Friday 9 March 2012

[Diari al-Mamluk]: Dunia baruku: SAMURA!!!



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:DDDD


Alhamdulillahi rabbil alamin...Akhirnya pulang juga ambe dari sekolah baru ambe SM Sains Muar,Ledang Johor. Masya-Allah, jadualnya amat packed tapi memang seronok kat sini...:D


Baiklah, ambe nak cerita serba sedikit tentang sekolah baru ini. (Bukan bermakna membanggakan sekolah baru dan lupakan AKSB, sekadar untuk berkongsi budaya yang mungkin boleh diambil oleh pucuk pimpinan asrama)..:D


Fakta berkenaan SM Sains Muar (SAMURA)..



  1. Sekolah ini sudah mencapai usia lebih dari separuh dekad iaitu sudah berumur 30 tahun!! Sekolah ini ditubuhkan pada 1983, oleh kerana usianya, maka kita dapat perhatikan "kata-kata hikmah" di katil-katil dua tingkatnya.
  2. sekolah ini amat-amat besar, merangkumi satu padang ragbi, padang bola, trek, 2 gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis, 3 gelanggang bola tampar, 1 padang bola baling, Dewan Besar, Blok AKademik, Jabatan Teknikal, empat blok Asrama Puteri, dua blok Asrama Putera. jadi, saiz sekolah ini kemungkinan 1.5 kali besar dari Kompleks Seri Bintang. Kelengkapan padang memang banyak, termasuklah tempat berlatih memanah dan kriket.
  3. Sekolah ini mengaplikasikan Sistem Rumah, di mana pelajar ditemptakan ke dalam dorm mengikut rumah masing-masing. Di SAMURa, terdapat empat rumah yang menggunakan tema nilai murni iaiatu Sarjana, Budiman, Pujangga dan Bestari. Rumah Sarjana menggunakan lambang naga dan diwakili dengan warna merah. Rumah Budiman pula berwarna hijau dan maskotnya merupakan Pegasus. Rumah Pujannga disimbolkan oleh haiwan fantasi Grypon dan berwarna kuning. Manakala, rumah ambe Bestari simbolnya adalah Phoenix dan berwarna Biru,
  4. Sesi Pengajaran dan pembelajaran di sini menggunakan modul yang sangat efektif dan padat, maka harganya juga terbaik..err..Tapi dalam kehidupan kita mesti berkorban, betul tak?
  5. Sesi outing dijalankan bergilir-gilir antara lelakidan perempuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Tempat untuk outing sememangnya banyak untuk dijadikan pilihan, seseorang boleh memilih untuk outing di bandar Muar yang terdapat lebih banyak variasi barangan atau hanya berjalan sekitar jalan sebelum masuk ke bandar Muar, yang terdapat juadah-juadah simbolMuar seoerti Mee bandung Muar dan sebagainya.
  6. Sekolah SAMURA amat menggalakkan pelajarnya untuk menceburkan diri dalam program pengantarabangsaan. Pada tahun ini, terdapat banyak tempat yang ditawarkan, dari Indonesia hinggalah ke Korea Selatan. Insya-Allah, pada tahun depan, SAMURA akan mengembara di Istanbul (ambe kene pergi yang ni!!!). Tapi, malangnya, atas alasan kekurangn bajet, ambe tidak dapat menyertai program pengantarabangsaan pada tahun ini.
  7. SAMURA juga terkenal dengan kebudayaan. Zapun contohnya, pernah membuat persembahan di Australia, jadi penglibatan peringkat antarabangsa melalui program kebudayaan amat besar. Antara kebudayaan yan ditawarkan di SAMURA ialah Zapin, Gamelan, ANgklung Caklimpung, Koroncong, Kuaya dan pelbagai lagi. Ambe mengambil kesempatan untuk mencuba nasib pada Gamelan..Huhu
  8. SAMURA memang terkenal dengan pemendekan kata. Maka, masa mula-mula menyertai SAMURA, agak kekok dengan sebutan-sebutan ini, tapi lama-lama dah terbiasa. Contohnya, NaLem (Nasi Lemak), Pujeng (Pujangga), Sargeant(Sarjana), KN (Ketua Naqib), B._Peng (Biro Pengangkutan), BiDe (Biro Dewan) dan sebagainya.
  9. SAMURA bagi ambe seumpama sekolah agama, maka suasananya amat islamik. Mereka menggunakan sistem Naqib dan naqibah, di mana Naqib dan Naqibah ini mempunyai peranan yang lebih luas. Antara ciri Islamik yang ketara di sini ialah, wajib membaca al-Mathurat pada tiap malam dan pembacaan hadith selepas setiap solat wjib serta pembacaan Surah al-Mulk di dorm pada tiap-tiap malam. Di sini, WAJIB menunaikan solat berjemaah. Istilah yang digunakan kepada aktiviti solat di dalam dorm ialah SODOM, maka macam segan sikit kalau nak solat di dorm. Wanita di sini pun hampir kesemuanya memakai tudung labuh dan handsock, sangat-sangat jarang melihat wanita menyingsing lengan di sini.
  10. Memandangkan SAMURA dikira sebagai sekolah yang agak tua, maka tentunya ia mempunyai sejarah yang agak seram, tetapi biasalah, asramakan
  11. Di SAMURA, ada satu tradisi unuk, iaitu menamakan para junior dengan nama gelaran yang disebut sebagai nama registered. Kebiasaan, di asrama lain, junior akan dinamakan dengan nama berdasarkan rupa dan sifat, tapi disini, ia berbeza 360 darjah. Para senior akan menurunkan nama registerd mereka ke junior dan ia akan berterusan, ini dipanggil sebagai legacy. Contohnya, terdapat legacy Kopi yang kawan ambe peroleh. Bermula dari nama Mocha, kmeudian diturunkan kepada Latte, kemudian Cappucino, seterusnya Radix dan kawan ambe mendapat nama legacy Kopi, OldTown. Ambe pulak, dapat nama Legacy Subjek. Bermula dari Add Maths, kemudian diwariskan kepada Chemist dan akhirnya kepada ambe, HIstory..Haha...Kegunaan nama registered ini adalah kita dapat mereasakan sesuatu hubungan dengan senior-senior yang terdahulu
  12. Di sini, riadah tiap petang adalah WAJIB.
  13. Di sini, waktu light offialah 11:30. Tepat pukul 11:30 malam, lampu semua dipadamkan
  14. Di sini, budaya puasa sunat amat ketara. setiap hari Isnin dan Khamis, lebih kurang 100 orang berpuasa.
  15. Di SAMURA, terdapat tanah perkuburan berhampiran..:D
Jadi, ini antara fakta yang ambe dapat tampilkan di sini. Ambe di SAMURA ditempatkan di dorm Bestari 4 yang dihuni oleh 9 orang tingkatan 4 dan 4 orang tingkatan 5. Masa mula-mula masuk SAMURA, memang takut tapi rupanyasenior di sini sporting dan baik. Alhamdulillah, memang terbaik..terutamanya senior dormku..Amy, A-Pearl, Boy dan Musang-Anda Terbaik!!

Ambe di sini baik-baik sahaja, walaupun rindu pada AKSB. Ambe di sini bercita-cita untuk mewakili sekolah dalam sukan Bola Tampar (BoTam) dan Gamelan..Huhu, semoga tercapai...


Di sekolah ini, terrdapat ranking batch. Kami, batch 30 akan disusun mengikut posisi masing-masing dalam batch, jadi persaingan amat sengit...Mereka yang mendapat posisi 1 hingg 100 digelar sebagai ranker..Insya-Allah, ambe ingin mantapkan akademik ambe agar dapat menanamkan sifat persaingan secara sihat.


Suasana belajar di sini amat laju dan padat. Kerja rumah memang melambak-tetapi untuk kebaikan kami juga-tapi, Alhamdulillah..ambe tidak stres di sini.,


Jadual harian di sini juga padat. Inilah jadual harian kami.


5.30: Bangun, mandi dan bersiap serta solat Subuh berjemaah di surau SAMURA. Bacaan Hadith
6:30: sarapan, kemas dorm
6:50: Kosongkan asrama, bergerak ke sekolah
7:15: P dan P bermula
2:00: Pulang, makan tengah hari, solat Zohor berjemaah
3;00: Prep petang
4:30: Solat Asar, Minum petang. Riadah
6:15: Bersiap diri untuk makan malam (Pakaian kemeja)
6:50: al-Mathurat, solat maghrib
8;00: Prep
10:30: Solat Isyak berjemaah, Minum malam
11:15: al-Mulk, Hadith
11:30: Light off

Di SAMURA, ada banyak event yang diadakan dan banyak pertandingan diadakan juga. antara event yang paling terdekat ialah MTQ (Minggu Tilawah al-Quran) dan ELS (Minggu Kelab Inggeris). Untuk MTQ, patutnya ambe bertanding untuk tiga acara, iaitu syrahan, Azan dan nasyid, tapi disebabkan kelewatan ambe, ambe terpaksa melepaskan acara emas Syarahan..T__T...

Huhu, apapun, inilah dunia baru ambe...Insya-Allah, Dakwah Islamiah akan ku pegang selamanya...Wassalam

*P.s: Tadi balik ke KL naik bas, gentle rase macam anak perantauan. Baru terasa..:)

2 comments: