Friday 21 March 2014

[Motivasi]: For B31..:)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ambo bukannya pandai sangat pun. Apatah lagi nak mengarang sebuah blog post. Tetapi, disebabkan ada yang meminta, dan agama kita ini menyuruh kepada memberikan nasihat, maka ambo tulis juga dehh..Ambo tahu ambo tidak layak untuk menulis dan beri nasihat bagai, tapi ini seikhlas hati ambo untuk membantu kalian agar kesilapan sama tidak berulang lagi.

Jadi, boleh tak ambo tolong anda walau sedikit? :D

About Time Management

Masa 24 jam. Korang kene terima hakikat tu. Orang kaya, miskin, genius dan manusia lain semuanya berkongsikan masa sebanyak 24 jam. Maka jangan jadikan alasan "tak cukup masa". Ada beberapa tips tentang penjagaan masa..:)

Bangun sebelum azan. Lagi awal, lagi bagus. Tahajjud sampai dahi lebam lagi molek. bangun awal akan memberikan winner psychology. Psikologi ni penting sebab memberikan impresi bahawa kitalah pemenang pada hariitu sebab kita orang pertama yang menatap langit dan meghirup udara pagi SAMURA yang nyaman tuu..Feeling great is the most vital part in the start of our day..Kalau bangun lambat, kene penampor (eh? haha), kelam kabut, serabut otak..Dan keserabutan otak itu berpanjangan sepanjang hari.

Solat berjemaah. Bukan setakat untuk mengelakkan KN mengamuk, tetapi solat berjemaah juga penting sebab ia menyelaraskan ketepatan masa. Jika kita mengejar saf pertama, maka pergerakan ke solat jadi cepat. Dan, solat yang baik akan melahirkan akhlak yang baik walaupun dah habis solat. Maknanya, kalau kite cermat, tepati masa semasa solat..Luar solat pun akan jadi tepat juga.

Homework dan belajar. Pening kan macam mana nak bahagi..:D Sejujurnya, ambo kata waktu prep ambo abiskan untuk homework sahaja. Sebab berkat cikgu itu lebih utama. Belajar or revision amat sesuai masa Sabtu Ahad masa waktu pagi kalau tiada kelas..Pagi2 selepas Subuh, pergi kelas, bawa Nescafe panas, then buka buku..Perghh, nikmat belajar..:)

About Love

Ini masalah utama sekolah camput. Miang naik tak kena masa. Kita tak nak pun senanya, tapi miang keladi tu tetap naik..Huahua..Benda ini fitrah, ambo pun rase benda sama. Lebih stres, beliau sama kelas dengan ambo. So, ambo akan muhasabah diri balik 2,3,4 kadang-kadang 10 kali muhasabah untuk tenangkan diri ambo.

"Bila aku cemerlang SPM, baru sedap nak jumpa mak ayah dia minang"
"Kalau aku tak fokus belajar, macam mana aku nak fokus untuk dia"
"Mak ayah aku kekasih pertama dan selama-lamanya untuk aku. Berjuang untuk mereka dahulu"

Benda ini ambo akan mainkan di fikiran supaya tak melayang jiwa. Saborr dehh..Banyakkan berpuasa.

About Amalan-amalan Sunat

Di SAMURA, ambo belajar erti Solat Berjemaah, Puasa Sunat dan Dhuha. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun di SAMURA, ambo tidak pernah tinggal solat berjemaah dan puasa sunat Isnin dan Khamis. Berpuasa memberikan fokus kepada ambo sebab tak payah nak pikir pasal makan..Yela, duit pun takde..

Solat sunat Dhuha ini memang mujarab baq hang..banyak kali di SAMURA ada hajat, ambo solat Dhuha, dapat direct..Ada sekali masatu, takde duit..Sebab ambo 50 ringgit satu bulan. Lapar sungguh (tak sarapan) kendian solat Dhuha..Kendian, datanglah ramai2 kawan offer makan. Kalau Allah kabulkan hajat ambo hendak makan, maka tak mustahil Allah nak kabulkan doa untuk berjaya ketika SPM..:)

About Disappointment

Belajar di SAMURA memang agak pressure sebab banyak aktiviti dan ramai gile budak-budak yang genius lagi gifted. Jangan biarkan ini semua kacau prestasi korang.

Untuk teruskan fokus, korang kene ada inspirasi. Why do you study? Sebab kawan-kawan lain gempak? Tak, itu akan buat korang stres aja..Korang mesti ada vision, why do I study? In times of dark and pain, your vision will keep you back in the road..

Lap air mata dan teruskan perjuangan. Jangan sesekali berputus asa. Ingat mak ayah. Letak gambar diorang kat atas meja. Sesiapa yang lawat meja aku, korang akan nampak quotes, gambar2 (ada sampah sikit). Sebab bila aku kecewa, aku tunduk pandang meja aku..Aku nampak benda yang beri inspirasi, so aku akan angkat balik kepala aku dengan semangat yang baru..Ecehh

About Teachers

Setakat ini, korang akan mendapati nothing special about me. Yuppp, I have no secrets. Tapi, aku rasa punca utama aku boleh dapat keputusan sebegini sebab cikgu-cikgu.

Cikgu-cikgu ini punca rahmat. Mereka mengajar rahmat. Mereka ketawa rahmat. Mereka cubit itu rahmat. Mereka marah pun sebenarnya rahmat. Tolong diorang walaupun untuk benda-benda kecil. kalau perna cakap kat belakang diorang tu memang Nauzubillah, pergi minta ampun daripada diorang..

Bagi aku, bila cikgu-cikgu mengajar, ada eye contact ngan aku, aku happy sangat..sebab pandangan mata tu satu rahmat sebab dia fokus kat kita. Sebab itu, rebutlah tempat di hadapan. Ambo duduk hadapan sebab aku pendek, tapi still kena cari tempat yang dekat dengan cikgu.

Jangan merungut. Jangan maki. Jangan tarik muka. Cikgu itu mak ayah kita di sekolah. Derhaka pada cikgu=Derhaka pada ibu bapa.

About Excelling in Subjects

Approach aku dalam semua subject berbeza-beza. jangan beri alasan kita tak minat pada subject tertentu, sebab semua subject itu sebenarnya besangkut paut dengan hidup kita juga..

Bahasa Melayu: Ambo akan fokus pada karangan panjang. Ambo selesa dengan karangan skop antarabangsa dan fakta. Sebab bila pilih soalan ini, karangan akan nampak lebih matang. Dalam Bahasa Melayu, kematangan penulisan merupakan elemen yang sangat penting. Memilih karangan jenis sastera akan mendedahkan tahap pemikiran anda. Kalau plot tak beberapa kompleks dan cliche, markah susah nak tinggi.

Tapi, kalau karangan jenis fakta, fakta boleh hantam, tokoh pun boleh reka..Bila letak data, statistik, nama tokoh, jabatan-jabatan, ini memberikan impresi bahawa kita seorang yang matang dan dewasa..:)

Bahasa Inggeris: First step, jumpa private dengan cikgu dan minta explaination A sampai Z tentang grammar. Kalau grammar OK, walaupun plot tak kompleks, still ada peluang utnuk meraih marakah tinggi. Jadi mantapkan grammar dahulu.

Then, bila dah OK grammar, try baca novel-novel pendek BI yang memberi inspirasi. Ambo cadangkan anda membaca buku-buku karangan Mitch Albom. bahasanya mudah tetapi cerita dalam tu memang leleh. Di dalam BI, buat cerita yang memberi inspirasi dan sedih ataupun tentang cinta, in sha Allah markah gempak

Cerita yang ambo tulis semasa SPM ialah tentang seorang ayah yang tak peduikan anaknya setelah isterinya meninggal. Satu hari, anaknya didiagnoskan dengan kanser dan akan mati. Ayahnya bermimpi bahawa terdapat satu batu yang akan menyelamatkan anaknya. Maka, dia dan anaknya pun mengembara. Mereka meluangkan masa setelah selama ini ayahnya sibuk. Ayahnya pun semakin ambil berat dengan anaknya.

Bila mereka tiba di gua tempat batu itu diletakkan, anaknya semakin tenat. Ketika hampir sampai, anaknya itu sudah nazak dan meminta ayahnya letakkan dia.

"Why? We almost there!"

His son said with his eyes flickered, his chest moved up and down vigorously. "Father, I don't need more time. I just want more time with you. That's all I want and finally we spent time together in this adventure. I am happy with that"

Kendian, anaknya meninggal. Sedihlah jugak kan? Ahaha

Matematik dan Add Maths: Ambo seorang yang busy (rasenyelah). Ambo sempat belajar masa waktu prep je..Maknanya 3 jam sehari dek jadual yang sangat padat. Tetapi, tiap-tiap kali nak start prep, ambo akan buat practice Maths and Add Maths selama 30 minit. Tiap-tiap hari. Tiap-tiap waktu. Practice makes perfect. yang penting, jangan bila tak dapat jawapan, putus asa. Tanyalah kawan dehh..:)

Sejarah : Korang jangan sesekali mengeluh semasa subjek Sejarah kerana Sejarah merupakan subjek paling senang nak score. Korang duduk semasa kelas, tasmi' dengan cikgu, dengar cakap cikgu dan buat periksa dengan penuh yakin. And, you will get your A plus. Terlupa setelah hafal? Maknanya, kena betulkan niat, bukan sebab takut cikgu tapi kenalah kerana Allah dan nak gembirakan hati cikgu.

Manusia semua sama. Kau dengan aku takde bende yang berbeza dehh..

Subjek elektif Sains: Tips ambo satu sahaja, score Paper 1. Mase jawab Bio, semasa SPM, paper 2 ngan 3, memang hancur wa kata sama lu..First time dalam hidup, nak menangis dalam dewan. Tapi, Biology Paper1 ambo slaah 1..Alhamdulillah, dapat A plus.

Maka, belilah buku bank soalan tu dan jawab sampai habis. Then, check jawapan..Bila dah jawab banyak soalan, korang akan berada dalam autopilot. Sangat penting untuk score Paper 1 sebab paper ini first kan. kalau paper 1 dah down, susah nak naikkkan momentum untuk Paper seterusnya..

Okay, so bila dah nak habis post ini pun, korang mesti rasa yang takde tips2 yang menarik pun..Ambo bukan gifted, seriously. Ambo bergelut dengan tugas, expectations, masalah orang tak puas hati dan macam-macam lagi. So, jelaslah bahawa kunci kejayaan itu terletak kepada berkat.

Berkat kita hormat cikgu, cikgu doakan kita, paham pun senang..
Berkat kita jaga agama, Allah pegang kita, Dunia is yours, bro..
Berkat kita memimpin sedaya upaya kita, Allah pimpin kita,
Berkat kita ketepikan perasaan cinta cintun, Allah beri cinta lebih besar dari kita,
Berkat hargai masa, Allah lapangkan untuk kita..

Berkat, berkat, berkat.

p.s: Kalau ada apa-apa soalan spesifik nak tanya, boleh tanya di Ask. fm..:D Maaf jika ada kekurangan..

Pesanan Ambo kepada B31:

Pelajari kesilapan kami. Ampunilah kami. Terus melonjak ke angkasa!!! Wassalam





18 comments:

  1. Tahniah Sidi. Terima kasih buat entri sebegini. Amat berguna untuk B31 dan B30 yang masih terus mencuba memperbaiki diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumernye dri Allah..lepas ni, mungkin nak buat post for B30 pulak..:D

      Delete
  2. nukilan yg amat bagus.. yg patut dibaca semua org

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ptut buat kau punye blog koop..lgi ptut dibaca oleh sume org..:D

      Delete
  3. Tahniah senior Sidi, saya batch 32. memang berguna tips2ni. semoga saya berjaya seperti senior. kerana Allah, nak bahagiakan mak bapak saya. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semuanya dari Allah belaka..pegang Allah, Allah akan beri segala2nya..:)

      Delete
  4. alhamdulilah tahniah sidi atas kejayaanmu. terima kasih atas segala yang kau dh tnjuk ajar. insha Allah dengan entri kali ni ak akn cuba pergunakan dimasa u nanti. insha Allah

    ReplyDelete
  5. Jeez. Aku nak guna tips ni utk kat U nanti

    ReplyDelete
  6. tips yg berguna sekali..terimah kasih bro sidi from B32 SAMURA

    ReplyDelete
  7. Wah. Untungnya untungnya. Terima kasihlah post ni even khususnya untuk org lain. Tips berguna. Memang meransang org nak belaja la dia ni. Mabruk alaik. Semoga terus berjaya meraih kecemerlangan (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, ini umum..untuk oghe lain pun boleyh jugopp..:D aminn..untuk kite sume jugak dehh..:D

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ADY? haha, apakah? ok, sumernye dri Allah..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku padam ah nanti kau pulak yg susah haha teruskan berkarya. ((akupunnakcubagak))

      Delete
    2. haha..ak ok ja..XD..yupp, berkarya mengekspesi diri..:D

      Delete