Thursday 30 May 2013

[Cerpen]: Keriutan Basikal Tua






Susuk kecil tubuh itu membonceng basikalnya lalu mengayuh keluar dari rumah usangnya. Mukanya merah, bukan karna pancaran mentari zohor yang panas itu, tapi menahan malu. Basikalnya itu warisan arwah bapanya, bekas imam kampung itu. dan, dengar khabarnya ayahnya juga mewarisi basikal itu dari ayahnya. Wah, begitu berslirat susur-galr basikal ini! Sebab itulah, dia menghargai basikal ini karna keunikannya dan juga ini sahajalah tinggalan dari ibu bapanya. Tapi, umur basikal itu tenat. Asal dikayuh, berkeriut ia umpama mengerang kerana belakangnya pedih menanggung berat manusia . Keriutnya makin lama makin galak bunyinya, hinggakan ayam kampung, kerbau kampung dan juga "lembu-lembu" kampung di kedai kopi Wak Sarjo terdiam melihatnya.

Dia terberhenti di hadapan sebuah rumah agam. Serba salah dalam dirinya. Rumah itu miliknya Encik Adam, ataupun gelaran yang dicap oleh Ecnik Adam sendiri, Orang Maha Kaya. Orang Maha Kaya Adam sering mengomel dan mencerca dirinya tiap kali dia melintasi rumahnya. Bisinglah, buruklah pelbagai lagi cerca yang ditadahnya. Tidak mengapalah, surau kampungnya itu jauh dari rumah lapuknya. Amanat ayah untuk mengimarahkan surau itu sepeninggalannya tidak boleh luntur begitu sahaja, hanya kerana dengusan seorang yang bongkak!

Dia pun menuntun basikalnya melintasi rumah agam Encik Adam. Encik Adam ketika itu sedang menyiram pokok Rafflesia-nya (di mana dia sibuk menghebahkan kepada seluruh penduduk kampung), tapi dia musykil. Di dalam buku teksnya, bunga Rafflesia itu besar berwarna merah. Tapi, bunga "Rafflesia" Encik Adam itu warnanya hijau persis periuk kera. Tapi, bukan sedikit orang kampung yang ternganga mulutnya serta memuji Encik Adam, demi mendapatkan wang buat minum kopi! Encik Adam merenungnya tajam. Dia menelan air liurnya dengan cemas.

"Hoi, orang miskin!", jerkahnya. Dia meneruskan perjalanan, memekakkan telinga. Tapi, Encik Adam tidak dapat menerima seorang miskin tidak menyahut panggilannya. lalu memekik terlolong memakinya. Dia pun memberhentikan tuntunannya.

"Assalamualaikum, Encik Adam! Semoga sihat sejahtera hendaknya. Ayah saya bagi nama kepada  Ali, jadi Encik Adam boleh panggil saya Ali, Al ataupun Orang Kaya Ali, ya! Mana-mana sahaja yang Encik kenan!," selorohnya, demi meredakan kepanasan dalam lubuk hatinya.

"Orang miskin tidak sedar diri!", balas Encik Adam lalu memancutkan air hosnya, membasahkan jubah Ali. Lencun dibuatnya. Apakan daya, dirinya tidaklah sekaya Encik Adam untuk membalas. Dia meneruskan perjalanannya, Zohor hendak masuk.

Dikayuh basikalnya yang semakin galak keriutnya. Tiba di jalan besar, dia mendengar deruman motor dan gelak tawa pemuda pemudi di belakangnya. Ali beristighfar dan meneruskan perjalanan. deruman di belakang semakin liar dan dua buah motorsikal memintas basikal usangnya menyebabkan dia membelok secara spontan seraya terjatuh di atas tar jalan yang panas itu. Deraian ketawa bergema dikepalanya yang pusing itu.

"Nak kata alim, tiada serban. Nak kata tampan, tiada rupa. Nak kata kaya, basikalnya nazak. Apa guna hidupmu, Ali," sinis satu suar perempuan yang sengaja dialunkannya, menggedik. deraian ketawa lagi. Ali membatu sambil mengusap sikunya yang terkoyak itu, dek tergilis tar jalan. Zikir diratibkan di mulutnya.

"Hoi, Ali! Kau tak dengar ke apa yang makwe  aku cakapkan? Ke kau pekak! Sedarlah sedikit, kau itu papa kedana. Kalau pekak, tak mampu nak beli telinga baru!", jerkah seorang pemuda yang tegap badannya, dengan sebelah tangan memeluk pinggang teman wanitanya. Matanya dibulatkan, persis ikan yang kepanasan.

Ali terus membisu. Matanya merah menahan air mata. Apalah dosanya? Adakah salah seorang miskin tinggal di kampung ini? Ayahnya tidak sekaya Encik Adam untuk membeli rumah agam. Dan ayahnya tidak sekaya ibu bapa Adli dan Fatimah, pasangan yang sering mengacaunya acap kali dia ke surau.

Dia membonceng semula basikal tuanya, lalu berkata,'Adli, miskin kaya seseorang tidak menentukan martabatnya. Tuhan itu adil Orang bongkak sombong tempatnya di api, sebagaimana kata-kata mereka membakar orang lain", katanya. Dia terus mengayuh basikalnya

Adli melolong seperti orang mabuk isim, api kemarahan meledak-ledak. Fatimah pula menjengilkan matanya dan bercekak pinggang."Berani kau Ali!!", jeritnya. Dia membonceng motorsikal lalu memecut.

Ali tidak mampu mengayuh laju, kerana jalan mendaki. Di tepi pula, ada gaung. Bahaya. dia mendengar deruman menggila di belakang, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berserah. Didorong oleh kegilaannya, Adli memecut hingga bersebelahan dengan basikal tuanya Ali, lalu menyepak basikalnya itu. Ali tidak mampu mengawal basikalnya, lalu tercampak ke dalam gaung. Adli tertawa puas.

Bertambah puas dirinya apabila gerangan Ali kedengaran dari gaung itu, memohon pertolonga. Tetapi, lama-kelamaan gerangan itu menjadi sayup dan akhirnya berhenti. Adli terasa darahnya berderau, lalu turun ke gaung. Fatimah yang berpeluh kerana mengejar kekasihnya yang meninggalkannya untuk membalas dendam pada Ali, kelihatan kaget lalu lari. Adli terkesiap melihat kaki Ali yang terpusing pada sudut yang pelik dan ditembus dengan besi karat basikalnya yang patah dek impak pelanggaran. Adli melarikan diri.

Dua minggu kemudian, sepertinya ayam kampung, kerbau kampung dan juga "lembu-lembu" kampung di gerai kopi menyedari ketiadaan Ali. Keriutan basikalnya tidak kedengaran, azan suara lunaknya pun tiada kedengaran. Bacaan tahrim dengan lenggok suaranya persis qari Arab yang membangunkan mereka pada waktu Subuh kini sepi. 

Tengahari itu, ketika kebanyakan warga lelaki kampung berkumpul di kedai kopi Wak Sarjo untuk berceritera dan bergosip tentang Mek Samah yang berusia 70 tahun berkahwin lagi dengan seorang jejaka Lombok, susuk Penghulu Karim yang berpeluh memasuki gerai tersebut. Mukanya berkerut. anak-anak buahnya bertanyakan tentang apa yang merungsingkan fikirannnya. Kes orang minyakkah? Ingin berkahwin lagikah? Ataupun kalah judi? Penghulu Karim menggelengkan kepala dan bercerita. Semua orang termasuk Encik Adam dan Adli yang berada di situ tercengang.

Petang itu, usai Asar dan mega merah mula kelihatan di ufuk menandakan waktu Maghrib hampir tiba, penduduk kampung berkumpul di hadapan rumah usang milik Imam Jamil, ayahnya Ali. Mereka membawa sekali bersama mereka sebuah basikal berwarna hijau yang baru, hasil kutipan derma oleh penduduk kampung. Encik Adam dan Adli tidak teragak-agak untuk menjadi penyumbang terbesar. Kafarah dosa, kata mereka.

Penghulu Karim menghulurkan salam, tetapi tidak dijawab. 3 kali salam dilontar, tapi bunyi unggas malam yang menjawab kembali. Mereka memandang muka antara satu sama lain dengan raut wajah yang mencuka dan kesal, lalu berpaling untuk balik ke rumah maisng-masing, dengan perasaan bersalah yang bebruku di hati.

Ketika itulah, pintu usang terkuak di belakang. Spontan, penduduk kampung memalingkan muka. Bunyi tongkat kedengaran. Encik Adam membulatkan matanya, lalu menangis. Fatimah terduduk seraya meraup mukanya dengan sebak. Adli pula membatu, seolah-olah tidak dapat menerima hakikat.

Berjalanlah Ali dengan tongkatnya, dengan mukanya yang jernih. Terhincut-hincut dengan penuh kesakitan. Luka kakinya yang dipotong hingga paras peha masih basah dan merah, tapi tanggar amanat perlu diteruskan. dia meneruskan hincutannya ke surau.Lama-kelamaan susuk tubuh Ali yang kecil itu hilang di pandangan.

Penghulu Karim berkata kepada anak buahnya," Dulu pabila dia membonceng basikal tuanya, kita mencera. Dulu apabila dia tenang menjawab makian kita, kita menongkat dagu. Kita tindas dia. Kini, dia tidak berkaki dan dia masih menunaikan amanatnya kepada Tuhan dan pada manusia".

BONUS: SAYA SAYANG MAK SAYA:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


mintak maaf deh atas segala kekurangan...ni usaha pertama..semoga memberi manfaat..:D


[Isu]: Syiah Mengaku Tuhan!!!

Bismilllahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Zaman ini zaman fitnah. Di mana kebenaran begitu mudah kelihatan seperti kebatilan. Dan betapa mudahnya sesuatu kebatilan itu diangkat, dijunjung malah didoktrinkan sebagai satu pegangan status quo.

Maklumat ini ambo peroleh daripada seorang ikhwan yang komited dalam membongkarkan penipuan Syiah. Mungkin dalam post ini, ambo tidak dapat menghuraikan kesemua keburukan Syiah, tetapi cukuplah dengan satu bukti hidup ini, yang membuktikan bahawa Syiah itu palsu semata-mata.

Kemabukan Sulaiman Murshid...=___________='




Nama penuh beliau adalah Sulaiman bin Murshid Ben Younes. Penganut Syiah-Nusairi dari kampung Gubet Bergall timur Latakia. Dia adalah seorang koboi (kerja dengan lembu). Penjajah Perancis menerima dan membantu dia mendakwa dirinya sebagai tuhan. Dia menghantar Rasul bernama Suleiman Almidh yang juga seorang gembala lembu. Kisahnya bermula pada tahun 1920 apabila dia menjadi tuhan bagi Syiah Nusairi di kampungnya. Nusairi merupakan mazhab Syiah yang mengaku Ali R.A. sbg tuhan dan mereka percaya kepada penjelmaan semula tuhan dalam bentuk badan manusia yang lain.

Semua ini berlaku sebelum Revolusi Besar Syria menentang penjajahan Perancis yang berakhir dengan sebuah kerajaan kebangsaan dan kemerdekaan sementara. Perancis menggunakan koboi ini dan membuat sebuah negara Nusayri dalam Syria yang dipanggil Kerajaan Negeri Alawi di Latakia. Dia menjadi begitu kuat, dan dipanggil tuhan Haidari dan orang Ghassani.

Perancis mengambil kesempatan daripada fenomena ini semasa penjajahan mereka di Syria. Mereka berikan pakaian khas kepadanya dengan butang, lampu dan bateri. Apabila dia menekan butang, pakaiannya itu akan mengeluarkan cahaya dan pengikut-pengikutnya akan sujud kepadanya termasuk jeneral dan penasihat peribadi Perancis. Mereka juga memanggil beliau dengan kalimah Ya Tuhan! Dia juga meletakkan span di bawah ketiak. Apabila dia memerah tangannya, air akan menitis dan pengikut-pengikutnya akan tergesa-gesa untuk mengambil air 'suci' dan mengambil berkat daripadanya.

Perancis tidak pernah melepaskan peluang untuk menggunakan pengkhianat Islam ini. Mereka juga disokong dengan senjata. Mereka menggelarkan dia sebagai Tuhan Sulaiman atau Tuhan Joubah.

Pada tahun 1938, beliau dilantik sebagai hakim dan pejuang dan penjaga cukai di kampung-kampung di bawahnya.
Dan meluluskan satu penyelesaian yang menyatakan: (Oleh kerana pencerobohan orang-orang Sunni, saya telah membentuk tentera Syiah untuk membela orang-orang Syiah), dia telah memberikan mereka pakaian yang khusus dan senjata-senjata Perancis.

Akhirnya, apabila Syria berjaya bebas daripada mandatori Perancis, beliau memulakan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan baru Syria di Damsyik. Oleh itu, kerajaan Syria melancarkan serangan balas ke atas beliau, Syria menangkap pengikut-pengikutnya dan akhirnya dia telah digantung pada tahun 1946.

Selepas kematiannya, anaknya (Mujib) menjadi Pemimpin dan mendakwa ketuhanannya, mengelar diri sendiri dengan gelaran TUHAN . Tetapi dia juga dibunuh di tangan ketua perisikan Syria pada tahun 1951.

Tetapi nama beliau mendapat nilai yang besar dan kesucian agama tinggi di mata Syiah-Nusairi, sebagai TUHAN kedua yang dibunuh.
Namanya (Mujib Kabir) masih banyak muncul semasa Syiah bersembayang , sebagai TUHAN mereka yang sebelum sekarang.
Sehingga kini pengikut-pengikutnya setiap kali mereka ingin menyembelih lembu mereka akan berkata: Dengan Nama Agung Mujib (Mujib Kabir), ambil pisau dari tangan saya ke leher Abu Bakr dan Umar.

Syiah juga menyangka bahawa anak kedua (Suliman Murshid), nama beliau (Mugith) juga mewarisi KETUHANAN dari bapanya dan menjadi pengganti TUHAN untuk Syiah-Nusiri. Pengikut-pengikutnya masih hingga ke hari ini hidup di pergunungan Syiah-Nusari timur (Latakiah) dan dianggarkan jumlah kesuluruhan ahli-ahli mereka adalah 150,000 orang.


VIDEO BONUS MEMAPARKAN KEGILAAN AJARAN SYIAH, PASTIKAN TIADA ANAK KECIL BERSAMA ANDA!!!!:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Kekarutan tahap maksima, semoga Allah melindungi kita semua..Wassalam

[Motivasi]: The Inspired

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ok, inilah saat untuk berterus terang. Ambo bukanlah sekuat mana yang anda sangkakan..Ambo juga merupakan insan biasa yang akan berpeluh ketika dirundung masalah dan terasa dilemparr ke dalam gaung Grand Canyon apabila idea ditolak apatah lagi dicemuh. Ambo juga seorang yang menangis di surau dan terketar-ketar dalam solat mengadu kepada Allah ketika manusia semuanya meninggalkan ambo.

Tapi, ambo berpegang kepada firman Allah, "Yang kemudian lebih baik daripada permulaannya" (ad-Dhuha)..Di sini, ambo melampirkan beberapa kisah orang ternama di dunia yang bangkit dari kekalahan dan kekejaman dunia. Mungkin anda mengenal mereka, ataupun mungkin anda tidak mengenal mereka. but, their spirit of perseverance and high self--esteem lives on..

Dan, sebelum ada mulut puaka yang menuduh ambo sebagai seorang liberalis kerana cerita yang akan ambo tampilkan merupakan dari Barat, biarlah ambo memperjelaskannya terlebih dahulu. Sekarang ini, ambo sedang mengkaji karya motivasi daripada Dale Carnegie dan Brian Tracy.Dan, memelikkan dan menakjubkan bahawa dalam buku "How to Win friends and Influence People" oleh Dale Carnegie, kesemua tiga puluh prinsip dalam buku ini ada disebut dalam Islam..

So, the fact is, all of the Westerners achieve in their writings are derived from the Islamic civilization. So, don't be too sceptical and defensive towards them. It is us (the Muslim) who has made the cradle of knowledge slipped from our grasp. We are too busy accusing, slandering and gossiping about our local artist, while the Westerners, they are hungry for knowledge. They worship anything, everything, but they are morally better than you. Why? Because they are in the darkness, but they strived to go out from the dark realm. But us, we are in this religion for what 17, 18 years but never think even a second for our religion..:D

Kisah 1- Suaramu Tak Sedap!!

Seorang budak lelaki berumur 10 tahun bekerja di kilang di Naples. Dia ingin sekali menjadi penyanyi, namun guru pertamanya mempersendakan impiannya itu. "Kau tidak boleh menyanyi. Kau sama sekali tidak mempunyai suara yang sedap dan bagus. Suaramu kedengaran seperti angin di daun jendela!!,"ujarnya.


Namun, ibunya yang merupakan petani miskin memeluk dan selalu memberitahunya yang dia tahu anaknya pandai menyanyi. Ibunya sudah nampak bakatnya yang terserlah dan dia berusaha keras menabung bagi membiayai pelajaran muzik anaknya. Pujian dan galakan daripada ibu petani itu mengubah hidup anak lelakinya. nama budak lelaki itu ialah Enrico Caruso dan dia menjadi penyanyi opera tersohor dan paling termahsyur dalam eranya.

Kisah 2- Daripada Buta Huruf kepada Lagenda

Pada awal abad ke-19, seorang pemuda di London teringin menjadi penulis. Namun pada ketika itu, segala-galanya menjadi penghalang bagi dia memenuhi keinginannya. Dia tidak hadir ke seklah lebh daripada empat tahun. Ayahnya masuk  penjara kerana tidak dapat membayar hutang dan pemuda ini sering sakit perut kerana kelaparan. Akhirnya, dia memperoleh pekerjaan menampalkan label pada botol di gudang yang menjadi sarang tikus. pada malam harinya, dia tidur di loteng yang suram bersama dua orang budak lelaki lain yang berasal daripada kawasan miskin dan terbiar di London. 

Dia mempunyai keyakinan yang rendah mengenai kemampuannya dalam menullis, sehinggakan dia menyelinap dan mengirimkan naskhah pertamanya pada waktu tengah malam supaya tidak ada orang yang mentertawakannya. Satu demo satu cerita yang dihantar ditolak. Akhirnya, hari terpenting itu tiba jua sewaktu salah satu ceritanya diterima. Benar, dia tidak menerima bayaran sesen pun, namun editor tersebut memujinya. Editor lain memberikan penghargaan kepadanya.


Harinya begitu berdebar-debar sehinggakan dia tidak dapat lagi menahan air matan kegembirannya. Dia berjalan-jalan di kota London tanpa arah tujuan dengan air mata yang mengalir turun di pipinya.

Anda mungkin mengethui siapakah budak malang ini. Dia seorang penulis novel klasik lagenda,  The Great Expectations iaitu Charles Dickens..:)

Kisah 3-Kisah Sasterawan Agung

Ada seorang budak lelaki lain di London mencari wang dengan menjadi jurujual di kedai tekstil. Dia harus bangun pada pukul 5 pagi, membersihkan kedai itu dan bekerja keras selama empat belas jam sehari. Ini adalah pekerjaan yang membosankan dan dia membencinya. Selepas 2 tahun, dia sudah tidak tahan lagi. Dia bangun pada suatu pagi dan taanpa menunggu sarapan, dia berjalan sejauh 15 batu dan bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Dia kalut. Dia merayu kepada ibunya. Dia meratap. Dia bersumpah membunuh diri sekiranya dia terus tinggal di kedai itu lebih lama lagi. Kemduian, dia menulis surat yang panjang danmenyedihkan kepada guru besar sekolahnya bagi meluahkan perasaan sedih dan keekcewaannya. Guru besar sekolahnya meniupkan semanatnya dan menyakinkan dia sebenarnya cerdas dan sesuai mendapatkan pekerjaan yang lebih baik lalu dia menawarkan budak lelaki itu menjadi guru.

Pujian itu mengubah masa depan budak lelaki itu dan melakar satu peristiwa bersejarah dalam dunia ksusasteraan Inggeris. Ini asalah kerana budak lelaki itu terus menuis buku-buku yang mencatatkan jualan tertinggi dan menghasilkan jutaan dolar melalui penanya. Namanya ialah H.G Wells, sasteraawan lagenda.


Wahai generasi agama,

Daku tidak melihat pada tinggi pendekmu,
Atau kaya miskin indukmu,
Atau kacak hodoh rupamu,

Karna pada mata Tuhanku dan daku,
Semua manusia itu sama dan istimewa,
Karna kesemua kita mempunyai iltizam

Tika ada kata membisikkan padamu,.
Bahawa dirimu layu dan tidak mampu,
Ketahuilah bahawa hanya ada satu pihak saja kata begitu,
Iaitu syaitan, musuhmu

Kaulah permata, kaulah emas,
Permata datangnya dari kelikir
Dan emas datangnya dari kuarta picisan
Dan, dikau lebih berharga dari keduanya

BONUS::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




Tiada kata, kita semuanya sama, Tiada gifted itu hanya sirna, Karna yang berjaya itu krna usaha dan doanya...:DDDDDDDDD..Wassalam

Wednesday 29 May 2013

[Media]: Sebelah Sayap


Di sebalik arus merepek Gwiyomi dan agen-agen Yahudi yang lain..:P





Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


"Semua orang menginginkan kebahagiaan, tetapi kebanyakan dari kita tersilap mendefinisikannya. Jika anda mendefinisikan kebahagiaan sebagai satu aspek materialistik, maka tidak akan ada kepuasan dalam diri anda sehingga..MATI..Akan selalu ada telefon pintar yang lebih canggih. Akan sentiasa ada kereta yang bertambah mewah. Dan, akan sentiasa ada wanita yang lebih cantik. Jika anda mengejar dunia, ia akan berlari pergi, buatkan kita penasaran. Sebaliknya, jika kita berpaling darinya, mulalah ia membisikkan godaan dan kata nista. THIS IS A UNIVERSAL FACT...Cubalah keluar sana, buka minda dan anda akan terkejut betapa tepatnya pernyataan di atas.."  MamlukQayser

Sekian untuk opening yang tiada kaitan dengan post kali ini..:D

Mat Luthfi patut diangkat menjadi sutradara menggantikan filem picisan yang berkisarkan persoalan remeh dan bodoh dalam industri kita. Kepada pembiki filem, belajarlah dari Mat Luthfi, kami jiwa kosong. Janganlah buat filem yang lagi mengersangkan kekosongan dalam hati ini..Mat Luthfi terbaek!!!

Wassalam..:DDDD

[Motivasi]: Ayah Juga Lupa







Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ayah Juga Lupa adalah antara tulisan-tulisan pendek yang ditulis dengan perasaan yang tulus, dan menyentuh hati begitu ramai pembaca sehingga menjadi artikel yang diulang cetak berkali-kali dan disukai sepanjang zaman. Sejak Ayah Juga Lupa diterbitkan kembali, menurut kata penulisnya, W. Livingstone Larned, "Dalam ratusan majalah dan akhbar di seluruh negara, artiekl ini diulang cetak hampir dalam semua bahasa yang ada. Saya ,mengizinkan ribuan orang datang membacanya dari sekolah hinggalah ke bilik kuliah. Tulisan ini tersiar dalam ancangan dan program-program radio yang tidak terhitung jumlahnya. Sungguh menghairankan apabila jurnal akademik dan majalah sekolah menengah juga menerbitkannya. kadang-kadang tulisan pendek bisa mencetuskan fenomena. Tulisan ini sudah pasti".

Dengar anakku. ayah hendak berpesan pada saat kamu terbaring tidur dengan sebelah tangan kecilmu terletak di bawah pipimu dan rambutmu yang kerinting terlekat pada dahimu yang lembap. Ayah menyelinap masuk ke dalam bilik tidurmu. Baru beberapa minit yang lau, ketika ayah membaca surat khabar di perpustakaan, perasaan kesal yang mendalam datang menerpa. Dengan perasaan bersalah, ayah datang menghampiri katilmu.

Ada pelbagai perkara yang ayah fikirkan. Anakku, selama ini ayah bersikap kasar denganmu. Ayah membentakmu ketika kamu sedang berpakaian ke sekolah kerana kamu cuma menyeka mukamu sekilas dengan tuala. Ayah menghukum kamu kerana kamu tidak membasuh kasutmu. Ayah menjerit marah kerna kamu membaling barangmu ke lantai.

Semasa sarapan, ayah mencari kesalahan kamu. Kamu menyemburkan makananmu. Kamu menelan makananmu tanpa mengunyah terlebih dahulu. Kamu meletakkan sikumu di atas meja. Kamu menyapu banyak mentega di atas rotimu dan apabila kamu keluar bermain dan ayah meninggalkan rumah ke kereta api, kamu berpaling dan melambaikan tangan sambil berteriak,"Selamat jalan ayah!". Ayah mengerutkan dahi dan menjawab,"Tegakkan bahumu!!!".

Kemudian. semua itu berulang lagi pada waktu petang. Ketika ayah menyusuri jalan, ayah menghendapmu yang sedang membongkok dengan kedua-dua kakimu di atas tanah, bermain guli.. Ada lubang pada stokingmu. Ayah memalukan kamu di hadapan kawan-kawanmu dengan memaksa kamu berjalan di hadapan ayah pulang ke rumah. Bayangkan itu anakku. Itu yang keluar dari fikiran ayah.

Adakah kamu masih ingat ketika ayah sedang membaca di perpustakaan. Bagaimana kamu datang dengan perasaan takut-takut dan sinar luka terpancar dari matamu? Ketika ayah mengangkat muka sewaktu sedang membaca surat khabar, terganggu dengan kehadiranmu, kamu teragak-agak di hadapan pintu."Kamu hendak apa?!", jerkah ayah.


Kamu tidak berkata sepatah pun melainkan berlari dan melompat ke riba ayah. kamu memeluk leher ayah dan mencium ayah. Tanganmu yang kecil memeluk dengan erat dan hangat. Kehangatan yang Tuhan tetapkan begitu mekar di hatimu dan sebarang pengabaian tidak da[at melenturkannya. Kemudian, kamu pergi dan ayah terdengar derap tapak kaki kecilmu menaiki tangga.

Kawan-kawanku, semua manusia itu diciptakan pelupa. Itulah asal nama perkataan insan, iaitu lupa dalam Bahasa Arab. Dalam pembesaran kita ke arah dewasa, kadang-kala hidup ini terlampau berserabut dan perit, sehinggakan perwatakan kita yang dahulu ceria dan peramah sewaktu di bangku persekolahan bertukar menjadi seorang profesional yang perengus dan pemarah. Tidakkah kita rindu waktu sekolah dahulu, di mana senyuman tidak pernah lekang dari mulut kita?

Adakah dunia ini sedang mengubah kita? Jikalau ya, biarlah dunia ini mengubah kita ke arah yang lebih positif. Cerita "Ayah Juga Lupa" merupakan sebuah cerita klasik sewaktu zaman 30-an di mana anak-anak kecil pada era itu mampu berfikir rasional dan penuh ketulusan, menyebabkan dia mengekspresikan kasihnya terhadap ayahnya dengan cara yang ajaib dan tidak memerlukan kata-kata! Martin Luther King mengubah dunia dengan pidatonya tetapi  kanak-kanak ini mengubah dunia dengan sebuah pelukan! Sungguh ajaib, bagaimana keikhlasan dan ketulusan masih mendapat tempat dalam hidup manusia.

Ya, saya juga pernah kecewa dengan dunia ini. Sahabatku, saya membesar tanpa ibu bapa menyokong di sisi dan prospek ini membuatkan saya berazam untuk menjadi orang yang paling pendiam dan serius di dunia ini. Dan, apa yang saya dapat? Tidak apa-apa, melainkan kesengsaraan! Allah itu amat bijak, menyelitkan hikmah dalam kesengsaraan, tetapi manusia tidak melihatnya.

Menjadi seorang pemimpin, saya tidak dapat mengelakkan diri daripada mengkritik. Saya fikir itu ialah satu kemestian. Tapi, setelah meletakkan diria ambe dalam "kasut" mereka, kini ambo mengerti...:)

Setiap hari, apabila buku falsafah menyusut kepalaku dan kekasihku yang ku ingin menyuntingnya sebagai teman hidupku semakin jauh dalam dakapan orang lain, ambo keluar dari rumah terkutuk ini dan mengayuh basikal tuaku. Basikal itu berkeriut kuat, sehinggakan kutu-kutu jalanan tergelak melihat ambe. Ambe tidak kisah, ambo harus mengadu kepada Yang Kuasa! Tiba di surau, sepi dan kosong. Tetapi, ambo tahu, ambo bersama Allah!! Biarpun seperti batu dan rigid di mata orang, tetapi di hadapan Tuhan, ambo menjadi persis seperti seorang ayah yang kehilangan anaknya, seorang anak yang kehilangan induknya dan juga seorang suami yang kehilangan isterinya. Dan, tangisan sememangnya membantu.

Pengajarannya, kita tidak perlu menjadi rigid dalam kehidupan. Membentak di sana sini. Walaupun dunia itu perit, tapi kita masih ada ibu ayah, kawan yang membantu menceriakan hati kita..Wassalam..:DD

BONUS:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


"Setiap orang yang ku jumpa merupakan orang yang lebih baik daripadaku, dan aku belajar daripada mereka"- Ralph Waldo Emerson

Friday 3 May 2013

[Diari al-Mamluk]: Trial of Heresy and About Love




Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)

Hmm..now is the mid-campaign of my journey as the Regent of the Nuqaba Council..And, you know what, the story gets more interesting than ever..:)..Yupp, these problems usually only act as mere flies for me but the impact and the scar is permanent and visible eternally etching on my body.

You see, nowadays people neglect reading...Once I read an article which narrated to me that an average Malaysians read only 1 book per year..So, the wicked truth, is most of Malaysians didn't know too many things..Their only resources for informations and current issues is Television, which nowadays deliver too many slenders and useless facts. So, the problem is I has been accused as a heresy and blasphemer just I read a bit extra than others. Talking about Illuminati, Religion Comparison is not a sin, it widens your mind, not to just think linearly and chained by our society ridiculous taboo!

I am a seeker, I do not believe easily, I want proof to emboldens and bolster my faith, so I search the answer by reading Ahmed Deedat books which clearly pointed that this RELIGION is the truth! And, I have been blamed for this, for searching the truth. Wallahi, if Allah did not command us clearly in the Quran to SPREAD the TRUTH to everyone, I will taped my mouth and sit in the corner.Watching and laughing how stupid the humans are. But, again, I were in the "Devil's" side, because I want to preach the truth.

But, then I brushed this puny problem, thinking that the road of dakwah is not the red carpet of the Oscar Academy. I must stop hoping for a return or reward for this matter. Yes, I have to learn to accept and forgive. To return spit with flower. And to reply vulgar words with the words of Allah. Aye, it is extremely easy to pick on me, because of my physical inferiority, but I simply do not care. 

The grand list of problems and trial continued with the word of "radical". It seemed that the particular word is growing notoriously and used widely by the society, with the sole purpose to object and reject any out-of-box thinking style. It seemed that human are growing wise for using such complex word, but the fact is they are growing stupid more because did not understand the true definition and application for this word. When a man step on forward, sow some cool and inspiring videos about Syria and Palestine, give a brief speech to boycott or resist the thinking war that distiinctly occuring now, people call them RADICAL. When a boy sit in a circle, talk about the strict and complex Sufistics teaching about tazkiyatun-nafs and celebacy, you may call them RADICAL in my society. Step forward, kindly ask the public to obey the teachings of Islam by praying, and you will be called RADICAL. I say to you, what kind of madness is this? I am getting blamed for the rude and unacceptable manner of the public, yet I opened my small maw to ask them kindly to be nice, I am labelled as RADICAL?

Please, I am begging to any who are concern, to lease me from this forsaken bind, if they think my way is too RADICAL et cetera. But, please don't let me suffer holding this responsibilities while my power has been constricted into a level of serious suffocation, while all of you are gossiping on my back. Call me Wahabi, Shiite or worst blasphemer.

I hoped that Allah wil not call me home in this period, as I am ashamed of Him. I were given this responsibilities but I am impotence to fully implements the Islamic values For now, the best I can do is to continue the technical programme. Malam Kesenian Islam is around the corner..I am the second Sultan Abdul Hamid II...

About love.

Love is subjective and complex matter. I strongly believe that this life is too short for this. I am a Sufictics philisophy lover, and I have to be steadfast in this. The syeikh clearly warned that there will be an age that knowledge will no longer an option, the age of scholars and clerics has died.And, the age is now. I have nothing to offer but my minute knowledge, and the society would not but this as physical traits is the priority now.

So, I believe that I am clean in this matter. I have hear that some of the lovebirds are becoming daring, and I hoped they will repent before witnessing my wrath. I have labored, scouting every night, spending my last ounces o energy to prevent these lovebirds from commiting any foolish acts. The names are in my hands, all of them..I acquired the names not only from human, but the walls, the plants are whispering their names..:)..If you know what I meant..:P..Wassalam