengetahui hakikat, amanah cinta itu nescaya anda akan membujang hingga mati..Wassalam....

p.s: Jangan pula tak nak kahwin . Ambe berkata begini supaya kome semua penuhi ilmu di dada baru fikirkan tentang cinta. Kita masih muda, makan pun dari dompet mak, sedangkan alam perkahwinan ini segalanya kita yang tanggung. Bila dah besar dan ilmu penuh di dada dan bersedia untuk menjadi ibu bapa mithali, kahwinlah 1,2,3,4 ke..Tiada orang nak menghalang, asalkan yakin berlaku adil. Nabi pun bangga melihat umatnya ramai..:D

Salam dari Queenstown, New Zealand..

Tuesday 13 March 2012

[Sirah Nabawiyah]; Khutbah Yang Menyayat Hati



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tiada apa yang hendak ku katakan, melainkan kepada para sahabatku, agar kalian menghayati video-video ini...Biarkan getaran iman meresapi jiwa anda dan biarkan dosa luntur dari tubuh anda dengan linangan air mata rindu dan cinta pada Rasulullah...














:')...Allahumma sholli ala Muhammad Rasulullah..Wassalam...



Monday 12 March 2012

[Diari al-Mamluk]: Bingkisanku buat sahabat...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Khas buat rakanku , yang pernah kita bersama berkelana mencari kebenaran hakiki...


Tahukah mu tempat lahirku?
Mahukah ku kabarkan tempat singgahku?
AKSB, itulah tanah lahirku dan mukimku..

Aku dahulunya sebuah fatamorgana,
Sebuah ilusi dan bangkai bernyawa,
Allah kurniakanku erti hakikat di sana,,


Dari lembah gelap gelita,
Aku dinaikkan ke cahaya,
Dari lubang jahilnya,
Aku dinaikkan ke persada,
Tiada yang lainnya,


Wahai sahabat, rakan, dan taulan,
Aku pernah memarahi kalian,
Sehingga panji hitam berkibaran,
Ketahuilah aku berbuat demikian,
Didorong rasa cinta pada kalian


Kemudian, roh dakwah meresapi kita,
Kita bersama melangkah ke kiblatNYa,
Segala puji bagiNya,
Tiada hadiah yang lebih berharga


Aku bukanlah syeikh yang indah bunga bahasa,
Aku bukanlah pemimpin yang jitu karismanya,
Aku bukanlah alim faqih ilmunya,
Melainkan diriku hanyalah,
Secebis debu dalam galaksiNya,


Aku perhatikan perubahan kita,
Bersama berubah demi agama mulia,
Aku sujud kepadanya,
Mengucap puji dan syukur


Tetapi, kemudiannya terpaksa meninggalkan syurga ini,
Kerana terpalit najis fitnah sirna dan keji,
Aku ditikam oleh idola sendiri,
Yang melempar najis dan fintah ke muka ini.


Maka, adalah adat sang pekelana,
Aku mengorak langkah pergi,
Pabila diri ini sudah tidak diperlukan lagi,
Aku mengembara...

Aku terjumpa pohon tamar baru,

Di gurun selatan yang asing bagiku,
Ku mencuba untuk menyemai benih agamku,
Agar menjadi padang ragut makmur


Bukannya aku lupa pada kalian,
Tapi,kita jauh berbatu,
Bukan aku benci pada kalian,
Tapi, kita jauh tak berbatu.


Kemudian,aku pulang
Di manakah mercu agama yang kita bina?
Adakah semuanya dihias hanya karna diriku,
Dan dirobohkan setelah ku dihalau dari sana?


BUkankah aku beratkan pada perasaan malu,
Ke manakah kesemuanya pergi?
Aku kecewa, buntu dan bungkam,
Tapi, ku sedar diriku, hanyalah sang asing


Aku senyum dalam sirna,
Aku ketawa dalam duka,
Aku sendiri dalam juta,
Aku kecewa dalam gembira


Wahai rakanku,
Jangan runtuhkan empayar kita bina,
Aku dengar akan rintihanmu,
Ditindas di tanah sendiri,


Bersabarlah, tunggulah sedikit masa,
Bukankah sesaat itu dunia,
Dan kekal abadi, itu syurga?
Mengapa kau kecewa?


Bersihkanlah segala dosa,
Koyakkanlah segala lagha,
Runtuhkanlah berhala,
Musnahlah segala mazmumah

Mungkin bagi sesetengah orang, kesalahan mereka terlalu halus, tapi ingatlah dosa sehalus jarum akan menjadi sebesar langit dan bumi di akhirat nanti... Wassalam...

[Tazkirah]: Cantiknya Bidadari Surga!!!



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Pada entri kali ini, ambe ingin berkongsikan kisah tentang BIDADARI,,,,


SIAPAKAH BIDADARI?


Bidadari syurga digelar Hurul Ain. Makhluk yang tersangat indah yang telah dicipta oleh Allah sebagai hadiah untuk hamba-hamba-Nya yang soleh, beriman dan bertaqwa.Tinggal tetap dalam syurga menunggu kehadiran calon suaminya yang beriman yang masih menetap di dunia. BIdadari terdiri daripada gadis-gadis yang cantik jelita. Tidak ada persamaan dengan segala kecantikan yang ada di dunia. Ironinya, tiada bidadari buat orang kafir, fajir, munafiq, penderhaka, pencinta dan pelaku maksiat..


CIRI-CIRI BIDADARI


  • Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;-Ali-Imran,15
  • Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;as-Shaffat,48
  • Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.al-Tuur,20
  • Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jinMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.ar-Rahman, 56-58
  • Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.ar-Rahman,72-74
  • Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
    Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
    al-Waqiah,35-36

GAMBARAN BIDADARI OLEH IMAM QAYYIM
 Ibnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan.

Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi oleh kulit, tulang dan perhiasannya.


Andaikata bidadari menampilkan diri di dunia, maka bau harumnya akan semerbak antara langit dan bumi dan bumi dan mulut setiap orang akan mengucapkan kalimat tahlil, takbir dan tasbih kerana terpegun oleh keindahannya. Keindahannya akan meperindahkan timur dan barat, keindahannya akan menjadikan mata orang menutup dari yang lain. Sinar wajahnya akan meredupkan cahaya matahari, seperti sinar matahari meredupkan cahaya bulan. Tudung yang menutupi kepalanya lebih bagus dari dunia dan seisinya. Keinginannya untuk menemui kekasihnya merupakan idola utama.


Dengan bertambahnya masa, tingginya tidak bertambah kecuali makin memperindah dan mempercantik. Makin bertambahnya masa, maka rasa kecintaan dan kecenderunganya kepada kekasihnya makin bertambah. Dia terbebas dari mengandung, beranak, haid dan nifas. Dia suci dari hingus, ludah. kencing, berak dan seluruh kekotoran. Keremajaannya tidak pernah berkurang. Pakaiannya tidak pernah lusuh. Kecantikannya tidak pernah pudar. Keharuman baunya tidak pernah sima. Pandangan matanya hanya ditujukan bagi kekasihnya, bukan untuk yang lain, demikian pula kekasihnya.


Jika dipandang, maka dia menyenangkan hati yang memandangnya. Jika disuruh maka dia menaatinya. Jika ditinggal pergi maka dia menjaga kepercayaan kekasihnya dan kesucian dirinya. Dia belum pernah disentuh oleh manusia atau jin pada waktu sebelumnya. Setiap kali kekasihnya memandangnya, maka hatinya bergembira. Setiap kali berbicara dengannya, maka telinganya merasa sejuk oleh keindahan tutur katanya.


Jika dia tampil, maka cahayanya akan memenuhi istana dan kamarnya. Jika engkau bertanya tentang usianya, maka usianya sama dengan gadis remaja yang sebaya. Jika engkau bertanya tentang kecantikannya, maka kecantikannya sama dengan matahari dan bulan. Jika engkau bertanya tentang matanya, maka warna hitam dan putih bola matanya sangat mempesona.


Jika engkau bertanya tentang lekuk tubuhnya, maka engkau lihat bagai keindahan dalam pepohonan. Jika engkau tanya tentang kemontokan tubuhnya, maka bagai gadis remaja dan kelembutan kulitnya bagai buah delima. Jika engkau bertanya tentang warna kulitnya, maka dia bagai batu permata yaqut dan marjan. Jika engkau tanya tentang senyumannya maka dapat engkau bayangkan betapa mempesonanya ketika seorang bidadari tersenyum pada kekasihnya di dalam syurga.


Jika dia berpindah dari satu kamar ke kamar yang lain, dia bagaikan matahari yang berpindah-pindah. Jika dia berkenca dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa mesranya hubungan keduanya. Jika dia berpelukan dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa nikmatnya antara keduanya.


Pembicaraannya mempersonakan dan lugu bagai seorang yang tidak pernah membuat salah, Meskipun telah sangat lama duduk dengannya, tetapi masih dirasa kurang oleh teman duduknya. Jika dia bersenandung, maka betapa merdu suaranya.


Jika dia sedang berkencan dengan kekasihnya, maka betapa senangnya kesempatan itu, Jika engkau menciumnya, maka engkau rasa tidak ada yang lebih menyenangkan dari ciuman itu, Jika dia memberimu sesuatu, maka tidak ada yang lebih lazat dan lebih menyenangkan daripada pemberiannya.


(Ibnu Al-Qayyim, Hadiy Al-Arwah, dipetik daripada buku Qiyamullail-Rintihan Seorang Hamba Meraih Cinta Agung di sisi Rabb-Nya, karya Abdul Aziz Ismail) 


BONUS: USTAZ AZHAR IDRUS


Baiklah, sekian sahaja, perkongsian untuk hari ini...Wassalam..:D

Sunday 11 March 2012

[Getaran Jiwa]: Tombo Hati



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Biasalah, cuti-cuti ini pastinya mengundang kebosanan maksima. Ditambah lagi dengan kerja ruma yang menimbun (untuk kebaikan kita juga) dan masalah peribadi yang menyesakkan, pastinya ramai remaja mencari jalan alternatif untuk menghilangkan rasa sesak yang menyesakkan dada mereka. Bagi yang bijak, dia akan keluar dari rumahnya dan menuju ke masjid-masjid dan mengadu kepada Tuhannya. Ini ialah satu fenomena yang makin menaik dalam Malaysia, di mana kesedaran dan penghayatan Islamik itu makin disedari oleh pemuda-pemudi Malaysia. Alhamdulillah.


Malang pula bagi para remaja yang mebcaru jalan keluar dengan menyertai kutu-kutu rayau berpeleseran di mercu-mercu tanda negara. Lebih malang dan celaka lagi, mereka bertebaran di hotel-hotel murah dan terjatuh dalam lembah hina....Alangkah ruginya..:(


Manusia itu ada banyak gaya dan jenis, dibahagikan kepada jenis VISUAl, AUDITORI, KINESTETIK dan AUDITORI DIGITAL. Tiap-tiap jenis memiliki personaliti tersendiri dan cara untuk melepaskan stres dengan sendiri. Kenali diri anda agar senang mencari ubat bagi bisa jiwa. Mereka yang berjiwa visual suka dan gemar pada visual (video,wayang,filem) yang menarik minat mereka, pancarona dan ilustratif. bagi jenis ini,mereka senang terpukau dengan menonton video-video Islamik yang memaparkan gambar keindahan alam dan juga fokus kepada penglihatan. Untuk yang jenis visual, keraplah keluar ke alam, menghayati penciptaan Allah, seringkan menghadiri kuliah ilmu dan anda akan senang berdamping dan melihat wajah ulama dan ustaz-ustaz.


Untuk yang berjiwa auditori, mereka lebih mendengar dari melihat. Mereka menggunakan pancaindera telinga untuk mencari keseronokan dan penghayatan-muzik. Jenis visual ini sering meredakan stres dengan mendengar muzik-mnuzik picisan yang lagha, tapi ketahuilah bahawa muzik nasyidlah yang bermanfaat. Janganlah fikir muzik nasyid itu kolot, bukalah mata bahawa kini irama nasyid makin globalistik dan universal dan iramanya diterima seantero dunia. Alunan nasyid Raihan, contohnya menggerakkan ramai kalbu-kalbu insan untuk memeluk Islam. Jadi, hiasi diri anda dengan mendengar bacaan Qari, Nasyid Islami dan Ceramah Ustaz-ustaz yang menarik hati.


Entri kali ini berfokus kepada sebuah lagu. Terdapat satu lagu yang menarik dan menyentuh hati ambe di Youtube. Pada permulaan lagunya, suara mersik dan lirih penyanyinya menyentap jiwa ambe, seolah-olah sudah ku dengari lagu ini sebelumnya...Maka, perasaan ini makin membuak-buak untuk mendengarnya, kemudia rupanya lirik lagunya dalam Bahasa Jawa. Menambah lagi minatku untuk mendengarnya, sambil cuba meneka maknanya....Kemudian, pada suku terakhir lagu tersebut, barulah terdapat maknanya dalam Bahasa Melayu. Rupanya, lagu ini berkenaan dengan Tombo Hati, iaitu Ubat Hati...





Ini ialah ekstrak dari lagunya..


Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi
Cuba nyanyi perlahan-lahan dan hayati maknanya..Anda akan tersenyum sendirian..Dan akan mengulang-ulang senikatanya berkenaan UBat Hati...
Jadi, moral of the story is amalkanlah Ubat Hati yang disenaraikannya, moga-moga ALLAH mencukupi bagimu..Sekian, wassalam...:DDD

p.s: Kalau ada pengantarabangsaan ke/dari Jawa, mungkin boleh nyanyi lagu ini...:D

Friday 9 March 2012

[Lensa]: 11 Kelebihan COKE


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:DDD


Post kali ini ambe hadiahkan khas untuk penggemar Coke. Bergembiralah, wahai peminat-peminat Coke kerana air yang anda minum itu memilik 1001 kegunaan!!


Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan membawa 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalan akibat kemalangan. Cuba tanya pasukan Smart, Bomba, Hazardrous Team, PLus Ronda dan sebagainya, apakah yang digunakan oleh mereka? Itu kelebihan pertama Coke, iaitu untuk membersihkan sisa-sisa daging dan darah di jalan yang kotor akibat kemalangan. Hebat bukan?


Antara kelebihan Coke yang seterusnya; (yang anda boleh mencuba kemujarabannya)


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk peniaga sup tulang dan elok juga untuk mengurakngkan sisa makanan yang menimbun di tong sampah!!!


2.Coke juga boleh digunakan untuk mencucui tandas: Masukkan setin air coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian "flush". Kesan kotoran/hampas akan hilang akibat tinfakan air sitrik yang berada dalam Coke. Satu bahan gantiian untuk mencucui kalau sabun sudah habis..Cubalah buat sabun badan!! Pasti akan menghilangkan daki-daki..:P


3. Untuk menghilangkan kesan karat daripada bumpur kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foli yang cdicelup dengan Coke. Kesannya, karat akan hilang. Agaknya, apalah yang sedang terjadi dalam usus anda..


4. Untuk menghilangkan kesan "corrosion" atau hakisan pada skru/nat bateri kereta. Tuang sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian: Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak akan hilang.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap, pasti bersih.


8. Bahan aktif Coke ialah phosphoric acid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh juga meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki (bukan lori yang bawa Coke dalam tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis untuk mengelak lori tiu diselaputi bahan penghakis untuk mengelak lori itu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci enjin lori/trek mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!!!


9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric acid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!Wahh!! Rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak beberpa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu.


10. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Seperti candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24/49 jam. Yang mana sakit gigi, cuba cara ini, manalah tahu gigi itu boleh hilang!! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama sahaja! Anda minum Caffeine, bahan yang sama dalam minuman tersebut.


11. Di India, negeri Adhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebgai smeburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pula. Siapa ada tanam pokok cili di rumah, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa Coke agaknya? Cubalah!!


Jadi, teruskan minum Coke kerana die mempunyai banyak kebaikan..Huhu


TIDAK!! Islam mengharamkan sebarang makanan dan minuman yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun dia berasal dari jenis yang tidak haram contohnya tumbuh-tumbuhan dan buahan. Jadi, air Coca-Cola ini jelas memudaratkan kesihatan, maka haramlah untuk meminumnya. Wallahualam..Wassaalam..:D


*p;s: Kalau still nak minum juga, teruskanlah. Tapi, kat Mahsyar nanti, Allah akan tanya, mengapa kita menzlaimi tubuh kita dengan meminum benada seperti Coke ini. Jadi, kalaulah anda rasa anda boleh menjawab soalan Allah ini, teruskanlah..:P

[Diari al-Mamluk]: Dunia baruku: SAMURA!!!



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:DDDD


Alhamdulillahi rabbil alamin...Akhirnya pulang juga ambe dari sekolah baru ambe SM Sains Muar,Ledang Johor. Masya-Allah, jadualnya amat packed tapi memang seronok kat sini...:D


Baiklah, ambe nak cerita serba sedikit tentang sekolah baru ini. (Bukan bermakna membanggakan sekolah baru dan lupakan AKSB, sekadar untuk berkongsi budaya yang mungkin boleh diambil oleh pucuk pimpinan asrama)..:D


Fakta berkenaan SM Sains Muar (SAMURA)..



  1. Sekolah ini sudah mencapai usia lebih dari separuh dekad iaitu sudah berumur 30 tahun!! Sekolah ini ditubuhkan pada 1983, oleh kerana usianya, maka kita dapat perhatikan "kata-kata hikmah" di katil-katil dua tingkatnya.
  2. sekolah ini amat-amat besar, merangkumi satu padang ragbi, padang bola, trek, 2 gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis, 3 gelanggang bola tampar, 1 padang bola baling, Dewan Besar, Blok AKademik, Jabatan Teknikal, empat blok Asrama Puteri, dua blok Asrama Putera. jadi, saiz sekolah ini kemungkinan 1.5 kali besar dari Kompleks Seri Bintang. Kelengkapan padang memang banyak, termasuklah tempat berlatih memanah dan kriket.
  3. Sekolah ini mengaplikasikan Sistem Rumah, di mana pelajar ditemptakan ke dalam dorm mengikut rumah masing-masing. Di SAMURa, terdapat empat rumah yang menggunakan tema nilai murni iaiatu Sarjana, Budiman, Pujangga dan Bestari. Rumah Sarjana menggunakan lambang naga dan diwakili dengan warna merah. Rumah Budiman pula berwarna hijau dan maskotnya merupakan Pegasus. Rumah Pujannga disimbolkan oleh haiwan fantasi Grypon dan berwarna kuning. Manakala, rumah ambe Bestari simbolnya adalah Phoenix dan berwarna Biru,
  4. Sesi Pengajaran dan pembelajaran di sini menggunakan modul yang sangat efektif dan padat, maka harganya juga terbaik..err..Tapi dalam kehidupan kita mesti berkorban, betul tak?
  5. Sesi outing dijalankan bergilir-gilir antara lelakidan perempuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Tempat untuk outing sememangnya banyak untuk dijadikan pilihan, seseorang boleh memilih untuk outing di bandar Muar yang terdapat lebih banyak variasi barangan atau hanya berjalan sekitar jalan sebelum masuk ke bandar Muar, yang terdapat juadah-juadah simbolMuar seoerti Mee bandung Muar dan sebagainya.
  6. Sekolah SAMURA amat menggalakkan pelajarnya untuk menceburkan diri dalam program pengantarabangsaan. Pada tahun ini, terdapat banyak tempat yang ditawarkan, dari Indonesia hinggalah ke Korea Selatan. Insya-Allah, pada tahun depan, SAMURA akan mengembara di Istanbul (ambe kene pergi yang ni!!!). Tapi, malangnya, atas alasan kekurangn bajet, ambe tidak dapat menyertai program pengantarabangsaan pada tahun ini.
  7. SAMURA juga terkenal dengan kebudayaan. Zapun contohnya, pernah membuat persembahan di Australia, jadi penglibatan peringkat antarabangsa melalui program kebudayaan amat besar. Antara kebudayaan yan ditawarkan di SAMURA ialah Zapin, Gamelan, ANgklung Caklimpung, Koroncong, Kuaya dan pelbagai lagi. Ambe mengambil kesempatan untuk mencuba nasib pada Gamelan..Huhu
  8. SAMURA memang terkenal dengan pemendekan kata. Maka, masa mula-mula menyertai SAMURA, agak kekok dengan sebutan-sebutan ini, tapi lama-lama dah terbiasa. Contohnya, NaLem (Nasi Lemak), Pujeng (Pujangga), Sargeant(Sarjana), KN (Ketua Naqib), B._Peng (Biro Pengangkutan), BiDe (Biro Dewan) dan sebagainya.
  9. SAMURA bagi ambe seumpama sekolah agama, maka suasananya amat islamik. Mereka menggunakan sistem Naqib dan naqibah, di mana Naqib dan Naqibah ini mempunyai peranan yang lebih luas. Antara ciri Islamik yang ketara di sini ialah, wajib membaca al-Mathurat pada tiap malam dan pembacaan hadith selepas setiap solat wjib serta pembacaan Surah al-Mulk di dorm pada tiap-tiap malam. Di sini, WAJIB menunaikan solat berjemaah. Istilah yang digunakan kepada aktiviti solat di dalam dorm ialah SODOM, maka macam segan sikit kalau nak solat di dorm. Wanita di sini pun hampir kesemuanya memakai tudung labuh dan handsock, sangat-sangat jarang melihat wanita menyingsing lengan di sini.
  10. Memandangkan SAMURA dikira sebagai sekolah yang agak tua, maka tentunya ia mempunyai sejarah yang agak seram, tetapi biasalah, asramakan
  11. Di SAMURA, ada satu tradisi unuk, iaitu menamakan para junior dengan nama gelaran yang disebut sebagai nama registered. Kebiasaan, di asrama lain, junior akan dinamakan dengan nama berdasarkan rupa dan sifat, tapi disini, ia berbeza 360 darjah. Para senior akan menurunkan nama registerd mereka ke junior dan ia akan berterusan, ini dipanggil sebagai legacy. Contohnya, terdapat legacy Kopi yang kawan ambe peroleh. Bermula dari nama Mocha, kmeudian diturunkan kepada Latte, kemudian Cappucino, seterusnya Radix dan kawan ambe mendapat nama legacy Kopi, OldTown. Ambe pulak, dapat nama Legacy Subjek. Bermula dari Add Maths, kemudian diwariskan kepada Chemist dan akhirnya kepada ambe, HIstory..Haha...Kegunaan nama registered ini adalah kita dapat mereasakan sesuatu hubungan dengan senior-senior yang terdahulu
  12. Di sini, riadah tiap petang adalah WAJIB.
  13. Di sini, waktu light offialah 11:30. Tepat pukul 11:30 malam, lampu semua dipadamkan
  14. Di sini, budaya puasa sunat amat ketara. setiap hari Isnin dan Khamis, lebih kurang 100 orang berpuasa.
  15. Di SAMURA, terdapat tanah perkuburan berhampiran..:D
Jadi, ini antara fakta yang ambe dapat tampilkan di sini. Ambe di SAMURA ditempatkan di dorm Bestari 4 yang dihuni oleh 9 orang tingkatan 4 dan 4 orang tingkatan 5. Masa mula-mula masuk SAMURA, memang takut tapi rupanyasenior di sini sporting dan baik. Alhamdulillah, memang terbaik..terutamanya senior dormku..Amy, A-Pearl, Boy dan Musang-Anda Terbaik!!

Ambe di sini baik-baik sahaja, walaupun rindu pada AKSB. Ambe di sini bercita-cita untuk mewakili sekolah dalam sukan Bola Tampar (BoTam) dan Gamelan..Huhu, semoga tercapai...


Di sekolah ini, terrdapat ranking batch. Kami, batch 30 akan disusun mengikut posisi masing-masing dalam batch, jadi persaingan amat sengit...Mereka yang mendapat posisi 1 hingg 100 digelar sebagai ranker..Insya-Allah, ambe ingin mantapkan akademik ambe agar dapat menanamkan sifat persaingan secara sihat.


Suasana belajar di sini amat laju dan padat. Kerja rumah memang melambak-tetapi untuk kebaikan kami juga-tapi, Alhamdulillah..ambe tidak stres di sini.,


Jadual harian di sini juga padat. Inilah jadual harian kami.


5.30: Bangun, mandi dan bersiap serta solat Subuh berjemaah di surau SAMURA. Bacaan Hadith
6:30: sarapan, kemas dorm
6:50: Kosongkan asrama, bergerak ke sekolah
7:15: P dan P bermula
2:00: Pulang, makan tengah hari, solat Zohor berjemaah
3;00: Prep petang
4:30: Solat Asar, Minum petang. Riadah
6:15: Bersiap diri untuk makan malam (Pakaian kemeja)
6:50: al-Mathurat, solat maghrib
8;00: Prep
10:30: Solat Isyak berjemaah, Minum malam
11:15: al-Mulk, Hadith
11:30: Light off

Di SAMURA, ada banyak event yang diadakan dan banyak pertandingan diadakan juga. antara event yang paling terdekat ialah MTQ (Minggu Tilawah al-Quran) dan ELS (Minggu Kelab Inggeris). Untuk MTQ, patutnya ambe bertanding untuk tiga acara, iaitu syrahan, Azan dan nasyid, tapi disebabkan kelewatan ambe, ambe terpaksa melepaskan acara emas Syarahan..T__T...

Huhu, apapun, inilah dunia baru ambe...Insya-Allah, Dakwah Islamiah akan ku pegang selamanya...Wassalam

*P.s: Tadi balik ke KL naik bas, gentle rase macam anak perantauan. Baru terasa..:)