Wednesday 7 August 2013

[Tazkirah]: Tangan Siapa Yang Boleh Daku Ramas?

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Allahuakbar, Allahuakbar...Alhamdulillah, esok hari kita akan kembali kepada fitrah...Tapi, ada beberapa pesanan yang ingin ambo kongsikan, untuk diri ambo, tentunya..

Amboo faham yang sunat-sunat hari Raya, sudah diketahui oleh umum, maak ambo ingin memfokuskan lensa kepada persalaman aja. Ingat, bukan semua tangan orang yang kita boleh ramas..:)

Untuk lelaki..:)

 Untuk Muslimah..:)



Sekali lagi, Islam itu fleksibel. Apabila berdepan dengan masalah...

Situasi..

Sepupu : Eh. Ahmad! Lama tak jumpa. (menghulurkan tangan)
Kita      : Aaak...iikkk...uuukkk....
Sepupu : Humphh..Asal duduk KL, boleh cakap Inggeris, dah sombong..Tak nak salam famili..Kfine!!!

Jadi, guane?

Ada caranya. Pertama, kita gunakan cara ini...

Sepupu : Eh, Ahmad!! Lama tak jumpa (hulurkan tangan)
Kita      : Bedah, maafkan ambo. Ambo ade wudhu' ni. Belum solat Subuh lagi ini..

(ACHTUNG: Dialog di atas hanya boleh digunakan sewaktu sebelum Subuh. Jangan gunakan pada waktu tengah hari ataupun petang untuk mengelakkan kutukan tahap maksima oleh Persatuan Joyah Kampung. Sesuaikan ikut keadaan)

Kalau..?!

Sepupu : Ala..Cuti ni, kerajaan bagi air lebih..Salamlah, nanti gi amek wudhu semula..
Kita : (ambil langsir raya lalu lapikkan pada tangan) Silakan..



Tapi..??!!

Sepupu : Ala..Ala..Ala..Lawaklah Abang Jem raya-raya ni...Marilah..(berat nanang ni wehhh)
Kita  : Aaak..iiikk..uuukk *dalam kekagetan

Maka, menurut Ustaz Irwan, penceramah di Surau Taman Sutera tempoh hari, kita boleh bertaqlid kepada pendapat Mazhab Hanafi yang membolehkan bersalaman jikalau tanpa syahwat.. TETAPI DENGAN BEBERAPA SYARAT.

1. Kita dah mencuba untuk mengelak, menggunakan helah (this is not lyin', ok!!)
2. Selepas bersalaman, kita memohon ampun kepada Allah subhanahu wataala..

Ya, ada tangga dan stepnya, jangan terus skip ke step yag terakhir. Peliharalah agama kita di syawal sebagaimana cermatnya kita mengasuhnya sewaktu Ramadhan..Wassalam, selamat beramal!!!



[Isu]: Teguran Guru Pondok kepada Lelaki Bercouple






Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Taqabballahu minna waminkum, ya Karim..

Sedang-sedang melayari laman sosial, mencari maklumat terbaru tentang di Syria,Mesir di samping tersenyum sendiri membaca pesanan raya daripada kawan-kawan, ambo terbaca tentang sesuatu. Yang buatkan seluruh dunia berhenti. Membuatkan jantungku tersentap.

Tentang Cinta. Ya, cinta.

Punca kekeliruan para remaja. Madu yang digaul dengan bisa ular tedung, menjadikan ia racun yang paling manis. Ramai yang terbelit dengannya, termasuk juga ambo.

Masih lagi seorang lelaki, walaupun ambo mula membaca tentang sida-sida. Terbawa dengan tiket "masuk minang" atau "cop dahulu", ambo terpedaya dengan cinta. Tapi, Allah menyayangi ambo..Berkat kekurangan fizikal, kebanyakan "undangan" ditolak.. Wakaka..Masya-Allah, alangkah bodohnya aku biarkan diri ini dipalit rasa cinta.

Berbalik pada topik utama, ambo terbaca sebuah status update yang dihantar oleh seorang rakan yang dihormati. Mesejnya berbunyi begini..



BERITA PANAS !!!

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

Syeikh: kamu suka dia?

Fulan: ya syeikh....

Syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

Fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: bila kamu akan menikahinya?

Fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia?Kamu bukan nak menikah sekarang?Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu.Bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?Bukankah cara itu lebih suci?

Wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh  untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh punggung dan sebagainya...Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya.Tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina....Dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di Mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

Note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa 
 adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....FB,phone,Twitter,Internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda kucing jantan untuk mengawan...Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..Jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah kalau bukan LELAKI???

Lelaki yang couple dan yang bersayang-sayang dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..Tolong lah....Korang ada akal kuat..Korang tak bodoh....Korang nak memusuhi Allah dan
 rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan entah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus Nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..

Begitulah apa yang dicanangkan oleh Syeikh terbabit. Ya, bukan mudah untuk kita tinggalkan ini semua secara drastik. Tak mengapa, Allah akan memandang usaha dan niat kita walaupun kita tidak berjaya mengikis kesemuanya..Marilah bersama-sama kita mengambil momentum mujahadah Ramadhan ini untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat..:)

HAPPY EID MUBARAK..:D

Saturday 3 August 2013

[Karya]: I am Sorry, Wan..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Guys, have you been in a moment in your life, which you feel your presence is insignificant to everyone, including to your families, your peers, your love? The feeling inside is so hollow and you suddenly choked to a terrible fear: the second death..To die and forgotten..To remain insignificant..

Believe me, the feeling haunted me from the first day I was born.

The feeling that everyone detested you, flinched when see your tiny body squirming between the jocks and the perfects.
The feeling that everyone use you as a mere tool. Your friends use you whenever they need a nerd to solve their complicated essays on Biology. The girl you took fond of was toying you around, amused of your devotion towards her beauty. And, you always know that she's just jesting you around, but you simply can't resist her seduction. That hopeless feeling.
The grotesque feeling your family raised you as an investment, feeding you so you can pay them back when they are at their deathbeds.

Believe me, I experienced all stated above. The world has been damn cruel to me. But, this one person. Among the millions, she was the one. Who was never looked me as a introvert nerd, helpless boyfriend or an investment item.She's the one.

Now, picture in your mind, a women around 150 cm, with a stainless steel cane at her left hand. Her right hand was always at a very queer angle, and it never moved. And, please don't miss the details of her face; lined with age marks but still her  smile reflects such pure and genuine aura that made you want to burst into tears when seeing her smiling. She was my grandmother, which we called her Wan. And she was impaired due to a severe stroke.

The world and its population has done many sins to me. But enough of narrating their sins towards me. Now, I wan to recount to all of you my sins towards this person which changed my life. How cruel the world it is. It made me blind to the only source of love for me and when the scaffold was unbind, it took her away from me. Devastated. Annihilated. Down to the deepest abyss, I was. I am sorry, Wan....

You see, I was not born with a silver spoon in my mouth. I was the eldest, and my parents found it was very difficult to divide their commitments between raising a baby and their piles of work. So, they sent me to my grandmother, who lived in the suburbs of Ampang. I didn't blame they,tough. The world made my parents to do so.

I was educated in a Chinese kindergarden. One day, I descended from the yellow bus in front of my grandmother's house and my Wan was on a chair, probably cleaning the webs on the ceiling. She was smiling broadly, but suddenly she was in a state of imbalance and toppled from the chair. I was a small boy, horrified of the accident. I hurried to her, who seemed to be unconscious. But, I am unable to help her, no matter how I pulled her stunned hand, she wouldn't budge. I hoped I can get help faster on that day. Because I will never saw her walking like anybody else since that forsaken day. She was diagnosed of a half-body stroke. I am sorry, Wan...

At the age of 7, I was enrolled to a school. My grandmother seemed to overfeed me, as I was a "bit" plump in those days. As expected, the kids didn't love "round and cute boys" as my grandmother did. I was ostracized. The boys would kick me in the stomach or smear dirt on my shirt, without any solid excuses. I would return home with my shirt all dirty, and that was the only shirt I have. My grandmother would brushed the sands away gently with her tears streaming. I was helpless to stop the stream. How helpless I was. By letting my only love cried. I simply can't. I was scared. Of what? Of the oncoming world..I am sorry, Wan...

I survived the primary realm, and was quite relieved. Secondary school, seemed cool. New friends, new environment, new subjects, new experience. I stepped to a school in Kuala Lumpur with a broad smile. And I cursed, that day when I thought things will get better.

You know, when we were in the teenage years, and the Biology teachers said that our body would be in a state of hormonal imbalance, causing depression, anxiety and sometimes violence. Dear teacher, I think that the hormones in my body were in a state of craziness, because I experienced more than that. I was still a plump boy, and the girls would chuckle whenever they saw my round tummy, my gigantic glasses, or my baggy pants. The seniors seemed to think that I was predestined to become their slave. And, I obeyed them as my liege. The Devil was unleashed. Eager to prove that I was not a nerd, I involved in racial fights, smoking, truantcy. My dear grandmother didn't know of this, you know. But still, she can sense that violent radiance in my eyes. She would ask," Oh Along, how fast you have changed!". Then, I would bit my lips and walked away from her. I am sorry, Wan...

One day, when she delivered me to my hostel by taxi, and when I exited the cab, she took my hand, and looked me straight in my eyes. Her eyes were full of sorrow, like they were made from pools of disappointments and desolate sighs. Half whispering, she said to me," No more bickering. Focus on your study, Along". I forced my hand from her, and walked away from her. That week, I involved in two fights and smoked more cigarettes, and found my new passion to the Dunlop shoe glue. At the end of the week, she died due to heart attack and stroke. And, the last thing on world I had done to her is a scowl and a curse. I am sorry, Wan.....

Some people say, that we have only one true love in this world, and I think that I have lost mine. I swear to Allah, how I missed her warm smiles, our conversation in the night. I was scared of sleeping alone, so I will climbed to her bed and start a conversation, as I thought that ghouls were scared of my Wan's voice. And, sometimes I talked too much, and she was drowsy. Then, she would stroke my head gently until I was fall asleep and no ghouls can ever grabbed that tranquility and protections she had given to me. And, now my night was restless and agonizing..I am sorry, Wan...

There are days, she was teasing me and said,"Along, one day I would like to cradle your sons and daughters in my arm just like I cradled you from the first day you was born". Since then, I thought she was a deity, and immortal. How foolish I was. I am sorry, Wan....

She was poor. She has only a couple of shirts.But, she has one brown baju kurung, which was the only one she had in her possession. And, I would cry whenever she wore that special outfit. I once asked her, why she never ask for help from her sons and daughters, she would smile and said," I don't wan't when I am gone, they would be bickering on who should get the largest portion of the inheritance". Don't get me wrong, my uncles and aunts are good chaps, but my Wan simply can't take the risk. She could request for riches but she embraced poverty instead. Yet, she would never take herself as a beggar. She has thought me that money was not the essence. But, now..I endavoured  to find money to fund my study. I have forgotten her principles and become a materialistic person.. I am sorry, Wan...

Guys, our loved ones are humans. They did not live forever. Only Allah lives forever. Treasure the times you had with them. Embrace them. Hug them. Say to them that you love them.

I was standing beside her grave, and saw a close relatives of her was sobbing. I approached her and asked,

 "Aunty, why are you crying?".
She answered," I loved her.".
Then I said," Have you ever said to her that you love her?"
She said between her sobs," I almost said it once".

Look, before they go, say to them that you love them...I am sorry, Wan..

Friday 2 August 2013

[Diari al-Mamluk]: Perjalanan Seorang KN




Bismillahirrahmanirrahim..

Kalam ini bukan sekadar kalam madah dan rasa. Bagi setiap generasi KN, ceritanya mungkin berbeza. Tapi, aku bukannya sesiapa, melainkan seorang hambaNya. Ceritaku mungkin basi tapi ikhlas dari hati. Madah ini bukan madah ular, melainkan sebuah catatan untuk diri.

2012

Pelantikan. Di hadapan orang ramai. Dipaksa Memberi Ucapan. Paranoia Abadi.

Setelah saat itu, setelah serban Legasi itu disarungkan, maka tergalaslah di pundak ini, satu perkara yang amat berat. Berhadapan dengan persepsi negatif. Dipaksa memgang jawatan nakhoda kepada sebuah kapal yang hampir karam. Bergelut peperangan personaliti yang tak berkesudahan. It's gonna be an epic.

2013

Tirai tahun baru dikuak. Dengan semangat,ilmu dan doa daripada ulama' Kedah dan Kelantan, ku orak langkah. Dilengkapi dengan barisan Nuqaba' yang berkaliber dan pancarona, membayangkan sebuah cerita yang akan berakhir dengan warna warni kemenangan. Struktur disusun semula, dengan visi Transformasi, Reformasi dan Islamisasi, momentum kebangkitan agama di Nusantara diambil manfaat. Kumpulan Qasidah pertama di SAMURA dengan nama Dsoutul Dzouqiyyah hasil cadangan rakan seperjuangan melakar muka baru di bumi ini. Majlis Tilawah al-Quran berjaya disempurnakan dengan kesakitan minima. Program "Shhh..Hanya Untuk Lelaki" dan "Tazkirah Digital" terbukti sebagai satu medium yang baik untuk menyalurkan mesej Islami dengan santai dan diterima oleh masyarakat yang variasi latar belakang. Kemuncaknya, Malam Kesnian Islam dengan kerjasama Aqsa Syarif Johor dan artis Ilahiyat negara, Hafiz Hamidun berjaya diadakan.

Kini, masa untuk berterus terang. Kejayaan di atas bukan milikku. Ianya milik Badan Nuqaba' SAMURA.

Mereka sudah berhempas pulas dengan semangat mengembalikan momentum BADAR yang lebih sgar dan diterima ramai. Mereka sudah banyak berkorban. Sudah banyak air mata dan peluh yang ditumpahkan dengan niat yang satu, untuk membentuk generasi Islami.

Maka, ingatilah tiap muka mereka dalam hati. Segala teguran mereka itu terselit hikmah kasih sayang, untuk kebaikan bersama. Ambo selaku ketua, ambo memainkan peranan yang nominal. Masih tidak dapat keluar dari kepompong eksentrik, ambo terus tenggelam dalam pembacaan dan pencarian khazanah ilmu. Sebagai ketua, ambo sudah gagal.

Tapi, ambo tahu usaha Badan Nuqaba' yang lain tidak akan menjadi sia-sia, karna amal yang ditujukan untuk Allah, nilainya besar. Segala masa yang dibelanjakan akan dibayar dan dicatat oleh Allah sebagai sebuah amal yang akan diimbal dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Jika kita ikhlas.

Tahun ini bukanlah kemuncak dalam karier kepimpinan ambo. Ambo giat bereksperimen, mencari formula yang terbaik. Mempraktikkan beberapa prinsip yang dianjurkan ahli falsafah Barat mahupun Islam. Berbeda dari Niccolo Machiavelli yang lebih selesa menjadi pemerhati, ambo pula menawarkan diri menjadi bahan eksperimen. Maka, segala kekacauan atau kekurangan, itulah hasil trial and error pada tahun ini.

Maka, hasil daripada uji kaji ambo pada tahun ini, akan ambo tinggalkan sebuah kitab yang disusun dan diberi nama Kitabul Imamah wal Auliya' ataupun The Book of Kings and Saints. Telah ambo catat segala pembacaan, makalah dan sumber ilmu berkenaan kepimpinan dalam itu, dan ambo rekodkan juga rentetan pada tahun ini sebagai pedoman para KN tahun-tahun hadapan. Sudah terlalu lama badan ini terlena, mungkin kebangkitannya tidak berlaku pada zaman ambo, tapi mungkin pada zaman hadapan, siapa tahu.

Akhir kata, ambo meminta maaf atas segala kekurangan.:D