Friday 28 October 2011

Dilemma!!!

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ya Allah, hamba berada dalam keadaan yang sangat tertekan..Perghh, pelbagai tekanan apabila berfikir tentang tahun depan..Dilemma, dilemma, dilemma..Kehadiranmu membawa sinar~Haihh..

Di Malaysia, aliran Tingkatan 4 yang ditawarkan ialah aliran Sains Tulen, Sains Agama, teknikal, dan Sastera..Secara jujurnya, aku tidak meminati apa-apa bidang kecuali Sejarah dan Agama..Maslahnya, ibu bapa tak memperkenan hajat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Agama..Mereka bukanlah jenis ibu bapa yang sangat gembira dan ingin buat kenduri kesyukuran apabila anak hendak belajar Agama..Mereka berpendapat bahawa aliran Agama tidak boleh bagi duit, di mana pendapat ini TIDAK BENAR!! Ya Allah, lindungilahaku dari panas baran dan penderhakaan..

Apapun, hamba teingat apa yang cikgu hamba, Cikgu Syukri berpesan kepada hamba..Pesanan beliau berbunyi lebih kurang begini," Kamu kena ingat, walaupun kamu sudah boleh ceramah orang..Kamu masih belajar..jadi, tidak perlulah berhenti belajar semata-mata untuk fokus dalam bidang ceramah. Memang tidak salah berjuang dalam agama, tapi apa salahnya kalau kamu belajar tinggi, dapat pangkat Dr. atau Profesor ke..Baru orang pandang tinggi kat Islam..Cemerlang dunia dan akhirat ..". Pesanan cikgu ini tentunya memadamkan api yang sedang membara..Terima kasih, cikgu!!

*Jadi, untuk tahun depan, redha sajalah dengan aliran Sains, sebab dah mohon SAS yang tidak menawarkan mata pelajaran tambahan Islam..Lagipun, kalau nak masukaliran Sains Agama tahun depan, kena struggle dalam Bahasa Arab. Tapi, minatku ke arah Agama..Jadi, perkara yang kita minat, tentunya kita akan catch-up dengan pantas..Kena buat solat istikarah ni..
credit to: arib2020.blogspot.com
Selesai satu dilemma, muncul lagi satu dilemma..berkenaan AKSB. AKSB ialah rumahku buat selama-lamanya. Hidupku lebih kurang macam Harry Potter agaknya. Di sini dan di Seri Bintang Selatan, hamba ada segalanya. Kawan yang menolong, guru yang baik dan cemerlang, karier (eceh!! haha). Mengikut seorang senior kesayangan hamba, Abang Syafiq atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Bos mengatakan lebih baik hamba tidak berpindah kerana segala-galanya cukup di sini. Pemimpinku pula, Abang Arib Ismail, mengakui tidak mengetahui bagaimana asrama akan jadi tahun depan jikalau hamba tiada. Kata-kata kedua-kedua senior yang hamba hormati ini membuatkan hamba termenung panjang.


Kata-kata mereka membuatkan hamba berat hati untuk berpindah.Tapi, apabila terkenangkan, puak-puak yang tidak menyenangi kehadiran hamba di sana, rasa macam nak keluarlah pula. Puak Khawarij Junior ini tidaklah ramai, tapi menjadi duri dalam daging. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Tapi, rasanya AKSB mampu berdiri tanpa hamba, hamba hanyalah watak sampingan dalam sketsa AKSB. AKSB mempunyai ramai lagi tokoh-tokoh yang berkredibiliti.

Ah, kesimpulannya..masih tiada..Hamba masih termangu-mangu dalam membuat keputusan ini.

Hidup, Oh hidup, Oh dunia,
Kenapa kau dipenuhi pancaroba
Kau menarik manusia ke lembah noda
Dengan tamak dan rakusnya,

Wahai keluarga,
Kenapa kau membuangkang niat mulia,
Aku ingin menjadi seorang anakanda
yang menyuap nasi ke mulut ibu bapanya
dan memberi syafaat untuk ke syurga..

Wahai dunia,
Kau mengelabui mata,
Kau meracuni dunia,
Laknat ke atasmu, dunia..

*p.s: Insya-Allah, akan ku atasi tribulasi ini, demi Islam. Hamba tidak bisa menunjukkan contoh yang lemah..Ok,sekian sahaja, jangan lupa tengok Final Piala Malaysia..Jangan gaduh, sayangi umat..Wassalam..

Monday 24 October 2011

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA..(1)

Apabila waktu rehat, dan kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat, maka tentunya kita akan kembali ke kelas..Begitu juga dengan kesayuan dan kegelisahan mendengar seruan Islam tak kiralah melalui ceramah, muzik mahupun perbualan, maka itu adalah satu panggilan buat anda..Bahawa Tuhanmu sudah memanggilmu untuk kembali ke jalan-Nya yang lurus..Maka ikutlah panggilan itu, dan mulakanlah perjalanan pulang kepada-Nya dengan melalui gerbang taubat dan melalui jalan syariat. Ketahuilah, setiap kenderaan perlukan minyak dan sebaik-baik kenderaan adalah amal dan sebaik-baik minyak (bekal) ialah takwa..Teruskanlah perjalanan walaupun terdapat "call" dari syaitan untuk patah balik..Dalam perjalanan ini juga, kita akan mengharungi 1001 cubaan, maka tabahkanlah dan ikhlaskanlah hati kita..Insya-Allah, kita akan bertemu di destinasi!!
 BERHATI-HATI KETIKA "MEMANDU"..PASTIKAN ENJIN "DISERVIS" TERLEBIH DAHULU..ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!

Saturday 22 October 2011

Diari al-Mamluk (Pengalaman Pertama, ASAT)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin..Setelah sekian lamatidak meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini, akhirnya masa ini yang lapang untuk menulis post baru. Alhamdulillah juga, pada hari Rabu bertarikh 12 Oktober saya dijemput untuk memberikan ceramah di Sekolah Menengah Seri Saujana di hadapan lebih kurang 200 orang pelajar Tingkatan 3. Tajuk yang dibawa oleh saya ialah "Remaja Muslim Harapan Negara". Untuk mengelakkan mereka kebosanan, saya telah menyediakan video-video yng berkaitan dengan tajuk. Alhamdulillah, saya mendapat respons yang positif daripada pihak guru dan pihak murid juga.

Dulunya,saya bersekolah rendah di kawasan Seri Petaling. Tetapi, apabila memasuki zaman persekolahan menengah, saya berpindah ke Seri Bintang Selatan dan menetap di Asrama Kompleks Seri Bintang.  Jadi, kawan-kawan lama yang sudah tiga tahun tidak berjumpa, kini bersua kembali. Inilah keindahan dan kecantikan Islam, walaupun sejauh mana kita berada, di Greenland ataupun antartika sekalipun, persaudaraan antara rakan seIslam tetap utuh.Lebih menakjubkan, kamimenjadi ramah dengan hanya berjabat tangan. Agaknya, inilah hikmah di sebalik anjuran rasulullah untuk bersalaman apabila bertemu.

Paparan di atas merupakan wallpaper yang digunakan ketika ceramah tersebut. Design yang amat cantik,simplistik dan juga unik ini merupakan hasil tangan Amirul Mukminin Arib Ismail yang begitu berjasa dalam perkembangan dakwah saya. Malahan, saya mungkin tidak berani untuk ke depan jika beliau tidak menggalakkan saya suatu ketika dulu.  Abang Arib, anda terbaik!!! Bagi saya, Abang Arib adalah seorang revolusioner yang setaraf dengan Hasan al-Banna dan tokoh Islam lain seperti Ismail Haniyyeh (HAMAS), yang begitu memperjuangkan Islam. Apapun,saya ingin mengucapkan berjuta-juta minta maaf kerana menyusahkan abang untuk membikin wallpaper ini. Untuk pengetahuan anda, Abang Arib dan rakan-rakannya  akan menduduki SPM tahun ini. Oleh itu,marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan beliau..Amin...


Masya-Allah, tidak pernah saya sangka bahawa dakwah akan berkembang sampai begini sekali. Alhamdulillah, ni merupakan nikmat Allah tetapi bukan untuk saya, sebaliknya untuk  semua orang. Saya rasa sudah cukup  lama umat Islamtertidur lena, inilah masanya untuk bangkit kembali. Ya Allah, tetapkanlah hatiku agar niatku tidak akan terpesong. Niatku adalah untuk  menyedarkan seluruh umat Islam dari lenanya dan membina kembali  tamadun kita yang dimusnahkan dahulu. Insya-Allah, kita boleh!!!

Apapun,sekalung penghargaan kepada pihak sekolah Seri Bintang Selatan, terutamanya Puan Pengetua, Cikgu Solahudin, Ustazah Salehah dan Cikgu Syukri..Terima  kasih juga kepada pihak SMK Seri Saujana yang sudi menjemput saya. Tidak dilupakan, jutaan terimakasih ditujukan kepada pelajar AKSB yang telah banyak  menokong saya..ANDA TERBAIK!!! Insya-Allah, kemana jua kaki ini melangkah, tidakkan ku lupakan asal-usulku yang bermula di AKSB..Asrama ini telah melahirkanku dan menggilapku menjadi sebutir bintang yang bercahaya.. Jadi, sesiapa nak jadi bintang yang bercahaya, silalah masuk ke dalam AKSB..Apap-apa maklumat lanjut, boleh buka Laman Web Portal AKSB  di..www.portalaksb.blogspot.com.

ASAT juga berlangsung pada 16 dan 15 Oktober 2011. Saya membuat keputusan untuk memasuki Pertandingan Bahas Ala Parlimen. Rakan sepasukan yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang bersma-sama berjuang ialah Alisya Jan, Diyanah Rosdi dan Wardati Nabiha. Walaupun, tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bahas, saya tetap diberi kepercayaan untuk menyandang portfolio Menteri atau Pembangkang Ketiga. Sungguh gemuruh rasanya!!!

Hari pertandingan sudah tiba. tiada guna untuk lari lagi. Pada pusingan pertama, kami sepatutnya beradu dengan Asrama 1 Malaysia namun mereka menarik diri pada saat-saat terakhir. Sudah tentu berita ini menaikkan semangat kem pasukan Bahas Aksb. Kemudiannya, kami bertemu dengan Pasukan Bahas Victoria Institutions yang dianggotai oleh barisan Pembangkang yang berkredibilit, namun akhirnya dengan sedikit kesukaran, kami berjaya memenangi  pusingan ini. Secara otomatis, kami melaykkan diri ke peringkat suku akhir.. Alhamdulillah..Namun,pada keesokan harinya, kami telah bertemu dengan SMAKL yang merupakan sebuah pasukan pilihan dan tajuk tidak menyebelahi kami. Apapun, tiada guna melarikan diri sebelum pertempuran bermula..

Matahari yang menyinar menandakan permulaan perjuangan kami. Lasykar perkasa AKSB meneruskan perjuangannya. Pada hari Ahad, pasukan atau kontigen yang meneruskan perjuagan ialah pasuan Bahas, Bola Tampar Lelaki, Nasyid dan Nyanyian Solo. Kem AKSB digembirakn dengan keputusan Catur Lelaki yang memenangi tempat Kedua dan Pasukan Choral Speaking juga berjaya meraih tempat Kedua. Syabas!!

Walaupun tajuk tidak menyebelahi kami, kami tetap juga meneruskan perjuangan..Tetapi, apakan daya, kecundang jua..Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan maaf kepada rakan sepasukan dan Cikgu Asyikin yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga..Insya-Allah, tahun depan AKSB akan naik podium..Amin..

Sekian sahaja, coretan al-Mamluk kali ini....Insya-Allah, jikalau diberi kesempatan, kita akan bertemu lagi di lembaran seterusnya..Wassalam...

Monday 17 October 2011

Haqiqat Tentang Cinta


Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya saya menggemari untuk membentuk bait-bait puisi yang lebih senang dan lebih berbungabunga untuk mengeluarkan pendapat saya tentang semua perkara. Dalam karangan biasa, amat susah dan membosankan apabila terpaksa membaca jelaan perkataan. Tetapi, melalui bait puisi, lebih mudah untuk dibaca dan difahami...Antara idola saya dalam stail pembikinan puisi ini adalah Jalaludin al-Rumi dan Faridudin al-Attar, di mana tema puisi mereka bersifat ketuhanan, mistik dan keagamaan...

Dalam puisi ini, saya mengetengahkan isu yang paling diambil berat oleh golongan remaja, iaitu cinta. Mereka sebenarnya tidak mengetahui hakikat sebenarnya di sebalik cinta, sebaliknya terlalu terkinja-kinja dan seronok hingga terlupa batasan agama..

Manusia mintaku berbicara tentang cinta,
mereka meminta dan memaksa diriku bebicara
aku seraya berkata,
"Cinta itu satu bencana,
Yang amat besar tulahnya
karna cinta itu meletih,merosak jiwa
dan membikin penasaran pada jiwa

Mereka menjawab hujahku dengan lantangnya,
"Ia mesti ada fadilatnya!"
Aku mengganguk seraya berkata,
"Aku tidak dapat menipu diriku sendiri
bahwa cinta itu ada fadilat tersendiri

Adapun cinta hakiki itu sunnah nabi
membentuk muslimin pengikut setia nabi

Adapun juga cinta itu menambah umatnya
melahirkan lebih ramai pejuangnya

Adapun juga untuk menajamkan kuasa batin jiwa
agar tidak mudah dihasut syaitan tercela

Namun begitu,cinta ada dua
Cinta pada Rabbnya
ataupun cinta pada makhlukNya

Cinta pada Rabbi,cinta hakiki
Cinta pada makhluk,cinta duniawi
Cinta pada Rabbi,selamanya abadi,
sedangkan manusia datang dan pergi

Keburukan cinta itu
adalah bila dua jiwa jahil bertemu
maka lahirlah jiwa yang dungu
adapun juga,cinta duniawi menghalang Dzat hakiki
mambuat kita jatuh pada duniawi

Bandingkanlah cinta duniawi dengan cinta hakiki
Cinta duniawi itu tipu dan tidak abadi
sedangkan cinta Rabbi benar dan hakiki

Akhir kata, lu pikirlah sendiri...

Bismillahirrahmanirrahim..

       Alhamdulillah, huraian saya tentang gelombang serangan Yakjuj dan Makjuj kini sudah sampai ke gelombang yang kedua iaitu serangan di Timur Tengah. Namun begitu, sebelum kita menyambung pengembaraan merentas zaman demi mencari identiti Yakjuj dan Makjuj ini, amat molek untuk saya menarik minat anda yang mungkin sudah bosan dengan analisa panjang dan mengelirukan dari saya. Oleh itu, tajuk huraian saya pada kali ini adalah,  Lima Kriteria Yakjuj dan Makjuj: Di manakah mereka sekarang ini? (Dipetik dari kitab Yakjuj dan Makjuj II karangan Muhammad Alexander).

        Pada bahagian pertama kita sudah mengetahui bahawa keturunaan Yafits bin Nuh iaitu keturunan Yakjuj dan Makjuj berhijrah ke kawasan utara Pergunungan Kaukasus. Namun begitu, kita belum mengetahui secara spesifik kawasan-kawasan utara Pergunungan Kaukasus. Negara-negara yang buat masa ini yang berada di utara banjaran semulajadi tembok penahan Yakjuj dan Makjuj adalahEropah,Rusia,  Siberia, Poland, Jerman, Ukraine, Kazakhstan, Romania dan Kazahkstan.Negara-negara yang disebut adalah keturunan Yakjuj dan Makjuj secara genetik, tetapi kebanyakan dari negara-negara tersebut sudah bertamadun dan tidak lagi mengganas.

Oleh itu, kita tidak boleh bersikap prejudis ke atas mereka dengan cara memulaukan mereka atas dasar mereka adalah Yakjuj dan Makjuj. Perlu diingatkan bahawa penduduk Eropah adalah anatara benua yang paling pesat dalam segi pertambahan umat Islam.Oleh itu, mereka (penduduk utara) tidaklah menjadi kaum Yakjuj dan Makjuj yang disebut dalam al-Quran selagi mereka tidak memenuhi lima kriteria, iaitu;

  • Lokasi; Yakjuj dan Makjuj berada di sebelah utara pergunungan banjaran semula jadi
  • Genetik: Suku-suku bangsa Scythia Eropah (Alan, Magyar,Cimmeria, Hun,Aryanomad dan Khazar)dan suku-suku Scythia Asiatik (Mongol, Tartar dan Xiongnu).
  • Agama; Suku bangsa dari utara yang tidak menyembah Allah.
  • Tamadun; Suku bangsa utara yang berpola hidup nomad
  • Keluarnya mereka dengan berbuat kerosakan besar
     Itulah lima kriteria bangsa Yakjuj dan makjuj. Untuk memberi kefahaman yang lebih dalam, kami akan memberikan contoh. Penduduk utara seperti bangsa Jerman memenuhi tiga syarat daripada lima yang dinyatakan, iaitu mereka berada di lokasi utara, mereka bergenetikkan Yakjuj dan makjuj (mereka adalah dari suku Khazar dan Arya) dan mereka tidak menyembah Allah (agama Kristian tidak kira menyembah Allah, kerana sudah lari dari suruhan Allah yang benar). Oleh itu, mereka bukanlah bangsa yakjuj dan Makjuj yang akan kembali mengganas pada akhir zaman nanti.

Islam di Chechnya
    Sama juga seperti penduduk Kazakhstan dan Chechnya. mereka berada di utara, dan bergenetikkan bangsa Yakjuj dan Makjuj. Tetapi, mereka sudah memeluk agama Islam, sudah hidup menetap dan tidak lagi menyamun dan merompak. Oleh itu, mereka adalah rakan seagama dan seakidah dengan kita, oleh itu haram bagi kita menyebut dan mencap mereka sebagai bangsa Yakjuj dan makjuj yang akan mengganas di akhir zaman nanti.

    Persoalannya, jika kebanyakan dari keturunan Yakjuj dan makjuj sudah tidak memenuhi kriteria di aias, siapakah yang akan menjadi kaum Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman nanti?

    Teorinya adalah dalam DNA mereka, masih tersimpan nalIuri dan sifat seperti kaum barbar Yakjuj dan Makjuj. Buktinya adalah warga Britain yang berketurunan Scythia masih mengganas di Iraq dan Afganistan sedangkan mereka sudah hidup menetap. Jadi, pada satu masa yang ditetapkan Allah, naluri dan sifat mereka akan kembali dan mereka akan menjadi bangsa nomad kembali.

     Bukankah dalam hadith ada menyatakan di akhir zaman nanti, manusia akan kembali menggunakan pedang dan tombak sebagai senjata dan kuda dan gajah sebagai tunggangan? Dan bukankah mereka (suku Yakjuj dan Makjuj) adalah penunggang kuda yang terbaik di dunia? maka, amatlah logik jika akan sampai satu saat mereka akan menjadi nomad kembali. Mungkin di kawasan utara tterjadinya satu bencana besar (mungkin letupan nuklear atau peperangan) hingga menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan senjata moden dan menakluk negara lain menggunakan kuda.

      Konklusinya, mungkin sesetengah dari kita akan mengatkan," Oh, masa untuk mereka kembali lama lagi!'. Apa yang kami mampu katakan adalah," Wahai temanku, teruskan menunggu. Mereka tidak menunggu kamu untuk mempercayai kewujudan mereka. Malahan, mereka sudah mula mengganas! WWahai, manusia yang buta dan jahil, teruskan menunggu! Sesungguhnya janji Allah itu benar!!!'.

       Tidak sedarkah kalian, mereka sudah mula mengganas? Lihatlah, sejarah berulang kembali..Dulunya kerajaan di Timur tengah seperti Assyria dan Jerusalem, sudah diserang dan kini angkatan Yakjuj dan Makjuj sudah tiba!!! Mereka menyerang Afghanistan, Iraq dan Palestin. Mereka melakukan apa yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu, iaitu membunuh orang0orang yang tidak berdosa!!! Adakah anda masih menunggu kemunculan mereka? SEDARLAH, SEDARLAH, mereka hampir muncul, seperti seekor harimau, mereka mengeluarkan kukunya dulu sebelum menerkam!!

Renung-renunglah!!!!

Meneroka Identiti Yakjuj dan Makjuj (Part 1)


Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah pembacaan dan kajian yang telah ku lakukan, telah dapat ku rumuskan bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai ciri-ciri di bawah. Melalui ciri-ciri di bawah, kita akan dapat menyelidiki dan seterusnya mengetahui, siapakah Yakjuj dan Makjuj tersebut.

Ciri-ciri Yakjuj dan Makjuj

§                                                                                                                                        Mereka adalah manusia, yang berasal dari keturunan Yafits bin Nuh
            Seperti yang kita ketahui, pada zaman Nabi Nuh alaihissalam, berlakunya satu banjir besar di  Mesopotamia yang disebut dalam al-Quran. Dan seperti mana yang kita maklum, semua manusia lemas dalam banjir tersebut melainkan manusia yang beriman. Setelah banjir surut, kapal nabi Nuh mendarat di Jabal Judi. Dan kemudiannya keturunan Nabi Nuh iaitu keturunan Sam, Ham dan Yafits mula berkembang. Mengikut kajian dan pandangan sejarahwan dan ulama, Sam melahirkan keturunan Semit, iaitu keturunan Arab dan Yahudi. Nabi Ibrahim, Yaaqub dan Ismail adalah keturunan Sam bin Nuh. Manakala, Ham adalah bapa kepada bangsa yang berkulit hitam, iaitu Afrika. Dan, Yafits melahirkan keturunan bangsa Turki, Scythia, Arya, Hun, Xiongnu dan Mongol.

             Setelah beberapa waktu, keturunan Nuh beranak pinak dengan damainya, berlaku kebuluran yang dahsyat. Oleh itu, seluruh keturunan manusia berhijrah. Keturunan Sam berhijrah ke Arab,Syria, manakala keturunan Ham berhijrah ke afrika dan keturunan Yafits berhijrah ke arah utara bumi, iaitu di sebalik Pergunungan Kaukasus dan padang rumput eurasia. Inilah permulaan Yakjuj dan Makjuj, iaitu keturunan Yafits bin Nuh

             Keturunan Yafits bin Nuh iaitu bangsa-bangsa yang tinggal di sebalik Pergunungan Kaukasus iaitu di kawasan Rusia hidup secara nomad. Mereka menternak ternakan, oleh itu ternakan adalah hidup mereka. Mereka bergerak di padang rumput Eurasia untuk mencari rumput buat ternakan mereka. Dan, keturunan Yafits bin Nuh adalah bangsa pertama yang berjaya menjinakkan kuda iaitu sekitar 3000 SM.Kuda menjadi begitu penting buat mereka kerana dengan bantuan kuda mereka dapat mengawal ternakan yng lebih besar dan seterusnya menjamin survival mereka. Oleh kepakaran mereka menaiki kuda, mereka digelar bangsa berkuda.

             Satu kemarau yang dahsyat telah berlaku di padang rumput Eurasia. Terdesak untuk mencari makanan, bangsa Yakjuj dan Makjuj ini iaitu suku Aryanomad, Scythia, Hun, Mongol, Tartar keluar dari padang rumput mereka untuk mencari tempat baru. Lalu, keluarlah mereka dari tembok mereka iaitu pergunungan yang menjalar dari pergunungan Carpathia di Eropah ke Tembok Besar China ( Tembok Besar China telah dibina untuk mengelakkan dari serangan bangsa Yakjuj dan Makjuj dari suku Xiongnu).


Pahlawan Arya
              Terdapat lima gelombang keluarnya Yakjuj dan Makjuj, iaitu yang pertama adalah keluarnya Yakjuj dan Makjuj dari suku Aryanomad menyerang tamadun yang berda di Sungai Indus. Serangan suku Arya nomad iaitu Yakjuj dan Makjuj ke tanah India sekitar 2100-1200 SM. Banga Ayranomad ini menerobos keluar dari p'tembok' mereka iaitu penghalang semulajadi di Pergunungan Hindu-Kush. Keluarnya mereka menyerang Mesopotamia dan tamadun Sungai Indus. Kesan dari serangan mereka, adalah suku Hyksos dihalau dari Mesopotamia dan suku Hyksos ini menyerang Mesri. Kesan kedua, adalah penaklukan mereka ke atas India telah mewujudkan sistem kasta yang berasaskan warna. Oleh kerana, suku Aryanomad ini rupanya seperti orang Eropah (oleh kerana berasal dari kawasan Rusia), maka suku arya ini menjadi Brahman dan Ksatria iaitu kasta yang paling tinggi, manakala penduduk peribumi India yang berkulit hitam menjadi kasta Sudra iaitu kasta terendah.


Scythia
                 Gelombang kedua; Serangan suku Scythia-Cimmeria ke Timur Tengah abda 8-3 SM. Sebagaimana yang telah diterangkan, suku Scythia juga berasal dari keturunan Yafits bin Nuh. Suku Scythia ini mengganas kerana berlaku kebuluran di padang rumput Eurasia. Oleh itu, Scythua mengganas sehinggakan sanggup memerangi suku sebangsa mereka, iaitu suku Cimmmeria. Akibatnya, suku Cimmeria ini keluar melalui Pergunungan Kaukasus dan menetap di Yunani. Setelah itu, suku Scythia ini telah keluar untuk mengganas di Timur Tengah dan menyerang suku Hitti di Urartu. Kemudiannya, mereka mengganas di Samaria, iaitu kerajaan Israel Utara.
               Setelah nabi Sulaiman wafat, kerajaan Israel berpecah kepada dua kerajaan iaitu kerajaan Efraim,atau kerajaan Israel Utara yang berpusatkan Samaria dengan kerajaan Israel Judea yang berpusatkan di Jerusalem.Kerajaan Israel utara makin jauh dari ajaran nabi Musa dan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman apabila mereka menyembah Baal iaitu dewa kaum Kanaan. Kesesatan mereka sudah diberi amaran oleh beberapa nabi seperti Amos. Namun amaran Amos tidak dihiraukan malahan dihalau oleh penduduk Israel Utara. maka, azab Allah turun berupa serangan dari kerajaan Assyria pimpinan Sargon II yang dibantu oleh suku Cimmeria mengepung dan menghancurkan kerajaan tersebut. hanya 10 percent populasi suku Israel dibiarkan hidup. Sebanyak 10 suku israel dibuang negeri dan hilang tanpa dijejaki dan mereka digelar sebagai "The Ten Lost Tribe of Israel".

Gambaran Ninewe
               Serangan bangsa Yakjuj dan Makjuj scythia di Timur Tengah amat membinasakan. mereka menyerang dan memusnahkan beberapa kerajaan seperi, Assyria. Ketika mereka menyamun dan merompak ibu negara kerajaan Assyria iaitu Ninewe, mereka meminum darah orang pertama yang mereka bunuh. Dan orang-orang yaang mereka bunuh dipenggal dan dipersembahkan kepada raja mereka sebagai tanda mereka layak mendapat harta rampasan perang. Tidak cukup dengan itu, mereka akan menyiat kulit kepala mangsa mereka dan diletakkan di tali kekang  kuda mereka.
                 Mereka menyambung keganasan mereka dengan menakluk Jerusalem pula.Amaran Nabi Jeremiah ke atas Bani Israel akan kedatangan pasukan Yakjuj dan Makjuj ini tidak dihiraukan, malahan dipenjarakan oleh Bani Israel. Maka, allah menurunkan bala ke atas mereka merupakan kehancuran jerusalem. Maka, ketika  Jerusalem ditakluk dan dihancurkan, Raja Israel, Raja Zedekiah dibutakan dan seluruh keturunan Raja Zedekiah disembelih di hadapan beliau.

Saxons
                   Akhirnya pada era Alexander the Great, barulah suku Scythia ini dikalahkan di peperangan Gaugamela. Namun saki baki Schythia ini masih ada....mereka hidup sebagai suku  Saxons. Siapakah suku saxon ini? mereka adalah nenek moyang bangsa Eropah.. Sama juga suku Aryanomad  yang hidup sebagai nenek moyang kaum Jerman...Sama juga sepertu suku Magyar (juga sebahagian dari suku Yakjuj dan Majuj) yang menjadi nenek moyang kaum Hungary..Sama juga seperti bangsa Khazars (juga sebahagian dari Yakjuj dan makjuj) yang menjadi sebahagian besar dari kaum Yahudi pada hari ini..Jadi, sudahkah anda dapat klu sedikit tentang siapakah Yakjuj dan makjuj? wallahualam...

Monday 10 October 2011

Memandang Masa Hadapan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,PMR sudah berakhir.Semasa habis paper Kemahiran Hidup yang merupakan paper terakhir,semua orang kelihatan  gembira selain saya. Tentunya  masa itu baru bangun tidur,jadi tak dapatlah nak gembira sangat tetapi aku sedar bahawa satu episod yang nak berakhir sebenarnya merupakan episod yang baru.Jadi,aku tidak patut gembira berlebihan akibatnya, aku menjadi lalai kepada Allah.

Berakhirnya PMR bermakna ada banyak ruang dan peluang ntukaku menyambung dakwahku yang sebelumnya terhalang dek PMR. Ada banyak aktiviti yang aku rancang untuk memantapkan lagi ilmuku dan teknik dakwahku. Antara program yang aku bercadang untuk menyertai;

  • Pertandingan Bola Tampar ASAT. Huhu, aku sebenarnya tidaklah begitu berkebolehan dalam sukan.Seingat aku, aku merupakan kaki bangku dan hanya tahu membaca buku sahaja.Tapi,sejak memasuki AKSB, terbuka pula hati untuk beriadah bersama rakan-rakan lain.Jadi,pendeknya aku merasai bahawa sukan bola tamparlah yang sepadan dengan diri ini walaupun kadang-kadang buat 'slack'. Jadi,aku menyertai ASAT dengan tiket bola tampar semata-mata untuk berseronok dan mencari pengalaman. Maksud berseronok bukanlah bermakna tidak serius, sebaliknya aku memasuki bola tampar dengan niat untuk melepaskan stres dan beriadah. Aku bukanlah jenis yang suka mendesak dan serius dalam permainan sehingga tidak terasa kemanisannya. Tetapi,berkenaan ASAT ini ada sedikit khilaf. Semenjak memasuki skuad bola tampar, aku cuba untuk buat yang terbaik walaupun aku tidak sehandal mana.  Aku berpegang kepada prinsip semua manusia melakukan kesalahan dan kecuaian walaupun mereka tidak mahu melakukannya.Tapi, insya-Allah aku akan melakukan yang terbaik, tapi semua orang tidak boleh bekerja di bawah tekanan. Apapun, kata abang Aiman Ariffin, life kena happy. Amat mengagumkan kerana beliau gagah tersenyum walaupun dilanda turbulasi.

  • Konferens Dunia Islam:Dunia Menuju Khilafah pada 30 Oktober 2011. Semasa pertama kali aku mendengar tentang konferens ini, hati berkobar-kobar untuk menyertainya.Minatku dan tema dakwahkuu kebanyakannya berksarkan mengembalikan identiti  Islam dalam diri semua muslim. Dan,Khilafah merupakan identiti umat Islam umpama payung yang memayungi semua umat Islam. Aku ingin sekali menyertai konferens ini yang diadakandi Hotel Nouvelle yang begitu hampir dengan rumahku.Tetapi,sekalilagi aku berdepan dengan konfrontasi. Pertama, aku hanya seorang remaja.Walaupun, pada risalahnya mencatatkn Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir, aku bimbang gerakan ini sama sahaja dengan gerakan yang lain yang mana sering melabel golongan remaja sebagai seorang yang mentah, tidak matan dan sampah masyarakat. Umum harus mengetahui bahawa mereka tidak hidup selamanya.Lambat laun,mereka terpaksa berundur dari medan perjuangan. Jadi,kekosongan itu akan diisi oleh golongan muda, iaitu remaja.Tetapi, jikalaulah wujudnya diskriminasi antara golongan sedia ada dengan remaja, bagaimanakah kekosongan itu akan diisi? Hasilnya, golongan remaja akan berputus asa dengan Islam dan mencari gaya hidup lain yang menyimpang. Siapa yang rugi?

  • Program Tazkirah di AKSB dan Sekitarnya. Aku sebenarnya tidak mengetahui apa hebatnya dalam tazkirahku. Kalau nak dibandingkan    dengan Ustaz Kazim Elias ataupun Ustaz Azhar Idrus,mereka ternyata lebih hebat dariku. Apapun,aku berdiri dan menyampaikan tazkirah dengan tujuan untuk menzakatkan ilmuku sebagaimana yang dianjurkan oleh Syeikh Abdul Qadir   al-Jilani. Di AKSB, saya mengendalikan slot Tazkirah Digital  dan Usrah Perdana. Tetapi,kemunculanku yang kerap   membuatkan  aku  berasa janggal dan segan.Oleh itu, aku sebenarnya bercadang untuk melatih penggantiku dan menggalakkan peajar Aspura untuk ke depan. Alhamdulillah, beberapa pemuda telah menyahut seruanku dan sudah mula untuk ke depan,  antaranya Adam Hakimee. Tahniah dan semoga Allah memberkati dirimu!!

  • Tabligh atau Tahfiz? Sebagai seorang insan yang tidak  sempurna, aku sentiasa merasakan bahawa diri ini ada terlampau banyak kelemahan. Pada tahun ini,aku merumuskan bahawa aku perlu belajar mengawal kemarahanku. Haha, ada banyak insiden yang berlaku di mana aku menengking,memarahi dan menyindir orang, terutamanya Aspuri. Astaghfirullah, semoga Allah  mengampuni dosaku. Beberapa mentorku seperi abang Arib Ismail, abang Salam, abang Faiz Salimi berulang-ulang kali menasihati diriku tetapi tetap kemarahan sukar untuk dikekang. Aku sudah berjanji dengan ibu bapaku untuk menghantar aku ke gerakan Tabligh atau Tahfiz sebagai hadiah PMR. Maksudnya, aku tidak akan meminta apa-apa jikalau aku mendapat 8A sekalipun.Tidak mengapa, material akan hancurkerana ia bersifat fana, tetapi ilmu tidak akan pernah hancur. Aku juga ingin menyertai kedua-dua gerakan ini, kerana aku ingin mencari ketenangan. Suasana di asrama dan rumah tidak begitu  sesuai untuk diriku. Aku ingin lari dari semua ini dan bergaul dengan orang-orang yang soleh. Aku sudah tidak tahan duduk di suasana bandar ini...
p.s: Haha, rasanya ini sahajalah perancanganku buat setakat ini. Moga-moga usahaku ini akan meningkatkan lagi kualiti dakwahku dan dapat menarik lebih ramai orang kepada Islam.Insya-Allah, wallahualam..