Monday 26 December 2011

[Sunnah][Sketsa Mamluk]: Travelog Sunnah Waktu Cuti (Waktu Pagi)











Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Alhamdulillah, walaupun waktu cuti ini hampir tamat, saya tetap ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjadikan waktu yang terluang penuh dengan pahala. Ingat, setiap saat di dunia boleh menjadi pahala jika anda menggunakannya mengikut acuan yang ditetapkan Islam. Jadi travelog ini mengambil perspektif seorang pelajar bernama Salahudin yang komited untuk meluangkan masanya dengan amalan yang membuahkan pahala..Jom, sama-sama,,kita baca..:D



Assalamuaailaikum warahmatullahi wabarakatuh

25 November 2011 (lamanya nak pergi sekolah..==’)

5.00 pagi

Alhamdulillah, Allah dah beri peluang untuk aku meneruskan hidup. Terima kasih, ya Allah!! Hamba akan berjanji untuk meneruskan permusafiran di dunia ini mengikut sperti yang Kekasih-Mu mengajarkan umatnya.

Eh, sebelum lupa..Moleklah aku menadahkan tangan kepada Allah dan membaca doa yang baru aku belajar semalam..Haha, mungkin orang akan membisik-bisik, “apalah dah tua baru nak belajar doa..”..Takpelah, sekurang-kurangnya aku bersemangat nak amalkan sunnah. TEringat kisah Luqman al-Hakim dan anaknya. Kalau kita ikut cakap orang, memeang tak ke mana kita pergi. Yang penting, niat!! Inna a’maalu binniat...Nilah doanya..:)


Maksudnya:


Segala puji bagi Allah yang mengh

idupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Yupp..inilah doanya..Kalau kita tengok isinya, memang berkisarkan rasa syukur kepada allah..Yalah, tidur kan mati kecil..Eh, dah lewat ni..Mandi dulu..:D


Oppss..Sebelum masuk tandas kene bace doa, syaitan kan banyak..Kite bagi die terbakar dikit dengan doa ni..Nah, syaitan rasakan!!!




Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina"

Haha, okla..urusan tandas takkan nak citer kat sini kan..:P

Bila keluar tandas, baca ini pulak..

Maksudnya:

"Aku memohon keampunan daripadaMu".

Simple, kan? So, kalau tak buat rugi bhai...Tandas tu lubuk syaitan, so doa inilah yang menjadi pendinding kita..ALLAH kan sebaik-baik pelindung?

Masa itu emas, tapi sempat pula aku menulis diari ini..Haha, sebenarnya aku nak catat kat sini doa pakai baju yang aku baru belajar..Pakai baju pun ada doa? Memey ar, setiap bende di dunia ini ALLAH bagi free, so kene rajinkan diri nak say thanks kat DIA..Kalau aweks, kita tak segan-segan ucap tengkui dan i lap you..Inikan ALLAH..:)


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

5:30 pagi

Aduyai, mana selipar ni? Hah, ini dia..lupe pulak main baling selipar dengan adik-adik semalam..Ok, time to move to the mosque..Nak keluar pun kene ade doa. manalah tahu, kite tak sempat datang balik..
.



Maksudnya:


"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Okla, chow dulu..Nak gi semaye..Nak amek pahala 27 kali ganda. Rumah lain gelap belaka..Bukannya kita nak berburuk sangka, tapi semaye berjemaah tu banyak manfaat berbanding sembahyang sorang-sorang.

Cuba bayangkan kite diterima kerja, pastu bos tanya,"Kamu nak gaji RM1000 ke RM27000??"
Mung nak jawab guane? RM1000 atau RM27000? haha..:)

Wassalam..:)

[Sketsa Mamluk]: Surat Seorang Penyepi

  

Bismillahirrahmanirrahim..

     Maka, pada petang yang disirami air hujan rahmat Allah, aku menatap monitor computer ini buat sekian kalinya dan lamanya, seolah-olah inilah rakan baikku. Aku percaya kalaulah computer ini seorang manusia, ia boleh jadi seorang rakan yang baik. Apapun, aku tahu meluangkan masa untuk dunia kesemuanya merugikan, maka aku ingin pahala masuk ke dalam akaun hidupku dengan mendengar alunan ayat al-Quran oleh Syeikh Mishary al-Afasy, seorang qari yang bacaannya menarik minatku. Harga untuk CD ini ialah RM 20.90, dan aku berhutang dengan ayahku untuk membeli ini. Kemudiannya, barulah aku sedar aku tidak mempunyai duit untuk membayar duitnya.. Haha..Mungkin selepas buka sekolah baru aku boleh membayar hutang ini.

Amma ba’du,

      Manusia itu selalu ditemani dengan kesunyian, bukankah begitu? Setiap manusia bersendirian di dalam rahim ibunya selama 9 bulan pada permulaan. Setelah lahir, manusia mungkin akan berkenalan dengan keluarga, kawan-kawan, malahan musuh yang akan menghilangkan manusia dari kesunyian. Tapi, satu demi satu keluarga, kawan dan musuh manusia hilang, mati atau menjauhkan diri, manusia itu kesunyian lagi. Serapat mana manusia dengan manusia lain, manusia itu tetap sendiri apabila melelapkan mata dalam kesunyian malam. Dan, anehnya, manusia juga bersendirian apabila mengharungi maut. Beribu sekalipun manusia yang melawat kita di pembaringan, manusia tetap tidak mendengar tangisan manusia disekelilingnya. Ya, ini ialah urusan manusia dan Tuhannya sendiri.

        Kemudian, kesunyian yang mutlak itu datang. Salamnya ialah kesakitan, perbualannya kesakitan dan pengakhirannya pun kesakitan bagi yang tidak bernasib baik. Wah, lihatlah, sewaktu hidup kita bersendirian dan kesunyian, sewaktu kita mati pun bersendirian.
Kemudiannya, apabila manusia lain memandikan mayat dan mengkafankannya, kita tetap bersendiri melihatnya. Melihat muka keluarga, kawan, yang kesedihan tentunya membunuh kita. Tetapi, kita sudah mati, ianya ialah kesedihan yang tidak hilang walaupun dibunuh. Ya, itu;ah kesedihan apabila meninggalkan dunia.

      Apapun, jemputan sudah dikeluarkan, maka kita pun berjalan memenuhi jemputan tersebut. Tapi, sebelum itu, Allah member peluang untuk menangguhkan pertemuan itu kerana ingin memberi peluang untuk manusia yang masih hidup untuk kembali. Maka, kita bersendirian dan kesunyian lagi dalam kubur, liang lahad yang sempit itu.

     Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan hakikat bahawa pangkat, harta dan duit tidak menjadi wang di dalam kubur. Ketika itu, barulah menepuk dahi dan mengeluh, “Kalaulah aku mengetahui hakikat akhirat, nescaya aku tidak akan membazirkan masaku dengan mencari pangkat, harta dan duit yang rupanya tidak berguna!”. Tapi, keluhan itu juga tidak dapat melepaskan kita dari penghakiman barzakh.

     Manusia yang baik juga merasa terkejut dan gembira, setelah mengetahui pengorbanan dan keperitan di dunia demi agama mereka, akhirnya berbaloi juga. Para syuhada’ bergembira dengan luka tembakan di kepala yang mengalirkan darah yang berbau kasturi. Para solihin, auliya’, pemberi sedekah kesemuanya menikmati barzakh yang telah menjadi taman-taman syurga. Kini, mereka tidak sunyi lagi. Mereka telah diberi petanda oleh Allah yang maha Kaya tentang tempat mereka di akhirat nanti, maka mereka bergemira. Tiada lagi kesepian. Mereka hidup kekal abadi dengan kasih sayang Tuhan mereka. Bidadari, perawan, istana emas, sungai arak dan segala perkara yang diharamkan di dunia kini menghiburkan mereka. Tiada lagi kesepian.

       Lihatlah, semua manusia bermula permulaan, kehidupan dan pengakhiran di dunia yang sama. Kesemuanya berkenaan kesepian, kesunyian. Yang membezakan tempat mereka ialah amalan mereka dan mereka akan bergembira dengan amalan mereka. Manusia yang menggunakan ladang dunianya untuk menanam pokok akhirat, kini boleh merasai buahnya yang tidak terkata nikmatnya..

      Dan bagi mereka yang menjual ladang dunia mereka untuk membeli buah yang tidak semanis buah dari pokok akhirat,rugi semata-mata. Tepuklah dahi, jeritlah sekuat hati, menangislah hingga mengalir darah, kerugian itu memakan diri.

Wallahualam bi shawab.

Al-Faqir illallah
Abu Ahmad Salahudin al-Mamluk al-Qasiri
Sidi Muhammad Yusoff bin Azli Shah bin Ali Bashah dan Noramiza binti Ismail
13 Disember 2011

Wednesday 21 December 2011

[Sunnah]..Janggut dan Misai


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, di saat orang lain cemas memikirkan keputusan PMR mereka, ambe diberi ketenangan oleh Allah subhanahu wataala. Semoga Dia memperkenankan Doa-ku dan memberikan kejayaan dunia wal- akhirat kepada ambe dan semua umat Muslimin dan Muslimat. Ambe sebenarnya tetanya-tanya, apakah hukum memeliihara janggut, dan apa fadilatnya. Adakah wajib, sunat mahupun makruh? Secara umumnya, dulunya kita memikirkan bahawa menyimpan janggut ini hanyalah sunnah. Dek hukumnya sunnah, maka ramai umat Muslimin kurang peduli untuk mencontohi sunnah Nabi yang satu ini. Tetapi, ingatlah mencontohi sunnah Nabi, akan meraih kasih sayang Allah.

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)
Jadi, pada entry kali ini, ambe akan memberi pendedahan kepada semua, dengan bersumberkan info-info yang ambe kumpulkan di internet dan sebagainya, tentang beberapa perkara,

  1. Apakah hukum memelihara janggut?
  2. Apakah kelebihan memelihara janggut?
Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.; 

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.). 

Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).  



Selesai sudah, hukum tentang janggut. Berdasarkan hadith tadi yang menyebut tentang membuang misai, ulama terbahagi kepada dua pandangan, iaitu..


a) Pandangan pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis). Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;

جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 

Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.



b)Pandangan kedua; menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh. Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan; Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi.



(Sumber:http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/hukum-janggut-dan-misai.html)

HIKMAH JANGGUT

Allah subhanahu wataala Maha Pemurah. Dia akan memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang komited untuk melaksanakan perintah-Nya dan sunnah Kekasih-Nya. Maka, ketahuilah bahawa, dengan memelihara janggut, anda akan mendapat dua ganjaran. Satu, ganjaran syafaat dan pahala, di mana syafaat begitu berharga di akhirat nanti. Hanya dengan mengamalkan sunnah Nabi, Rasulullah akan menganugerahkan syafaat untuk menolong kita semasa penghisaban nanti.

Adapun, ganjaran dari segi saintifik, adalah seperti tertera di bawah;


Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


hensem kalau ada janggut..percayalah pada Nabi kita..:)
Hmm..jadi, terbuktilah sunnah Rasulullah ini amat memberi manfaat. Kalaulah mahkota wanita itu terletak pada rambutnya, maka mahkota lelaki pasti terletak di janggutnya. Mudah-mudahan, dengan perkongisan ini, kita akan bersama-sama berusaha untuk melaksanakan sunnah Nabi ini..Renung-renungkan dan selamat beramal~..(^_^)

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sunday 18 December 2011

[Kuliah dan Ceramah]: Wanita Bahagia: Impian atau Angan-angan?

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, setelah setahun hanya menatap wjaah dan mendengar suara Ustaz Azhar Idrus di komputer, ambe akhirnya berpeluang untuk menghadiri ceramahnya secara live pada semalam di Bandar Baru Bangi dan sekali lagi pada hari ini. Syukur kepada Allah kerana telah mentakdirkan Ustaz Azhar Idrus bertandang di KL dan Selangor, di mana mudah untuk ambe menghadiri kuliahnya.

Pada pukul 3 sehingga 5.30 petang tadi, Ustaz Azhar Idrus berkuliah di Masjid al-Mardhiyyah, Fasa 5 Taman Melawati dan ambe berpeluang untuk menghadiri kuliah tersebut. Apabila tiba, dari jauh nampak seperti pasar tani, kerana terdapat banyak khemah-khemah jualan dan booth yang terdapat di tepi jalan. Orang ramai, seperti biasa amat ramai dan sesetengah orang terpaksa parking sejauh 500 meter dari masjid kerana ketiadaan ruang parking. Rupa-rupanya, ia bukanlah pasar tani, sebaliknya booth-booth tersebut menjual produk Islamik seperti kasturi, jubah, purdah dan banyak lagi. Malahan, di sana juga dipasarkan produk-produk dari Ustaz Azhar Idrus, iaitu VCD Kuliah beliau dan juga booth menjual baju T-shirt yang tertera gambar ustaz dan pelbagai lagi pilihan baju yang amat menarik hati. Rambang mata juga ambe nak memilih mana satu rekaan baju yang bekenan di hati.

Ambe tiba tepat pada pukul 3.00 petang, tetapi masjid sudah dipenuhi dengan beigtu sesak sekali. Nampaknya sambutan orang awam amat menggalakkan dek gaya ceramah Ustaz yang kasual dan mudah difahami. Ambe juga difahamkan bahawa di perkarangan masjid juga hampir penuh, masya-Allah, Allah telah membukakan hati umat Islam untuk menghadiri kuliah ilmu..Alhamdulillah..:)

Kemudian, Ustaz pun muncul dan disusuli dengan beberapa teriakan takbir. Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa tajuk ceramah pada hari ini ialah "Wanita Bahagia: Impian atau Angan-angan". Jadi, amat rugilah kepada kaum Hawa yang tiada aral melintang untuk menghadiri ceramah ini tetapi memilih untuk mengurungkan diri di rumah.

Ustaz memulakan ceramah beliau dengan menjelaskan bahawa wanita mempunyai nilai yang tinggi dan mahal di sisi Islam, manakala harga wanita pula begitu murah dan rendah di Barat. Pelik bukan? Maka, ustaz menjelaskan dengan analogi yang begitu mudah:

Sebuah berlian di India yang dinamakan "Star of INdia" berharga USD 400 juta. Dek nilainya yang tinggi dan kesukaran untuk menemui berlian sebegitu, maka kawalan seasa berlian itu dipertontonkan kepada orang ramai amat ketat, sehinggakan 60 orang pengawal bersiap-siaga mengawal berlian tersebut.
Manakala, jam yang dibeli di pasar malam amat rendah harganya. Malahan, kotak jam tidak diberi. Berlainan dengan jam yang mahal, kotak jam diberi kerana untuk melengkapkan lagi pakej jam tersebut. Tetapi, dek harga jam yang begitu murah, maka kawalan ke atas jam pasar malam tersebut amat rendah, tidak dikunci dalam kotak gelas untuk mengawal keselamatannya.

Jadi, wanita Muslim dikawal dengan begitu ketat dengan pelbagai peraturan dan syariat kerana wanita amat mahal di sisi Islam. Islam mensyariatkan penutupan aurat agar harga wanita tinggi dan aibnya ditutup. Islam tidak menggalakkan wanita untuk bercampur bebas dengan kaum lelaki agar harganya tidak menjadi murah dan murah.

Sebaliknya, di Barat, mereka memperjuangkan idea bahawa wanita harus mengecapi kebebasan dalam berpakaian dan pergaulan. Impaknya, harga wanita menjadi murah, dapat dibeli dengan hanya desakan nafsu syahwat dan pujuk rayu. Harga wanita juga menjadi murah jika mengikut acuan Barat apabila badan wanita yang begitu mahal itu dipertonton kepada semua orang sehingga harganya turun. Hukum ekonomi, apabila barang terlampau banyak di pasaran, maka harga akan turun. Jadi, apabila wanita dipertonton, harganya menjadi murah. Buktinya, cukup mudah. Orang lelaki hanya akan menjadikan wanita yang bertudung sebagai isteri kerana ia mahal, sedangkan wanita yang tidak mengikut syariat hanya dijadikan permainan kerana barang murah dan dibuang apabila rosak.

Maka, Islam datang untuk memelihara harga wanita..Begitu mulianya Islam. Seterusnya, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, tentang takrif kebahagiaan wanita. Sesetengah wanita mengganggap kebahagiaan itu ialah mempunyai kehidupan yang mewah, suami yang kaya, kacak dan sebagainya. Tetapi, konsep kebahagiaan ini salah.

Kerana konsep kebahagiaan yang salahlah, wanita menjadi kaum yang paling ramai di neraka menurut perkhabaran Rasulullah semasa menjalani Israk Mikraj. Mengapakah kaum wanita ramai di neraka? Kerana tiga sebab.


  1. Tidak taat kepada Allah
  2. Tidak taat kepada Rasul
  3. Tidak taat kepada suami
Jadi, perempuan masuk ke neraka kerana tiga sebab tersebut. Bahagia lawannya celaka. Maka, jikalau mengingkari tiga perkara tersebut mengundang kecelakaan yang hakiki iaitu neraka, maka jikalau wanita ingin untuk mendapatkan kebahagiaan hakiki, iaitu syurga dengan tiga perkara juga:

  1. Taat kepada Allah
  2. Taat kepada Rasul
  3. Taat kepada Suami
Maka, menurut hadith, jikalau perempuan mematuhi tiga perkara di atas, maka masuklah ke mana-mana pintu syurga yang dikehendaki. Sedangkan, seseorang lelaki masuk ke dalam syurga dengan melalui pintu amalan yang biasa dilakukannya. COntohnya, Abu suka berpuasa sehingga amalan puasanya membuahkan hasil, iaitu syurga. Maka, Abu masuk ke syurga melalui pintu Puasa. Sebaliknya, perempuan yang mematuhi tiga perkara tersebut, boleh masuk melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya..masya-Allah...

Jadi,jikalau wanita ingin mengalami kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka hendaklah mereka mematuhi tiga perkara di atas. Manakala, wanita yang ingin mengalami kebahagiaan rumah tangga pula, haruslah memilih suami yang sesuai. Seorang wanita dan lelaki dipilih kerana tiga kriteria:

  • Kecantikan
Tetapi, kecantikan bukanlah kunci kebahagiaan. Buktinya, artis-artis, kesemuanya cantik-cantik belaka. Tetapi, mengapakah di dada akhbar, ramai artis yang cantik-cantik belaka. Kalau benarlah kecantikan menjamin kebahagiaan, tidak adalah kes penceraian dalam rumah tangga. Kecantikan itu bukan sesuatu yang abadi. Jelaslah, bahawa kalau kita memilih pasangan kerana kecantikan, kebahagiaan tidak terjamin

  • Kekayaan
Jikalaulah kekayaan menjamin kebahagiaan, pasti tiada orang kaya yang bunuh diri. Tetapi, kita sering memperhatikan bahawa kehidupan orang yang kaya tidak semestinya bahagia, sehingga ramai orang kaya bunuh diri.

  • Keturunan
Tidak juga menjamin kebahagiaan.

  • Keimanan
Inilah yang menjamin kebahagiaan. Keimananlah yang menjadi kunci kebahagiaan. Keimanan membuatkan Allah dan Rasul-Nya redha kepada kita, maka seluruh makhluk juga akan redha dengan kita. Maka, sesiapa yang ingin memlih pasangan hidup, pilihlah mereka kerana keimanannya, kerana dengan keimananlah yang akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kesimpulan:

  1. Kaum wanita senang untuk meraih kebahagiaan hakiki, iaitu syurga dengan tiga perkara di atas.
  2. Kaum wanita hendaklah membetulkan persepsi kebahagiaan. Kebahagiaan bukan bermakna kehidupan yang mewah. Betapa ramai keluarga yang kaya raya tidak bahagia walaupun duit banyak, dan betapa ramai keluarga yang miskin tetapi aman bahagia
  3. Kaum wanita yang mengidamkan kebhagiaan dalam rumah tangga harus bijak memilih pasangan, dengan menggunakan cara di atas.
Soal Jawab.

Seperti biasa, Ustaz Azhar Idrus akan memberi peluang untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendengar. Antara soal jawab yang dijawab Ustaz,

  • Berkenaan dengan gaya pemakaian sanggul yang tinggi yang kini banyak diamalkan oleh wanita bertudung, adakah berdosa?
Ustaz menjawab: Sebenranya tidak berlaku ijmak atau kesepakatan ulama tentang pengharaman pemakaian sanggul yang tinggi. Golongan yang mengharamkannya menggunakan hadith Nabi "...perempuan akhir zaman speerti bonggol-bonggol unta.." dan pemakaian sanggul yang tinggi hampir menyerupai bonggolan unta. Tetapi, terdapat dua tafsiran tentang hadith itu ialah, bonggolan unta itu ialah gaya wanita yang membuat fesyen rambut sehingga kelihatan seperti bonggolan unta. Kedua, nampak jambul. Kesimpulannya, Ustaz Azhar Idrus kata kalau nak pakai, jangan pakai tinggi sangat. Laki bukannya suka pun. Tetapi, dimaafkan jika terpaksa. Contohnya, rambutnya panjang sehingga nampak apabila memakai tudung. Maka, diharuskan syarak untuk membuat sanggul walaupun sanggul rambut itu besar.

  • Adakah bersentuhan dengan mertua yang belum peluk Islam membatalkan wudhu?
Ustaz menjawab: GOlongan mertua menjadi golongan muhrim secara serta0merta sebaik sahaja selepas akad nikah. Walaupun cerai dengan anaknya yang dikahwini oleh kita, bekas mertua tetap menjadi golongan muhrim sehingga kiamat. Begitu juga dengan golongan mertua yang belum peluk Islam.

  • Ustaz, bacaan al-Fatihah saya tak beberapa cantik dan sedap. Apakah pandangan ustaz?
Ustaz menjawab: Tidak mengapa, jikalau kita tersilap sedikit kerana lidah kita berbahasa Jawi, manakala orang Arab yang lidahnya berbahasa Arab lebih sempurna bacaannya. Jadi, tidak mengapa jikalau salah sedikit melainkan kesalahan tersebut ialah kesalahan yang berat, iaitu tertukar baris dan huruf.

  • Apakah golongan yang diharamkan untuk meminum air Telaga Kauthar di hari kiamat walaupun dia tidak pernah meninggalkan solat?
Ustaz menjawab: Golongan yang tidak dapat meminum air Kauthar ialah golongan yang mengubah hukum wajib dan haram yang ditetapkan oleh Rasulullah. Maka, mereka akan tetap ke neraka walaupun sempurna solatnya.

  • Ustaz, suatu hari, saya sedang membaca tahiyat akhir dalam solat, kemudian tiba-tiba isteri saya cuit saya..Adakah batal?
Ustaz menjawab: Tidak batal, kerana sentuhan yang membatalkan wuduh mengikut Mazhab Syafie ialah sentuhaan yang tidak berlapik. Maka, tidaklah batal jika sentuhan isteri terkena lapik. Namun begitu, haram dan berdosa orang yang mengganggu solat secara sengaja. Tetapi, jikalau suami tersilap rakaat, bini yang memerhati boleh memberitahu suami yang sedang bersmebahyang.

  • Saya seorang inferior designer yang ditugaskan untuk mereka sebuah bar yang khusus untuk orang bukan Islam. Adakah saya berdosa?
Ustaz menjawab: Tetap berdosa, jikalau kita mereka khusus sesuatu tempat yang digunakan untuk bermaksiat. Contohnya, haram untuk kita terlibat dalam pembinaan bar, disko yang sememangnya tujuannya untuk bermaksiat. Tetapi, tidak mengapa kita mereka sebuah bangunan yang tidak diketahui samada akan digunakan ke arah kebaikan atau tidak. Contohnya, jikalau seorang inferior designer mereka sebuah rumah kedai, yang tidak diketahui samada penggunaannya haram atau tidak, maka tidaklah dia berdosa.

  • Jikalau isteri keluar air mani selepas mandi wajib. Adakah perlu mandi semula?
Ustaz menjawab: SUami hendaklah bertanyakan kepada isteri, adakah air mani itu keluar ketika isteri dalam syahwat. Jika, ya maka wajib isteir mandi semula kerana itu ialah air mani isteri. Jika, air mani itu keluar sedangkan isteri tidak terangsang, maka tidak wajib mandi.


Inilah antara soalan yang dijawab oleh Ustaz. Sebenarnya banyak lagi, tetapi samada jawapan Ustaz tidak jelas atau tahap soalan terlampau tinggi, maka ambe tak tampilkan di sini. Harapnya, apa yang ambe kongsikan di sini boleh membawa manfaat kepada rakan-rakan sekalian..Sekian, wassalam..:)

*p.s: Pada esok hari, (Isnin), seorang syeikh dari Madinah Syeikh Mahmood al-Madinah akan datang di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi. Beliau merupakan keturunan Rasulullah. Beliau akan mengendalikan kuliah, qasidah, selawat dan talkin hadith. Sesiapa yang kelapangan, rajinkanlah diri menghadiri kuliah tersebut. Allahlah sebaik-baik pemberi ganjaran...

Saturday 17 December 2011

[Diari al-Mamluk]: Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

17 Disember 2011

Hari berlalu hinggalah ke petang. Amat membosankan. Sambil ambe buka Facebook, ternampak sebuah post yang menunjukkan bahawa pada hari ini (17 Disember 2011) terdapatnya kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Bandar Baru Bangi..Hati melonjak-lonjak, macam nak pergi, memandangkan Bandar Baru Bangi dekat dengan rumah ambe. Secara spontan, ambe menoleh ke Ayah lalu menyatakan hasrat untuk pergi ke kuliah tersebut. Seprti biasa, Ayah tidak berkata banyak, hanya menggangukkan pahalanya sahaja. Alhamdulillah!!!

Rasa seronok sungguh..Dari saat menggosok baju, naik kereta hinggalah sampai ke destinasi (Masjid al-Hasanah), senyum memanjang ambe...Ambe sampai ke Masjid al-Hasanah lebih kurang pukul 6;50, ambe begitu terkejut, begitu banyaknya kenderaan sehingga ada kenderaan terpaksa parking 500 kilometer dari Masjid. Mengalahkan Perhimpunan Agung UMNO (huahua)..Sejuk mata memandang, wanita berjubah, menutup aurat sempurna, jejaka Melayu pula mengenakan baju Melayu dan jubah serta berkopiah dan bersongkok di kepala.

Ambe jangkakan lebih kurang 3000 atau lebih menghadiri kuliah ustaz semalam, sehinggakan solat Isyak berjemaah terpaksa dilakukan dua kali kerana tidak cukup ruang solat. Masya-Allah, syukur tak terkata, kebanyakannya yang datang ialah orang-orang muda. Ustaz Azhar Idrus pun digelar Ulama bagi Kaum Muda. Pada permulaan kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa senang hati beliau apabila anak-anak muda yang menjadi penulis blog kebanyakannya menulis tentang perkara-perkara agama.

Kuliah ustaz pada malam semalam ialah berkenaan dengan Tauhid. Selalunya, bab tauhid ini sedikit sukat bagi mereka yang baru mempelajarinya, tapi Ustaz menjelaskan dengan ringkas dna mudah difahami. Antara intisari kuliah ustaz:


  • Tauhid berasal dari perkataan "ahad". Ahad bermakna esa, jadi tauhid ialah mengesakan Allah.
  • Tauhid rububiyah membawa maksud semua yang ada di dunia ini, kesemuanya ciptaan Allah. Allahlah yang mencipta langit dan bumi, dan Allahlah yang menyembuhkan penyakit. Ustaz menekankan perkara ini kerana sesetengah orang serig mengatakan bahawa yang menyembuhkan sakit ayah atau maknya ialah doktor, sedangkan Allah yang menyembuhkan, doktor hanya merawat. "Kalau doktor boleh menyembuhkan penyakit, kenapa mak ayah doktor mati?", seloroh Usta Azhar Idrus.
  • Tauhid Uluhiyyah pula bermaksud segala ibadat hanya kerana Allah taala. Seperti yang kita sering baca dalam Doa Iftitah, yang bermaksud "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah taala".
  • Ustaz juga menerangkan bahawa kita tidak perlu takut pada makhluk. Takut kepada makluk, bererti kita tidak takut kepada Allah, kata Ustaz. 
[Soal Jawab]

Kebanyakan soalan pada semalam, banyak tentang perkahwinan, tetapi ada juga soalan fekah yang dijawab oleh Ustaz. Antaranya,
  • Bagaimana takbir yang sempurna?
Ustaz menjawab, takbir yang sempurna ialah tangan yang diangkat dimana ibu jari sejajar dengan cuping telinga, dan tangan diangkat hingga selaras dengan bahu. Tidak perlu, takbir pelik-pelik, kata Ustaz sambil melakonkan gaya takbir yang menggelikan hati sehingga menggamatkan suasana.

  •  Bagaimanakah mandi junub yang sempurna?
Mandi junub yang sempurna ialah meratakan air ke sleuruh badan dan niat. Itu sahaja. CUmanya, kita perlu mencangkung agar air kena kepada bahagian bawah badan kita.

Itu antara soalan yang ditanya oleh pendengar kepada ustaz. Maafkan ambe, kerana tidak dapat berkongsi banyak kerana post ini ditulis dalam kelam-kabut kerana ambe sedang bersiap sedia untuk menghadiri kuliah Ustaz di Taman Melawati. Insya-Allah, moga secebis ilmu yang ambe kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca semua...:)

Pesanan terakhir ambe, kepada warga Muslim, rajinkanlah diri untuk menghadiri kuliah-kuliah agama. Ilmu kita cetek, hukum kita tak pasti, maka rajinkanlha diri untuk memperkayakan ilmu yang sedikit di dada. Malahan, ustaz menyebut di antara menghadiri kuliah fardhu ain dan makan angin dengan keluarga, Ustaz menjawab menghadiri kuliah fardhu ain lebih utama dari makan angin bersama keluarga...

Sekian, wassalam..:)

*Maaf, tiada gambar...

Friday 9 December 2011

[Tazkirah]: Menangani Nafsu Gelap


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillahi rabbil alamin..Kita diberi peluang oleh Allah subhanahu wa taala untuk meneruskan lagi satu hari di dunia fana ini. Perlulah kita untuk menginsafi dan merenungi mengapakah al-Rabb kita memberikan satu lagi peluang untuk kita hidup sedangkan beratus-ratus orang di seluruh dunia mati dalam setiap saat. Jadi untuk memanaskan minda kita sebelum kita memasuki isi utama pada kali ini, mari bersama-sama kita merenungi  dan menginsafi.

Kita bangun dari tidur tiap pagi, kembali ke dunia setelah beberapa lama roh kita meninggalkan badan. Kita kembali menghirup nafas yang amat segar, sungguh segar udaranya sehingga terasa kesegaran dan kemanisannya hingap dan dinikmati oleh tiap pancaindera kita. Tetapi, mengapakah kita dipilih oleh Allah azza wajalla untuk meneruskan "permusafiran" kita di dunia fana ini? Sedangkan, di akhbar kita melihat begitu ramai yang hilang nyawanya...Mengapakah kita dipilih oleh Allah untuk memulakan hari ini? Jawappan mudah dari Imam al-Ghazali:

Kita dipilih oleh Allah untuk memulakan hari ini kerana Dia memberikan lagi satu peluang untuk bertaubat...

Masya-Allah, bersyukurlah kepada Allah dalam tiap nafas, kerana setiap nafas berbeza dan tiap nafas tidak akan berulang lagi. Menurut sahabat Nabi, Abu Dzar radhiallahuanhu, hidup ini ada tiga saat sahaja,satu saat sudah berlalu, satu saat kita sedang hadapi dan lagi satu saat kita tidak pasti akan menghirupnya lagi...

Baiklah, mari kita pergi ke perbincangan kita, iaitu Menangani Nafsu Gelap. Perlu kita ketahui bahawa nafsu itu adalah sebahagian dari kita. Nafsulah yang mendorong kita untuk makan, minum dan bersetubuh dan pelbagai lagi keperluan dan kehendak. Tetapi, apabila tidak dikawal, maka nafsu ini akan naik kepala dan mula menyuruh kita perkara yang melampau dan berdosa. Maka, akan sampai satu tahap, apabila nafsu yang menjadi raja, kita akan melakukan pelbagai dosa yang menjijikkan.

Wahai rakan-rakan sekalian,

Maka, wajiblah ke atas diri kita untuk memerangi nafsu gelap ini. Ia menyuruh kita melakukan perkara yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, membuatkan kita jauh daripada Allah dan rasul-Nya dan mengakibatkan kecelakaan ke atas kehidupan diri kita. Pendek kata, anda semua mengetahui pengakhiran bagi mereka yang tidak mengawal nafsu mereka. Orang yang tidak dapat menguasai nafsu seks akan berakhir samada kerana penyakit kelamin atau mati dalam keadaan hina akibat dosa zina atau onani. Orang yang tidak dapat menguasai nafsu ke atas duit dan kekuasaan, maka akan berakhir hidupnya seperti Firaun yang dijanjikan neraka. Dan pelbagai lagi analogi yang anda boleh kaji dan analisa dan dijadikan peringatan buat diri ini.

Jadi, ambe sebagai manusia biasa pun memerlukan cara yang efektif untuk membebaskan diri daripada nafsu ini. Maka, ambe mencari maklumat untuk menangani nafsu dan menjumpainya dan sebuah majalah islamiah iaitu Majalah I. Kolum atau artikel ini dinamakan Menangani Nyalaan nafsu yang dikarang oleh Ustaz Dr Zaharuddin Hj Abd Rahman, seorang ulama dan penceramah yang tidak asing lagi dari arena dakwah negara kita. Beliau mencadangkan beberapa langkah bernas, yang ambe rasakan molek untuk dikongsi demi kebaikan bersama.


Fikirkan target kehidupan dan meminggirkan pujukan syahwat dengan berusaha untuk mencapai target kehidupan tersebut.

Datangkan keyakinan bahawa Allah melihat segala-gala yang kita lakukan, samada perbuatan tersebut dilakukan secara bersembunyi atau terang-terang. Bayangkan apabila hendak melakukan dosa, sebuah CCTV merakam perbuatan terkutuk kita dan semua orang melihatnya di akhirat nanti.

Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga baik dan soleh. Jikalau tiada ahli keluarga yang tidak dapat membimbing, dekati kawan yang mampu memberikan contoh yang baik.

Putuskan hubungan gelap atau songsang sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius. Putuskan sebarang medium yang boleh mendorong syahwat. Jikalau kebiasaan anda, syahwat anda akan naik apabila berseorangan di hadapan komputer, maka bergeraklah dan duduk bersama khalayak ramai.

Putuskan hubungan adik, abang atau "sebarang angkat-angkat" kerana adik beradik angkat tetap boleh berkahwin dan had aurat antara mereka tetap seperti aurat seorang dengan muhrim yang lain.

Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri dengan membuat target baru seperti blog, menulis buku, melukis dan sebagainya.

Sertai kumpulan bersifat keagamaanyang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tetapi awas dengan gerakan sesat. Sekarang, terdapat pelbagai gerakan keagamaan seperti TABLIGH, JIM, ABIM dan sebagainya.

Ubah rutin harian yang boleh meningkatkan syahwat, walaupun jikalau mandi di bilik air tersebut yang akan meningkatkan syahwat anda pada kebiasaannya, maka hindarilah dari mandi dalam bilik air tersebut, demi kebaikan diri kita juga.

Kalau anda bekerja atau sedang belajar, berikan fokus kepada pelajaran atau pekerjaan anda. Insya-Allah, lama-kelamaan nafsu akan menjadi lesu.

Ziarahi kubur untuk menawarkan syahwat. INi antara langkah yang terbaik untuk memadamkan nafsu. Tapi, jangan melakukan perbuatan bidaah sperti sembahyang di atas kubur atau memuja kuburan para alim soleh. Sebaiknya, lawatilah kubur ahli keluarga yang begitu dekat dengan kita dan rasailah perubahannya.

Fikirkan andainya anda mati dalam berbuat perbuatan keji itu, dan manusia akan terjumpa anda dalam keadaan yang begitu menjijikkan. mereka rasa begitu jijik, dan keluarga anda begitu malu dengan anda. Mahukah anda menjadi sedemikian?

Andainya anda sedang memikirkan tentang lelaki atau perempuan sehingga naik syahwat, fikirkan tentang sesuatu yang menjijikkan kepadanya, seperti keluar lendir, mukanya hodoh dan sebgainya. Gunakan kekreatifan anda sebaik mungkin..:)

Kalau komputer menjadi sebab terangsangnya nafsu, perdengarkan bacaan al-Quran semasa menggunakan komputer. Ini tentunya akan menimbulkan rasa malu pada diri untuk melakukan dosa. Sebaiknya, gunakanlah bacaan ayat al-Quran daripada lagu-lagu kerana bacaan al-Quran akan menggoncangkan hati orang-orang yang beriman.Kalau syahwat masih menggila, berhenti dan keluarlah dari tempat itu dan renungi kebesaran Allah iaitu alam semula jadi.

Jangan sesekali menghampiri suatu perbuatan yang dianggap maksiat kecil, kerana melakukan maksiat kecil akan menyebabkan kita terdorong untuk melakukan maksiat yang besar pula.

Amalkan puasa sunat, zikir harian (mathurat). Puasa merupakan cara yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazali, di mana beliau mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar. Dan, cara yang terbaik untuk menjinakkan kuda liar tersebut ialah dengan mengikat kuda tersebut. Perut merupakan simber tenaga nafsu, apabila anda kerap mengamalkan puasa sunat, maka nafsu akan menjadi lemah kerana tidak memperoleh sumber tenaganya.
Segera beristighfar dan bertaubat. Seseungguhnya Allah mendengar rintihan taubat hamba-hambanya.

Diharapnya, dengan beberapa cara di atas, kita akan berhasil menundukkan nafsu kita. Insya-Allah, apabila kita berusaha secara konsisten, diiringi oleh doa dan disudahi dengan tawakkal, Allah akan menolong kita. Ingatilah formula ringkas dalam melakukan apa-apa perkara iaitu,

D = Doa   U = Usaha    I = Ikhtiar   T = Tawakkal..
Insya-Allah, ambe doakan agar anda dan juga diri saya berjaya dalam peperangan ini. Sekian sahaja, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)



INSYA-ALLAH..AKAN BEROLEH KEJAYAAN..:D



Tuesday 6 December 2011

[Fiqah];;Air (I) : Air Mutlak

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabakatuh..

Alhamdulillah, dalam cuti ini, ambe risau input ilmu yang ambe dapat menjatuh..Jadi, ambe pun mengambil inisiatif untuk membahagikan masa seharian, diinspirasikan oleh seorang tokoh sajana Islam, Profesor Tariq Ramadan yang menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari!! Jadi, untuk menginsafi dan merenungi maksud Surah al-Asr, bahawasanya manusia itu berada dalam kerugian, ama ambe pun membikin jadual waktu. Ambe memperuntukkan 5 jam sehari untuk membaca, 3 jam untuk berinteraksi di laman sesawang dan 2 jam sehari untuk beriadah, berbasikal dan berlatih tomoi..

Maka, antara buku yang ambe mula membaca ialah Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru. Ya, buku itu amat cantik luarannya, tapi kita mahu ilmunya..Buku berharga RM 100 ini amat berbaloi untuk dibeli, kerana dari A sehingga Z berkenaan solat disentuhnya, Nama pung Ensiklopedia Solat. Jadi, seksyen yang dalam buku itu yang ambe ingin berkongsikan pada hari ini ialah berkaitan dengan air mutlak.

Air dibahagikan oleh ulama fiqh, kepada empat bahagian yakni air mutlak, ai mustakmal, air mutanajjis dan air musyammas. Pada kali ini, lensa difokuskan pada air mutlak di mana kita menggunakan kategori air ini dalam kebanyakan urusan seharian kita., jadi untuk mengelakkan rasa was was dan seterusnya memantapkan pemahaman kita berkenaan air mutlak, mari ambil waktu barang lima belas minit untuk kita menerokai sudut fiqah air mutlak. Jangan risau, selebih kategori air itu ambe akan tampilkan dari semasa ke semasa, jika diizinkan oleh Allah taala..Insya-Allah...

TAKRIF AIR MUTLAK

Air mutlak ialah air yang suci dan menyucikan. Air yang bersih sifatnya, boleh membersih dan boleh digunakan untuk mengangkat hadas.
Air mutlak ialah air yang zat dan sifatnya suci dan bersih. Penggunaan bagi air ini ialah harus.
Air ini juga  dipanggil sebagai air mutlak, merangkumi semua jenis air yang turun dari langit, atau terbit dari tanah dalam sebarang sifat asalnya. Sama ada rasanya manis, pahit, masam atau tawar..atau warnanya hitam atau putih...samada sifatnya melekit busuk atau wangi, jika itu ialah sifat asalnya, maka dikira suci.
Air mutlak boleh menyucikan. Dalil firman Allah,
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, -al-Furqan, 48
SYARAT-SYARAT AIR MUTLAK

1. Masih kekal dalam keadaan asalnya, yakni tidak berubah dari bau, warna mahupun rasa
2. Jikalau berubah, barang yang mengubahnya ialah barang yang tidak menghilangkan kesuciannya.

  •   Air mutlak yang berubah sedikit disebabkan sesuatu yang suci, walaupun berubah bau, warna dan rasa tetap dikira suci dan menyucikan..Contohnya, tanah. Tanah ialah sesuatu yang suci, apabila bercampur dengan air mutlak, walaupun air itu bertukar rasa dan warna, tetap dikira suci.
  •  Dalil kesucian air yang bercampur ialah, hadith Nabi yang menceritakan bahawa Rasulullah dan Saidatina Maimunah pernah mandi dalam satu bekas yang terdapat kesan tepung yang diuli (Riwayat Ibnu Majah)
3. Belum pernah digunakan untuk mengangkat hadas atau kecil, jika air tersebut kurang dari 2 qullah (270   liter)

SUMBER AIR MUTLAK

AIR YANG TERBIT DARI TANAH
  • Air hujan. Dalil:
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). -al-Anfal, 11


  • Salji dan ais yang cair. Dalil:  Rasulullah pernah berdoa, " Ya Allah, sucikanlah diriku dengan salji dan air batu" (Riwayat Tarmizi dan al-Nasa'ei)

MOLEKUL SALJI YANG DIDENGARKAN DENGAN ZIKRULLAH..MASYA-ALLAH, INDAHNYA
AIR YANG TERBIT DARI TANAH

  • Air sungai. Disebutkan dalam hadith Mikraj di Sidatulmuntaha, Sungai Furat dan Sungai Nil disebut sebagai sungai yang suci, maka ulama mengkiaskan bahawa semua sungai juga suci seperti kedua-dua sungai tersebut.
  • Air laut. Dalil:
"Airnya suci dan bangkainya (ikan) halal untuk dimakan". Riwayat Tarmizi









  • Air perigi. Dalil: Rasulullah ketika ditanya berkenaan air perigi, baginda menjawab,"Air itu sentiasa suci dan tiada apa yang dapat menajiskannya". (Riwayat Ibnu Majah dan al-Tirmizi dalam Kitab Taharah. Dinilai oleh al-Bani sebagai sahih dalam Sahih Sunan Abu Daud)
  • Air mata air
  • Air kolam
  • Air paip
  • Air terusan.Suci kerana airnya sentiasa mengalir
  • Air mineral. Suci jika diambil dari tanah yang suci walaupun bercampur dengan tanah dan bahan mineral lain
  • Ais daripada air mutlak yang dibekukan
  • Air penapis khas. (water filter atau mesin-mesin penapis air)
AIR MUTLAK YANG MAKRUH DIGUNAKAN

Air yang sedikit yang diminum oleh haiwan. Air bekas minuman ini menjadi najis kerana haiwan-haiwan ini berkemungkinan memakan benda-benda najis. Tetapi dengan sebab istihsan, air ini masih boleh digunakan untuk berwudhu dan mandi hadas.

FAKTA SISI

Rasulullah menetapkan air yang dijilat oleh kucing adalah bersih berdasarkan sabda baginda,"Sesungguhnya kucing tidak najis kerana haiwan ini dari haiwan yang berada di sekelilingmu". Riwayat Abu Daud..



Jadi, setakat ini perkongsian ambe dengan rakan pembaca. Jikalau ada sebarang kesilapan info, bolehlah berhubung ambe di Facebook: Sidi Muhammad Yusoff...Baiklah, sekian, sahaja perkongsian ringkas dalam ruangan Fiqah..Assalamualaikum dan selamat beramal..:)

Sunday 4 December 2011

[Isu]: Penguasaan Yahudi Melalui Protokolnya (I)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika ambe tidak berpeluang untuk menulis, kini ambe diberi peluang oleh Allah untuk menulis kembali. Berbeza dengan apa yang ambe tuliskan sebelum ini, post kali ini membawa mesej yang lebih berat dan menakutkan dan ini bertujuan sebagai wake-up call buat semua umat Islam bahawa pengakhiran itu sudah tiba berdasarkan firman Allah,

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah -al-Qamar,1
Baiklah, sebelum ambe masuk ke dalam isu gelap ini, ambe ingin perkenalkan sumber rujukan ambe dalam perkara ini. Buat pengetahuan semua, segala informasi yang ambe peroleh ini datangnya dari buku "Membongkar Perancangan Israel Raya" karya Herry Nurdi dan "Agenda Yahudi Menakluk Dunia" dan sekuelnya "Konspirasi Yahudi: Peperangan dan Penaklukan" oleh Sabaruddin Hassan. Buat mereka yang baru berjinak-jnak dengan dunia teori konspirasi, ambe galakkan untuk anda memilih buku yang sesuai kerana dikhuatiri anda memilih buku dan penulis yang salah sehingga tersesat akidah..Nauzubillah..

Post kali ini berekanaan Protocol of Learned Elders Zion  iaitu sebuah guiding line atau jalan yang digunakan oleh gerakan Yahudi antarabangsa untuk merealisasikan impian mereka sebagai bangsa yang berkuasa di dunia ini. Protokol ini telah dilaksanakan oleh agen Yahudi dengan begitu licik sekali tetapi impaknya begitu besar walaupun tidak ramai yang melihatnya. Sedar-sedar, mereka sudah jatuh ke dalam perangkap Yahudi..

Sebelum menulis berkenaan protokol ini, ambe ingin jelaskan sedikit tentang gerakan Zionis. Gerakan Zionis diasaskan oleh Theodor Herzl yang sungguh bersemangat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi. Perkataan Zionis bermaksud orang yang memperjuangkan pendudukan Yahudi ke atas Baitulmaqdis umumnya Palestin. Theodor Herzl menghabiskan hidupnya melobi dan merangka strategi untuk mendapatkan tanah Palestin. Yahudi ini berusaha untuk memujuk Sultan Abdul Hamid II untuk memberikan tanah Yahudi itu. Tetapi, Sultan Abdul Hamid berpegang teguh dengan pendiriannya untuk mempertahankan tanah Palestin dari cengkaman Yahudi.

Baiklah, jangan terkejut dengan sii protokol ini yang begitu menakutkan bagi ambe. yang penting, anda sudah mengetahui bahawa Yahudi akan berpandukan kepada protkol ini untuk menjatuhkan kita semua, jadi anda harus bijak untuk tidak terjerumus dalam perangkap mereka..

Protokol 1

Kaum Yahudi harus konsisten membangun tujuan besar mereka. Mereka akan konsisten untuk membangunkan kekuatan tentera, teknologi perang dan pencapaian kewangan. Sementara manusia lain harus dibuat hidup dengan cara bersenang-lenang dan mengejar populariti. Jerat-jerat halus selalu mereka siapkan dan ditebar di setiap garisan kehidupan manusia, agar manusia umumnya kehilangan pati dan tujuan hidup sejatinya. Mereka akan menciptakan ideologi palsu seperti kebebasan, persamaan hak dan persaudaraan. Tatapi, bagi Yahudi ideologi ini tidak bernilai sama sekali pada mereka.

Protokol 2

Yahudi akan menciptakan perang dan menjaganya agar tetap berterusan serta sentiasa mengendalikannya agar tidak meluas sedangkan Yahudi akan mengaut keuntungan melalui perang.mereka akan memilih tokoh-tokoh pemimpin yang bodoh dan tiada pengalaman sebagai pemimpin negara agar memudahkan untuk Yahudi menguasainya. Media harus digunakan untuk mempengaruh dan menciptakan pandangan umum.

Protokol 3

Yahudi akan menciptakan situasi yang mempertajamkan ketegangan antara rakyat dan pemerintahnya, di semua negara. Aktivis-aktivis parti akan dibuat untuk penuh semangat berebut kerusi pemerintahan.Agen Yahudi akan dihantar untuk mengatur roda pemerintahan dan pengusahaan. Mereka akan menjaga sentimen kebencian antara golongan buruh dan orang kaya.

Protokol 4

Gerakan Freemason akan menjadi hujung tombak, untuk menghapus keyakinan bertuhan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan hanya diarahkan untuk berfikir tentang persaingan ekonomi dan industri. yahudi juga akan membina masyarakat yang individualistik, dan mereka tidak akan peduli pada ajaran agama,moral dan juga politik.

Protokol 5

Yahudi akan mencemarkan nama golongan pendeta dan ulama agar keduanya dipandang hina oleh masyarakat.Dengan demikian, keyakinan yang tertanam di dada masyarakat akan goyah dan akhirnya keyakinan agama dibuang kerana dianggap tidak relevan dengan peredaran zaman. Mereka akan berusaha keras untuk menghancurkan nilai-nilai adat sehingga masyarakat begitu keliru dan kahirnya meminta bantuan Yahudi. Apabila tiba masa itu, seluruh negara menjadi mudah untuk dikendalikan oleh Yahudi.

Protokol 6

Yahudi akan melakukan penimbunan kekayaan dan potensi kewangan antarabangsa. Harta bukan Yahudi akan dikikis habis.Pada masyarakat harus ditanamkan nafsu berfoya-foya dan semangat bersenang-lenang. Rasa malas harus ditanamkan dalam jiwa mereka. Dan tindakan ini akan melahirkan kemuflisan yang luas dalam masyarakat.

Protokol 7

Rasa benci akan disebarkan ke seluruh benua. Eropah akan didorong untuk membantu idea permusuhan. Surat khabar dan media massa menjadi antara senjatanya. Untuk menunjukkan kekuatan Yahudi, mereka tidak teragak-agak untuk menyerang bangsa lain sehingga mereka menjadi takut dan mengiktiraf Yahudi.

Protokol 8

Yahudi akan menguasai budaya, ahli politik, pengarang, pengamal undang-undang. Para sarjana yang lahir melalui doktrin Yahudi akan ditempatkan di kedudukan penting berserta kewajiban membalas budi. Yahudi akan menciptakan kondisi pemerintahan akan diduduki oleh orang yang tidak berwibawa dan memiliki akhlak yang buruk agar rakyat marah dengan mereka.

Protokol 9

pegawai-pegawai kerajaan harus dikuasai.Situasi politik akan dijadikannya tempang dan berjuang keras untuk merosakkan generasi akan datang samada secara pemikiran, perbuatan, akhlak dan moral.

Protokol 10

Lembaga-lembaga eksekutif, legislatif dan judikatif akan dipegang oleh orang-orang yang tidak segan menerima rasuah sedangkan kepimpinan tertinggi dipegang oleh agen  Yahudi..

Rasanya, ambe akan menampilkan 10 protokol dulu buat masa ini. Penambahan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Akhir kata, ambe menyeru kepada semua umat Islam agar tidak jatuh dalam perangkap samar Yahudi..Sekian, wassalam..