Friday 27 January 2012

Sirah Nabawiyah: Akhlak Rasulullah (Part 1)


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Pada post kali ini, ambe ingin berkongsikan tentang Akhlak Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sebelum itu, mari kita merenung, sesetengah manusia berkata "Aku bukan Nbi. Jadi, ibadah biasa-biasa saja" dan berdozen lagi alasan. Ini adalah dusta yang nyata. Hikmah Allah menurunkan Nabi Muhammad dalam bentuk seorang manusia adalah untuk memudahkan manusia untuk mengikuti sunnah Rasulullah. Rasulullah ialah manusia yang sama dengan kita, baginda makan, kita pun makan. Baginda tidur, kita pun tidur. Cumanya, setiap perkara yang dilakukannya mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Jadi, adakah anda mahu mendapatkan berkat dan rahmat Allah? Hanya manusia yang lebih bodoh dari lembu yang paling bodoh tidak ingin mendapatkan rahmat dan berkat Allah. Malahan, lembu juga ingin mendapatkan rahmat Allah, buktinya mereka berzikir tiap waktu kepada Nya.





Satu hadith yang amat popular berkenaan akhlak Rasulullah ialah hadith riwayat Aishah yang menceritakan," Bahawa akhlak Rasulullah adalah al-Quran".


Rasulullah adalah seorang yang pemaaf dan menjaga lidahnya dari perkataan sia-sia, sebagaimana yang diebutkan oleh Aisyah,



"Rasulullah bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Baginda seorang yang pemaaf dan sentiasa berlapang dada"
Hadith riwayat at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ahmad

Begitu mulianya Rasulullah. Seorang yang pemaaf dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Agaknya inilah kunci Rasulullah disegani oleh seluruh manusia dan mendapat tempat teratas dalam carta "100 Person Most Influential in History" oleh Michael Hart. Ingat, jika keburukan dibalas kebaikan, itu namanya kemuliaan. JIka keburukan dibalas dengan keburukan, itu namanya dendam. Jika kebaikan dibalas keburukan, itu namanya kezaliman. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itulah kebajikan..;)

Beberapa akhlak Rasulullah yang disebut dalam kitab "Biografi Agung Rasulullah Salllalhu Alihi wasallam" karangan Rusydi Ramli al-Jauhari:
  • Rasulullah seorang yang dermawan terutamanya pada bulan Ramadhan
  • Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya, orang yang paling lembut tapak tangannya dan harum baunya. Baginda suka kepada bau-bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang buruk.
  • Orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada Allah
  • Tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya. Baginda hanya marah kerana larangan-larangan allah yang dilangga.
  • Akhlaknya ialah akhlak al-Quran
  • Orang yang paling tawadhuk
  • Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya
  • Merendahkan sayapnya (merendahkandiri) bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah
  • Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain
  • Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya
  • Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan beridir di meja makan. Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu
  • Tidak pernah menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gmebira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga
  • Baginda biasa menggilap kasutnya sendiri, menjait pakaian, menziarahi orang yang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahupun orang miskin
  • Tempat tidurny adiperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma
  • Baignda tidak banyak memilik kesenangan dunia walaupun Allah memberikannya kunci-kunci kekayaan dunia, akan tetapi Allah memilih akhirat
  • Baignda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir. Sebelum tidur Baginda sentiasa berwudhu dan berzikir sheingga lena
  • Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum
  • Baginda gemar bergurau akan tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah
  • Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaku di hadapan sahabatnya
  • Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka
  • Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada di dalam kesusahan
  • Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin
  • Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
  • suka emanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka.
  • Suka memakai pakaian yang berwarna putih dna lengan bajunya sentiasa terkancing
  • Apabila berhadapan sesuatu yang merungsingkan hatinya ayaupun menyebabkannya marah, baginda hanya mengusap janggutnya dan diam
  • Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dans entiasa menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar sentiasa sembuh
  • Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduuk ke bumi
  • Sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka
  • Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan halaman rumah
Jadi, guane saing-saing? Rase-rase boleh tak kita mencontohi sekurang-kurangnya 10 akhlak Rasulullah seperti yang tertera di atas? Insya-Allah, boleh..jangan sesekali meracuni fikiran anda dengan pemikiran pesimis, pasif dan negatif. Nabi tidak pernah mengajar kita untuk menjadi sedemikian..Jadi, mari sama-sama kita mencontohi Rasulullah..:D




Insya-Allah, pada entry akan datang, ambe akan berkongsi tentang kehidupan seharian Rasulullah. Makanannya, pakaiannya, cara berjalan Rasulullah, cara tidur dan sebagainya. Taruskan mencari ilmu>>>>:D

Thursday 26 January 2012

Khutbah: Cara Mendapatkan Syurga



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Langkah diorak menuju ke masjid Taman Sutera. Langkah perlahan di bawah bahang mentari. Tetapi, tetap diteruskan jua. Sampai di masjid, senaskhah al-Quran digapai, niat untuk membacanya. Tetapi, seorang ikhwan memaklumkan bahawa akan ada sebuah tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Shahril Long..

Perghh, terlopong masatu..Ustaz Shahril Long? Ustaz yang hebat tu? Ambe tidak pernah menghadiri kuliahnya sebelum ini-sebab beliau tinggal di Sungai Petani-Alhamdulillah, memang bersyukur. al-Quran ditutup dan ambe bergegas ke hadapan. Yup, membaca al-Quran ialah sunat, tetapi mendengar tazkirah lebih molepp..Hati yang jarang menerima nasihat akan mati...

Untuk tazkirah sebelum masuk fardhu Jumaat, Ustaz Shahril Long menjelaskan bahawa kita diciptakan untuk beribadat kepada Allah sepertimana yang tertera dalam Surah al-Dzariyat, 56.Kemudian, beliau menjelaskan bahawa janganlah kita tertipu dengan dunia ini, kerana ianya hanyalah fatamorgana, sepertimana yang difirmankan Allah dalam Surah al-Hadid, 20.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang)...

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu, iaitu saat khutbah. Sebelum azan berkumandang, Ustaz Shahril Long telah "mengikat" kami pada tempat duduk masing-masing dengan kata-katanya yang begitu bersemangat. Beliau menggambarkan khutbah yang akan beliau sampaikan amat penting, justeru memikat setiap jemaah di sana.

Ambe amat kagum dengan Ustaz Shahril Long. Ketajaman ingatannya dan ketepatan hujahnya pasti akan membungkam setiap orang yang cuba berdebat dengannya. Hampir 80 peratus khutbahnya menggunakan ayat al-Quran dan Hadith Nabawiyah.Khutbah beliau adalah Cara Mendapatkan Syurga Allah. Semasa tazkirah, beliau menyebut," Hangpa ingat dengan amalan hangpa, hangpa bulih masuk syurga?! Mimpi ajelah!!"..Masa tu, masya-Allah, rasa sedih sangat, dan hati ini meronta-ronta nak tahu bagaimana nak dapatkan syurga...

ISI-ISI KHUTBAH

  • Beliau memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan boleh didapati dalam Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi, yang berbunyi,
 Dari Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah Saw. telah bersabda: "Amal saleh seseorang diantara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam surga." Mereka (para sahabat) bertanya, "Hai Rasulullah, tidak pula engkau?" Rasulullah menjawab, "Tidak pula aku kecuali bila Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya kepadaku." (Riwayat Muslim; kitab Shahih Muslim, Juz II, halaman 528)
Jelaslah bahawa, kita tidak dapat masuk syurga dengan amal kita semata-mata. Betapa ramai orang yang beribadah pagi dan malam, tetapi disebabkan Allah tidak menyukainya ataupun murka terhadapnya, maka nerakalah tempatnya. Mungkin jadi kerana dia beramal soleh sedangkan hati penuh rasa riya dan takbur, dan mungkin jadi seseorang itu beribadat tanpa dasar ilmu, sehinggakan ibadat itu rosak dan tidak diterima, maka Allah menolaknya.

Maka, yang menjadi kayu ukur atau elemen yang membolehkan kita menyertai syurga Allah adalah RAHMAT ALLAH. Syurga itu ialah milik Allah, maka akalau kita nak masuk syurga Allah, kena ada izin dan kasih dari tuannya, tapi kalau kita tinggal dibumi, sedut udara Allah, makan minum rezeki Allah, tapi tak mahu teirma undnag-undang Allah, jangan mimpi nak masuk dalam syurga ALLAH!! Jadi, guane kita nak dapatkan rahmat Allah? Rahsianya terdapat dalam ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, 218,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Maka jelaslah dari ayat tersebut, untuk mendapatkah rahmat Allah, harus ada tiga tuntutan. Ertinya, laksanakanlah tiga tuntuan ini maka insya-Allah rahmat Allah ke atasmu. Iaitu, BERIMAN, BERHIJRAH DAN BERJIHAD.

Ustaz menjelaskan bahawa berkaitan dengan iman, tidak cukup dengan hanya kita mepercayai Allah menetapkan rezeki ke atas kita, malahan tidak cukup dengan itu sahaja. Kita harus beriktiqad bahawa undang-undang ALLAHlah yang terbaik dan dapat menyelesaikan masalah, baru lengkap iman kita. KIta tinggal di bumi Allah, sedut udara Allah, makan rezeki Allah, tapi kenapa kita tidak mahu turut undang-undang Allah?? Sedangkan dalam solat, kita sebut "Allahuakbar" Allah Maha Besar..Tapi, di luar solat kita bersikap berdemikian. Nauzubillah..Ustaz menjelaskan tentang video Sembang Rakyat di Youtube. Ustaz mengkritik sekeras-kerasnya video tersebut dan berdasarkan ayat al-Quran, mereka yang meremehkan ayat al-Quran MURTAD berdasarkan ayat al-Quran, Surah at-Taubah 65-66,

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
Untuk melihat kelencongan akidah mereka, sila klik sini...Nauzubillah

Cara kedua untuk mendapatkan rahmat Allah ialah, BERHIJRAH. Iaitu berhijrah secara batin, iaitu dari buruk ke baik juga berhijrah dari pemerintahan zalim. Wajib ke atas kita untuk tidak menyokong pemerintahan zalim kerana orang-orang yang zalim dan penyokong mereka akan dikumpulkan di Mahsyar dan diringkan ke neraka..Nauzubillah...Sepertimana yang difirmankan oleh Allah, dalma Surah al-Qasas, 41-42,

Dan Kami (Allah) jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru ke neraka, dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. :  Dan Kami (Allah) iringkan laknat kepada mereka di dunia ini, dan pada hari kiamat mereka termasuk orang yang dihinakan. 
 Dan ketiga, berjihad. Ketahuilah, Nabi Muhammad berperang 19 kali untuk mendapatkan syurga, sedangkan kita sekalipun tidak pernah. Ya, jihad itu ada pelbagai cara maka usahakanlah kerana orang yang tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat untuk berjihad mati sebagai seorang yang munafik, sepertimana hadith Nabi,

Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.
 Jadi, teman-teman, jom mendapatkan syurga Allah...Insya-Allah, jikalau kita ikhlas dan berjuang utnuk mendpaatkan rahmat Allah, Allah akan berikan syurgaNya..Pohonlah pada Allah..:D..Sekian, wassalam

Onani: Perbuatan Dilaknat Allah




BIsmillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yup, ambe tahu tajuk di atas agak sensitif. Tapi, taklif utnuk menyedarkan ummah masih lagi terbelenggu, maka ambe pun bercadang untuk berkongsi pada anda bahawa ONANI IALAH PERBUATAN DILAKNAT ALLAH. Dalam satu hadith-yang ambe pernah baca, tapi terlupa sanad dan ayat penuhnya- menyatakan bahawa ALLAH tidak akan memandang orang yang memuaskan nafsunya dengan tangan..Jadi, mari sama-sama kita muhasabah diri kita balik..Bertaubat dan minta perlindungan dari ALLAH, itulah yang terbaik buat diri kita.

Ambe ade buat sedikit pemerhatian, dan ambe mendapati terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu akan terdorong untuk melakukan onani. Dan, ambe juga menyenaraikan langkah-langkah untuk mencegah diri daripada terdorong melakukan perbuatan ini. Antara faktornya ialah:

  • Mempunyai teman wanita/ awek yang status perhubungan masih dikategorikan haram
Senang cerita, couple. Ambe perhatikan, sebenaranya cinta bukanlah satu perkara yang boleh dibuat "trial and error" iaitu kita kena mencuba untuk berkenalan dengan seseorang itu dan dijadikan teman wanita, dan apabila wanita itu tidak cocok dengan kita, maka kita memutuskan hubungan dengan beliau. Ini adalah cara yang salah, di samping mencederakan perasaan orang lain serta membuka jalan kepada zina.

Jadi, apabila mempunyai teman wanita-yang cantik, comeyy dan sebagainya- ditambah lagi dengan perawakannya yang idak cukup kain, maka syaitan dengan senang dapat membisikkan dakyahnya pada kita. Peringkat permulaan, mungkin akan beronani. Tetapi, apabila rasa gian itu memuncak, akan terjadinya zina. Dalam buku, Jangan Tunggu Lagi, penulis menyenaraikan lebih 20 keburukan orang yang berzina yang akan nampak pada zahirnya tambah-tambah lagi pada batinnya.

Maka, cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah teman wanita ini, adalah KAHWIN. Tidak payah banyak bunyi..Tidak mampu atau mungkin belajar? Jika anda masih bersekolah, anda boleh lagi mengawal perasaan suka itu. Jangan turutkan perasaan itu..Apabila anda turutkan perasaan itu, maka pintu untuk bercouple itu akan terbuka luas. Ingat, couple adalah pintu kepada bermacam-macam keburukan. Maka, kepad ayang masih bersekolah, jangan sesekali buka ruang untuk ber-couple.

Yang sudah menamatkan persekolahan dan masih belajar atau masih menganggur, jikalau terlampau mendesak, berkahwinlah mengikut nikah khitbah jika masih tidak mampu untuk menyara keluarga. Untuk ketahui lebih lanjut tentang nikah khitbah, klik sini

JIka anda masih tidak mampu untuk berkahwin, maka ada cara lain yang akan saya jelaskan,

  • Laman Web Lucah (berat nanang..= =')
Sepertimana yang kita ketahui, Internet amat luas sehinggakan kita boleh tersesat. Dan, dalam Internet ada jerat yang dinamakan laman web lucah. Jangan sesekali buka ruang untuk melihatnya. Okey, itu tips nombor satu. Kedua, tahukah anda, baahwa kebanyakan laman web lucah dikendali oleh orang Yahudi untuk merosakkan umat Islam, Yupp, ini masih tidak terbukti lagi, tapi ini mempunyai bukti yang kuat, kerana orang yahudi dan Nasara tidak akan sesekali redha dengan Islam.(al-Baqarah).

Jika, anda sudah gian dengan laman web lucah, ada beberapa cara untuk mengikis sifat tersebut. Pertama, block laman-laman yang kita ketahui. Kedua, pasang ayat al-Quran apabila menggunakan komputer.Ini bertujuan untuk menimbulkan rasa malu dalam diri kita. Ketiga, elakkan dari menggunakan komputer tanpa sebab. Ini adalah bertujuan supaya nafsu tidak akan menggoda kita untuk membuka laman-laman laknat tersebut. Hanya buka komputer apabila mempunyai hajat yang mmendesak.

  • Keadaaan zaman ini yang amat mendesak
Malaysia oh Malaysia,,Sebuah negara yang digelar negara Islam, tetapi indah khabar dari rupa..Kalau kita pergi ke mana-mana, terutamanya di pusat-pusat bandar, pasti akan terlihat susuk-susuk badan yang menggoda. Jalan penyelesaian, tundukkan pandangan. BUkan bermakna, anda haus menundukkan pandangan setiap masa, cuma apabila ternampak susuk yang tidak menyenangkan, alihkanlah pandangan.OK, untuk mengetahui fadhilat lanjut tentang menundukkan pandangan..Klik sini


Orite, setakat ini, itu sahajalah faktor utama mendorong seseorang itu, Untuk penutup, ambe tampilkan sebuah video yang amat berguna untuk para pembaca. Hayatilah..Sekian, wassalam..:DD


Sirah Nabawiyah: Bentuk Tubuh Badan Rasulullah



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..

Lumrah seorang perinduh pada kekasihnya, pasti ingin tahu segala-galanya, dari A hinggalah Z tentang kekasihnya. Satu perumpamaan, seorang lelaki bertemu dengan kekasihnya di sebuah kafe yang sunyi

(AMARAN: HARAM DI SISI ISLAM!!JANGAN TIRU AKSI INI)

Unknown: Hunny, awok suke kaler ape?
Makwe: I suke kaler pink. Awok? *tersenyum manja
Unknown: Lah, yeke? I pun.. *padahal kaler faveret Hitam-peminat black metal katakan
Makwe: You suke makan ape? I suke makan tempokaklah
Unknown: Iya? Saya pun suke sangat.Kalau mak buat, memang habis licin *padahal bile bau tempoyak, dah mual..

Haha, mesej di sebalik sketsa di atas ialah bila kita suka seseorang tu kalau boleh, semua kita nak tiru dia. Makanan kegemaran dia, minuman kegemaran dia malahan sampaikan dia kata colour favourite dia pink pun kita nak ikut!!

Nah, itu cinta pada manusia biasa. Mengapa cinta pada Nabi Muhammad tak sehebat begitu? Kita akan berusaha untuk melindungi makwe kita dari sebarang ancaman, itu mudah kerana kita nampak makwe kita. Tapi, Nabi Muhammad berperang, terluka dan mati para sahabtnya kerana memperjuangkan demi kita yang tidak wujud lagi masatu!!
 
Kita sering dengar, tak kenal maka tak cinta. Jadi, jom kita baca beberapa hadith yang menerangkan tentang tubuh badan Rasulullah agar dapat memupuk rasa rindu pada baginda.


"Diceritakan oleh Abu Raja' Qutaibah bin Said daripada Malik bin Anas, daripada Rabiah bin Abi Abdul Rahman, daipada Anas bin Malik bahawa sesungguhnya dia mendengar, "Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah, kulitnya tidak terlalu putih melepak, tidak juga terlalu hitam, rambutnya tidak terlalu kerinting, tidak juga terlalu lurus dan Allah melantiknya sebagai rasul ketika umurnya 40 tahun, maka beliau berada di Makkah 10 tahun, di Madinah 10 tahun, wafat ketika berumur 60 tahun, di kepala dan janggutnya tidak melebihi 20 helai uban"
Dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim



Perawi menggenapkan bilangan walaupun kebanyakan riwayat mengatakan bahawa Rasulullah tinggal di Makkah sebagai raul selama 13 tahun dan wafat pada usia 63 tahun. Disebutkan juga di dalam sebuah hadith yang lain taktala Saidina Ali menyifatkan Rasulullah,

"Adalah Rasulullah itu tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah, tidak gemuk dan tidak juga terlalu kurus, rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus, susungguhnya rambut Rasulullah sallallahualaihiwasallam bergelombang (ikal), bentuk mukanya tidaklah bulat dan gemuk cuma ada ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan, anak matanya terlalu hitam dan bulu matanya melentik, dadanya berbulu hingga ke pusat, tapak tangan dan kakinya berisi, apabila dia berjalan, lajunya seolah-olah menuruni anak bukit. Apabila dipanggil dia akan menoleh begitu juga badannya akan turut berpaling, ada tanda Khatam an-Nubuwwah di antara belakang di antara dua bahunya, dialah yang paling peramah, dia jugalah yang paling benar dalam kata-katanya dan perbuatannya, lemah lembut, pergaulannya ramah, barang siapa yang sudah mengenalinya dia akan jatuh cinta dengannya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang sama dengan dia sebelum ini dan selepas ini"
Hadith Riwayat Tarmizi

Dalam satu riwayat, Jabir bin Samurah mengatakan, 

"Rasulullah mempunyai mulut yang lebar (serasi dengan wajahnya), mata yang lebar dan tumit yang tipis" Syu'bah berkata,"Aku bertanya kepada Syaima' perihal pengertian mulut yang lebar." dia menjawab," Besar bentuk mulutnya (sesuai dengan raut mukanya) Aku bertanya lagi," Apa ertinya bermata lebar?' Dia menjawab," Belahan matanya panjang". Aku bertanya lagi," Apa ertinya bertumit tipis?" Dia menjawab," Daging tumitnya sedikit"
Diriwayatkan oleh Abu Musa Muhammad bin al-Muthanna. juga diriwayatkan oleh Muhammad bin Jaafar, dari Syu'bah, dari Simak bin Harb, yang bersumber dari Jabir bin Samurah

"Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di suatu malam yang berbulan purnama. waktu itu Baginda memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara Baginda dengan bulan, ternyata beliau lebih indah dari bulan"
Diriwayatkan oleh Hanad bin as-Sirri, dari Abtsar bin al-Qasim, dari Asy'ats (Ibnu Suwar), dari Abi Ishaq, yang bersumber dari Jabir bin Samurah

"Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berkulit putih, seakan-akan terbentuk dari perak dan rambutnya ikal bergelombang"
Diriwayatkan oleh Abu Daud al-Mushahafi (Sulaiman bin Salam), dari Nadhr bin Syamil, dari Shalih bin Abil Akhdiar, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah yang bersumber dari Abu Hurairah

"Rasulullah bersabda, "Telah diperlihatkan kepadaku para nabi. Adapun Nabi Musa alaihissalam bagaikan seorang laki-lakidari suku Syanu'ah. Ku lihat pula Nabi Isa bin Maryam alaihisaalam ternyata orang yang ku lihat dan mirip kepadanya adalah Urwah bin Mas'ud, ku lihat pula Nabi Ibrahim alaihissalam, ternyata orang yang mirip kepadanya adalah kawan kalian ini iaitu Nabi Muhammad sendiri, Ku lihat pula Jibrail alaihissalam, ternyata orang yang k pernah ku lihat dan mirip kepadanya adalah Dihyah"
Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Saad dari Laits bin Said, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir bin Abdullah


"Ibnu Abbas kemukan,Rasulullah sallallahualaihiwasallam mempunyai gigi hadapan yang renggang. Bila Baginda berbicara, terlihat seperti ada cahaya yang memancar keluar dari antara kedua gigi hadapannya itu"
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abdurrahman, dari Ibrahim bin Mundzir al-Hizami, dari Abdul Aziz bin Tsabit az-Zuhri, dari Ismail bin Ibrahim, dari Musa bin Uqbah, dari Kuraib, yang bersumber dari Ibnu Abbas


Syeikh Nuruddin al-Makki al-Banjari seorang ulama terkemuka Nusantara, di dalam pengajiannya dalam Kitab Syamail Muhammadiyah mengenai rambut kerinting tetapi bukan sperti orang Afrika, tidak juga luruds tetapi ikal mayang. Wajahnya tidak putih seperti orang Eropah dan tidak hitam seperti orang Afrika malah diceritakan bahawa pipinya itu kemerah-merahan seperti biji buah delima di pipi Rasulullah. Bentuk wajahnya tidak terlalu bulat seolah-olah menggambarkan bahawa baginda seorang yang gemuk tetapi ada benjolan tembam di pipinya. Keputihannnya sama seperti bangsa Syria. Biji matanya hitam pekat dan bulu matanya melentik lembut. Apabila Rasulullah berjalan, jalannya laju seperti seseorang yang menuruni anak bukit dan badannya agak condong ke hadapan.

P.S: Berdasarkan hadith2 tersebut, Rasulullah adalah makhluk Allah yang paling mempunyai susuk tubuh yang cantik. masya-Allah..Lagi henseng dari artis Korea mahupun seluruh manusia..*Hehe, jangan maroh dehh..


Wednesday 25 January 2012

Santapan Rohani Rabiulawal..:)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:DDD

Alhamdulillah, Allah telah beri peluang kepada kita untuk hidup pada bulan Rabiulawal yang telah tiba buat tahun 1433 Hijriah. Pendek kata, anda semua sudah mengetahui bahawa bulan ini ialah bulan keahiran junjungan Rasulullah s.a.w, bukan? Dan ambe juga pasti bahawa anda sudah menghafal tiap-tiap bab dalam Sirah Nabawiyah. Hmm? Anda perlukan maklumat lanjut buat pengkayaan dalam Sirah Nabawiyah? Jika ya, sila klik di sini. Mari bersama-sama kita kayakan info tentang Rasulullah. Tidak perlu malu, tidak perlu segan jika anda rasa diri anda ketinggalan, sebaliknya anda harus berasa syukur Allah memberi peluang kepada anda. Ucapkanlah Alhamdulillah..:D

Baiklah, untuk bulan Rabiulawal pada tahun ini, ambe ingin menfokuskan kepada memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah. Perhatikan kisah Bilal, yang begitu rindu, cinta dan kasih kepada Rasulullah sehinggakan apabila baginda wafat, beliau tidak mampu melaungkan azan tika sampai pada bari "Asyhadu anna muhammadar rasulullah" kerana begitu rindu akan Rasulullah. Yupp, kita mahu memupuk perasaan sebegitu dalam diri kita.

Jadi, ambe akan menampilkan laman-laman web yang terbaik, yang menyentuh perasaan, yang menggugat kalbu dan yang meruntun hati tentang Rasulullah. Nangislah, sekalipun anda seorang lelaki, kerana air mata itu bukti kasih dan taat anda pada Rasulullah s.a.w seterusnya mencetuskan rasa kasih kepada Rasulullah. Bonus, dapat syafaat di akhirat nanti..:D

LAMAN WEB/ PAUTAN BERKENAAN

Untuk laman web/ pautan berkenaan Rasulullah, ambe hanya menampilkan hanya satu link, iaitu sepertimana tertera di atas. Sebelum menonton video-video yang terdapat dalamnya, ambe cadangkan agar anda selesakan diri anda di tempat yang kurang gangguan agar mudah fokus. JIkalau, anda benar-benar fokus, ambe jamin pasti menitis air mata dek rindu akan Rasulullah.

VIDEO-VIDEO









LAGU-LAGU DAN NASYID








Baiklah, setakat ini sajalah yang ambe kongsikan buat kali ini. Ingat, ingat Rasulullah bukan hanya dalam bulan Rabiulawal. Ingatlah Rasulullah dalam tiap geri dan perlaku anda semua. MOga-moga kita mendapat syafaat Nabi di akhirat nanti..Wassalam..:D

Monolog...



Dalam hidup, segalanya mempunyai harga. Tetapi, satu perkara Allah beri kepada kita free, iaitu ISLAM. Maka, oleh itu wajiblah kita untuk membalas jasa ALLAH yang telah memberikan kita Islam dan Nyawa.

Berbilion orang di luar sana yang lahir tanpa memeluk Islam. Dalam berbilion orang itu, ALLAH pilih kita!! Alangkah beruntungnya kita, berbilion orang di luar sana akan masuk neraka jika tidak ditakdirkan oleh Allah untuk memeluk Islam, walaupun mereka menyumbang berjuta ringgit sekalipun sedangkan kita masih diberi peluang oleh Allah untuk masuk ke syurga walaupun kita ialah orang yang paling jelek di muka bumi. Dengan syarat, kita ISLAM.

JADI, ADAKAH KITA AKAN MELEPASKAN PELUANG KEEMASAN YANG ALLAH BERIKAN?

Jikalau kita lepaskan, kita ialah manusia yang paling rugi dalam dunia ini. Berjuanglah untuk Islam walaupun dengan memamerkan akhlak yang terpuji sekalipun.

Dalam al-Quran, bukankah Allah akan berjanji sekecil zarah kebaikan atau keburukan akan dinilai oleh Allah? Jadi, janganlah berlengah dalam melakukan amalan, walaupun perkara itu sekecil debu. Di mata manusia mungkin sekecil debu, tapi di mata Allah, siapa yang tahu?



Wassalam..:D

Sunday 22 January 2012

Sirah Nabawiyah:10 Wasiat Rasulullah kepada Fatimah al-Zahra




“Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan untuknya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu

“Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah

“Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang

“Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya melainkan Allah akan menghalangnya dari meminum Telaga Kautsar pada hari kiamat kelak

“Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami  adalah kemurkaan Allah

“Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta  menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita rasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal dunia ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman-taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat.”

“Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami  selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah

“Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih

“Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu untuk menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang.”

“Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari syurga-syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat