Saturday 17 September 2011

Perpaduan....

BIsmillahirrahmanirrahim...

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Ayat di atas menerangkan tentang betapa pentingnya perpaduan. Pada zaman jahiliyah, semua orang bermusuh-musuhan. Tetapi, Islam dtg membawa nikmat iaitu nikmat persaudaraan. Islam telah menyatukan kita seperti menyatukan manik-manik yang berbeza warna dalam satu tali. Walaupun manik itu berbeza warna, warna yang berbeza itu menambahkan lagi seri gelang itu. Seperti Islam. Islam datang mempersaudarakan semua manusia tidak kira bangsa dan warna, inilah keindahan Islam. Islam itu adalah tali yang menyambungkan kita dengan orang lain yang menganut ISlam tidak kira bangsa Afrika, Cina. Arab dan Eropah.

Maka janganlah kita bergaduh sesama sendiri. Bagaimanakah kita hendak membina sebuah rumah yang kukuh jikalau kita masing-masing berebut-rebut hendak menaikkan sebatang tiang? Akhirnya, kumpulan lain sudah siap membina rumah dan kita masih ketinggalan. Maka bekerjasamalah. Suku Arab dulu bergaduh ingin meletakkan Hajarul Aswad tetapi apabila Nabi Muhammad datang dan menjadi hakim, semuanya menjadi adil dan tidak ada pihak yang tidak perpuas hati. Maka, hendaklah kita jadikan Nabi Muhammad sebagai hakim dalam perselisihan dan pertengkaran kita dengan cara melihat dan mengamalkan sunnahnya. Kalaulah semua bersifat begitu, maka tiadalah pergaduhan.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. al-Hujurat, ayat 10.

Renungilah dan amalkanlah ayat firman di atas. Barangsiapa yang hanya merenungi tetapi tidak mengamalkan adalah orang yang buta. Manakala, orang yang menolak ayat d atas adalah orang kafir dan munafik, kerana haram menolak dan tidak mempercayai ayat al-Quran. Jelaslah ayat di atas bahawa tidak perlu ada pendamaian. Kembalilah kepada al-Quran dan Kitab Sunnah. BUkankah Nabi telah mengingatkan? Nabi bersabda, Barangsiapa yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnahku, dia tidak akan sesat selamanya. Maka, mereka yang bergaduh itu telah menyimpang kerana tidak amalkan al-Quran dan Sunnah. Apabila kita tersalah jalan, kita akan pusing kembali. Maka, apabila kita sudah bergaduh, carilah jawapan dalam al-Quran dan Sunnah dan berpatahlah bali dari jalan syaitan yang kamu ikutkan tadi. Bukankah itu lebih baik? Mana lebih baik, satu perselisihan yang membawa kepada kebencian atau perdamaian yang membawa untung kepada semua orang?

Kesimpulannya, apabila kita ada perselisihan kebalilah kepada al-Quran dan Sunnah. Ini adalah satu peringatan buat diriku dan mungkin kepada anda semua. Mungkin kerana kita tidak mengamalkan al-Quran dan al-Sunnahlah kit a bergaduh sehingga begini. Apa kata kita selak kembali helaian al-Quran dan al-Sunnah untuk mencari jwapan? Tidak kiralah menang atau tidak, yang penting kita mendapatkan jawapan yang sebenar. Adalah lebih baik untuk kita salah pada hari ini dan dibetulkan oleh sahabat kita daripada kita berbuat salah lalutidak mengakui kesalahan dan akibatnya kita terus tinggal dalam kegelapan...

Thursday 15 September 2011

Sedikit Sebanyak Tentang JIn....

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin minggu ini saya hanya akan memberi panduan tentang jin, karna atas sebab-sebab tertentu. Jadi,pada kali ini saya akan berkongsikan tentang makhluk ini. Maklumat ini diekstrak dari buku Berdialog Dengan Jin: Diari Seorang Perawat karya Ustaz Abdul Majid Hassan. Semoga berguna!!!

PUNCA-PUNCA GANGGUAN JIN
  • Jin mencintai manusia tersebut. Ini adalah kes jin asyik. 
  • Manusia  menyakiti mereka, dengan cara seperti  mencurah air panas ke atas kediaman mereka atau kencing diatasnya
  • JIn sengaja menzalimi manusia dan tidak akan berlaku kecuali ketika manusia tersebut dalam empat keadaan. Pertama, ketika manusia tersebut dikuasai perasaan marah. Kedua, ketika seseorang itu terlalu takutkan sesuatu. Ketiga, ketika seseorang terlalu leka dalam ibadat. Dan keempat, ketika manusia itu lalai dalam mengingati Allah. Maka, kita wajib mengelakkan berada dalam empat keadaan ini agar tidak terkena musibah. Banyakkanlah mengingati Allah!!
  • Mensyirikkan Allah
  • Melakukan pelbagai maksiat
  • Diganggu sihir
  • Lemah pegangan agama
  • Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan dalam kediaman
  • Terdapat loceng dalam rumah
Jadi, kalau diperhatikan, semua punca-punca di atas adalah disebabkan kelalaian diri kita sendiri. Maka, bertaubatlah kepada Allah. Insafilah dirimu...

JENIS GANGGUAN JIN

GANGGUAN PENUH
bererti jin tersebut telah mengusai pusat fikiran seseorang,iaitu otak.Maka, manusia  yang terkena gangguan penuh akan menuruti apa yang dikehendaki oleh jin tersebut kerana telah dikuasai.
GANGGUAN BERJUZUK
Keadaan di mana jin menguasai sebahagian juzuk-juzuk di badan manusia.
GANGGUAN KEKAL
GANGGUAN IMBASAN
gangguan ringan dan mudah dirawat dengan zikir-zikir


Wallahualam....

Amalan Benteng Diri mengikut al-Quran dan al-Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim...

Memandangkan baru-baru ini, berlakunya kejadian yang tidak diingini, maka saya ingin berkongsi ilmu tentang cara membentengkan diri. Perlu diketahui bahawa musuh yang kita lawan ini bukan dapat diatasi dengan kekuatan dan kepandaian fizikal, kerana sifat mereka adalah ghaib dan tidak berjisim. Maka, satu-satu cara untuk melawan mereka hanyalah dengan kekuatan Allah subhanahuwataala. Allah telah menurunkan al-Quran yang terkandung dalamnya ayat-ayat yang berfungsi untuk menangkis serangan makhluk terkutuk ini. Dan, malahan Nabi kita mengajarkan kepada kita doa dan amalan harian yang berguna membentengkan diri dari semua serangan makhluk ini.

Sebelum itu, perlu saya tekankan di sini, jikalaulah kita mengamalkan amalan-amalan ini tetapi kita tidak memahami maksudnya ataupun tidak mempercayai kemujarabannya, maka tidaklah ia berguna. Ayat ini harus dipraktikkan dengan keimanan, keikhlasan dan kepasrahan yang tinggi. Jikalau kita mengamalkan amalan ini namun tidak mempercayai khasiatnya, maka tiada apa yang berlaku. Maka, berimanlah dengan Allah iaitu percayalah kepada Allah dengan sempurna dan percayalah segala janjinya dan percayalah bahawa setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah.

Tetapi, untuk memohon pertolongan Allah, kita terlebih dahulu wajib menginsafkan diri kita. Segala gangguan yang berlaku berlaku kerana ujian Allah kepada kita. Ujian itu adalah panggilan pulang dari Allah agar anda semua kembali kepada jalannya. Allah menimpakan sesuatu ujian kepada hambanya agar hambaNya mengetahui bahawa Dia Maha Berkuasa. Maka, kembalilah kepada jalan Allah. Apa guna jikalau anda mengamalkan semua yang saya kongsikan, tetapi anda tidak bersolat, dan tidak menutup aurat? Maka, saya nasihatkan, bertaubatlah agar hatimu menjadi bersih kembali dan kembali bercahaya dan ketahuilah sayitan itu kegelapan, dan kegelapan tidak dapat menembusi cahaya.

Buku yang saya rujuk adalah buku 70 Amalan Membentengkan Diri daripada Manusia dan Jin karya Ustaz Sharhan Syafie, anak murid Ustaz Wahid Salam Bali. Buku kedua, adalah Jin: Hakikat dan Pengubatan karya Ustaz Ismail Kamus. Buku Ketiga, Berdialog Dengan JIn: Dialog Seorang Perawat karya Ustaz Abdul majid Hassan. jadi, ketiga-tiga buku ini adalah hasil karangan ulama yang muktabar dan amalan yang diberi jauh dari khurafat dan syirik kerana ketiga-tiga ulama ini merujuk sepenuhnya kepada al-Quran dan al-Sunnah. Selamat beramal dan Semoga Allah menolongmu!!!


  • Bacalah Surah al-Falak kerana surah itu adalah benteng dari segala kejahatan. Bacalah dan hafallah makna surah ini kerana ia mengandugi doa melindungi diri daripada sihir dan syaitan.
  • Bacalah istiazah kerana ia adalah benteng dari segala kejahatan yang ada. Seelok-eloknya bacalah istiazah yang terdapat di al-Mathurat.
  • Doa pembenteng. Doa ini selalu dibaca oleh saya apabila saya berqiamullail. Setakat ini, tak sempat lagi untuk membacakan di khalayak umum kerana doanya panjang. Jika siapa yang meninginkan dia ini, boleh minta kepada saya. (Blogger tidak dilengkapi dengan software menulis jawi.
  • Bacalah al-Mathurat. Ini adalah cadangan yang dicadangkan oleh ketiga-tiga ulama tersebut. Kebanyakan doa dalam al-Mathurat adalah berkenaan melindungi diri daripada sifat-sifat mazmumah dan syaitan. Seelok-eloknya baca sebelum atau selepas Subuh dan selepas Maghrib.
  • Baca selalu 2 ayat terakhir dari Surah al-Baqarah kerana menurut Hadith, membaca ayat-ayat tersebut melindungi diri daripada semua perkara yang dibenci.(riawayat Bukhari dan Muslim)
  • Bacalah Surah l-Baqarah,ayat 246, Surah Ali Imran, ayat 181, Surah an-Nisa', ayat 77, Surah al-Maidah, ayat 27 dan Surah al-Ra'du,ayat 16. Menurut Ibnu Masud r.a., ayat ini dibaca oleh Nabi ketika bermusafir dan perang. Ertinya, ayat-ayat ini melindungi diri daripada perkara yang dibenci. Ulama menyenaraikan fadhiltnya, iaitu tiap ayat-ayat tersebut mempunyai huruf Qaf dan berguna menjadi pelindung diri daripada kejahatan jin dan manusia.
Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Amalkan selalu amalan-amalan muktabar ini dan jangan tinggalkan ibadat wajib. Insya-Allah, jika disertai dengan kepasrahan kepada Allah, amalan ini akan menjadi benteng daripada kejahatan syaitan.Wallahualam...

al-Mamluk al-Qasir:

Walau pada mulanya saya keberatan untuk masuk campur perkara ini, tetapi rasa kasihan saya masih ada. Semoga Allah mengampuni saya apabila saya berkata sedemikian. Saya mengambil keputusan untuk turut membantu walaupun tidaklah sehandal mana. Insya-Allah, saya akan mendalami ilmu ini dengan lebih dalam lagi, demi kebaikan kita semua. Ya Allah, bantulah kami..Amin..Wassalam


Sedutan Buku: Give and Take: Antara Hamba dan Pencipta

Bismillahirrahmanirrahim...

EPILOG:
Hari yang ditunggu tiba. Rumah sudah memanggil, walaupun hati ini tak rela untuk meninggalkan asrama tercinta. Tapi, apakan daya, gara-gara sikap sesetengah ibu bapa yang mendesak untuk memanggil  Tingkatan 3 pulang, seminar terpaksa dibatalkan. Aduh, payahnya zaman sekarang!! Nak jadikan anak mereka pandai pun menjadi masalah.. Oleh itu, kami Aspura hanya mampu menggeram dan merunggut apabila seminar dibatalkan. Tapi, apapun setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Di bawah sinaran matahari yang terik, ku bertolak ke Jusco Maluri. Tapi, Alhamdulillah, abang kasi tumpang motor. Semoga Allah merahmatimu!!! Kemudian, singgah ke MPH, my favourite!!!!(ala-ala Usop Wilcha). Setengah jam kemudian, sebanyak RM55.90 habis, membeli buku-buku. Antara buku yang dibeli adalah buku Kembali Kepada Allah karya Dr. Aidh Abdullah al-Qarni, GIVE and TAKE: Antara Hamba dan Pencipta karya Nurulain Ahmad dan Cara Terindah Untuk Mati.

Buku yang saya ingin memberikan sedutan adalah buku GIVE AND TAKE: Antara Hamba dan Pencipta karya Nurulain Ahmad. Keistimewaan buku ini adalah buku ini amat murah harganya iaitu, hanya RM9.00. Jauh lebih murah dari sekotak rokok. Keistimewaan kedua adalah penulis buku ini, Nurulain Ahmad, hanyalah seorang penuntut universiti, tapi gaya penulisannya amat hebat. Mudah dan jauh menyusup dalam hati.
Buku ini dibahagi kepada empat bahagian, iaitu;
  • Bahgian pertama menjelaskan Apakah tujuan kita hidup di dunia ini. Dan, siapakah diri kita sebenarnya? Bahagian ini menerangkan dengan cara dan bahasa yang paling mudah untuk menerangkan tentang hakikat diri kita. Konklusinya, TERBAEK!!!
  • Bahagian kedua, penulis menerangkan tentang pengamalan Islam yang sebenar secara detail. Antaranya, cuba kita renungi, adakah solat yang selama ini ditunaikan, dibuat secara beban dan terpaksa dan adakah selama ini solat hanya sebahagian dari ritual yang tidak difahami? Jadi, penulis akan menerangkan apa sebenarnya Islam..
  • Bahagian ketiga,penulis akan menerangkan tentang peperangan kita menentang anasir-anasir luar. Segala cabaran dan halangan ini akan dijelaskan dalam bahagian ini.
  • Bahgian keempat, pembaca akan didahkan mengapa sebenarnya kita kena kembali kepada Allah. Jadi untuk menemui jawapan kepada soalan ini, bacalah buku ini!!!
Apapun, buku ini amat sesuai untuk golongan remaja kerana bahasanya yang ringkas dan mudah difahami. Buku ini tidak menggunakan perumpamaan yang susah difahami, sebaliknya menggunakan analogi yang mudah difahami. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh golongan-golongan dibawah, jadi jika anda termasuk dalam kalangan mereka, bacalah buku ini...
  • Golongan remaja yang mencari-cari erti kehidupan
  • Warga kota yang yang sibuk dengan kerjaya dan kini mencari jalan pulang
  • Mereka yang dulunya berperangai buruk, dan kini ingin bertaubat
  • Seluruh Muslimin dan Muslimat..Anda semua perlukan ilmu dalam buku ini, demi mencari makna hakiki kehidupan ini. Dibimbangi kita hanya Islam pada nama sahaja, maka apabila berjumpa dengan Allah, kita ditempatkan bersama orang-orang yang hina.Nauzubillah..
al-Mamluk al-Qasir:

Haha, walaupun lagi tiga minggu nak PMR tetapi tetap ku luangkan masa untuk mempelajari agama walaupun menghadapi tentangan keras dari ibubapaku. Bagiku, PMR atau tidak, aku akan terus membaca buku agama, kerana aku tidak mahu tersesat lagi. Aku rindukan Allah, dan aku perlukan ilmu yang tinggi agar Allah menjawab panggilan rinduku. Lagipun, apabila aku membaca buku ni, bolehlah melepasakan tekanan kerana gagal menyembuhkan seorang mangsa di asrama. Kegagalanku itu masih menghantuiku, dan lebih menguatkan azamku untuk menuntut ilmu lagi..Sekian,,, wassalam..

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA, DAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA SAUDARA KITA DI PALESTIN YANG SEKARANG BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN..AMIN, YA ALLAH!!!

Saturday 3 September 2011

Rahsia Membentuk Pengaruh..


Bismillahirrahmanirrahim..



Memandangkan masa begitu suntuk pada hari ini, saya akan hanya berkongsi tips-tips untuk membina dan mengekalkan pengaruh. Tips ini saya kongsikan agar kita, sebagai umat Islam menjadi berpengaruh di kalangan manusia. Bukan membawa pengaruh negatif, sebaliknya pengaruh positif. Bagi saya, umat Islam harus mempelajari tips-tips ini kerana kita sudah ketinggalan dari segi pengaru. Dulunya, umat Islam menakluki sepertiga dunia dan kebudayaan Islam diamalkan seluruh pelosok dunia, dari Andalusia ke Khurasan, panji Islam megah berdiri.

Tetapi, disebabkan kecuaian dan kealpaan kita, umat Islam menjadi mundur kembali, setelah 1300 tahun berdiri megah di panggung dunia. Umat lain, iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani mengambil tampuk pemerintahan dunia setelah menggulingkan khalifah yang terakhir. Mereka menjadi berpengaruh kerana kewangan dan ekonomi mereka yang begitu kukuh. Di samping itu, mereka sering digambarkan menjadi penyelamat dunia, sedangkan merekalah yang mencetus segala penderitaan kemudian berpura-pura menyelamatkan dunia. Rahsia mereka adalah PENGARUH dan DUIT. Umat Islam kehilangan kedua-duanya sekarang ini.

Setahu saya, jarang ada pemimpin Islam yang berpengaruh pada zaman ini. Jikalau adapun, mereka sudah dicemari maruah mereka ataupun dibunuh. Antara pemimpin Islam yang berpengaruh adalah Osama bin Laden dan Dr Mahathir Mohamad. Mereka inilah yang dilihat paling berpengaruh pada alaf moden ini. Osama digeruni kerana ketegasannya menundukkan kuffar dan Dr Mahathir  dihormati dan disegani kerana kelantangan dan keberanian beliau menyelar kuffar. Tetapi, mereka kini sedang merudum. Umat Islam perlukan Salahudin al-Ayubi yang baru!!

Dan, setahu saya kebanyakan negara Dunia Ketiga adalah negara Islam, terutamanya di bahagian Afrika. Keadaan mereka begitu melarat, lihatlah Somalia. Tetapi, siapakah yang pertama menghulurkan bantuan? Barat!! Amat memalukan bagi kita sebagai saudara seagama tetapi berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa. Kesimpulannya, setiap umat Islam harus membina pengaruh agar Islam kembali megah di muka dunia. Ini adalah antara tips-tips yang saya ekstrak dari buku "30 Strategi Membina dan Mengekalkan Pengaruh". Semoga ini dapat membantu!!

TIPS-TIPS MEMBINA DAN MENGEKALKAN PENGARUH!!!

·         Membantu ketua mereka menyelesaikan masalah
·         Menghormati hak dan bidang kuasa ketua mereka
·          Tidak mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberikan
·         Menjadi pendorong kepada orang lain
·         Memimpin melalui teladan
·         Hasil yang kecil tetapi konsisten dapat mengubah sudut pandang orang lain.
·         Pengaruh datang apabila kita bersedia mengambil peluang
·         Bersedia pada jangkaan yang rendah daripada orang lain
·         Pengaruh datang dengan sikap yang jelas hendak mencapai sesuatu
·         Pengaruh memerlukan peluang. Ciptalah peluang kemudian berikan peluang
·         Orang berpengaruh tahu amanah sentiasa mengikat hati
·         Orang berpengaruh , pengalaman mencipta pengaruh
·         Orang berpengaruh menjadikan kejujuran resipi magnet diri
·         Orang berpengaruh bersedia menjadi berbeza dan mencipta perubahan konsisten
·         Bakat yang dipupuk secara konsisten dapat mengubah hidup orang lain
·         Orang berpengaruh tahu minat memberi gambaran karakter individu
·         Hobi membawa bersama bentuk kemahiran dan nilai pemikiran seseorang
·         Hentikan membanding-bandingkan diri dengan menggunakan bandingan yang merosakkan
·         Jenaka yang tidak terkawal adalah pembunuh pengaruh secara senyap
·         Berlembut, terangkan dan tunjuk cara terbaik
·         Timbulkan persoalan dan berikan pandangan
·         Luahkan sikap ambil berat dengan kasih sayang
·         Doakan yang terbaik kepada individu yang berkonfrontasi
·         Cari soft spot dalam individu
·         Bina hubungan baik dengan individu yang lebih  berpengaruh
·         Sentuh hati mereka sebelum menggapai tangan mereka
·         Pembaikan karakter secara langsung akan menguatkan kuasa tarikan yang lebih kukuh
·         Tidak menjadikan tarikan dirinya menenggelamkan mentornya hingga menjadi punca destruktif antara murid dan guru
·         Berikan alternatif yang mengurangkan risiko dan menguntungkan
·         Berkata ya dan realisasi cadangan yang lebih baik
·         Bersedia akur apabila ia datang daripada autoriti yang mutlak
·         Umur adalah simbol pengalaman dan pencetus hormat orang muda selagi diurus dengan bijaksana
·         Kekuatan dalam dirinya datang dari pendorong yang mempunyai peranan penting dalam hidupnya
·         Budaya memberi salam menjadi laluan kerjasama lebih baik
·         Teknik tuduh-menuduh membunuh pengaruh secara total
·         Pujian memberi tenaga dan dorongan kepada orang yang menerimanya.
·         Berbuat sesuatu dengan tujuan yang diketahui
·         Idea-idea lebih mudah diterima apabila disampaikan kepada orang yang lebih berpengaruh daripadanya
·         Manipulasibakat dan pengaruh secara negatif akan memberikan ganjaran jangka pendek dan menjadikan diri tersepit tanpa penyelesaian
·         Mencari persamaan adalah langkah pentingbagi mendapatkan kerjasama dan komitmen orang lain. Persamaan menjadikan diri lebih dipercayaidan rasa selesa mudah timbul
·         Bersegera dalam menghargai sumbangan orang lain bagi mengekalkan momentum sedia ada
·         Memohon maaf kepada seseorang dengan mengakui kesalahan, bersa kesal, dan mengubah tingkah laku
·         Mengemaskini niat membina pengaruh dari semasa ke semasa


*al-Mamluk al-Qasir: Semoga tips-tips ini membantu kita menjadi mujahid dan mujahidah moden pada zaman ini!!! :)

Diari Seorang Dai'e

BIsmillahirrahmanirrahim...

Kepada Diari yang dikasihi,


Tahun 2011 ini ku mulakan dengan azam baru dan semangat baru. Abang2 dan Kakak2 yang menjadi fasilitator telah meniupkan semangat kepadaku agar ke depan, menyampaikan ilmu. Sebelum ini, tidak pernah aku bertazkirah kepada semua orang. Maklumlah, zaman itu adalah zaman gelap. Zaman huru-hara dan siapa yang paling jahat, dia yang paling kuat. Tapi, tahun 2011 amat berbeza. Seorang mujahid agung, senior yang dihormati, pemimpin yang disayangi, rakan yang dihargai, lawan yang digeruni telah memegan tampuk pemerintahan asrama. Ya, beliau adalah Abang Arib Ismail. Seorang amirul mukminin yang wajib dipatuhi. Beliau telah menggalakkan aku untuk ke depan. Dan, beliau mengagumkan diriku dengan ideanya yang berpaksikan Ihya Ulumiddin...Beliau juga disokong dengan kabinet yang kuat dan beraliran Islam..Alhamdulillah, sinar Islam sudah mula kelihatan..

Kepada Diari,

Agaknya mulutku terlalu lancang berbicara dihadapan. Ramai manusia telah bangkit menentangku. Apakah salahku? Aku menyampaikan seruan Islam, tetapi mengapa aku ditentang? Kadang-kala kesabaranku tercabar, hingga berhamburan kata-kata keras. Ini episod gelap dalm hidupku. Aku menjadi stres, dan masalah ini mengambil kewarasanku. Aku menjadi seorang yang cepat pelupa dan cepat sedih. Ini adalah akibat daripada stres yang melampau. Ramai orang mencadangkan kepadaku untuk berhenti. Tetapi, aku terfikir,"Takkanlah ini pengakhirannya? Bukankah Allah menjanjikan kemenangan Islam?". Maka, aku meneruskan perjuanganku. Haha..walaupun aku seorang lelaki, tetapi kadang-kala cubaan ini membuatkan aku terduduk.

Kepada Diari,

Keadaan menjadi genting. Kami ditentang habis-habisan. Pemberontak menguasai segala-galanya. Adakah ini pengakhirannya? Tidak!!! Aku akan teruskan, walaupun namaku dikutuk. Ya, aku akan menjadikan asrama ini sebuah Asrama Islamiah sebelum aku pergi meninggalkan asrama ini. Aku meneruskan perjuangan, walaupun aku begitu sayu melihat Amirul Mukminin dibom habis-habisan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka. Ini tak boleh jadi!! Kami harus memikirkan jalan yang lebih baik, untuk mengubah mereka..Maka, Amirul Mukminin pun mencadangkan agar menggunakan teknologi untuk berdakwah..Ya, dengan memaparkan video!!!

Haha,, program yang terbaik adalah "Bermalam di Barzakh". Program ini adalah kad terakhir kami untuk mengubah asrama ini. Tetapi, Alhamdulillah kami mendapat kerjasama yang baik dari abang2 Form 5..Terima Kasih!! Moga Allah merahmati anda...

Kepada Diari,

Perkataan yang paling indah dan pemandangan yang paling indah. Aku mendengar dan melihat perubahan mereka. Alhamdulillah, ya Allah!! Kau telah menjawab doaku....Aku sudah nampak perubahan sesetengah dari mereka...Alhamdulillah, aku tidak pernah lupa berdoa untuk mereka yang sudah berubah ini..Semoga doaku dijawab Allah, dan meneguhkan lagi iman mereka...Aku tidak dapat menipu, bahwa masih ada yang berkeras hati. Apakan daya, pintu hidayah tidak akan terbuka jikalau kita tidak membukanya. Kami boleh berusaha segigih manapun, tapi jikalau mereka tidak mahu, maka kekallah mereka dalam keadaan itu. Apabila mereka tidak inginkan kerahmatan Allah, maka Allah pun semakin jauh dari mereka. Nauzubillah..Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kami semua...Keadaan makin surut, alhamdulillah..

Kepada Diari,

Sudah tiba bulan Ramadhan. Aku tidak menumpukan perhatian lagi kepada asrama, kerana waktu ini adalah "Waktu Hudna" ataupun waktu genjatan senjata. Maka, aku mengalih perhatian kepada sekolahku. Alhamdulillah, sekolahku amat menitikberatkan program kerohanian dalam bulan Ramadhan. Malahan, pihak sekolah mewajibkan pemakaian tudung!!! Syabas, SBS!!! Malahan, sehari di SBS semasa bulan Ramadhan seperti berada di sebuah madrasah di Yaman...Masya-Allah,, Tahniah kepada semua warga SBS,,,Alhamdulillahirabbil alamin....

Antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah program tazkirah. Aku fikir ini adalah peluang keemasan untuk aku melebarkan medan dakwahku. Waktu hendak memberi tazkirah, amat gementar..Tapi, Alhamdulillah, diberi kemudahan oleh Allah untuk menyampaikan tazkirah tersebut. Ini bukanlah kemenangan buatku, sebaliknya kemenangan buat Islam..ALLAHUAKBAR!!!

Kepada Diari,

Sudah tamat bulan Ramadhan. Sayu rasanya meninggalkan bulan Ramadhan. Perancangan masa depan tidak ku rancang lagi. Aku harapkan apabila tamat cuti, segala-galanya menjadi lebih baik. Aku harap semua warga SBS mengekalkan pemakaian tudung dan tidak lagi Islam  hanya pada bulan Ramadhan...Waktu PMR makin dekat, maka aku tidak akan melibatkan diri sangat...Walaupun kedengaran seperti mementingkan diri, tetapi aku harus memikirkan tentang diriku juga..Lagipun, ramai lagi yang berkebolehan di asrama, cuma mereka malu-malu kucing saja...

Kepada Diari,

Hari semalam adalah sejarah. Waktu sekarang adalah hadiah. Dan, hari esok adalah misteri. Inilah kata-kata yang diucapkan oleh Master Oogway kepada Po dalam cerita Kungfu Panda. Betul juga kata-kata kura-kura tersebut. Waktu lalu adalah sejarah dan untuk sentiasa diambil iktibar agar tidak berulang lagi. Waktu sekarang adalah hadiah, jadi kita kena hargainya...Dan, waktu masa depan adalah misteri. Oleh itu, kita harus merancang dengan baik masa depan kita..Wassalam..


*p.s: Insya-Allah..segala-galanya akan bertukar lebih baik..Aku sentiasa doakan yang terbaik buat semua..aku harapkan mereka akan terus istiqamah walaupun aku akan pergi...

Islam di bawah Mata Pedang? (bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Untuk perbahasan selanjutnya tentang perkara ini, saya tampilkan siri ceramah Dr. Asri Zainul abidin yang membicarakan tentang jihad..Saya sengaja berbuat begini agar pembaca tidak kebosanan...

Part 1: Hadith Nabi



Part 2: Islam dan Peperangan


Part 3: BONUS: Serangan Pemikiran Kuasa-kuasa Besar


Baiklah, diharapnya, video-video ini dapat menjelaskan bahawa Islam tidak disebarkan melalui peperangan semata-mata. Peperangan yang tercetus melibatkan Islam malahan membawa rahmat....Hayatilah..Sekian, wassalam..

*p.s: Tahniah, sbb berjaya habiskan kedua-dua bahagian ini..Semoga ilmu yng diperoleh menrangkan hati dan meningkatkan kecintaan kepada Islam...