Tuesday 6 December 2011

[Fiqah];;Air (I) : Air Mutlak

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabakatuh..

Alhamdulillah, dalam cuti ini, ambe risau input ilmu yang ambe dapat menjatuh..Jadi, ambe pun mengambil inisiatif untuk membahagikan masa seharian, diinspirasikan oleh seorang tokoh sajana Islam, Profesor Tariq Ramadan yang menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari!! Jadi, untuk menginsafi dan merenungi maksud Surah al-Asr, bahawasanya manusia itu berada dalam kerugian, ama ambe pun membikin jadual waktu. Ambe memperuntukkan 5 jam sehari untuk membaca, 3 jam untuk berinteraksi di laman sesawang dan 2 jam sehari untuk beriadah, berbasikal dan berlatih tomoi..

Maka, antara buku yang ambe mula membaca ialah Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru. Ya, buku itu amat cantik luarannya, tapi kita mahu ilmunya..Buku berharga RM 100 ini amat berbaloi untuk dibeli, kerana dari A sehingga Z berkenaan solat disentuhnya, Nama pung Ensiklopedia Solat. Jadi, seksyen yang dalam buku itu yang ambe ingin berkongsikan pada hari ini ialah berkaitan dengan air mutlak.

Air dibahagikan oleh ulama fiqh, kepada empat bahagian yakni air mutlak, ai mustakmal, air mutanajjis dan air musyammas. Pada kali ini, lensa difokuskan pada air mutlak di mana kita menggunakan kategori air ini dalam kebanyakan urusan seharian kita., jadi untuk mengelakkan rasa was was dan seterusnya memantapkan pemahaman kita berkenaan air mutlak, mari ambil waktu barang lima belas minit untuk kita menerokai sudut fiqah air mutlak. Jangan risau, selebih kategori air itu ambe akan tampilkan dari semasa ke semasa, jika diizinkan oleh Allah taala..Insya-Allah...

TAKRIF AIR MUTLAK

Air mutlak ialah air yang suci dan menyucikan. Air yang bersih sifatnya, boleh membersih dan boleh digunakan untuk mengangkat hadas.
Air mutlak ialah air yang zat dan sifatnya suci dan bersih. Penggunaan bagi air ini ialah harus.
Air ini juga  dipanggil sebagai air mutlak, merangkumi semua jenis air yang turun dari langit, atau terbit dari tanah dalam sebarang sifat asalnya. Sama ada rasanya manis, pahit, masam atau tawar..atau warnanya hitam atau putih...samada sifatnya melekit busuk atau wangi, jika itu ialah sifat asalnya, maka dikira suci.
Air mutlak boleh menyucikan. Dalil firman Allah,
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, -al-Furqan, 48
SYARAT-SYARAT AIR MUTLAK

1. Masih kekal dalam keadaan asalnya, yakni tidak berubah dari bau, warna mahupun rasa
2. Jikalau berubah, barang yang mengubahnya ialah barang yang tidak menghilangkan kesuciannya.

  •   Air mutlak yang berubah sedikit disebabkan sesuatu yang suci, walaupun berubah bau, warna dan rasa tetap dikira suci dan menyucikan..Contohnya, tanah. Tanah ialah sesuatu yang suci, apabila bercampur dengan air mutlak, walaupun air itu bertukar rasa dan warna, tetap dikira suci.
  •  Dalil kesucian air yang bercampur ialah, hadith Nabi yang menceritakan bahawa Rasulullah dan Saidatina Maimunah pernah mandi dalam satu bekas yang terdapat kesan tepung yang diuli (Riwayat Ibnu Majah)
3. Belum pernah digunakan untuk mengangkat hadas atau kecil, jika air tersebut kurang dari 2 qullah (270   liter)

SUMBER AIR MUTLAK

AIR YANG TERBIT DARI TANAH
  • Air hujan. Dalil:
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). -al-Anfal, 11


  • Salji dan ais yang cair. Dalil:  Rasulullah pernah berdoa, " Ya Allah, sucikanlah diriku dengan salji dan air batu" (Riwayat Tarmizi dan al-Nasa'ei)

MOLEKUL SALJI YANG DIDENGARKAN DENGAN ZIKRULLAH..MASYA-ALLAH, INDAHNYA
AIR YANG TERBIT DARI TANAH

  • Air sungai. Disebutkan dalam hadith Mikraj di Sidatulmuntaha, Sungai Furat dan Sungai Nil disebut sebagai sungai yang suci, maka ulama mengkiaskan bahawa semua sungai juga suci seperti kedua-dua sungai tersebut.
  • Air laut. Dalil:
"Airnya suci dan bangkainya (ikan) halal untuk dimakan". Riwayat Tarmizi









  • Air perigi. Dalil: Rasulullah ketika ditanya berkenaan air perigi, baginda menjawab,"Air itu sentiasa suci dan tiada apa yang dapat menajiskannya". (Riwayat Ibnu Majah dan al-Tirmizi dalam Kitab Taharah. Dinilai oleh al-Bani sebagai sahih dalam Sahih Sunan Abu Daud)
  • Air mata air
  • Air kolam
  • Air paip
  • Air terusan.Suci kerana airnya sentiasa mengalir
  • Air mineral. Suci jika diambil dari tanah yang suci walaupun bercampur dengan tanah dan bahan mineral lain
  • Ais daripada air mutlak yang dibekukan
  • Air penapis khas. (water filter atau mesin-mesin penapis air)
AIR MUTLAK YANG MAKRUH DIGUNAKAN

Air yang sedikit yang diminum oleh haiwan. Air bekas minuman ini menjadi najis kerana haiwan-haiwan ini berkemungkinan memakan benda-benda najis. Tetapi dengan sebab istihsan, air ini masih boleh digunakan untuk berwudhu dan mandi hadas.

FAKTA SISI

Rasulullah menetapkan air yang dijilat oleh kucing adalah bersih berdasarkan sabda baginda,"Sesungguhnya kucing tidak najis kerana haiwan ini dari haiwan yang berada di sekelilingmu". Riwayat Abu Daud..



Jadi, setakat ini perkongsian ambe dengan rakan pembaca. Jikalau ada sebarang kesilapan info, bolehlah berhubung ambe di Facebook: Sidi Muhammad Yusoff...Baiklah, sekian, sahaja perkongsian ringkas dalam ruangan Fiqah..Assalamualaikum dan selamat beramal..:)

No comments:

Post a Comment