Wednesday 18 December 2013

[Isu]: 10 Pendedahan Tentang Syiah

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sahabat-sahabat sekalian, Nabi sudah bersabda bahawa umatnya akan berpecah kepada banyak bahagian, dan hanyalah golongan ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang dijamin terselamat. Salah satu bahagian golongan yang sesat sepertimana disebut oleh Nabi SAW ialah Syiah.

Ambo sedar bahawa ambo bukanlah ustaz atau siapa-siapa untuk menghuraikan dengan terperinci akan fahaman ini. Tetapi, post kali ini, hanyalah sebagai satu peringatan dan pendedahan kepada kita semua bahawa kegilaan dan Syiah tidak dapat dipisahkan.

10 tidak cukup untuk mendoakan dosa dan kesesatan mereka, cukuplah 10 dahulu unutk dicerna dan dijadikan hujah untuk kita terus berpegang teguh dengan ajrana Ahli Sunnah wal Jamaah..:)

1. Diantara kekejian ajaran Syiah itu adalah keyakinan bahawa kencing dan taik imam adalah suci, dan memiliki fadhilah iaitu sesiapa yang meminumnya maka akan masuk syurga!!! 

Buktinya:

  • Kitab Anwarul Wilayah “Makan kencing dan tahi para imam memasukkan ke surga dan menyelamatkan dari api neraka”
  • Kitab al-Kafi oleh Kulaini “Kentut para imam seperti minyak kesturi”



2. FATWA PENGHARAMAN SYIAH DI SELURUH NEGARA. MOHON SEBARKAN


3. Melakukan kerosakan di Tanah Suci

Hajar Aswad, dahulu berbentuk satu bongkahan. Namun setelah terjadinya serangan pada tahun 317H, pada masa pemerintahan al Qahir Billah Muhammad bin al Mu’tadhid, Hajar Aswad telah dicungkil dari tempatnya, Hajar Aswad kini menjadi lapan bongkahan kecil. Batu yang berwarna hitam ini berada di sisi selatan Ka’bah.

Dinyatakan Abu Thahir, Sulaiman bin Abu Said al Husain al Janabi, tokoh golongan Qaramithah pada masanya, telah menggegarkan dunia Islam dengan melakukan kerosakan dan peperangan terhadap kaum Muslimin. Kota suci, Makkah dan Masjidil Haram tidak luput dari kejahatannya. Dia dan pengikutnya melakukan pembunuhan, perompakan dan merosak rumah-rumah penduduk Muslimin. Bila terdengar namanya, orang-orang akan berusaha lari untuk menyelamatkan diri.

Kisahnya, pada musim haji tahun 317H tersebut, rombongan haji dari Iraq pimpinan Manshur ad Dailami bertolak menuju Makkah dan sampai dalam keadaan selamat. Namun, tiba-tiba pada hari Tarwiyah (tanggal 8 Dzul Hijjah), orang-orang Qaramithah (salah satu mazhab Syiah Isma’iliyah) melakukan huru-hara di tanah Haram. Mereka merompak harta-harta jemaah haji dan menghalalkan untuk memeranginya. Banyak jemaah haji yang menjadi korban, meskipun yang berada dekat Ka’bah.

Sementara itu, pemimpin orang-orang Qaramithah, iaitu Abu Thahir (semoga mendapatkan balasan yang sepadan dari Allah) berdiri di pintu Ka’bah dengan pengawalan, menyaksikan pedang-pedang pengikutnya bermaharajalela, mencabut nyawa-nyawa manusia. Dengan bongkaknya dia berkata : "Saya adalah Allah. Saya bersama Allah. Sayalah yang menciptakan makhluk-makhluk. Dan sayalah yang akan membinasakan mereka".

Jemaah berlari menyelamatkan diri. Sebahagian memegang kelambu Ka’bah. Namun, mereka tetap menjadi korban pedang-pedang kaum Syi'ah Qaramithah ini. Begitu juga dengan orang-orang yang sedang tawaf, tidak luput dari pedang-pedang mereka. Turut menjadi korban di pedang-pedang Syiah termasuk sebahagian ahli hadis.

Usai menyelesaikan kejahatannya yang tidak terkira banyaknya terhadap para jamaah haji, Abu Thahir memerintahkan pasukan untuk mengubur jasad-jasad kaum muslimin yang terkorban ke dalam telaga Zam-Zam. Sebahagian lainnya, di kubur di tanah Haram dan di lokasi Masjidil Haram.

Kubah telaga Zam-Zam dihancurkan olehnya. Dia juga memerintahkan agar pintu Ka’bah dicabut dan kiswahnya dilepaskan. Selanjutnya, dia merobek-robek kiswah Ka'bah di hadapan para pengikutnya. Dia meminta kepada salah seorang pengikutnya untuk naik ke atas Ka’bah dan mencabut talang/chamfer Ka’bah. Namun tiba-tiba, orang tersebut terjatuh dan mati. Abu Thahir pun membatalkan niatnya untuk mengambil talang/chamfer Ka’bah. Kemudian, dia memerintahkan untuk mencongkel Hajar Aswad dari tempatnya. Seorang lelaki memukul dan mencongkelnya.

Dengan nada yang tinggi, Abu Thahir berkata : "Mana burung-burung Ababil? Mana batuan dari Neraka Sijjil?"

Peristiwa merampas Hajar Aswad ini, membuat Amir Makkah dan keluarganya dengan didukung sejumlah pasukan mengejar mereka. Amir Makkah berusaha memujuk Abu Thahir agar beliau mengembalikan Hajar aswad ke tempatnya semula. Seluruh harta yang dimiliki Sang Amir telah ditawarkan untuk menebus Hajar Aswad itu. Namun Abu Thahir tidak mengendahkan rayuan Amir Makkah. Bahkan Amir Makkah, anggota keluarga dan pasukannya menjadi korban berikutnya. Abu Thahir pun meneruskan perjalanan menuju daerahnya dengan membawa Hajar Aswad dan harta-harta rampasan dari jemaah haji. Batu dari Jannah ini, dibawa pulang ke daerahnya, iaitu Hajr (Ahsa), dan berada di sana selama 22 tahun.
4. Nafsu yang kotor


5. Menganggap taraf imam mereka sama seperti Nabi


Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum." Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan:"Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai." (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)

Bahkan imam-imam dianggap lebih tinggi kedudukannya dari Nabi-nabi a.s. Perkara ini dinyatakan dengan begitu banyak sekali dalam kitab-kitab muktabar Syi‘ah seperti Al-Anwar An-Nu’maniyah, Al-Kafi dan juga seperti yang disebutkan Khatimatul Muhaddisin (penyudah ahli hadis) di sisi Mulla Baqir Al-Majlisi dalam kitabnya Biharul Anwar jilid 27 hal. 29: Ali bin Hussain a.s. berkata: "Imam-imam boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit sopak dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: "Tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta diberikan juga kepadanya sesuatu yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pasti akan diberikannya kepada Amirul Mukminin Ali a.s. bahkan kepada Hasan, Hussin a.s. kemudian kepada Imam-imam selepasnya sehingga hari kiamat dengan ditambah ilmu-ilmu yang baru (yang tidak dimiliki oleh Nabi-nabi) pada setiap tahun, pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap saat."

6. Meyakini Allah subhanahu wataala tidak mengetahui masa hadapan/ bersifat bodoh

Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah , al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini juzu' 1 hal. 146:"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".

7. Mengkafirkan sahabat



Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66: Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "Semua manusia murtad selepas wafat Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi."

8. Menghalalkan penzinaan melalui nikah mutaah

Iaitu kahwin kontrak tanpa wali dan saksi berdasarkan akad untuk tempoh waktu dan maskahwin tertentu sahaja (mafhum hadis Syi‘ah dalam kitab al-Kafi jilid 5, ms 286). Di dalam riwayat yang lain daripada Abi Jaafar (Muhammad Al-Baqir) berkenaan mut'ah katanya: "Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan." (al-Kafi jilid 5, ms 284) Dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babwaih al-Qummi, juzu' 1 hal. 358: Adapun mut'ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat. Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal. 358: "Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai al-Raj'ah dan tidak menganggap halal mut'ah kita."

9. Meragui al-Quran

Di dalam kitab Al-Kaafi (yang kedudukannya di sisi mereka seperti Shahih Al-Bukhari di sisi kaum muslimin), karya Abu Ja'far Muhammad bin Ya'qub Al-Kulaini (2/634), dari Abu Abdullah (Ja'far Ash-Shadiq), ia berkata :"Sesungguhnya Al Qur'an yang dibawa Jibril kepada Muhammad  (ada) 17.000 ayat."

Di dalam Juz 1, hal 239-240, dari Abu Abdillah ia berkata: "…Sesungguhnya disisi kami ada mushaf Fathimah 'alaihas salam, mereka tidak tahu apa mushaf Fathimah itu. Abu Bashir berkata: 'Apa mushaf Fathimah itu?' Ia (Abu Abdillah) berkata: 'Mushaf 3 kali lipat dari apa yang terdapat di dalam mushaf kalian. Demi Allah, tidak ada padanya satu huruf pun dari Al Qur'an kalian…'."

Bahkan salah seorang "ahli hadits" mereka yang bernama Husain bin MuhammadAt-Taqi An-Nuri Ath-Thabrisi telah mengumpulkan sekian banyak riwayat daripada imam mereka yang ma'shum (menurut mereka), di dalam kitabnya Fashlul Khithab Fii Itsbati Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab, yang menjelaskan bahwa AlQur'an yang ada ini telah mengalami perubahan dan penyimpangan.

10. Dan sangat jelas..





Jadi kawan-kawan berhati-hatilah..Wallahua'lam..

#Akan datang: Channel di Youtube yang mendedahkan tembellang Syiah!!

Friday 6 December 2013

[Diari al-Mamluk]: The Furusiyya Code

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



As I stepped away from the school, my heart was in unrest. Will there be peace and stability in the upcoming years? Will the tradition of congregational prayers and noble ethics of SAMURA-ians will be preserved? And, the legacy I have carved with my blood and tears will be eternal?

Worry not, I said to myself as I have left them few of my companions to continue and complete the mission.

This post is specifically for my companions, the Mamluks. Read them, O my companions and live according to the rules. Never walk away or shun this code or we will be crumbled. Discipline and order are the way of life. Become water. When, in full force, it can ram an entire fort to pieces. But, it is also delicate and flexible as it too can seep through the tiniest pore of a structure.

Behold, the Furusiyya Code.

 To fear allah and maintain His religion in the realm
To serve allah in valour and faith
To protect the weak and the defenceless
To give succour and respect and honour to widows and orphans
To refrain from the wanton giving of offence
To live by honour and for glory
To despise pecuniary reward
To fight for the welfare of all
To obey those placed in authority
To guard the honour of fellow knights
To eschew unfairness, meanness and deceit
To keep faith
At all times to speak the truth
To persevere to the end in any enterprise begun
To respect the honour of women
Never to refuse a challenge from an equal
Never to turn the back upon a foe
to refrain ourselves from women
to ace in metaphysics and secular field



Thursday 5 December 2013

[Tazkirah]: Hura-hara Hari Kiamat I

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Salam Jumaat semua!

Baiklah, pada hari ini ambo ingin berkongsikan sebuah bab yang menarik (dan bertepatan dengan hari Jumaat juga!) yang ambo peroleh dalam Kitab al-Yawaaqit wal Jawahir fi 'Uqubaat Ahli al-Kabaair karangan Syeikh Abdul Wahab as-Syaarani.

Dengan menampilkan beberapa hadith dan riwayat berkenaan Hari Yang Pasti itu, semoga kita smeua dapat menginsafi dan check  semula diri kita. Jikalau hidup ini merupakan sebuah perjalanan, pada hari ini sudah jauh mana kita menuju ke destinasi tiu? Cukupkah minyak yang masih ada dalam kenderaan anda? Berapa bebanan yang anda bawa yang melambatkan perjalanan anda? Ini semua persoalan berbentuk "tepuk dada tanya iman" yang hanya diri kita dan Allah sahaja yang mengetahui.

Jom Muhasabah!

Satu ceritera daripada Abdullah bin Abbas r.a. katanya;

Setelah kiamat, tujuh petala langit dan tujuh petala bumi binasa melainkan Allah subhanahu wa taala yang masih ada. Maka Allah subhanahu wataala berfirman, "Kerajaan manakah yang masih ada pada hari ini?". Maka Allah sendiri yang menjawab pertanyaanNya, "Yang punya kerajaan pada hari ini hanyalah Allah yang Esa".

Kemudian, Allah memerintahkan angin, maka ia pun bertiuplah, maka tidak ada gunung di atas muka bumi melainkan kesemuanya itu rata.

Dan Allah subhanahu wataala berfirman,
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang gunung-gunung. Katakanlah: Tuhanku akan menghancurkannya (di hari kiamat (dengan sehancur-hancurnya). Maka Dia akan menjadikan gunung-gunung itu datar sama sekali. Tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang tinggi dan rendah" (Thaha, 105-107)
Kemudian Allah Yang maha Tinggi lagi Maha Besar menyeru," Dimanakah sekalian raja-raja dan sekalian orang-orang yang takbur dan menindas orang-orang yang dhaif dan orang yang dahulu dan kemudian? Dan di manakah orang yang mensyirikkan bagiKu?"

*Firman Allah ini bukan bermaksud dia bersikap tidak mengetahui (Nauzubillah), sebaliknya merupakan penegasan kepada kita semua bahawa Dia-lah yang kekal selama-lamanya dan menguasai seluruh manusia derhaka mahupun soleh.

Kemudian, dikeluarkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi . Firman Allah,
"..Padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci Tuhan dan maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan" (Surah al-Zumar,67)
*Tangan kananNya-merupakan sebahagian daripada ayat mutashabihhat. Di dalam Kitab Risalah Tauhid, penjelasan berkenaan frasa-frasa sedemikian terbahagi kepada dua iaitu pandangan Salaf dan Mutaakhirin. Ulama Salaf tidak menafsirkan perkataan tersebut manakala Ulama Mutaakhirin menafsirkan frasa itu sebagai "kekuasaan Allah". Lebih afdhal supaya kita mengikuti pandangan ulama Salaf. Yang penting, Allah tidak menyerupai makhlukNya.

Kemudian Allah berfirman," Di manakah Yahudi dan Nasrani? Di manakah orang yang memakan rezekiKu dan mereka menyembah selain daripadaKu? Dan mereka menyangka ada sekutu bagiKu dalam pekerjaanKu. Sesungguhnya Akulah Allah dan tiada Tuhan yang lain selain daripada Aku dan tiada yang disembah melainkan Aku".

Kemudian dihidupkan kembali sekalian roh malaikat, kemudian Tuhan berfirman,' Hai Jibril! Katakanlah kepada malaikat Ridhwan suapaya ia menghiasi sekalian syurga untuk memasukkan orang yang taat kepadaKu. Dan katakanlah kepada Malik, Nyalakanlah api neraka kerana Aku hendak memasukkan padanya orang yang menderhakai dan melawan akan Daku"

Dan firman Allah,
"Dan di hari itu didekatkanlah syurga kepada orang-orang bertaqwa. Dan diperlihatkan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat" (as-Syuaraa, 90-91)
Dan fiman Allah kepada malaikat Mikhail," Tegakkanlah mizan kerana aku akan menjalankan keadilanKu ke atas sekalian makhluk"

"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat. Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika amalan itu hanyalah sbeerat biji sawi pun pasti Kami akan mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah dengan sekalian malaikat kami jadikan sebagai pembuat perhitungan" (al-Anbiya',47)

Kemudian, Dia berfirman kepada Israfil, "Tiupkanlah sangkakala kerana Aku hendak menghimpunkan segala makhluk di padang Mahsyar".

Kemudian Tuhan yang Maha Tinggi berfirman," Hai Jibril! Pergilah dengan beberapa malaikat ke dalam syurga dan suruhlah malaikat Ridhwan berikan kepadaKu mahkota yang amat besar dan jenis pakaian dan selendang kebesaran dan  kain yang indah dan bendera "Panji Pujian" yang Aku jadikan kesemua itu bagi kekasihKu Muhammad".

Maka Jibril mengambil mahkota dan panji itu, Mikail mengambil selendang dan kain itu, Israfil mengambil pakaiannya dan kasutnya, maka mereka berhenti antara langit dan bumi. Maka Jibril pun berkata," Di manakah kubur Muhammad?" Maka bumi pun bergeraklah dan terbukalah tempat perkuburan Nabi SAW. Maka bangkitlah Nabi SAW daripada kuburnya sambil menyapu debu tanah dari kepalanya yang mulia. Maka, duduklah baginda di atas kuburnya dan baginda berpaling ke kiri dan kanannya, tetapi baginda tidak berjumpa dengan Abu Bakar dan Umar r.a. maka ia pun berkatalah, "Hai Jibril! Hari apakah ini?" Maka kata Jibril, "Inilah hari untuk mensyafaatkan umatmu". Maka sabda baginda," Di manakah umatku? Mungkin engkau tinggalkan mereka dalam keadaan terseksa dan beritahulah kepadaku sama ada mereka terseksa?!"


Maka Nabi SAW bersabda," Di manakah para sahabatku? Jibril alaihissalam berkata," Wahai roh yang baik lagi taat kepada Tuhannya! Kembalilah kepada badanmu yang suci!". Kemudian, bangkitlah Saidina Abu Bakar dan Umar r.a.

Rasulullah kemudiannya berkata, "Sempurnakanlah janjiMu wahai Tuhanku yang tiadak memugkiri janjinya!". Kemudian, mereka berjalan pada bumi yang putih iaitu bumi yang suci selama 40 tahun perjalanan. Kemudian mereka berhenti di sana.

Allah subhanahu taala berfirman, "Wahai ISRAFIL!! TIUPKANLAH SANGKAKALA!"...

(Bersambung)

 
 
 

Wednesday 4 December 2013

[Feqah Harian (2)]: Sahkah berwudhu' dengan Air Berklorin?

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

In sha Allah, pada kali ini kita akan membicarakan tentang dua perkara yang berkenaan air. Mungkin sesetengah daripada kita mempunyai sikap was-was yang tinggi, adakah air klorin yang digunakan secara meluas di dunia sebagai air paip itu suci dan menyucikan? Adakah sah wudhu' ataupun mandi jinabah jika menggunakan air paip?


Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, ambo ingin menegaskan bahawa sebarang hukum yang dikongsi dalam ruangan ini BUKAN milik ambo, kerana ambo tahu langit itu tinggi dan tinggi mana ilmu ambo yang rendah ini justeru tidak layak untuk mengeluarkan hukum.

Untuk ruangan ini, ambo akan menggunakan beberapa buku sebagai rujukan, mungkin pada ruangan seterusnya ada penambahan rujukan.

1) Himpunan Isu-Isu Feqah Terpilih oleh Dr Basri Ibrahim
2) Sabil al-Muhtadin karya Kiyai al-Imam al-'Allamah al-Hammah al-Fahhamah al-Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
3) Solat Nabi mengikut Mazhab Syafie karya Ustaz Muhadir bin Haji Joll

dan kitab-kitab yang lain.

Baiklah, berbalik kepada persoalan kita pada kali ini, sahkah air berklorin/paip untuk air wudhu'?

MUQADDIMAH : Islam mengharuskan perbuatan bersuci sama ada menggunakan air ataupun bertayammum. Keharusan bersuci menggunakan air sememangnya jelas oleh seluruh umat Islam, terutamanya air mutlak.

KONTEKS: Air mutlak pada zaman kini kadangkala dicampurkan dengan bahan seperti klorin untuk mematikan kuman. Air berklorin ini digunakan secara meluas di seluruh tempat di merata dunia.

PERSOALAN: Sesetengah daripada kita bersifat was-was dalam perkara ini sehinggakan lebih menggemari untuk berwudhuk menggunakan air timba/perigi daripada air paip yang sememangnya tersedia. Benarkah pendapat mereka?

ULASAN: Dr Ahmad al-Syirbasi menjelaskan bahawa di sisi sesetengah ulama' sebarang air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci seperti sabun, mawar dan gandum hukumnya SUCI sebagaimana air mutlak.

Maka air paip yang disalurkan juga suci kerana klorin itu merupakan sesuatu bahan yang suci jua.

HURAIAN: al-Imam Abu Ishaq al-Syirazi menyebut,
"Apabila berubah salah satu sifat air seperti rasanya atau warnanya atau baunya, perkara ini perlu diteliti. Jika yang mengubahkan sifat air itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari air seperti teratai, garam, kapur dan lain-lainnya, maka HARUS untuk berwudhuk dengannya, kerana tidak mungkin air dapat dielakkan daripadanya. Kerana itu ia dimaafkan sebagaimana najis yang terlampau sedikit dan gerakan yang sedikit dalam solat".
Klorin juga merupakan satu bahan yang tidak dapat dielakkan dari bekalan air kini dan diketahui maslahatnya untuk membunuh kuman dan mensejahterakan rakyat.


ELABORASI: al-Imam an-Nawawi menjelaskan,
"Apabila berubah sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan daripada air, maka HARUS berwudhu dengannya. Perkara ini telah diijmakkan oleh para ulama'".

TUNTASAN: Alhamdulillah, semoga Allah memberikan kita kefahaman berkenaan dengan isu ini. Maka mari kita imbas semula poin-pon di atas.


  • Air paip pada zaman kini bercampur dengan klorin.
  • Air paip telah berubah sifatnya.
  • Bahan klorin merupakan bahan yang bersih.
  • Bahan klorin diletakkan demi kemaslahatan umum.
Ketiga-tiga ulama di atas bersependapat HARUS berwudhuk dengan air mutlak (AIR PAIP), yang dicampurkan dengan bahan yang suci (KLORIN), dan tidak dapat dielakkan (FAKTOR MEMBUNUH KUMAN), walaupun telah berubah sifat airnya itu (BAU KLORIN).
Sahabat-sahabat yang  dirahmati Allah, semoga Allah memberikan kita kefahaman akan isu ini. Wallahua'lam..Selamat beramal!! :D
 

Monday 2 December 2013

[Fiqah Harian (1)]: Penggunaan Ubat Bernajis

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Walaupun hampir seminggu meninggalkan sekolah, masih tak dapat sesuaikan diri. Subhanallah. ALam persekolahan memang sungguh bermakna kerana ia sebuah kem latihan dan kini tibalah ambo untuk terbang dengan sayap yang dibentuk selama 11 tahun. Pray for me, brothers and sisters..

Cuti ini tidak banyak aktiviti. In sha Allah akan berangkat ke pondok iaitu Madrasah Pasir Tumboh Kelantan pada 21 Disember. Darah Minang ambo berkobar-kobar untuk merantau dan mencari pengalaman. Semoga Allah kurniakan ambo syahid dalam mencari ilmu sepertimana saudara Ammar kita. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Allahyarham Ahmad Ammar..

Post kali ini sebenarnya merupakan assginment ayah ambo yang sedang menjalani Diploma Syariah. Beliau meminta bantuanku untuk menulis tugasan ini maka ambo pun mulakan gerak kerja. Terimalah hasil kerja yang tidak seberapa ini..Semoga bermanfaat

(Sumber: Diambil daripada beberapa laman sesawang dan juga buku Himpunan Isu-Isu Fiqah Terpilih oleh Dr Basri Ibrahim)

PENGGUNAAN UBAT BERNAJIS UNTUK MERAWAT PESAKIT

MUQADDIMAH

Hukum Islam didatangkan dengan pelbagai bentuk dan konsep, sesuai dengan peranannya sebagai rahmat sekalian alam dan bkan asbab bagi mencetuskan masyaqqah kepada umat manusia. Hukum Islam berbentuk kompleks lagi universal, yang disesuaikan mengikut suasana dan peredaran zaman tanpa mengubah matlamat terasnya; mengabdikan diri kepada Allah.

Hukum di dalam Islam salah satunya dinamakan sebagai hukum  azimah dan juga rukhsah. Hukum azimah ini ialah pokok atau apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sebagai analoginya, solat Zohor itu disyariatkan ebanyak 4 rakaat. Hukum rukhsah pula didefinisikan sebagai keringanan ke atas perkara-perkara tertentu dalam keadaan yang tertentu tanpa mengabaikan hukum azimah tersebut. Sebagai contohnya, bagi orang musafir dibenarkan untuk memendekkan solat Zohor sebanyak 2 rakaat dengan cara qasar.

Secara umumnya, umat Islam diwajibkan untuk beramal dengan hukum azimah melainkan didatangi situasi dharurat.

Aspek Islam mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia termasuk juga bidang perubatan. Dulunya, asas fundamental bidang perubatan ini didirikan oleh doktor-doktor Yunani seperti Galen dan Hippocrates tetapi hakikatnya tiang asas perubatan pada hari ini dibentuk dan digubah oleh ulama' Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu nafis sesuai dengan syariat Islam. Tetapi, setelah masa berlalu dan dominasi Islam ke atas bidang keduniaan terlepas satu demi satu akibat peperangan dan bala Allah, bidang perubatan kini dipegang oleh orang bukan Islam.

Asimilasi ini menyebabkan beberapa kontrakdisi dengan tradisi Islam yang acap kali menggemparkan kita. Berita pendedahan berkenaan barangan bernajis atau sumber najis digunakan untuk menyembuhkan umat Islam dan juga manusia meresahkan kita semua. Persoalannya, apakah hukum penggunaan ubat bernajis untuk merawat pesakit dari konteks Usul al-Fiqh?

DEFINISI DAN TERMINOLOGI

Sebelum kita melanjutkan perbincangan kita, moleklah sekiranya kita berkenalan dengan beberapa definisi yang berguna sepanjang perbincangan ini.

Menurut Rosli Bin Othman dalam bukunya Al-Mukhtasar Al-Mufid (Ringkasan Hukum Solat dan Taharah) mengatakan bahawa :

“Najis juga boleh diertikan sesuatu benda yang kotor pada pandangan syara yang menghalang sahnya solat dan ibadah-ibadah yang pada maknanya.”

Memandangkan konteks bicara kita pada kali ini berkisarkan berkenaan adakah situasi dharurat membenarkan penggunaan ubat bernajis pada hari ini, maka dicatakan juga pada ruangan ini tentang erti dharurat.

Doktor Wahbah Azzahili telah menulis: "Telah berkata Al Jurjani di dalam 'Takrifat': Dharurat ialah kesusahan yang memudharatkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.!"

Dan banyak definisi-definisi yang mempunyai maksud yang hampir-hampir sama yang disebut oleh ulama-ulama dahulu. Di antaranya apa yang disebutkan oleh Abu Bakar Al Jassas tentang dharurat kelaparan: "Dharurat ini ialah takutkan kemudharatan menimpa, atau kemusnahan ke atas diri, atau sebahagian daripada anggota-anggota badan di waktu kelaparan..."

Dan telah berkata ulama-ulama Maliki: "Dharurat ialah takut keatas kehancuran diri secara pasti (qathi) ataupun berpandukan andaian yang kuat (zhan), atau takutkan kematian. Dan tidak disyaratkan menanti sehingga maut datang menimpa akan tetapi cukuplah dengan hanya berpandukan kepada perasaan takut akan berlaku kehancuran walaupun dengan andaian yang kuat (iaitu zhan)."

Kemudian Doktor Wahbah Azzahili merumuskan: "Dharurat ialah keadaan yang menimpa seseorang insan di dalam bentuk kemerbahayaan, atau kesusahan yang mendesak sehingga ditakuti berlakunya kemudharatan, ataupun kesakitan ke atas diri, atau anggota badan, atau kehormatan, atau akal, atau harta benda dan yang sehubungan dengannya. Dan diharuskan ketika itu mengambil benda-benda yang haram ataupun meninggalkan yang wajib ataupun menangguhkannya dari waktunya semata-mata untuk menolak kemudharatan-kemudharatan daripada menimpa di bawah naungan syari'at."
Perhatikanlah bahawa akan binasa sekalian umat manusia jika hanya dibenarkan untuk beramal dengan hukum azimah dalam situasi kecemasa. Tetapi, rahmat Allah ke atas hambaNya membenarkan dan menurunkan hukm rukhsah yang digunakan pada situasi yang disebutkan di atas dan dengan kadar yang tertentu dan syarat yang tertentu pula.

HUKUM RUKHSAH MENURUT USUL FIQH

Allah subhanahu wataala telah berfirman;

"Sesungguhnya diharamkan kepada kamu bangkai dan darah dan daging babidan apa-apa yang disembelih untuk yang lain daripada Allah. Tetapi sesiapa yang terpaksa tanpa ada kecenderungan dan tanpa melampui batas, maka tidak ada dosa keatasnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Baqarah: 173)

Perkara penting yang dapat kita kutip daripada ayat ini ialah, benda-benda yang diharamkan ini diharuskan pada ketika terpaksa. Itupun tanpa melampui batas.Daripada ini lahirlah dua kaedah syari'yah yang penting untuk kegunaan umat di dalam kehidupan mereka.

Kaedah pertama ialah:

"Kecemasan (dharurat) mengharuskan yang haram."

Akan tetapi pengambilan benda-benda yang haram dimasa dharurat dibatasi dengan kaedah yang kedua, iaitu:-

 "Dharurat diambil sekadar keperluan sahaja."

Menggunakan benda yang haram melebihi kadar keperluan dimasa dharurat adalah berdosa. Begitulah juga di dalam perubatan Islam, pada ketika-ketika dharurat dan kecemasan boleh digunakan benda-benda dan cara-cara yang haram sekadar keperluan. Ini telah berlaku di zaman Ar-Rasul.

Mengikut hadis dari Anas bin Malik:

"Rasulullah telah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman ibn Auf dan Zubair ibn Awwam memakai sutera, kerana penyakit gatal yang menimpa mereka."
(Bukhari dan Muslim)

Walaupun sutera pada dasarnya haram dipakai oleh muslimin lelaki, tetapi jika tidak ada cara-cara yang halal yang dapat mengubati sesuatu penyakit, ianya harus digunakan. Ini menunjukkan keharusan berubat dengan cara yang haram di peringkat kecemasan selepas hilang ikhtiar-ikhtiar lain.

Namun mestilah diingat, bahawa tidak boleh kita dengan senang menggunakan benda ataupun cara yang haram bertopengkan dharurat (kecemasan) sebelum berikhtiar mencari yang halal dengan bersungguh-sungguh.

SYARAT PENGGUNAAN BARANGAN HARAM KETIKA DHARURAT

Sesungguhnya Islam itu mudah tetapi janganlah kita mempermudahkan apatah lagi mengambil mudah hukum Islam sewenang-wenangnya/ Para fuqaha' telah menetapkan beberapa garis panduan seseorang itu dibenarkan untuk mengambil atau menggunakan barangan haram.Antaranya;

1) Bahawa keadaan dharurat itu benar-benar berlaku, bukan sesuatu yang dinanti- nantikan. Maksudnya telah wujud suatu keadaan di mana kemusnahan ataupun kehancuran akan menimpa keatas diri ataupun harta benda secara pasti, ataupun berpandukan sangkaan yang kuat berdasarkan pengalaman-pengalaman. Ataupun telah benar-benar wujud suatu keadaan yang akan merosakkan dan menghancurkan satu diantara lima perkara dharuriyat yang telah disebutkan: samada agama, nyawa, akal, keturunan, ataupun harta benda. Ketika ini barulah hukum rukhsah boleh diambil.

2) Telah dipastikan bahawa tidak ada benda-benda halal yang lain yang boleh diambil melainkan yang haram sahaja.

3) Jika masih ada benda-benda yang halal, mestilah dipastikan bahawa pengambilan benda-benda yang halal tidak akan dapat mengindarkan kemudharatan dan kehancuran daripada menimpa si pesakit.

4) Bahawa seseorang yang terpaksa itu tidak dibolehkan melanggar prinsip-prinsip Islam yang asasi, umpamanya, mejnaga hak orang lain, menunaikan amanah dan lain-lainnya. Umpamanya tidak dibolehkan seseorang yang terpaksa itu berzina, membunuh, merompak untuk menghilangkan kemudharatan yang menimpa.

5) Hendaklah pengambilan yang haram itu sekadar perlu sahaja, untuk menghilangkan dharurat yang menimpa. Tidak boleh lebih.

6) Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram ketika dharurat mestilah dipastikan oleh seseorang doktor yang adil, yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

PENGGUNAAN UBAT BERNAJIS MENURUT ISLAM

Tajuk ini perlukan perincian. Sebelum kita melihat kepada ijtihad ulama-ulama tentang perkara ini, marilah kita melihat kepada hadis ini.

I.UBAT BERNAJIS SECARA UMUM

"Beberapa orang telah datang ke Madinah. Oleh kerana tidak begitu sesuai dengan cuaca di situ meraka telah diserangi penyakit. Ar-Rasul lantas menghantar mereka ke tempat unta-unta sedeqah disimpan seraya bersabda: "Minumlah dari susunya dan dari air kencingnya."
(Bukhari)

Berhubung dengan hadis ini, Imam Qastalani di dalam kitab 'Irsyadus Sari' telah berkata: "Dan telah berkata Imam Syafie dan Abu Hanifah dan jumhur ulama-ulama Islam, air kencing adalah najis kesemuanya melainkan yang dimaafkan. Ditakwilkan hadis ini sebagai harus meminumnya kerana ubat dan tidak harus tanpa dharurat.

Adapun hadis Ummu Sulaim di mana Ar-Rasul telah bersabda:"Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat daripada bahan yang diharamkanNya." Ditafsirkan didalam waktu ikhtiar. Pada waktu dharurat, harus menggunakannya (iaitu benda benda haram) seperti mana bangkai diharuskan untuk yang terpaksa!"

Jelas dengan hadis ini tentang keharusan menggunakan najis seperti air kencing unta (yang dihukumkan najis oleh kebanyakan ulama) ketika berubat di waktu dharurat.

Di dalam 'Al Hidayah Al Alaiyah' ada disebutkan: "Harus berubat dengan yang haram, jika diyakini bahawa ia boleh menyembuhkan dan ketika tidak ada ubat-ubat lain. Adapun dengan sangkaan semata-mata(iaitu tidak yakin), tidak diharuskan. Dan perkataan seorang tabib semata- mata tidak membawa kepada sesuatu yang yakin."

Di dalam kitab 'Mughni Muhtaj' ada disebutkan: "Harus berubat dengan najis seperti daging ular dan air kencing untuk mencepatkan kesembuhan dengan syarat tabib yang memberikan ubat itu mestilah seorang Muslim yang adil ataupun yang berpengetahuan tentang cara pengubatan dengan menggunakannya, asalkan kadar yang digunakan sedikit sahaja dan tidak sampai memabukkan."

Imam Al Izz ibn Abdul Salam di dalam kitab 'Qawaidul Ahkam' telah berkata: "Harus berubat dengan najis-najis jika tidak didapati ubat-ubat yang bersih sebagai pengganti, sebat maslahat sembuh dan kesejahteraan lebih menyempurnakan daripada maslahat meninggalkan penggunaan najis."

II. UBAT BERNAJIS BERSUMBERKAN DARI BABI

Adapun tentang daging babi, ada ulama-ulama yang tegas di dalam memberi hukum. Di dalam kitab 'Al Hidayah Al Alaiyah' ada disebutkan: "Adapun daging babi, tidak diberikan kelonggaran untuk berubat, walaupun dia saja yang ditentukan sebagai ubat."
Telah berkata Sahnun di dalam Tafsir Qurthubi: "Tidak boleh berbuat dengan babi."

III. UBAT BERNAJIS BERSUMBERKAN ARAK

Adapun tentang pengubatan dengan menggunakan arak ketika dharurat telah berkata Imam Al Izz ibn Abdul Salam:'Tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih sahih melainkan jika diketahui ia dapat menyembuhkan dan tidak ada ubat-ubat lain."

Di dalam kitab 'Al Bahru Al Zukhar' telah disebutkan: "Yang lebih hampir ialah harus berubat dengan arak jika dikhuatiri si pesakit akan binasa ataupun akan binasa salah satu daripada anggota-anggota badannya yang dapat dihindarkan jika penyakitnya dapat disembuhkan."

Di dalam 'Arraudhah' telah tertulis: "Harus berubat dengan arak kerana dharurat secara mutlak."

Telah berkata Imam Abu Hanifah: "Harus berubat dengan arak dengan meminumnya!" Pendapat ini disokong oleh Qadhi Attabari dari mazhab Syafie dan Imam Atthauri.

Sheikh Abdullah Nasih Ulwan telah merumuskan: "Nas-nas yang diutarakan merupakan dalil-dalil yang jelas tentang keharaman penggunaan arak seperti untuk berubat. Adapun setengah-setengah ubat yang terpaksa dicampurkan dengan alkohol kerana dharurat untuk memeliharanya daripada rosak umpamanya, adalah harus menggunakannya untuk berubat sekira diketahui bahawa sesuatu hanya boleh baik dengan menggunakannya. Tetapi ini mestilah dipastikan oleh seorang doktor muslim yang mahir, yang takut kepada Allah masa tersembunyi ataupun berterang-terangan.''

Untuk memperincikan fatwa-fatwa yang telah dinukilkan, elok rasanya kita mengamati bahan-bahan yang telah dituliskan oleh Doktor Abdul Karim Zaidan: "Ulama-ulama fiqh telah memberi pandangan-pandangan mereka tentang masalah pengubatan dengan benda yang diharamkan Allah, samada daripada bahan bernajis ataupun bahan-bahan yang tidak bernajis yang lain. Ada diantara mereka yang melarangnya, ada yang mengharuskan, dan ada pula yang memperincikan hukumnya. Bagi tiap-tiap pandangan yang mereka utarakan ada dalil-dalilnya ......."

Kemudian beliau memperincikan perkataan ulama-ulama berhubung dengan perkara ini:

"Di sisi Mazhab Hanafi: diharuskan berubat dengan yang haram jika diyakini tentang kesembuhannya, yang akan berlaku. Sekiranya tidak, tidak harus berubat dengannya. Telah berkata Imam Al Kasani di dalam 'Badai' nya: "Berubat dengan yang haram harus ketika diyakini kesembuhannya sama seperti (keharusan) memakan bangkai ketika kelaparan dan meminum arak ketika tersangat dahaga dan untuk menghilangkan suapan yang terlekat di kerongkong. Dan tidak harus jika tidak diyakini kesembuhan dengannya......"

Dan disisi Mazhab Syafie: Mereka membezakan diantara arak dan bahan-bahan haram yang lain. Di sisi mereka, harus berubat najis-najis dan bahan-bahan haram yang lain melainkan Inilah pandangan mazhab itu dan inilah yang diputuskan oleh ulama Syafie..!

Adapun arak, mereka mengharuskannya ketika hendak menghilangkan suapan yang terlekat di kerongkong jika tidak ada bahan-bahan lain yang suci! Akan tetapi mereka bertelingkah pendapat tentang keharusan berubat dengannya dan dengan bahan-bahan yang memabukkan yang lain. Jumhur ulama Syafie tidak mengharuskannya• Pandangan mereka ini adalah pendirian Mazhab dan yang sahih disisi mazhab Syafie. Kami berkata, sesungguhnya meminum arak dan bahan yang memabukkan dilarang oleh jumhur ulama Syafie dan diharuskan oleh segelintir yang lain.

Adapun yang zahir dari perkataan ini, yang dilarang oleh Imam Syafie ialah meminumnya sehingga kadar yang memabukkan. Dan perkataan jumhur ulama Syafie yang melarang berubat dengan arak dan bahan-bahan yang memabukkan maksudnya, "Pada pengamatan kami diharuskan diatas kadar yang tidak memabukkan bukan diatas kadar yang memabukkan. Adapun ulama-ulama: Syafie yang mengharuskan berubat dengan arak, membawa makna, mereka mengharuskannya, samada ianya memabukkan atau tidak sampai memabukkan.

Selepas mengkaji dan memperincikan perbezaan pendapat ini, kami berpendapat bahawa perbezaan ini suatu perbezaan yang kurang penting. Ini disebabkan kebiasaannya (dimasa ini), kewujudan arak di dalam ubat-ubat adalah didalam kadar yang sedikit, dan jarang- jarang sekali diambil dan jika diambil pun amat sedikit sekali tidak sampai memabukkan. Lantas meminumnya ketika diperlukan adalah diharuskan......!

Kemudian beliau membincangkan penggunaan ubat-ubat yang bercampur dengan alkohol yang banyak terdapat di masa ini.

Katanya: "Terdapat ubat-ubat Yang dicampuri di dalamnya bahan-bahan alkohol dan bahan-bahan yang boleh memabukkan Yang lain. Adakah harus kita mengambilnya ataupun tidak?

Jawapannya: Jika pada ketika kesakitan yang ditahap dharurat, diharuskan dengan syarat-syarat yang telah disebutkan. Adapun jika tidak sampai ketahap dharurat, umpamanya wujud sesuatu hajat pada penggunaan ubat-ubat ini, dan tidak sampai ke tahap dharurat, adakah diharuskan juga? Yang zahir bagi saya ialah diharuskan. Ini dikiaskan pada apa yang difatwakan. Umpamanya oleh Al-Kasani di dalam'Al Badai': "Sesungguhnya najis sekiranya berubah dan bertukar sifat-sifat dan maknanya, maka terkeluarlah ia dari kenajisannya..."

Dan telah berkata Ibn Hazmin: "Sekiranya telah berubah sifat asal sesuatu bahan najis ataupun haram, maka terbatallah namanya yang asal yang telah ditetapkan hukumnya dan jadilah ia bahan lain yang halal dan suci.......! Dengan itu alkohol dan bahan yang memabukkan yang lain andaikata dicampurkan sedikit di dalam ubat sehingga ia melarut di dalamnya sehingga hilang kesannya, baunya dan rasanya maka hukumnya adalah sama seperti hukum najis yang bertukar sifatnya.......!

Adapun tentang hukum menggunakan bahan-bahan bius (anasthesia), umpamanya untuk pembedahan, telah berkata ulama-ulama Hanafiyah: ".........Dan tidak ada kesalahan meminum sesuatu yang menghilangkan akal untuk memotong kudis yang memakan badan (gangrenous ulcer) dan yang sehubungan dengannya." Dengan ini jelaslah keharusan menggunakan alat-alat dan ubatubat bius untuk pembedahan, walaupun ianya menghilangkan akal.

Satu persolan yang sering dihadapi oleh doktor-doktor sekarang ialah, adakah harus memberikan ubat-ubat yang diharamkan bahan- nya kepada pesakit, semata-mata untuk mencepatkan kesembuhan- nya? Telah berkata Dr. Abd. Karim Zaidan: "Sekiranya ketentuan ini dibuat oleh seorang doktor muslim yang adil, maka telah berkata Imam An-nawawi: Tentang keharusannya ada dua pandangan...... Dan yang paling sahih ialah diharuskan. Dan sesungguhnya Imam Syafie telah menegaskan tentang keharusannya di dalam hal ini, daripada perkataannya di dalam Al Umm."

KESIMPULAN


Maka, telah zahirlah bahawa agama ini ialah agama yang murni seluruhnya. Berdasarkan perbincangan kita, nyatalah menurut syara' harus penggunaan barangan bernajis tsabit daripada hadith Nabi dan ijtihad para ulama'.


BONUS: Saudara AMMAR dalam Kenangan..