Wednesday 29 January 2014

[Akidah]: Salah faham Terhadap Islam: Kaabah dan Tanah Haram

Bismilahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Ambo kira soalan yang akan disampaikan sebentar nanti merupakan soalan killer yang sememangnya memeningkan kepala nak menjawabnya. Persoalan ini penting untuk diketahui jawapannya untuk mengukuhkan keimanan.

Post-post tentang Salah faham Terhadap Islam ini sebenarnya bertujuan untuk bukan sekadar menyedapkan hati kita, tetapi sebagai salah satu isi yang boleh digunakan untuk berdakwah. Setujukah anda bahawa di luar sana terdapat non-muslim yang amat baik dan peramah serta dermawan? Kebaikan mereka sangat jelas sampaikan kadang-kala melebihi sikap kebanyakan muslim pada hari ini. Setiap minda yang celik pastinya berbisik, "Alangkah baiknya dia memeluk Islam!!". Seperti yang berlaku ketika Nelson mandela meninggal dunia. Setelah menonton dokumentarinya di History Channel, ambo bermonolog sendirian, "Adakah orang yang lebih baik daripada tokoh ini?".

Maka, selamatkanla mereka dengan membuka mulut anda dan memakai pakaian akhlak yang paling cantik.

Apa dia? Ya, ambo tahu apa yang bermain dalam minda kalian. Aku tidak ada tauliah untuk menyampaikan dakwah. Kawan-kawan, Saidina Abu Bakar merupakan lelaki pertama yang memeluk Islam di dalam sejarah. Pada hari kedua, beliau dapat menarik 10 orang memeluk Islam. Kalau difikirkan, apa yang ada di dalam dada Hazrat Abu Bakar berkenaan Islam? Baru sehari peluk Islam kot! Dalam dadanya hanyalah ada iman dan syahadah.

Orang-orang di luar sana, mereka meraba-raba dalam kegelapan, Muslim ataupun non-muslim. Kongsi barang apa cahaya yang ada di dalam tangan dan nikmat berkongsi itu amat manis..:)

SOALAN:
Islam menghalang penyembahan berhala, tetapi Islam menyembah berhala paling bosar sekali iaitu Kaabah?

JAWAPAN;

Kaabah merupakan Qiblat ataupun arah semua penganut Islam menghadapkan mukanya semasa bersolat. Penting untuk dikaborkan bahawa walaupun penganut Islam menghadapkan muka ke arah Kaabah, kami tidak menyembahnya. Umat Islam tidak menyembah kecuali kepada Allah semata-mata.


1. Islam berpegang kepada kesatuan ummah.

Sebagai contohnya, apabila kaum Muslimin ingin mengerjakan solat. Ada kemungkinan sesetengah daripada kumpulan itu ingin memandang ke arah selatan, ada yang nak menghadap ke utara. Demi mememlihara dan embentuk kesatuan dalm menyembah kepada Tuhan yang satu, Muslimin dan Muslimat di mana sahaja mereka berada diwajibkan untuk memandang ke arah Kaabah.

2. Kaabah sebagai Pusat Dunia.

Orang Islam merupakan orang pertama yang melakar peta dunia. Besanya dengan peta moden, peta umat islam terdahulu dilukis engan bahagian selatan menghadap bagaian atas dan bahagian utara di bawah. Kaabah berada di tengah-tengah peta.

3. Tawaf di Kaabah sebagai isyarat Tuhan Yang Satu

 

Apabila umat Islam mengunjungi Tanah Haram, mereka akan melakukan tawaf iaitu circumbulation di sekeliling Kaabah. Perkara ini meruapakan satu simbolik kepasa kepercayaan dan penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, kerana semua bulatan ada satu titik tengah, maka hanya Satu sahaja Tuhan yang layak disembah..:)

4, Sejadah di Masjid.

Agama yang menyembah berhala amat sensitif jika berhala mereka diletakkan di lantai. Tetapi, kebanyakan sejadah di dunia Islam mempunyai rekaan berbentuk Kaabah. Jika umat Islam menymbah Kaabah, mesti semua orang terlompat-lompat di dalam masjid demi mengelak daripada terpijak gambar Kaabah itu. Tetapi, itu tidak pernah berlaku. Orang Islam memijak hiasan itu kerana kami tidak menyembahnya.

Begitu juga, pada suatu ketika dulu, muazzin atau tukang penyeru kepada solat di Mekah akan memanjat dan memijak bumbung Kaabah ketika waktu solat. Bolehkah agama lain memijak kepala berhala mereka dan memberikan ceramah di atas kepala berhala itu? Jelas sekali, kami tidak menyembah Kaabah.

SOALAN:
Kenapa orang bukan islam tidak dibenarkan memasuki Tanah Haram?

Ya, ianya benar bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk memasuki kota suci Mekah dan Madinah.

1. Semua rakyat tidak dibenarkan memasuki ke kawasan sensitif (kawasan tentera atau kerajaan)

Saya merupakan seorang penduduk Malaysia, Bumi Kangkung. Meskipun begitu, saya tidak dibenarkan memasuki beberapa kawasan seperti kawasan depot senjata tentera dan sebagainya. Dalam setiap negara, ada beberapa kawasan panas yang tidak dibenarkan kepada orang awam untuk memasukinya. Hanya orang yang mempunyai urusan sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan-kawasan ini.

Begitu juga dengan islam yang menjadi Agama Dunia. Kawasan khususnya merupakan Makkah dan Madinah. hanya mereka yang percaya kepada Islam dan terlibat dalam urusan Islam iaitu Muslim sahaja dibenarkan. Seperti kawasan tentera, hanya tentera yang dibenarkan masu dan seterusnya..

Tidak logik jika rakyat biasa mengadu kenapa mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan tentera yang secret and confidential. Begitu juga, amat tidak logik jika orang bukan islam yang tiada kaitan membantah larangan memasuki kawasan Tanah Haram.

2. Visa untuk memasuki Makkah dan Madinah

  • Setiapkali seseorang ingin melancong ke sebuah negara asing, dia harus memohon visa atau kebenaran terlebih dahulu. Setiap negara mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Salah satu negara yang amat ketat dalam mengeluarknan visa ialah USA, telebih lagi apabila hendka meberikan visa kepada rakyat dari Dunia Ketiga.
  • Apabila saya mengunjungi Singapura, saya telah dimaklumkan dalam borang imigresen mereka bahawa hukuman mati ke atas pengedar dadah ke dalam negara itu. Jika saya hendak melawat Singapura, saya kenalah ikut peraturan. takleh buat kepala sendiri. Ambo tidak boleh mengatakan bahawa hukuman mati itu hukuman yang tidak bertamadun. hanya jika ambo bersetuju dengan syarat mereka, barulah dibenarkan masuk ke dalam negara itu.
Visa untuk memasuki Makkah dan madinah mudah ja- ucaplah La Ilaha Illa Allah, Muhammadur Rasululullah..:D 

[Akidah]: Salah Faham Terhadap Islam: Islam dan Pedang

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Orang Islam sembah Kaabah?
Basmalah menyerupai konsep Triniti?
Orang Islam kejam dalam memakan haiwan lain?
Al-Quran ditulis oleh syaitan?
Islam tidak adil?

Ambo pasti persoalan-persoalan ini berada dalam minda kita walaupun kita bergelar seorang Islam. Persoalan-persoalan ini membuatkan kita resah yang tidak berkesudahan sednagkan islam ada menawarkan jawapannya. Bayangkan kita yang sudah berumur 18, 20 mahupun 50 tahun bergelar seorang Islam masih tepringa-pinga dengan soalan ini, bagaimana agaknya rakan-rakan kita yang belum beragama Islam? Pengalaman ambo, pergaulan seharian mereka dengan masyarakt Islam semenangnya menarik hati mereka unutk cenderung kepada agama ini, tetapi soalan-soalan sebginilah yang bermain di minda mereka. Bertanyakan kepada rakan se-Muslim mereka, ada yang begitu ganas menjawab."Kau kenapa nak tanya pasal agama aku? La kum dinukum waliya din-lah, kafir!". Ganas. Islam tidak mengajar sedemikian.

Bila tiada idea untuk menjawab soalan, pikirkanlah cara lain untuk menutup malu selain daripada memarahi sang penanya..:)

SOALAN:
Bagaimanakah boleh dikatakan agama Islam sebagai agama yang aman ataupun mencintai keamanan sedangkan agama ini disebarkan dengan pedang?
JAWAPAN:

Ini merupakan rungutan biasa oleh non-muslim bahawa agama ini tidak akan mempunyai penganut seramai 1.2 billion jika ia tidak menggunakan pedang ataupun paksaan. Poin-poin seterusnya akan meredakan segala kekeliruan dan menunjukan bahawa agama ini tidaklah disebarkan melalui pedang, bahkan catalyst pengembangan agama ini ialah bersumberkan daripada kuasa kebenaran, rational dan logik yang Islam ada.

1.Islam bermakna sejahtera.



Akar kata Islam ialah "salam" yang bermaksud sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan secara bulat-bulat (submission)  kepada Allah. Justeru, agama Islam merupakan agama yang sejahtera yang diperoleh melalui penyerahan diri kepada qudrat dan iradat Sang Pencipta iaitu Allah subhanahu wataala.

2. Kuasa kadangkala harus digunakan.

Kadangkala, kuasa harus digunakan untuk mengekalkan keamanan. Tidak semua manusia ataupun makhluk di bumi ini yang berkehendak kepada keamanan dan harmoni. Dan, jumlah yang inginkan keamanan terjejas sangat ramai di dunia lagi apatah lagi jika selari dengan kehendak mereka memahukan harta. inilah sebab kenapa kita mempunyai pasukan polis yang akan menggunakan kuasa ke atas penjenayah di dalam negara.

Islam menggalakkan keamanan. Pada masa yang sama, islam juga menggesa penganutnya untuk bangkit demi kebenaran di mana ada penindasan. Perjuangan menentang penindasan, pada masa yang sama, memerlukan kekuasaan. Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk mengekalkan keamanan dan keadilan.

3. Pendapat sejarahwan, De Lacy o'Leary.



Jawapan terbaik untuk menajwab kekeliruan terhadap Islam berkenaan pedang ini telah diberikan oleh seorang sejarahwan terkenal iaitu De Lacy O'Leary di dalam bukunya "Islam di persimpangan". Beliau berkata,
Sejarah menjadikan ia jelas, bahawa di sebalik seluruh lagenda berkenaan kefanatikan orang Islam yang melanda di seluruh dunia dan menggunakan kekerasan dengan pedang ke atas bangsa yang ditakluki merupakan satu fantasi karut yang paling banyak para sejarahwan ulang".

4. Kekuasaan Muslim di Sepanyol



Muslim menguasai Sepanyol selama 800 tahun. Mereka tidak pernah menggunakan mata pedang untung menyuruhorang memeluk Islam. Kemudiannya, datanglah Tentera Salib Kristian ke Sepanyol dan menghapuskan keseluruhan polpulasi orang Islam di sana. Tidak ada walaupun seorang sekalipun yang dibenarkan untuk melaungkan azan.



5. Arab dan Kristian.



Muslim menguasai Tanah Arab selama 1400 tahun. Ada beberapa tahun British dan Perancis menguasainya juga. Secara keseluruhan, islam memerintah Tanah Arab selama 1400 tahun. Meskipun begitu, masih terdapat 14 juta atau separuh jumlah rakyat Malaysia yang beragama Kristian Koptik yang memelihara agama mereka secara bergenerasi. Jikalau Islam menggunakan mata pedang pastinya tidak akan dibenarkan walaupun seorang Arab beragama Kristian.

6. Islam dan India.

Muslim menguasai India selama hampir 1000 tahun. Jika mereka mahu, mereka mempunyai kuasa untuk mengIslamkan seluruh orang India kepada Islam. Pada hari ini, terdapat 80 peratus daripada populasi India tidak bergama Islam. 80 peratus ini menjadi saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang.

7. Indonesia dan Malaysia.



Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia. Majoriti penduduk di Malaysia juga beragama Islam. tentera Islam dari negara manakah yang datang ke Nusantara untuk mengembangkan Islam sehingga menjadi agama dominan?

8. Pantai Timur Afrika

Islam juga tersebar dengan pantas di Pantai Timur Afrika. BUkalah ensiklopedia anda jika mempunyai kerajinan yang ukup dan carilah, tentera Muslim yang manakah yang bertandang ke kawasan itu?

9. Tiada paksaan dalam Islam.

Pedang siapakah yang digunakan untuk menyebarkan agama ini? Jika setiap orang Islam empunyai pedang sekalipun, mereka tidak dapat melakukannya kerana firman Allah,
Tiada paksaan dalam Islam......

10. Pedang Kebenaran.

Bukan pedang yang tajam itu yang menyebarkan Islam, tetapi pedang KEBENARANLAH yang menguasai dan menakluki hati dan jiwa manusia. Seperimana yang difirman oleh Allah,
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. an-Nahl;125
11. Data Yang Menunjukkan Kebenaran



Dalam sebuah article di dalam Reader's Digest Alamana tahun 1986, memberikan statistik pertumbuhan peratusan dalam agama-agama utama dunia daripada 1934 hinggalah 1984. Article ini juga muncul di dalam majalah The Plain Truth.

Mendahului senarai ialah islam, iaitumeningkat sebanyak 235% sedangkan agama Kristian hanya meningkat sebanyak 47%. Jikalaulah agama ini tersebar melalui peperangan dan kekasaran, perang manakah yang berlaku di antara 1934 hingga 1984 di dunia sehingga menyebabkan jutaan orang memeluk Islam? Tiada!

12. Islam dan Eropah,

Agama terpantas berkembang di Eropah ialah Islam. Cer tunjukkan kepada ambo, pedang orang Islam manokah yang memaksa orang memeluk Islam?

13. Dr. Joseph Adam Pearson.



Dr Joseph Adam Pearson secara jujurnya berkata,
Mereka yang kemaruk merisaukan bom nuklear jatuh kepada tangan orang Arab telah gagal menyedari bahawa bob Islamik telahpun digugurkan dan merebak ke seluruh dunia. Ia telah digugurkan sejak seorang insan bernama MUHAMMAD dilahirkan".


KOMEN:

Apa lagi yang hendak dikomenkan ? Allahuakbar!! :D


 

Tuesday 28 January 2014

[Akidah]: Salah Faham Terhadap Islam: HIJAB

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, maish lagi diberi daya kekuatan untuk hidup di atas dunia ini. Semenjak habis sekolah ini, kehidupan harian macam kosong, buatkan lebih banyak masa boleh digunakan untuk berfikir dan sebagainya. Ambo setuju dengan quote bahawa semakin banyak masa lapang yang ada dalam diri pemuda maka lebih besarlah peluangnya untuk bermaksiat. maka, sibukkanlah diri kita dengan aktiviti yang bermanfaat. Menghafal Quran mungkin?



Baiklah, ke isi utama..:)

SOALAN;
Mengapa agama islam menindas wanita dengan mengurungnya di sebalik pakaian yang membebankan?

JAWAPAN;

1. Status wanita di dalam Islam sering menjadi bahan serangan oleh media yang sekular.

2. Hijab atau pakaian Muslimah sering dipandang sebagai satu contoh penindasan wanita di bawah undang-undang Islam. Sebelum kita menganalisa hikmah di sebalik pensyariatan hijab, marilah kita mengkaji beberapa tamadun tentang status wanita di dalam masyarakat mereka sebelum kedatangan Islam..:)


  • Tamadun Babilon
Wanita telah ditindas dan ditidakkan segala hak di bawah undang-undang Babilonia. Jika seorang lelaki membunuh seorang wanita/lelaki, maka isterinyalah yang akan dibunuh




  • Tamadun Greek
Tamadun Greek dipandang sebagai salah satu tamadun yang paling gemilang dalam sejarah lampau. Di bawah "tamadun gemilang" ini, wanita sekali lagi ditidakkan segala hak dan dipandang rendah. Di dalam mitologi Greek, seorang wanita bernama Pandora menjadi asbab utama kepada segala kecelakaan yang berlaku kepada umat manusia. Orang Greek menganggap wanita sebagai separa-manusia dan kelas kedua berbanding lelaki. Walaupun dara wanita amat berharga, orang Greek kemudiannya dikuasai oleh ego dan rangsangan seksual. Pelacuran menjadi amalan biasa di dalam semua kelas dalam masyarakat Greek.


  • Tamadun Rom
Apabila tamadun ini mencapai zmaan kemuncaknya, seorang lelaki berhak untuk menarik nyawa isterinya. Pelacuran dan pembogelan adalah biasa di kalangan orang Rom.


  • Tamadun Mesir
Tamadun Mesir sebelum islam menganggap wanita sebagai satu bentuk kejahatan dan manifestasi syaitan.

  • Arab Jahiliyah
Sebelum Islam tersebar luas di Jazirah, orang Arab memandang rendah kepada wanita dan sering sekali apabila bayi perempuan yang dilahrikan, mereka akan ditanam hidup-hidup. Islam telah darang dan menaikkan status wanita 1400 tahun dahulu.

3. Hijab untuk lelaki pung hado..

Manusia sering berbicara perkara "hijab" ini dalam konteks wanita. Tetapi, sedarkah kita bahawa di dalam Al-Quran, Allah menyebutkan hijab untuk lelaki sebelum hijab untuk wanita. Buktinya ada di dalam Surah al-Nur. Bukalah terjemahan anda dan perintah kepada kaum lelaki untuk menundukkan pandangan, iaitu "menghijabkan" pandangan sebelum wanita..Konteks hijab juga merangkumi kod perbuatan dan sifat manusia. Maka, konteks hijab tidak harus dikecilkan kepada pakaian semata-mata sedangkan di dalam Islam, hijab untuk pakaian harus disertai denfan hijab hati, hijab fikiran dan sebagainya.

4. Contoh: Adik Beradik Kembar

Bayangkan ada dua adik beradik kembar dan sama cantiknya, berjalan di jalan (pastinya bukan di atas air). Salah seorang daripada mereka berpakaian sempurna di dalam Islam. Seorang lagi memakai mini skirt dan seluar pendek. Di penjuru depan sana ada seorang penyangak yang sedang menunggu untuk mengacau gadis-gadis. Agak-agak siapakah yang dikacau? Perempuan yang memakai hijab? Perempuan yang memakai mini skirt?

Secara lumrahnya dan normalnya, penyangak itu akan mengacau perempuan yang memakai mini skirt tadi walaupun kedua-duanya sama rata dari segi kecantikannya. Pakaian sedemikian merupaka sau ajakan secara tidak langsung kepada the opposite sex untuk mengacau dan mencabul. Maka, Al-Quran benar dalam pendiriannya mensyariatkan hijab kepada wanita untuk menjaga maruah mereka sebagaimana disebut dalam Surah al-Ahzab ayat 59.

5. Hukuman Mati untuk Perogol.

Di bawah undang-undang syariah, seorang lelaki yang disabitkan merogol seorang wanita akan diberikan hukuman mati. ramai yang terkejut beruk dengan hkuman yang "kasar" ini. Ada yang mengatakan Islam ini kasar, agama tidak bertamadun san sebagainya.

Cuba tanya kepada rakan-rakan non-muslim anda, "Agak-agak kalau ada seseorang merogol ibu awak atau kakak atau adik perempuan awak (Nauzubillah). Anda dibawa kepada hakim dan perogol terbabit juga dibawa ke hadapan kamu. Apa hukuman yang selayaknya diberikan kepada perogol itu?".

Mereka menjawab,"Hmm..takpalah, awak bayar RM 2 juta dan awak bebas". Adakah sedmeikian? Tidak! Ini ibu awak, atau kakak awak atau adik perempuan awak! Maruah mereka bukannya berharga 1, 2 juta ataupun seluruh harga emas di bumi skelaipun. Pastinya, mereka akan menjawab secara tegas ,"Mati!". Ada sesetengah daripada mereka hendakkan perogol itu diseksa sebelum mati!.

Maka tanya balik kepada mereka, kalau ibu awak, kakak awak, adik perempuan awak dirogol (Nauzubillah), awak inginkan perogol itu dihukum mati. tetapi, apabila orang lain menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang perogol yang merogol ibu orang lain, kakak orang lain, adik orang lain ataupun isteri orang lain, awak mengatakan hukuman itu satu hukuman yang tidak bertamadun? Why there must be double standards?

6. Tamadun barat mengangkat Martabat Wanita?


Tamadun Barat sering kecek pasal "Kebebasan Wanita' bla bla bla tetapi sebenarnya ianya merupakan satu eksploitasi tersembunyi. Tamadun Barat mengeksploitasi badan wanita, jiwa wanita dan maruah wanita!. Dan, mereka berkata ,"Tamadun Barat mengangkat darjat wanita". Tetapi, yang berlaku terbalik.

Tamadun Barat menjatuhkan martabat wanita ke tahap terendah sehinggakan wanita boleh disimpan menjadi wanita simpanan dan dijadikan alat-alat seks dalam pasaran seks dalam media. Apabila hendak menjaul kereta, ditayangkan wanita. Kereta itu berharga 250 000 dan pameran berlangsung selama seminggu. Dan, wanita yang ditugaskan untuk berpakaian separuh bogel itu gajinya tidak sampai suku pun darpada harga kereta itu dan itu merupakan gajinya selama sebulan? Wanita dengan relanya membiarkan diri mereka dieskplotasi.. Belibu libu tania~

7. Kadar Rogol Tertinggi di USA.

USA sepatutnya menjadi sebuah negara yang paling maju di dunia. Ia juga merupakan negara yang mempunyai rekod tertinggi dalam kes rogol. Mengikut satu laporan FBI, pada tahun 1990, setiap hari dilaporkan secara urata sebanyak 1756 kes rogol di USA sahaja.

Bayangkan pemakain hijab ini sama ada hijab para lalaki mahupun wanita dikuatkuasakan di USA. Setiap kali lelaki memandang wanita atau terlintas perkara yang emmalukan tentang wanita itu, dia akan tundukkan pandangan. Setiap wanita yang memakai pakaian menurut Islam selamat di jalan-jalan. Perogol pula akan diberikan hukuman mati. Ambo ingin bertanyakan kepada awok2 sume, adakah kes rogol di Amerika akan berkurangan atau menaik?

KOMEN:

Islam sering dimomokkan tentang isu ini dan orang Islam snediri pun anggukkan kepala dengan lemparan tohmah daripada Barat. Mereka sebenarnya memandang kepada satu sisi sahaja. Islam pula memandang sesuatu itu dengan pandangan yang holistik, seterusnya menjamin maruah wanita..:)


Monday 27 January 2014

[Akidah]: Salah Faham Terhadap Islam: POLIGAMI

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Alhamdulillah, sepanjang dua hari minggu ini ambo berpeluang untuk mengikuti kursus Friendly Comparative Religions Phase One anjuran Islamic Information and Services Foundationdi Prima Peninsular, Setiawangsa.

Tanggapan pertama terhadap bidang COMPARATIVE RELIGION..

Ialah orang mesti kata ilmu ini boleh menyesatkan kita dan sebagainya.Tapi, jujur mengatakan setelah dua hari kami berkursus di sana mempelajari agama Kristian, Buddhism, Hinduism, Taoism, Confucianism, Zoroasterism, Bahai, Jainism, Scientology dan pelbagai lagi cabang agama, kami semakin yakin bahawa agama Islam ialah agama yang benar..:)

Antara speaker yang memberi ceramah ialah Bro Shah Kirit bin Kakulai Govindji. Jika anda gemar menonton TV al-Hijrah, pasti anda kaan mengenali sosok tubuh yang berkarisma lagi petah berbicara ini. Beliau memberikan satu perumpamaan,
Jikalau kita membaca satu novel dan kita terus tabalkan novel ini sebagai novel yang terbaik di dunia. Logikkah? Kalau kita membaca ribuan novel, dan kita memilih satu novel sebagai terbaik, ia memiliki kelas, merit dna penjelasan tersendiri kenapa kita memilih novel itu. Sama juga dengan ilmu ini. Bila kita duduk dalam zon selesa, orang menghujani kita dengan pelbagai soalan. Di manakah Tuhan? Adilkah Tuhan? Kita tidak reti jawab! Bila kita belajar agama mereka, kita akan temui bahawa bukan kita semakin nak masuk ajara mereka, malahan merasa kasihan terhadap mereka yang memeluk agama ini (inginkan mereka masuk islam)
Jadi, untuk post yang mendatang, ambo akan berkongsikan tentang soalan-soalan yang kerap ditanyakan oleh orang bukan Islam kepada kita. Yang jawapannya, kadang kala orang Islam sendiri tidak tahu jawpaannya. Ada yang tahu jawapannya, tapi huraikannya dalam syarah yang amat kompleks membuatkan si penanya termangu-mangu. Apa guna tunjukkan kepandaian tetapi tiada hasil kepada orang lain..:)

SOALAN;

Kenapa seorang lelaki dibenarkan untuk memiliki lebih daripada seorang wanita dalam Islam?

JAWAPAN:

1. Definisi Poligami

Poligami bermaksud sistem perkahwinan di mana seseorang boleh memiliki lebih daripada satu pasangan. Poligami wujud dalam dua bentuk, iaitu Polygny iaitu lelaki berkahwin dengan lebih daripada satu pasangan dan Polyandry, iaitu wanita mengahwini lebih daripada seorang lelaki.

Dalam Islam, polygny yang dihadkan ialah dibenarkan dan polyandry pula dihramkan secara mutlak.

Jadi persoalannya, kenapa lelaki dibenarkan mengahwini lebih daripada satu orang wanita?

2. Sebenarnya, al-Quran merupakan satu-satunya manuskrip agama di dunia ini yang mengungkapkan, "kahwinlah satu sahaja". al-Quran juga merupakan satu-satunya buku agama di atas muka bumi ini yang mengandungi frasa, "marry only one". Tiada buku agama yang memberi panduan kepada lelaki untuk mempunyai satu sahaja isteri. Kitab Veda, Ramayanan, Mahabharat, Baghavad Gita, Talmud, Bible, kesemuanya tidak mempunyai sekatan terhadap nombor atau jumlah isteri yang boleh dimiliki.Malahan menurut satu daripada scripture di atas, seseorang itu dibenarkan mengahwini sebanyak mana yang mereka mampu. Hanya setelah waktu berlalu, barulah rahib Hindu dan Gereja Kristian mengehadkan jumlah isteri kepada satu sahaja.

Banyak personaliti Hindu mengandungi sumber mereka sendiri, mempunyai isteri yang berbilang-bilang. Raja ashrat, ayah kepada Rama, mempunyai lebih daripada satu isteri. Krishna pula mempunyai beberapa isteri.

Pada zaman yang lebih awal, golongan Krisitan dibenarkan memiliki seberapa banyak isteri yang mereka mahu, kerana Bible tiadak pernah meletakkan had kepaa bilangan isteri. hanya pada beberapa abad yang lalu, Gereja telah mengehadkan jumlah isteri kepada hanya satu.

Polygny pula dibenarkan mengikut agama Yahudi. Mengikut hukum Talmud, Abraham mempunyai 3 isteri, Solomon pula memiliki ratusan isteri. Practice poligami ini diteruuskan sehinggalah Rabbi Gersom ben Yehudah mengeluarkan arahan menentangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di kawasan Muslim meneruskan amalan ini sehinggalah pada akhir 1950, satu undang-undang Chief Rabbinate of Israel mengharamkan perkahwinan lebih daripada satu.

3. Al-Quran membenarkan POLIGAMI YANG TERKAWAL

Di dalam Surah an-Nisa, 3, Allah telah berfirman;
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Sebelum al-Quran diturunkan, tiada had ke atas poligami and ramai lelaki mempunyai seliga wanita malahan mencapai ratusan. Islam pula datang memberikan had sebanyak 4 sahaja. Islam membenarkan lelaki mengahwini 2,3,4, hanya jika lelaki itu dapat berlaku adil.
 Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. an-Nisa,129
4. Jumlah penduduk wanita lebih ramai daripada penduduk dunia berjantina lelaki

Di USA, wanita melebihi angka lelaki sebanyak 7.8 juta. Di New York sahaja, terdapat 1 juta wanita melebihi lelaki, dan sepertiga daripada populasi lelaki di new York ialah homoseksual. Di USA sahaja terdapat 25 juta homoseksual dan lesbian. Ini menunjukkan mereka tidak ingin mengahwini wanita.

Di Great Britain, terdapat sebanyak 4 juta wanita melebihi angka lelaki. Di Rusia terdaoat 9 juta wanita melebihi lelaki.

5. Mengehadkan lelaki kepada mengahwini satu tidak praktikal

Jika semua lelaki mengahwini seorang wanita, tetap terdapat 30 juta wanita tidak mempunyai suami (mengambil kira faktor angka homoseksual di negara mereka yang sangat ramai). Maknanya, jika smeua lelaki berkahwin sekalipun, terdapat 4 juta wanita melebihi lelaki di Great Britain, 5 juta di Jerman dan 9 juta wanita yang tidak akan mempunyai suami.

Contohnya, adik perempuan saya menjadi salah seorang daripada wanita yang tidak berkawin kerana undang-undang barat yang mengehadkan perkahwinan di USA. Pilihan yang dia ada ialah menjadi seorang wanita yang menjadi madu, ataupun menjadi "harta awam". Kalau orang Islam atau orang yang masih mempunyai hati budi, pastilah memilih pilihan yang pertama.

Dalam masyarakat Barat, adalah menjadi satu kebiasaan jika seseorang lelaki mempunyai perempuan simpanan atau mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita di mana wanita-wanita itu akan menjalani haidup yang tidak bermaruah dan tidak dilindungi.

Perempuan dijadikan mainan dan tempat memuaskan nafsu. Bila wanita tersebut mengandung dan mengadu kepada pasangannya, maka pasangannya akan berkata, "Ah! Jika kamu sanggup tidur dengan aku, pastinya kau sanggup untuk tidur dengan lelaki juga!!Ini bukan anak aku". Maka, wanita itu akan hidup terbiar dengan tanggungan anaknya, dan anaknya tidak akan dinasabkan kepada mana-mana lelaki.

Di masyarakat Islam,  Islam lebih selesa memberikan kedudukan mulia kepada para wanita untuk dilindungi oleh suaminya dan anak-anak mereka akan dibinkan kepada suaminya itu. Mana yang lebih untung?

Komen:

Isi-isi di atas ambo peroleh daripada salah sebuah karya Dr Zakir Naik. Masyarakt kita terlampau takjub dengan dunia Barat. Sedangkan orang Barat yang celik hatinya tergesa-gesa meninggalkan tamadun mereka yang rapuh itu. Seperti kata Yusof Islam,"Tamadun barat merupakan sebuah kapal yang hampir tenggelam dan orang islam berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya".


Poligami bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sewenang-wenangnya. Bak kata Bro Shah Kirit, poligami boleh menjadi fast track ke syurga ataupun neraka. Amalan ini dibentuk semata-mata kerana melindungi wanita tetapi malangnya disalah gunakan.

Kaum lelaki berlumba-lumba untuk menggunakan hak mereka ini sedangkan erti adil dari sudut mana mereka tidak tahu. Kaum wanita pula sering dimomok-momokkan dengan taraf bini kedua dan sebagainya. Perkahwinan poligami kebiasaannya gagal bukan kerana sikap pasangan itu, tetapi masyarakat sekeliling yang sibuk mencucuk-cucuk mereka dan meniupkan perasaan benci dan dengki. Allahurobbi..:(

Ambo tidak berniat nak kahwin empat (hati ini terlalu kecil untuk dibahagi kepada empat). tetapi post kali ini diharapnya bisa menjadi satu jawapan yang konkrit apabila ada rakan non-muslim anda bertanyakan, "Kenapa Islam benarkan poligami?"..Sekarang, In-sha-Allah, anda sudah tahu jawapannya..Wassalam..:DDDD

Tuesday 14 January 2014

[Akidah ASWJ]: Dalil Keharusan Maulid Nabi

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Tajuk ini memang menjadi kontroversi di Malaysia. Sebenarnya, banyak hujah-hujah yang diberikan oleh ulama' berkenaan keharusan menyambut Maulid Nabi, tetapi ada sebilangan orang menolak pendapat para 'ulama' ini dan mengajak orang untuk menolak pendapat 'ulama' juga. Katanya, "Jangan ikut mereka itu.Mereka bukan maksum!!". Tetapi, pada masa yang sama membidaahkan 'ulama' lain-lain dan menyeru jangan diiikut pendapat orang lain, mereka suruh mengikut pendapat mereka pula. Aneh. Kata, kita semua bukan maksum..Hehe..

Sebelum itu, kita hidangkan kepada minda kita mengapa Allah letakkan kelahiran Nabi pada bulan Rabiul'Awwal, bukannya bulan-bulan yang mulia seperti Bulan-bulan Haram, Rejab, Syaaban atau Ramadhan, bulan turunnya al-Qur'an? Mengapa Allah takdirkan kelairan Nabi Muhammad SAW pada hari Isnin bukan Jumaat, penghulu segala hari?

Jawab al-Imam Suyuti rahimahullah, ada beberapa sebab Allah meletakkan sedemikian. Allah ingin memerikan kemuliaan kepada Nabi SAW;

Calligraphy Muhammad Wallpaper Calligraphy Muhammad Wallpaper

  • Kenapa bulan Rabiul'Awwal.? Perkataan Rabi' bermaksud musim bunga. Kalau kita tengok kepada negara 4 musim, musim apakah yang paling kondusif dan indah bagi mereka? Pastinya, musim bunga. Musim bunga ini merupakan musim pertengahan. Tidak panas dan tidak sejuk. Maka, ini isyarat daripada Allah subhanahu watalaa bahawa Dia akan mengutus seorang Nabi yang akan membawa syariat yang wasatiyah, iaitu pertengahan.
  • Bulan RabiulAwwal juga disebut sebagai Rabiul Anwar yang bermaksud bercahaya. Kedatangan Nabi Muhammad membawa cahaya bukan kepada masyarakat Arab Jahiliya,h tetapi kepada seluruh alam.(al-Anbiya', 107)
  •  Kenapa hari Isnin? Allah menginginkan Rasulullah yang memuliakan yang lain, bukan dimuliakan oleh yang lain. Jika Rasulullah lahir pada hari Jumaat, maka orang akan berkata Rasulullah diberkati kerana lahir pada hari Jumaat, Saiyidul Ayyam. Maka, seiring dengan pengutusan Nabi sebagai rahmat kepada seluruh alam, Allah takdirkan Nabi lahir pada hari Isnin, maka hari Isnin mulia kerana lahirnya Nabi pada hari itu.
Kedua, persoalannya, mengapa kita membuat perayaan yang Nabi sendiri tidak sambut?

Jawapan ini ambo petik dari Syeikh Ibrahim Kattan yang menghafal kitab Shaih Bukhari dan Muslim kulit ke kulit dan masih mengajar di Masjid al-Azhar. Beliau berasa pelik dengan soalan ini. Maulid Nabi ini bertujuan untuk mengingati sejarah Nabi. Sejarah itu dikatakan benda yang lepas dan tidaklah dikatakan memperingati sejarah jika orang yang ingin diingati itu masih hidup. Kerana itulah rasulullah tidak menyambut hari lahirnya kerana tugas untuk memperingati sejarahnya ialah terletak pada kita sebagai umatnya.

Dan, tidak semestinya perkara yang tidak dilakukan oleh rasulullah itu tidak boleh belake. Bidaah ini satu perkara yang tidak ada asas dalilnya dalam islam,pendek cerita direka-reka dan dicedok dari ajaran selain Islam. Ini satu tuduhan berat. Para 'ulama' mengharuskan sambutan ini kerana bersempena dengan memperingati Nabi Muhammad. Maka, akan berkatalah orang, kita ibarat orang Kristian dan Nasrani. Mereka mengambil hadith "Janganlah kamu memuji ku berlebihan sepertimana pengikut Nasrani kepada Isa alaihissalam.."  Persoalannya, pengikut Nasrani ini MEMUJA Isa alaihissalam, maka dalam Maulid tiada pun unsur pemujaan, maka dibenarkan untuk menyambutna. Ini sudah dijawab oleh Syeikh Fahmi Zamzam yang akan kita bincangkan pada post yang lain..

DALIL PERTAMA :HARUS BAGI KITA MEMBESARKAN HARI-HARI DAN TEMPAT-TEMPAT KELAHIRAN PARA NABI

Hujahnya;
  • Kita membesarkan hari Jumaat kerana ianya merupakan hari dihidupkan Nabi Adam alaihissalam. Kata Imam al-Qastalani, "Hari Isnin atau hari kelahiran Nabi merupakan hari mustajabnya doa di mana Allah akan mengampunkan permohonan ampun oleh hambanya. Kenapa? Jika hari Jumaat itu dijanjikan mustajabnya doa bersempena dengan penciptaan  Nabi Adam, apatah lagi pada kelahiran kekasihNya?
  • Saidina Syaddad bin 'Uwais meriwayatkan;
Saidina Jibril alahissalam pernah menyuruh baginda menunaikan solat di Baitul Laham (Bethlehem). Kemudian saidina Jibril bertanya kepada Nabi SAW,"Tahukah kamu dimanakah kamu bersolat tadi? Maka baginda menjawab, "aku tidak tahu". Kata Saidina Jibril, "Kamu telah menunaikan solat di Baitul Laham di mana Isa alaihissalam dilahirkan".

  •  Kesejahteraan dan keselamatan pada hari Nabi-nabi dilahirkan disebutkan secara jelas di dalam al-Quran. Firman Allah taala;
"Dan segala keselamatan dan kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hairi aku mati dan pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". (Maryam,33)

DALIL KEDUA: KISAH ABU LAHAB

al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah menyebutkan di dalam kitab Bidayah wal Nihayah;
"Wanita yang mula-mula menyusukan baginda ialah Tsuwaibah al-Aslamiyah yang merupakanhamba kepada Abu Lahab. Dia dimerdekakan oleh Abu Lahab sebaik sahaja memberitahu tentang kelahiran baginda kepada Abu Lahab"

al-Imam Suhaili rahimahullah taala dan para ulama lain telah menyebutkan di dalam kitab-kitab mereka,
"Sesungguhnya Abu Lahab menyebutkan kepada saudaranya al-Abbas di dalam mimpi (mimpi al-Abbas). Sesungguhnya dia dilepaskan daripada seksaan kubur pada setiap hari Isnin (kerana gembira dengan kelahiran Nabi)"

Pendapat ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Hafidz Syamsuddin bin al-Jazari di dalam ktabnya Arif al-Ta'rif bil Mawlid as-Syarif.

al-Imam al-Hafidz Syamsuddin bin Nasiruddin al-Dimasqi menyebutkan sebuah syair di dalam kitabnya Murid al-Shodi fi Mawlid al-Hadi,,


Jika ini keadaan seorang kafir
yang dijanjikan seksaan bahawa dilepaskan seksaan
kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad
Maka apa sangkaanmu terhadap hamba Allah
yang gembira dengan Ahmad dan mati dalam tauhid? 

Menurut al-Ustaz Doktor Yusuf Kahtthar Muhammad hafizahullah seorang ulama daripada Syria;

"Hadith Abu Lahab dibebaskan daripada seksaan pada hari Isnin kerana gembira dengan kelahiran baginda diriwayatkan oleh sebahagian besar daripada para ulama hadith dan sirah. Antaranya ialah Imam Abdul Razak San'ani, Imam Bukhari, Imam ibnu Hajar al-Asqalani, l-Hafidz al-Baohaqi, Imam Ibnu Hisyam, al-Imam Suhaili, al-Hafidz Baghawi,al-Imam Ibnu Daiba', al-Imam al-Asyqar, al-Imam al-'Amiri"

DALIL KETIGA: BAGINDA SENDIRI MENYAMBUT HARI KELAHIRANNYA DENGAN BERPUSA PADA HARI ISNIN

al-Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab Sahihnya;
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a; Sesungguhnya Baginda rasulullah pernah ditanya tentang puasa pada hari Isnin. maka sabda baginda," Ianya merupakan hari aku dilahirkan dan pada hari tersebut juga wahyu mula disampaikan kepadaku".

Syeikh Muhammad Nazrul bin Abdul Nasir berkata dalam risalahnya, Sirajul Huda,"Ini merupakan dalil yang jelas menunjukkan sambutan Maulid Nabi. Mungkin cara sambutan berbeza tetapi maksudnya tetap sama sama ada kita berpuasa pada hari tersebut, memberi makan atau berkumpul unutk melaksanakan majlis zikir dan selawar ke atas junjungan besar Rasulullah SAW/

Sambutan Maulid Nabi bukanlah semata-mata kita bergembira pada hari tersebut. Tetapi pada hari tersebut kita digalakkan untuk mengadakan majlis bagi memperingati sirah perjuangan baginda dan segala yang ebrkaitan tentang perjuangan baginda SAW. Perkara sebegini perlu kerana ianya akan menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda dan keimanan kepada Allah dan arsulNya akan bertambah kukuh.

Sambutan sebegini juga akan menyegarkan ingatan kita kepada baginda SAW dan perkara ini disyariatkan di dalam Islam. Kita dapati di dalam ibadah haji juga terdapat banya bentuk ibadah yang di dalamnya yang ianya merupakan cara untuk mengingati peristiwa-peristiwa lepas yang berlaku di sesuatu kawasan tersebut seperti Sai dan melontar Jamrah. Ini dilakukan semula sebagai cara untuk memperingati peristiwa-peristiwa bersejarah tersebut..Wallahua'lam..:D

*Pelik melihat orang yang mengaku cintakan Nabi, tetapi bersungguh-sungguh menghalang orang menyambut kelahiran Nabi..:)




Friday 10 January 2014

[Akidah ASWJ]: Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Sudah terang lagi bersuluh bahawa zaman ini zaman fitnah. Satu demi satu ajaran muncul, kesemuanya menjadi propaganda musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Di negara kita, ramai yang sudah sedar dari kealpaan masing-masing dan berhajat untuk kembali. Seks, wang, sukan dan lain-lain tidak terkesan dalam hati mereka. Maka, syaitan telah mewujudkan ajaran yang menyimpang yang mengelirukan mereka. Sayang seribu sayang. Jangan pelik jikalau satu serbuan markas ajaran sesat, terdapat wanita berniqab dan lelaki berserban besar menghadiri ritual sesat itu..

Maka, dengan kesempatan masa yang masih ada, ambo terpanggil untuk mewujudkan segmen yang tidak seberapa untuk memberikan kita penerangan tentang akidah yang sebenar, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah. Tapi, ingat pengisian yang ada di dalam ruangan ini tidak lengkap tanpa mendapat bimbingan seorang guru. Ini sebagai sampingan bukan isi utamanya. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih mendalam, carilah mana-mana guru yang muktabar untuk mendidik kita mengenal tariq yang paling tepat..:)



ERTI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Erti Ahli Sunnah: ialah pengikut sunnah Nabi
Erti wal jamaah: penganut iktiqad sahabat-sahabat Nabi

Iktiqad Nabi dan para sahabat itu telah termaktub di dalam al-Quran dan dalam Sunnah Rasul secara tidak terkumpul atau belum bersusun  secara rapi dan teratur, tetapi kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan oleh seorang ulama Usuluddin yang hebat iaitu Syeikh Abu Hasan al-Asy'ari.

Tersebut dalam kitab "Ihtihaf Sadatil Muttaqin" karangan Imam Muhammad bin Muhammad al-Husni al-Zabidi, iaitu kitab Syarah kepada kitab "Ihya' Ulumiddin" karangan Imam Ghazali, pada jilid II, halaman 6 menyebut:
Apabila disebut kaum Ahlu Sunnah wal Jamaah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikuti (faham ) Asy'ari dan faham Abu Mansur al-Maturidi.

PECAHAN DALAM ISLAM

Nabi Muhammad SAW bersabda, " Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 pecahan, yang satu masuk syurga dan yang lain akan masuk neraka. Bertanya para sahabat, "Siapakah yang tidak memasuki neraka itu, ya Rasululllah?" Nabi menjawab, Ahlussunnah wal Jamaah" (Tabrani)

Tersebut dlaam kitab Bughyatul Mustarsyin, karangan Mufti Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar, yang mahsyur dengan gelaran Ba'Alawi, halaman 398, cetakan Mathba'ah Amin Abdul Majid Kaherah, bahawa 72 firqah yang sesat itu ialah,

  1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina Ali k.w. Mereka tidak mengakui Khalifah Abu Bakar, Umar, Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.
  2. Kaum Khawarij, kaum yang berlebih-lebih membenci Saidina Ali, bahkan ada yang mengkafirkan Saidina Ali. Kaum ini berpecah kepada 20 aliran.
  3. Kaum Muktazilah, iaitu kaum yang berpegang bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, manusia membuat pekerjaannya sendiri, Tuhan tidak dapat dilihat dalam syurga, orang yang mengerjakan dosa akan diletakkan di antara syurga dan neraka dan Nabi mikraj menggunakan roh sahaja. Kaum ini berpecah kepada 20 aliran.
  4. Kaum Murjiah, iaiu kaum yang berfatwa tidak akan membawa mudarat jika berbuat dosa asalkan sudah beriman.
  5. Kaum Najariyah, iaitu kaum yang berfatwa bahawa perbuatan manusia ialah makhluk, dan sifat Tuhan itu tiada. Mereka berpecah kepada 3 bahagian.
  6. Kaum Jabariyah, iaitu kaum yang berpegang bahawa manusia itu Majbur, iaitu tiada erdaya apa-apa. 
  7. Kaum Musabbihah, iaitu kaum yang berfatwa bahawa Tuhan itu ada serupa dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kerusi, naik tangga, turun tangga..etc
J
adi, inilah pecahan dalam Islam. Berjaga-jagalah agar tidak tergelincir kita..Wallahua'lam..:D


Thursday 9 January 2014

[Tazkirah]: Huru Hara Kiamat II

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



{Dipetik daripada kitabal-Yawaaqit wa al-Jawaahir fi 'Uqubaat Ahli al-Kabaair oleh Syeikh Abdul Wahab asy-Sya'arani}

Tuhan yang Maha Tinggi berfirman:
"Akulah Raja yang Amat Keras. Tiada mana-mana orang yang zalim melampauiLu. Jika is melampauiKU nescaya Aku pula yang zalim"
Kemudian Dia berfirman,
"Hai Jibril! Katakan kepada malaikat yang menjunjung neraka; Bawalah neraka Jahannam"

Maka malaikat Jibril pun pergi dalamkeadaan menangis. Maka malaikat yang menjunjung neraka bertanya kepada Jibril,"Kenapa kau menangis?". Jawab Jibrail, "Bagaimanakah aku tidak menangis. Sesungguhnya Allah taala telah menyuruh supaya engkau membawa api neraka Jahannam"

Maka menangis pula malaikat Malik dengan tangisan yang keras," Hai Jibril, hari apakah ini?". Maka kata Jibrail,"Inilah hari kiamat".

Maka berkata malaikat Malik "Di manakah Muhammad SAW dan umatnya?". Jibril menjawab," Mereka itu berada pada hadrat Allah taala.". Maka berteriaklah malaikat Malik itu kepada neraka Jahannam dengan sekali teriakan.

Maka, api neraka itu menjadi marak dari atas hinggalah ke bawah. Dan ia berdiri di atas kakinya. Dan bagi api neraka Jahannam itu ada sepuluh ribu kepala. Pada setiap mulutnya ada 10 000 taring. Dan setiap panjang taringnya itu 10 000 hasta. Dan seriap satu taring itu ada 10 000 qirbah (bekas). Dan setiap bekas itu terisi dengan racun.

Dan padanya ada 70 000 "zimam" (tali kekang). Dan setiap satu zimam itu ada 70 000 malaikat yang menariknya. Maka tatkala di Mahsyar, terputuslah rantai itu kerana murka dan marahnya api neraka kepasa orang kafir dan orang yang berbuat dosa.

Lihatlah betapa gerunnya azab api neraka. Tetapi mengapa kita di sini masih berbuat dosa? Ambo utamakan peringatan ini kepada diri ambo yang lemah ini. Kata Yusof Islam,
"Tamadun Barat merupakan sebuah kapal yang hampir tenggelam dan umat Islam berlumba-lumba untuk membeli tiket untuk menaikinya".
Maka, muhasabahlah diri kita. Kata Saidina Umar, "Hitunglah dirimu sebelum diri kamu dihitungkan". Dunia merupakan tempat berbuat amal semata-mata, dan di akhirat itu tempat mengira amal semata-mata. Jangan merasakan diri kita sudah cukup ibadat kerana kita tidak tahu berapa dekatnya belakang kita dengan api neraka.

Hidup di dunia hanya sekali.

Peluang untuk beramal hanya sekali.

Berbuat dosa pula banyak kali.

Tapi, ingat pengampunan Allah tidak pernah bertepi...

Wassalam..

BONUS:


Shollu 'alan Nabiyy..:')

p.s: Maafkan ambo kerana lambat update..:)


Sunday 5 January 2014

[Diari al-Mamluk]: Cerita Dari Pondok

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, setelah dua minggu bermukim di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Ambo kini sudah menjejakkan kaki ke rumah. Ambo tak nak balik, ketenangan di sini amat bernilai. Kehidupan ini, ambo mencari maknanya/ Dan, ambo menjumpai di sana. Ratusan murid dan tok guru hidup dengan harmoni, [percaya bahawa rezeki mereka sering bertandang daripada Allah sepertimana Allah rezekikan kepada burung.

Sepanjang hidup ambo, ambo sering mabuk dalam pelbagai dimensi pemikiran yang negatif. Apakah kerjaku? apakah tanggapan orang terhadapku? Berapa gajiku? Apakah aku akan mendapat isteri solehah? Dan, bolehkah aku mencapai husnul khatimah?

Jawapan kepada 1001 persoalan itu kesmeuanya ambo temui di sini. Tok Guru di sini amat geliga pemikirannya, bukan setakat dalam ilmu agama sahaja Ada seorang guru kami mengaitkan teori Big Bang dalam perbincangan kami berkenaan sifat Allah. Kata beliau, semua makhluk memiliki perubahan dan permulaan seperti alam semesta melalui teori Big Bang, tetapi Allah itu bersifat sedia ada. Tok Guru yang kepandaiannya setaraf dengan mana-mana ahli akademik yang lain amat tawadhuk. mereka tidak meminta sebarang bayaran pun walaupun kelas mereka berjalan sepanjang hari. Ambo berpeluang menuntut dengan TG Abdul Rahim al-Singalaka sehingga pukul 2 pagi! Dan, beliau tidak meminta sebarang bayaran seperti guru-guru lain.

Habis, hidup nak makan apa? Sahabatku, perhatikanlah burung. Ia tidak pernah pun bertolak pada waktu pagi dalam keadaan kelaparan dna pulang dalam keadaan kelaparan juga. Rezeki itu ketetapan Allah. Semua burnung pulang dalam keadaan kekenyangan. Kalaualah burung percaya dengan janji Allah, mengapa tidak kita? Diberitakan kepada kami bahawa ada tok guru di sini mempunyai 10 butir kereta, semunaya pemberian orang. Rezeki ini dari Allah, bukan dari tangan kita.

Kahwin? Kata Ustaz  Din yang mengajar kami tajwid," Kalau ngaji tak lama,fardhu ain tak sempurno, tokseyy pikir lagi pasal kahwin". Pedas? Ya, tetapi itu hakikatnya. Kita masih cetek ilmunya tetapi beria-ria hendak kahwin . Perkahwinana tidak bererti menjamah tubuh pasangan masing-masing sahaja, perkahwinan ini merupakan satu proses tarbiah untuk melahirkan generasi baru yang soleh. Tetapi, kalau mak ayah tidak reti bab agama, bagaimana pula dengan anak-anak mereka? Kita sering mengeluh, mencaci apabila melihat kebejatan sosial di akhbar, tetapi pernah tak kita terfikir bagaimana kita menyumbang ke arah masalah ini walaupun secara tidak langsung?

Institusi pondok telah lama dimomokkan dengan arus pembangunan. Se,ua orang takut miskin, semua orang takut jadi bodoh, smeua orang takut takda Aventador, semua orang takut takda bini. Hakikatnya, kita sering lupa untuk takut mati dalam ketakutan.

Ambo bawakan cerita-cerita dari pondok ini, semoga memeri pencerahan berkenaan dengan institusi ini.


Dari Seberang Laut Ke Pondok

Pertama kali kami berjumpa dengan susuk tubuh bernama TG Hazrel Asrar, kami sudah jatuh hati kepadanya. Bermuka cengkung dan putih kulitnya, kesopanan dan tawadhuk-nya mencampakkan perasana tekun dalam hati kami. Tambahan lagi dengan ilmunya yang amat luas dan gayanya yang bersahaja, siapa yang tidak tunduk hatinya apabila berbicara dengan ulama' muda ini.

Rupanya, kisah tok guru pondok ini amat panjang. Beliau bersekolah di MRSM Taiping dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam jurusan Electrical Engineering. Semasa bermukim di sana, beliau ttelah didatangi oleh para mubaligh Kristian yang cuba untuk memeurtadkan beliau. Usai belajar, beliau terus pulang ke negara Malaysia untuk mendalami ilmu agama kerana beliau sendiri hampir goyah dengan asakan mubaligh ini.

Asalnya berniat untuk tinggal sekejap, pejam celik pejam celik, sudah 7 tahun beliau di sini. Beliau diberi tauliah untuk mengajar dan seterusnya Allah tentukan untuk beliau mengajar kami dan menceritakan serba sediit tentang perihalnya.

Selepas kelas pukul 2 pagi, kadang-kala kami tidur di masjid kerana keletihan yang sangat. Di hujung masjid, kmai menjumpai satu batang tubuh berjubah putih, yang sedang tidur. dialah TG Hazrel Asrar. Memilih untuk tidur berbantalkan lengan dan bertikarkan lantai masjid yang sejuk. Dialah murobbi kami...


Dilemma Kini Tiada Lagi

Semasa kami makan malam bersama-sama menggunakan talam, ianya satu sunnnah, bulatan kami disertai oleh seorang pemuda yang tinggi dan agak gempal badannya. Senyumnya amat mesra sehinggakan menghilangkan kejanggalan kami. Kami makan dengan gembira setelah menempuh sehari yang padat dengan pengisian.

Usai makan, kami memberanikan diiri untuk bertanyakan kepada beliau. Beliau dengan senang hati menceritakan bahawa beliau merupakan seorang lulusan Degree Engineering di sebuah universiti awam di negara ini. Selesai belajar,beliau ditawarkan oleh seorang rakannya yang ingin membuka syarikat baru. Gaji permulaannya ialah RM 5000!!!! Agak-agak apa jawapan beliau?

Beliau menolaknya.

Katanya, beliau ingin mendalami ilmu agama. Meskipun berat untuk abaikan peluang yang kebanyakan daripada kita terliur dengannya, beliau memilih pondok sebagai tempat mukimnya. Menjual dunia untuk akhirat, inilah perniagaan yang tidak akan rugi.

Hari-hari mendatang kami sering dihias dengan senyum abang Tarmizi yang tidak pernah lekang dari mukanya. kadnag kala kami malu dengan diri kami yang berat menunaikan solat sunat sedangkan Abang tarmizi tidak pernah ketinggalannya.

Pada penghujung tempoh kmai di sini, beliau beritahu kepada kami bahawa dia kini dirundung dilema kembali. Beliau ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran sedangkan hatinya tertambat di bumi ini. Sebelum kami berpisah, beliau meminta kami untuk mendoakannya...

Pilot yang Tertaut Hatinya.

Cerita ini dikisahkan kepada kami oleh Ustaz Sukri, murobbi kami ketika berada di pejabat Asrama Selangor atas urusan penting. Kata beliau,

Beliau terjumpa dengan seorang yang katanya tidak akan menetap lama di pondok ini. sekadar utnuk memenuhi masa yang kelapangan sebelum berangkat ke luar negara untuk berkhidmat dalam bidang Airforce.

Tetapi, Ustaz Sukri menjumpainya. Beliau berasa terkejut seraya menyapanya. Pemuda itu menjawab tenang, "Saya dah tolak tawaran tu. Saya dah buat keputusan untuk tinggal di pondok ini". sebak hati Ustaz Sukri mendengarnya.

Perdagangan yang tidak akan rugi...Pemuda itu akan sentiasa terbang dan mikraj ke arah keredhaan Tuhannya walaupu tanpa kapal terbang dan jet...

Kisah Muhammad Ali.

Ini bukan kisah petinju. Ini kisah seorang muallaf.

Abang Muhammad Ali tampil ke hadapan apabila kami merayu kepadanya agar memberikan sedikit tazkirah. Abang Ali berbangsa India, dan mukanya bersinar yang buatkan kami terpegun seketikan ketika hendak menjawab salamnya apabila pertama kali bersua.

"Saya Muallaf. baru 2 tahun saya peluk islam. Lepas ada satu accident, saya duduk rumah saja. Saya takda kerja. Pastu ada kawan kenalkan saya kepada Jesus Christ. Saya dengar cerita pengorbanannya untuk manusia, sifatnya yang baik menawan hat saya. Saya semakin tertarik dengan ajaran Jesus.

Satu hari, saya terbuka ada ceramah agama Islam. Saya tengok kenapa ajaran diorang sama dengan ajaran Kristian? Saya jadi keliru. Alunan al-Quran pun sedap, buatkan air mata saya menitis walaupun tak faham apa dia cakap. Bila abang saya masuk bilik, saya cepat-cepat tutup.

Keliru saya. Ada kawan Melayu rapat dengan saya dan akhirnya saya memeluk Islam. Lepas peluk Islam, saya duduk sahaja. Saya pikir, saya peluk Islam ni sebab saya nak solat, saya nak puasa bukan untuk duduk sahaja. Ta[i, saya tak tahu macam mana. Kemudian, ada kawan saya bawa ke sini (Kelantan). Kat sinilah, saya jumpa orang Islam sebnar. Tenang hati saya.

Mak saya sampai sekarang tak tahu saya sudah Islam. Saya kata saya nak cari kerja..."


Kisah Muhammad Yusoff

Selepas sarapan, kami bergerak ke masjid untuk mengaji kitab. Di anjung masjid, kami ternampak seorang Inggeris yang tebal janggutnya berwarna salji. Kami pun tertarik dengannya, apatah lagi kitab yang mereka sedang belajar itu ialah kitab Arab penuh.

Kore punya korek, akhinrya kami mengetahui kisahnya. Beliau seorang muallaf daripada Australia dan berkahwin dengna seorang wanita tempatan. Beliau tertarik dengan pondok dan menetap di sini. Setelah 6 tahun, beliau kini mengajar Bahasa Arab di sini. Bayangkan, sudah berapa umur kita bergelar seorang Muslim, berapa patah Bahasa Arab yang kita tahu?  Tapi, seorang muallaf Australia mampu mengajar orang-orang Melayu Islam berbahasa Arab...SubhanaAllah... 


From Hero to Zero

Diceritakan kepada kami oleh Ustaz Fadhli yang mengajar kami Usuluddin, baru-baru ini beliau menziarahi Kuching untuk bertemu dengan bekar pelajar Pondok Pasir Tumboh. Ada beberapa kisah insan ini memeranjatkan dia, apatah lagi kami.

Ada seorang Insan, datang ke sini tidak reti membaca dan menulis apa-apa pun. Setelah 6 tahun di sini, apabila beliau suah menjadi alim, beliau pulang ke kampung halamannya. Dan kini, berkhidmat sebagai Qadi di sana.

Ada seorang insan yang menetap di Asrama Selangor, apabila diperhatikan telinganya seperti pernah ditindik ataupun beliiau merupakan seorang muallaf dari kaum peribumi Borneo. Tetapi, kami tidak pernah terlihat beliau berada di saf belakang melainkan sentiasa istiqamah berada di belakang imam kecuali apabila ada kelas. Malam-malam, apabila kami sedang berqasidah, ambo ternampak dia juga sedang berqaisdah dengan semangat diiringi tangisan air mata kerinduan kepada Rasulullah...


Kawan-kawan,

Janganlah mencaci golongan yang tekun mempelajari ilmu agama. Merekalah orang yang melepaskan dosa kita apabila mereka mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifaiyah dalam lingkungan agama di sini. Bak kata TG Abdul Rahim, "Budak pondok tidak pernah diajar untuk tidur awal". Kerana apa? Waktu malam di pondok meriah dengan majlis ilmu . Tanyalah kepada diri kita, kita berjaga hingga tengah malam kerana apa? facebook? Twitter? Itu semua sia-sia, tetapi pelajar pondok ini memenuhi malam mereka dengan ilmu dan ibadah....

Wallahua'lam....