Saturday 9 June 2012

[Dakwah Islamiah]: Projek Deedat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak 

yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan 


(mengembangkan Islam), dan menyuruh 


berbuat segala perkara yang baik, serta 


melarang daripada segala yang salah (buruk 


dan keji). Dan mer



eka yang bersifat demikian ialah orang-orang 


yang berjaya.Ali Imran-104

Bersempena dengan penggal kedua tahun 2012 ini, maka ambe merancang sebuah projek yang dinamakan "Projek Deedat" sebgai satu modul tindakan untuk perkembangan dakwah di AKSB. Memandangkan, rakan-rakan di AKSB sudah menjamin kepada ambe, bahawa mereka tidak memerlukan ambe lagi, jadi ambe boleh fokus kepada perkembangan dakwah di sana..

Ringkasnya, gerakan modul untuk kali ini dinamakan sebagai "Projek Deedat" sebagai satu usaha untuk meneruskan legasi perjuangan Ahmed Deedat , seorang pendakwah yang amat hebat, mengembara di dunia untuk membuktikan bahawa agama Kristian adalah agama yang tidak benar dan agama inilah yang benar.


Malangnya, beliau sudah meninggal pada tahun 2005, dan ikon perbandingan agama di dunia Islam kini ialah Dr Zakir Naik. Tetapi, di negara ini peluru dakyah Kristian amat bertalu-talu, di mana melalui Laporan HIMPUN yang ambe baca, permohononan untuk murtad di negeri Selangor amat tinggi. Ditambah lagi dengan konsep palsu Kristian yang bertemakan love dan brotherhood, umat Islam kini berada dalam bahaya. Kemunculan gerakan riddah yang giat menyebarkan propaganda untuk memurtadkan orang Islam seperti Benjamin Stephen. Maka, gerakan Deedat ini diharapnya dapat membantu sedikit sebanyak dalam menangkis deruan dakyah dalam kalangan pelajar.


Indikator dalam "Projek Deedat" yang lain ialah,




  • Memberi pencerahan tentang Thariqah Islamiah yang hakiki dan sahih. Ini termasuk dalam menangkis penyebaran hadis palsu dalam kalangan umat Islam, antaranya ialah Hadith Rejab Bulan Allah. Cara untuk menangkis ialah beri sedikit penerangan berkenaan disiplin hadith (Mustalah al-Hadith) dan menyeru kepada orang ramai untuk berhenti menyebarkan hadith yang tidak diketahui statusnya. 
  • Menggunakan bahan cetak dan alat multimedia. Alhamdulillah, simpanan duit ambe membolehkan ambe untuk membeli sebuah thumbdrive dan alat tersebut digunakan untuk menyimpan video-video kuliah agama seperti Ustaz Azhar Idrus dan yang lain. Alat multimedia seperti video lebih berkesan dan menarik minat orang ramai. Modul yang dicetak pada kali ini ialah "Perisai Menentang Makhluk Halus" oleh Ustaz Abdul Majid Hassan (berguna untuk situasi tertentu), "Kompilasi Hujah Menentang Dakyah Kristian" dan "Combat Kit: Persediaan Menghadapi Mubaligh Kristian" oleh Ahmed Deedat.
  • Menangkis dan memberi penerangan tentang dakyah Kristian. Buku seperti "The Choice" karangan Ahmed Deedat akan digunakan untuk mendedahkan kebejatan dan kepincangan asas agama Kristian justeru dapat meneguhkan kepercayaan dan ketetapan hati dalam agama ini.
  • Membawa bahan bacaan yang berguna. Pada kali ini, ambe mengambil risiko untuk membawa lebih banyak bahan bacaan. Mengapa berisiko? Ambe pernah bawa beberapa buku, namun hanya beberapa sahaja yang dapat dijejaki lokasi ia berada. Insya-Allah, ambe membawa beberapa buku dalma bidang Hadith, Sejarah dan Tasawuf untuk bacaan.
  • Menelaah kembali buku-buku. Manusia diciptakan pelupa, maka ambe akan berusaha untuk membaca kembali buku-buku untuk menyematkan lagi maklumat terkandung dalam buku-buku tersebut. Di samping itu, ada beberapa buku baru yang belum dihabiskan antaranya "Hakikat Kehidupan Duniawi" karangan Harun Yahya dan "Insan Kamil" oleh Abdul Karim al-Jili (diberi oleh Syeikh Ali Bashah).
Jadi, di samping belajar di SAMURA, ambe ingin menyumbangkan barang sedikit dalam perkembangan dakwah Islamiah. 

"Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan Hati, tetapkanlah hati kami dalam agamamu dan dalam mentaati dan menjalan suruhan agamamu. Amin"

Tuesday 5 June 2012

[Sedutan Buku]: Teori Konspirasi: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Penulis misteri, Ibnuyaacob sudah menerbitkan bukunya yang kedua!! Bertajuk Teori Konspirasi: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal. Apa yang membedakan sang penulis buku ini berbanding dengan penulis teori konspirasi yang lain?Bezanya, beliau mengemukakan hadith dan syarah oleh ulama-ulama tanpa memberi pendapatnya sendiri dalam menyijing teorinya. Ertinya, dia hanya menggunakan bukti yang ada dan membentuk jalan yang lebih jelas dalam dunia gelap Rothschild. Amat mengagumkan, ambe menjangka penulis ini mesti seorang yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi di samping pengetahuan mendalamnya berkenaan teori konspirasi.


BUKU INI IALAH BUKU KEDUA?



Ya, buku ini merupakan buku kedua tulisan ibnuyaacob, buku pertama beliau diberi tajuk Rahsia Simbol Yahudi dan amat laris di pasaran. Di samping dilengkapi dengan grafik yang menarik, beliau menggunakan pendekatan secara Islamik dalam menerangkan teori konspirasi ini. BUku keuda beliau kini berjudul Teori Konspirasi: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal.

APAKAH SIGNIFIKAN BUKU INI?

Ambe ingat lagi, kali pertama ambe memberikan tazkirah kepada kumpulan kecil yang pertama ialah berkenaan dengan ini. Dan lama kelamaan, orang ramai meminati topik ini dan perbincangan secara  visual telah dijalankan. Tetapi, tahun lepas, seorang guru ambe mengkritiki kebiasaan ambe membentangkan teori ini, mungkin padanya topik ini tidak berguna dan tidak penting.



Tapi, ambe percaya, ini juga ialah ilmu Allah dan juga termasuk dalam ilmu yang menimbulkan rasa takut pada hari kiamat, Dalam Islam, banyak ayat al-Quran dan hadith yang banyak menggambarkan peristiwa menjelang kiamat. Bagi,, orang lain, sesetengah ayat dan hadith ini kelihatan mengarut dan tidak releven. Tetapi, apabila teori ini diperkembangkan dan terbukti satu persatu hadith dan ayat Quran menjadi kenyataan. Maka, orang islam akan bertambah mantap dan yakin imannya apabila melihat semua yang diturunkan dan dijadikan pegangan dalam Islam benar belaka,


Sahabat dan mentor ambe, Faiz Salimi menambah hujah. Katanya, apabila kita mnelaah bahan sebegini, maka kita akan menyedari betapa perlunya kehidupan beragama. Jutaan manusia di luar sana telah diperalatkan Iblis dan Dajjal dan terpaksa menjadi hamba abdi mereka. Maka, tersingkirlah mereka dari golongan orang yang beriman.


APAKAH ISI BUKU INI?

Berbanding dengan buku sebelumnya, penulis menfokuskan peranan keluarga Rothschild dalam menguasai dunia. Dari sebuah keluarga Yahudi yang miskin, kini boleh dikatakan seluruh bank dan negara berada dalam pegangan mereka. Bagaimanakah mereka menguasai dunia?Sila bawa RM25.00 ke kedai buku yang terdekat..:D

BONUS:


Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang memasang niat nak pergi kedai buku, cubalah untuk membawa buku lebih, untuk beli buku Fardhu Ain. Kitab-kitab seperti al-Azkar, Bulughul Maram dan Buku soal Jawab Ustaz Azhar Idrus boleh membantu dalam pengukuhan fardhu ain anda.


Dan, jangan lupa untuk membeli Majalah al-Ustaz. Ambe dah baca, isinya amat mantap, dan ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru yang terkenal menjadi panel penulisnya. Jangan terlepas!! Sekian, wassalam..


*p.s: Remaja zaman kini amat memerlukan bacaan yang memberi manfaat. Bahan bacaan picisan yang lagha seperti majalah gosip dan artis hanya merentungkan duit anda. Ingat, anda akan dipertanggungjawabkan atas tiap ringgit yang dibelanjakan di Hari  Kiamat Nanti..

Monday 4 June 2012

[Sedutan Filem]: Gladiator



Bismillahirrahmanirrahim..


Ambe sebenarnya bukanlah kaki wayang, jauh sekali meminati plot-plot cerekarama yang klise, tapi ambe cenderung melihat cerita yang berkisarka sejarah, perang dan biografi tokoh-tokoh terdahulu. Kebiasannya, filem begini pandai bermain dengan emosi para penonton, ada yang membuatkan kami begitu bersemangat dan ada juga babak yang membuatkan menangis.


Antara filem yang memiliki genre menarik ini ialah The Message, Lion of The Dessert, Robin Hood, King Arthur, Kingdom of Heaven dan Gladiator.


Hari ini, ambe ingin memfokuskan berkenaan cerita Gladiator. Dari kecil, ambe meminati cerita ini kerana mempunyai elemen-elemen yang jarang didapati dalam filem tempatan. Antaranya, ciri kepahlawanan (pahlawan mereka berjuang untuk Rom, bukan kerana balas dendam, klise filem tempatan), kesetiaan (kesetiaan pahlawan kepada negara, bukan cerita curang, kahwin tiga, klise filem tempatan) dan banyak lagi.


Ini serba sedikit berkenaan cerita tersebut:


SIPNOSIS: 


Pada tahun 180 AD, General Maximus Decimus Meridius (Russell Crowe) mengetuai tentera Rome dalam pertempuran penting menentang puak Germania di Vindibona, justeru menamatkan perag yang belarutan begitu lama di sempadan Rome dan beliau memperoleh penghormatan dari Maharaja Marcus Aurelius (Richard Harris). Walaupun sang Maharaja mempunyai seorang anak, Commodus (Joaquin Phoenix), Maharaja yang nazak itu berhajat utuk mengurniakan kuasa sementara kepada Maximus, berharap agar kuasa pemerintahan akan diberikan kepada Senat Rom. Apabila ayahnya memberitahu kepurtusan muktamad itu, Commodus yang sememangnya menyimpankan rasa dengki terhadap Maximus membunuh ayahnya dengan cara melemaskannya dan mewarisi takhta itu.

Maximus menyedari kebenaran di sebalik kematian Marcus, tapi telah dikhianati oleh rakannya, General Quintus (Tomas arana), yang mengarahkan askar elit Praetoria untuk melaksanakan arahan Commodus untuk membunuh Maximus dan isterinya (Giannina Facio) dan anaknya (Giorgio Cantarini). Maximus berjaya terlepas, dan bergegas ke rumahnya tapi malangnya dia lambat untuk selamatkan keluarganya yang dibunuhdengan kejam. Maximus yang tidak sedarkan diri akibat kecederaan telah dibawa oleh penjual hamba dan dibawa ke Zucchabar, sebuah kota Rom di Afrika Utara. Di sana, dia dibeli oleh Proximo (Oliver Reed), dan dipaksa untuk berlawan sebagai seorang Gladiator di arena. Waktu ini, dia berkawan dengan rakan Gladiator, Juba (Djimon Hounsou) dan Hagen (Ralf Moeller).

Maximus terbukti seorang Gladiator yang bagus, dia ditakuti di arena. Dia akhirnya telah diberi peluang untuk berlawan di Colosseum. Dia berlawan sambil memakai sebuah topeng, dan berjaya memipin kumpulan Gladiatornya melawan pasukan chariot dan pemanah, justeru mendapatkan sokongan penonton.Dia dipaksa untuk mededahkan identitinya apabila didesak Commodus, dan terlepas dari hukuman apabila Commodus terpaksa mematuhi kehendak penonton yang mahukan dia hidup. Seterusnya, dia dicabar untuk melawan seorang pahlawan yang digentari, di samping terpaksa menyelamatkan nyawa dari diterkam beberapa ekor harimau, tetapi apabila Maximus berjaya mengalahkan Tigris, dia enggan untuk membunuh lawannya. Dia digelur "Maximus yang Belas Kasihan" justeru meningkatkan popularitinya dan memeningkan Commodus.

Selepas perlawanan itu, Maximus diberitahu oleh bekas hambanya, Cicero (Tommy Flanagan) bahawa tenteranya masih setia kepada Maximus. Maximus kemudiannya berpakat dengan kakak Commodus, Lucilla (Connie Nelson) dan Senator Gracchus (Derek Jacobi) utuk meumbangkan Commodus secara paksa. Walau bagaimanapun, Commodus megesyaki pengkhianatan kakaknya dan mengugut kakanya. Semasa cubaan Maximus untuk lari, pengawal Commodus menyerang berek gladiator Proximo, dan membunuh Proximo dan Hagen. Juba dan mereka yang terselamat dipenjarakan, tapi Maximus gagal dalam cubannya dan gagal menyelamatkan Cicero yang dibunuh.


Terdesak untuk menyingkirkan Maximus dan membuktikan kehebatannya sebagai Maharaja, Commodus mengarahkan perlawanan antara beliau dan maximus. Tanpa diketahui umum, Commodus menikam Maximus dengan pisau agar beliau memperoleh kelebihan mengatasi lawannya. Semasa perlawanan, maximus berjaya menyigkirkan senjata lawannya dan Quintus tidak mengendahkan arahan Commodus yang meninginkan sebilah pedang. kemudian, sebagai usaha terdesak, Commodus mengeluarkan pisau, tetapi Maximus menikam pisau itu di tekak Commodus dan membunuh Maharaja muda itu.


Dalam kata-kata terakhirnya, Maximus melaksanakan hajat Marcus Aurelius, mengarahkan Gracchus yang ditangkap untuk dibebaskan, rakan-rakan hambanya dibebaskan dan kuasa dikembalikan kepada Senat. Dalam babak yang menyayat hati, menunjukkan maximus telah "pulang" dan bersatu dengan keluarga yang dirinduinya di alam sana. Dalam babak terakhir pula, rakannya Juba menanam dua patung Maximus yang terukir tubuh anak dan isterinya di tanah Maximus mati, dan berjanji kepada sahabatnya untuk berjumpa di alam sana.

PENCAPAIAN FILEM INI: Filem ini memperoleh kutipan sebanyak US$ 34.83 juta dalam minggu pembukaan tayangannya di 2983 panggung wayang US. Dalam tempoh dua miggu, filem ini melepasi bajet filem sebanyak US$ 103 juta. Filem ini terus menjadi salah satu filem yang menjadi filem yang paling banyak kutipan dalam tahun 2000 dengan kutipan box office sedunia sebanyak US$ 457,640,427.


IMPAK KENDIRI:   Semasa menonton filem ini, rasa marah, bersemagat dan sedih bercampur gaul dalam diri ambe dengan sempurna. Babak pertempuran yang menakjubkan, tampak sungguh nyata dan menarik minta ambe sebagai peminat filem perang. Babak pertarungan amat terperinci dilengkapi dengan gerakan yang menarik dan banyak darah juga..:D..


 Plot ceritanya yang tersusun rapi, tidak berbelit dan sampai segala mesejnya.Filem ini menonjolkan nilai kasih sayang, di mana walaupun Commodus tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya, Marcus tetap menasihatinya dan memeluk Commodus, tapi malangnya dibunuh oleh Commodus. Filem ini juga mengajar berkenaan kesetiaan. Walaupun Maximus merupakan general terhebat Rom ketika itu, tapi dia tetap ingat akan tarikh pemergiannya dari rumahnya. Apabila ditanya oleh Marcus Aurelius, tentang berapa hari pergiannya dari rumah, Maximus menjawab," 2 years, 264 days and this morning..". Filem ini juga mnegajar tentang keadilan, Maximus mengorbankan nyawanya demi rakyat Rom dan menunaikan amanat Marcus Aurelius.


Tuntasnya, filem ini banyak memberi kesan kepada diri saya, terutamanya babak kematian Rom. Babak kematian merupakan babak utama yang saya ingin tonton, kerana melihat babak itu menimbulkan rasa cemburu dalam hati ambe. Alangkah nikmatnya beliau mati dibunuh kerana mempertahankan prinsip, idealogi dan agamanya? Maka, dalam babak inilah, ambe menitiskan air mata. Pelik bukan? Manusia cenderung untuk menangis dalam babak sedih (cinta kebanyakannya), tapi bagi ambe babak kematianlah yang utama kerana hati ini membuak-buak rasanya untuk menjadi seperti itu. Kematian yang indah. Sama juga apabila melihat Hamzah dibunuh dalam filem The Message dan Sidi Umar Mukhtar digantung dalam The Lion of The Desert, semua babak ini menyentuh hati ambe.


Ambe BENCI untuk belajar dari orang kafir, kerana agama Islamlah yang terbaik, tapi tak dapat dinafikan, seteruk manapun mereka, mereka tetap menghargai tokoh-tokoh mereka. Mereka tahu pembikinan filem sebegini memastikan legasi pahlawan tersebut diabadikan dalam diri penonton, dan mempunyai semangat baru dalam kehidupan. Tidak kisahlah sama ada pengarahnya membikin filem ini atas dasar duit, filem ini tetap memberikan impak besar dalam diri penonton.


Dalam Islam, ada banyak kisah yang menarik dan menyayt hati yang dapat mengubah diri seseorang. Susah untuk membuat filem disebabkan beberapa larangan? Filem The Message memaparkan sirah Rasulullah dari permulaan sehinggalah Perjanjian Hudaibiyah, mereka tidak mengalami masalah dalam pembikinan tersebut. Gambar Rasulullah serta sahabat utama disembunyikan, plot filem terbaik, dan pelakon filem tersebut ialah bukan Islam.


Maka, apa salahnya untuk kita menghasilkan filem-filem berkenaan sejarah kita. Kita mempunyai sejarah yang gemilang, lihatlah Sultan Muhammad al-Fateh. Masyarakat, malahan orang Islam sendiri tidak tahu apakah jasa beliau, sedangkan beliau yang menakluk pusat dunia ketika berumur 21 tahun? Daripada menyajikan filem-filem sosial (mereka tetap melaug-laungkan filem itu untuk menyedarkan masyarakat, tapi babak negatif lebih lekat dari bab insaf, lihatlah berapa banyak frasa-frasa kotor yang diambli pemuda dalam filem-filem ini) hakikatnya filem ini hanya mengeruhkan suasana. Jikalau tidak dapat menjadi penawar, jangan jadi penyakit.


Jadi, saya menyeru, agar kita lebih menghargai legasi Nabawi dan tokoh-tokoh kita, berdasarkan firman Allah,



"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."- Surah Yusuf, 111

 Sekian wassalam,



FAKTA: Semasa menonton filem ini, ambe sebenarnya memegang stopwatch. Bila ada babak wanita dan lelaki yang tak menutup aurat, ambe mulakan pengiraan. Yang memeranjatkan, babak tersebut hanyalah sebanyak 26 minit 51 saat atau 22 peratus. Filem kita?


BONUS:



 
 TRAILER GLADIATOR




Sunday 3 June 2012

[Isu]: Status Hadith Bulan Rejab


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Allahurobbi, sudah seminggu cuti dihabiskan. Tinggal lagi seminggu dan perjuangan akan diteruskan. Ambe pun dah mula tidak selesa di rumah, jadi harapnya Allah melanjutkan umur untuk ke sekolah..:D


Jadi, para pembaca yang dikasihi, sebelum kita ke perbincangan utama, moleklah untuk kita mengetahui serba sedikit tentang status hadith. Ringkasnya, hadith itu membawa definisi,



"Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perbuatan, percakapan, pengakuan dan sifat-sifat beliau sama ada sifat fizikal mahupun peribadi"- Abdul Razak Mutalib, 40 Hadith Palsu Popular

 Hadith pula terbahagi kepada dua, hadith maqbul iaitu hadith yang diterima  dan hadith mardud iaitu hadith yang ditolak.


Hadith Maqbul;



  • Hadith Sahih (hadith sahih lizatihi, hadith sahih lighairihi)
  •  
  • Hadis Hasan (hadith hasan lizatihi, hadith hasan lighairihi)
  •  
Jadi, hadith maqbul ini ialah hadith yang diterima di sisi sarjana hadith.

Hadith Daif dan Hadith Maudhu' pula tergolong dalam hadith mardud iaitu ditolak. Majoriti sarjana hadith membolehkan untuk hadith daif disampaikan asalkan tidak bersangkut paut dengan akidah, hukum halal haram, atau hukum-hukum syariat. Dan juga disepakati ooleh ulama seperti Sufyan at-Thauri, Abdullah bin Mubarak, Ahmad bin Hanbal. Kenyataan para ahli hadith ini boleh dilihat di al--Kifayah fi 'Ulum al-Riwayat karangan Khatib al-Baghdadi.


Hadith Maudhu' pula ialah hadith palsu yang direka oleh seseorang kemudian dikatakan bahawa ia adalah daripada Rasulullah. Maka, hukum menyampaikan hadith palsu ialah haram sebagaimana sabda Rasulullah,



"Jangan kamu semua berdusta atasku, Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia akan masuk neraka"- Bukhari dan Muslim

Hadith Rejab Bulan Allah


HADITHNYA: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'aban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku"


ULASAN SARJANA: 



  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam buku al-Manar al-Munif menyatakan hadith ini ialah palsu dan direka oleh Ibnu Jadham. 
  •  
  • Menurut az-Zahabi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jadham ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdham al-Zahid. Meninggal dunia pada tahun 414 H. Beliau ialah seorang guru sufi di Mekah. Beliau juga sudah dituduh membuat hadith palsu mengenai solat al-Raghaib( solat pada malam hari Jumaat pertama bulan Rejab).
  •  
  • Hadith ini juga disebut oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at," Hadith ini adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah."
  •  
  • as-Syaukani juga menyebut dalam Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-Maudhu'at," Hadith ini ialah maudhu' dan pelapornya adalah tidak dikenali dan solat Raghaib yang mahsyur ini sudah disepakati ulama sebagai maudhu"
  •  
 Jadi, para rakan-rakan, kita sudah mendengar ulasan dari sarjana yang muktabar, maka janganlah menyebarkan hadith ini lagi..Jadi, sekian sahaja, wassalam...

BONUS: