Friday 24 August 2012

[Tazkirah]: Ikhwanul Muslimin

BIsmillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kepada para rakan yang mengikuti perkembangan semasa, dan mesti menyedari satu kebangkitan Islam berlaku di Mesir di mana salah seorang penyokong Ikhwanul Muslimin, Mohamad Mursi telah diangkat menjadi Presiden Mesir. Ambe makin tertarik dengan idea ikhwan atau persaudaraan dalam gerakan ini walaupun tidak dapat mendalami dengan lebih lanjut lagi. Setakat ini, ambe hanya tahu serba sedikit mengenai Hasan al-Banna, Sayyid Qutb dan kuatnya pengaruh Ikhwanul Muslimin. Atuk ambe juga, pernah terlibat dengan aktif dalam gerakan ini beberapa puluh tahun yang lalu.


Apa yang dapat ambe rumuskan ialah, ambe amat tertarik dengan idea ini terutama 20 prinsip Ikhwanul Muslimin ini atau Usul Isyrin. Dan, ambe amat terpanggil untuk mempraktikkan usul-usul ini di SAMURA untuk membentuk persaudaraan yang kukuh dari segi ikhwaniah dan Islamiahnya. Berkenaan dengan struktur organisasi, biarlah itu satu langkah lanjutan setelah kesemua prinsip ini telah dapat diterapkan. Inilah ringkasan dua pulu prinsip itu..




1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12. Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14. Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan perbuatan bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16. Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18. Islam mengangkat peranan akal manusia.

19. Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20. Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.


Jadi, kalau difikirkan dan direnungkan smeua prinsip di atas, kesemuanya berkenaan ibadah. Mana prinsip persaudaraannya? Sebenarnya, kerana percanggahan pendapat dalam persoalan ibadatlah yang membuatkan umat Islam bergaduh. Kalau anda baca buku Hulagu Khan karya Abdul Latip Talib, dalam satu bab menceritakan bahawa penganut Imam Hanafi/Imam Syafie memohon bantuan dari tentera Mongol untuk menumpaskan penganut mazhab yang lain.

Dan, kalau anda sedar, beberapa perkara yang diketengahkan dalam prinsip ini juga kerap menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ustaz-ustaz di negara kita. Contoh yang paling mudah ialah melawat kubur. Ada yang beri, ada yang haramkan. Prinsip ini menyatakan bahawa kita tidak boleh taasub dengan satu mazhab. Maka, semua ikhwan yang memegang prinsip ini akan mengelakkan pertelingkahan kerana menurut Prinsip Nombor 8.

Jadi, insya-Allah, ambe cuba untuk menerapkan seberapa banyak yang boleh dalam prinsip ini dalam masyarakat sekeliling. Tetapi, bukan sebagai PEMIMPIN...Ambe lebih selesa untuk menjadi penyumbang idea bukan PEMIMPIN, kerana ambe sedar langit itu tinggi, dan ambe rendah orangnya (antara orang yang paling rendah dalam batch, sebenarnya..:P).

Seterusnya, ambe juga ter-perasan bahawa dalam Surah al-Hujurat juga ada beberapa elemen penting dalam membentuk organisasi dan persaudaraan yang kukuh lagi jitu.

1. Jangan membuat keputusan sebelum berbincang atau merujuk hukum Islam.

2, Menghormati ruang dan mentaati pemimpin.

3. Menyelidiki kesahihan berita untuk mengelakkan perpecahan.

4. Berlaku adil dalam pertelingkahan

5. Berlaku bijak dalam menyelesaikan masalah dalam pentadbiran

6, Setiap umat Islam itu bersaudara dan berkeluarga. Janganlah melanggar hak saudara kita sebagaimana kita tidak ingin melanggar hak keluarga kita.

7.Pelihara lidah dari keji mengeji dan cemuh-mencemuh dan jangan berlaku "ghibah". (mengumpat)

8. Tiada perkauman dalam Islam. Arab, Afrika, Melayu, Kaukasia, Cina dan semua bangsa diciptakan untuk berkenalan, berinteraksi dan bekerjasama selagi tidak melanggar syariat Islam.

9. Tiada perbezaan taraf dari segi kemanusiaan kerana yang membedakan kita ialah tahap hakikat keimanan dan ketaqwaan individu.

10. Hakikat keimanan yang sejati dan mutlak harus dibuktikan dengan amali bukan sekadar teori.

11. Ketaatan kepada Allah, Rasul dan Islam akan membuahkan pahala yang tidak akan dikurangkan.

12. Hakikat keimanan dan persaudaraan dibuktikan dengan terjun untuk berjuang dalam agama Islam dari aspek qitali, siyasi dan nafsi dan saling berkoordinasi dan merancang bersama-sama untuk menjayakan jihad. Inilah orang-orang yang benar.

 Jadi, inilah intisari prinsip perpaduan dalam surah al-hujurat. Sebarang penambahan akan dikaji semula, insya-Allah...Wassalam..:D

Wednesday 22 August 2012

[Isu]: Sebalik The Chronicles of Narnia




Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, harapnya masih tidak terlambat utntuk ambe mengucapkan Selamat Hari Raya..opss..lebih molep, kalau kita oyak gini, “Taqabballahu Minna Waminkum”..

Jadi, anda semua mesti pernah membaca cerita The Chronicles of Narnia kan? Ambe masih ingat, satu ketika dulu, masa zaman “bebudak” dahulu, ambe gemar membaca novel-novel yang bergenre fantasi tanpa menyelidiki latar belakang cerita tersebut. Antara novel yang ambe pernah menjadi peminant “kipas-susah-mati” ialah Harry Potter (masa dulu, dok hayun kayu sambil memekik “Avada Kedavra!) dan juga novel epic The Chronicles of Narnia yang dikarang oleh seorang penulis British bernama Clive Staples Lewis.

Tahukah anda bahawa C.S Lewis ini merupakan rakan baik kepada J.R.R Tolkien, sang pengarang trilogy Lords of The Rings? Jadi, tidak pelik dan menghairankanlah jika kedua-dua epic ini mempunyai persamaan bau-bau bacang dalam plot dan maksud sebenar di sebalik cerita tersebut. Rupanya, cerita epic tersebut mengandungi simbolisme agama Kristian..Adakah saya hanya main serkap jarang sahaja? Sudah semestinya tidak, kenyataan di atas disokong oleh C.S. Lewis, J.R.R Tolkien dan peminat mereka sendiri.


1.       Kenyataan C.S. Lewis sendiri

"The whole Narnian story is about Christ." (C. S. Lewis, 1961)

Selain itu, C.S Lewis menginginkan cerita ini untuk mengalahkan budaya secular British yang semakin bertambah dalam jiwa anak-anak, dan juga untuk menolong anak-anak untuk memahami khabr baik yang didakwa akan dibawa oleh Jesus Christ. Beliau mendedahkan perkara ini dalam suratnya bertarikh Mac 1961 kepada seorang anak kecil bernama Anne:

 “I think you will probably see that there is a deeper meaning behind it. The whole Narnian story is about Christ. That is to say, I asked myself ‘Supposing that there really was a world like Narnia and supposing it had (like our world) gone wrong and supposing Christ wanted to go into that world and save it (as He did ours) what might have happened?’ The stories are my answers. ... The whole series works out like this.
The Magician’s Nephew tells the Creation and how evil entered Narnia.
The Lion etc the Crucifixion and Resurrection.
Prince Caspian restoration of the true religion after corruption.
The Horse and His Boy the calling and conversion of a heathen.
The Voyage of the “Dawn Treader” the spiritual life (especially in Reepicheep).
The Silver Chair the continuing war with the powers of darkness.
The Last Battle the coming of the Antichrist (the Ape), the end of the world and the Last Judgement.


(Source: “Bluspels and Flalansferes: A Semantic Nightmare,” in Selected Literary Essays, Walter Hooper, ed. London: Cambridge University Press, 1969, 426).


(Sumber laman web: http://camcris.altervista.org/narnia_meaning.html)


2.       Identiti Aslan


Kepada rakan-rakan yang sudah membaca atau menonton filem-filem The Chronciles of Narnia mesti pernah merasakan ketenangan dan kekaguman dalam diri sendiri terhadap Aslan, seekor singa yang bertindak sebagai penyelamat wira-wira kecil semasa mereka dalam kesusahan.
Persoalannya, siapakah Aslan? Mari kita perhatikan kenyataan C.S Lewis sendiri berkenaan identity Aslan.


I did not say to myself ‘Let us represent Jesus as He really is in our world by a Lion in Narnia’: I said ‘Let us suppose that there were a land like Narnia and that the Son of God, as He became a Man in our world, became a Lion there, and then imagine what would have happened.’ If you think about it, you will see that it is quite a different thing. (Alexander 37. Quoted in this article from Walter Hooper’s C. S. Lewis: A Companion and Guide)

Ertinya, Aslan itu merupakan inkarnasi Jesus dalam dunia yang lain (Narnia), iaitu bentuk singa itu dipilih oleh Jesus untuk menyerupakan dirinya kepada penduduk Narnia.
Tapi, sifat yang ditonjolkan oleh Aslan itu membuatkan pelakon suara watak Aslan itu sendiri berpandangan bahawa identity sebenar Aslan itu mungkin juga Nabi Muhammad, Buddha atau mana-mana pemimpin agama. Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.


3.       Simbol sebalik dunia Narnia

Maklumat ini telah ambe perolehi dari sebuah laman web yang kelihatan merupakan milik seorang peminat Narnia. Mungkin ini bukan satu penilaian professional, tapi fakta yang dikemukakan logic dan menepati jiwa karakter dalam Narnia.

• Aslan = Jesus Christ
(which means lion in Turkish) is the creator of Narnia. He symbolizes Jesus Christ and the power of good.

• Queen Jadis, the White Witch = Lucifer
who rules Narnia for 100 years, represents the power of Satan or evil in the world.

• Peter = The Apostle Peter
A strong leader who becomes the High King of Narnia. most closely would represent the Apostle Peter, who in reality is the first Leader of the Christian church after Christ ascended

• Susan = Mary
Is the second largest human figure in the story, standing as the courageous queen in Narnia, and though very important is likewise very human.
• Edmund = Man
He is tempted by the White Witch, her Turkish Delights and the promise of power. He represents all mankind who has betrayed Christ from birth, and who Jesus died for on the cross. Man is led away by the enticements of this world and becomes selfish and fallen from the standards of Christ. Because of his betrayal, he has also been compared to Judas of the New Testament and Adam in the Garden of Eden.

• Lucy, the faithful youngest child, is the strongest believer in Aslan. I believe she most closely resembles and represents children in general, and their simple innocent faith- which we should all have. Susan and Lucy also represent the two Marys who beheld Christ's death and came to His tomb early in the morning.

Mr. Tumnus, the Faun = Judas, who at first betrays Aslan and wants to kidnap Lucy, until Aslan appears out of the fire and he repents, however loses his life as a result, and is also similar to the "Doubting THOMAS" of the gospels. However, Mr Tumnus could also signify the apostle Paul, who first worked against Christianity, and then became a Christian. ("However" comment thanks to: Micah-Leah Woolley)

 The Stone Table is primarily the Narnian equivalent to the cross Jesus was crucified on, however it goes beyond this and resembles strongly the end of the "Law" also, or the stone tablets, and the breaking of the temple curtain at Christ's death, (which brought salvation by grace through faith as opposed to the keeping of the old "Law" or what was also referred to in the story as the "Deep Magic" that satan does not fully understand.

Lucy's Healing Potion = Christ's blood, which heals our infirmities
Aslan's Breath = the resurrection power of the Holy Spirit, Demontrated on several occasions, Aslands breaths onto frozen characters (Those killed by the witch) and they are restored to life.

Helmet = Salvation

Shield = Faith

Sword = The Spirit within us

Susan's horn = Prayer

The beavers = Faithful disciples of Christ who try to show others the way through.this world = (The frozen lake)

St Nick = The Spirit of Giving, which is a gift of the Spirit and gifts of the weapons of our warfare (see Eph 6)

The Fox = People who might generally be considered, or do not appear to be Christians, and yet if they had to, would give their life for Him.

Wolves = Satan's helpers


PERINGATAN! KESEMUA TAFSIRAN DI ATAS MERUPAKAN TAFSIRAN DAN SUDUT PANDANG DARI SEORANG KRISTIAN. KISAH NABI ISA YANG SEBENAR BOLEH DIDAPATI DALAM AL-QURAN YANG DIJAMIN KEASLIANNYA, SEDANGKAN KITAB BIBLE INI TELAH DIUBAH OLEH TANGAN-TANGAN MANUSIA YANG KEJI. SEGALA MAKLUMAT YANG DILAMPIRKAN DI ATAS HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENCERAHAN KEPADA UMAT ISLAM BAHAWA UMAT KRISTIAN SENTIASA MEMILIK AGENDA MEREKA YANG TERSEDNIRI DAN MODUS OPERANDI YANG TERSENDIRI UNTUK MENYEBARKAN AGAMA MEREKA!!!

Kesimpulan



Berkenaan hukum epic ini, ambe tidak berani untuk berkata apa-apa kerana ambe bukanlah ulama yang boleh mengeluarkan fatwa. Jadi, kini terletak pada tangan dan iman kita untuk menilai cerita ini. Jika, hati ini rupanya sedikit demi sedikit dipengaruhi oleh pengaruh Kristian, maka tinggalkanlah cerita ini dan bacalah al-Quran yang sempurna dan tiada percanggahan. Akhir kata,


  “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Saturday 9 June 2012

[Dakwah Islamiah]: Projek Deedat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak 

yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan 


(mengembangkan Islam), dan menyuruh 


berbuat segala perkara yang baik, serta 


melarang daripada segala yang salah (buruk 


dan keji). Dan mer



eka yang bersifat demikian ialah orang-orang 


yang berjaya.Ali Imran-104

Bersempena dengan penggal kedua tahun 2012 ini, maka ambe merancang sebuah projek yang dinamakan "Projek Deedat" sebgai satu modul tindakan untuk perkembangan dakwah di AKSB. Memandangkan, rakan-rakan di AKSB sudah menjamin kepada ambe, bahawa mereka tidak memerlukan ambe lagi, jadi ambe boleh fokus kepada perkembangan dakwah di sana..

Ringkasnya, gerakan modul untuk kali ini dinamakan sebagai "Projek Deedat" sebagai satu usaha untuk meneruskan legasi perjuangan Ahmed Deedat , seorang pendakwah yang amat hebat, mengembara di dunia untuk membuktikan bahawa agama Kristian adalah agama yang tidak benar dan agama inilah yang benar.


Malangnya, beliau sudah meninggal pada tahun 2005, dan ikon perbandingan agama di dunia Islam kini ialah Dr Zakir Naik. Tetapi, di negara ini peluru dakyah Kristian amat bertalu-talu, di mana melalui Laporan HIMPUN yang ambe baca, permohononan untuk murtad di negeri Selangor amat tinggi. Ditambah lagi dengan konsep palsu Kristian yang bertemakan love dan brotherhood, umat Islam kini berada dalam bahaya. Kemunculan gerakan riddah yang giat menyebarkan propaganda untuk memurtadkan orang Islam seperti Benjamin Stephen. Maka, gerakan Deedat ini diharapnya dapat membantu sedikit sebanyak dalam menangkis deruan dakyah dalam kalangan pelajar.


Indikator dalam "Projek Deedat" yang lain ialah,




  • Memberi pencerahan tentang Thariqah Islamiah yang hakiki dan sahih. Ini termasuk dalam menangkis penyebaran hadis palsu dalam kalangan umat Islam, antaranya ialah Hadith Rejab Bulan Allah. Cara untuk menangkis ialah beri sedikit penerangan berkenaan disiplin hadith (Mustalah al-Hadith) dan menyeru kepada orang ramai untuk berhenti menyebarkan hadith yang tidak diketahui statusnya. 
  • Menggunakan bahan cetak dan alat multimedia. Alhamdulillah, simpanan duit ambe membolehkan ambe untuk membeli sebuah thumbdrive dan alat tersebut digunakan untuk menyimpan video-video kuliah agama seperti Ustaz Azhar Idrus dan yang lain. Alat multimedia seperti video lebih berkesan dan menarik minat orang ramai. Modul yang dicetak pada kali ini ialah "Perisai Menentang Makhluk Halus" oleh Ustaz Abdul Majid Hassan (berguna untuk situasi tertentu), "Kompilasi Hujah Menentang Dakyah Kristian" dan "Combat Kit: Persediaan Menghadapi Mubaligh Kristian" oleh Ahmed Deedat.
  • Menangkis dan memberi penerangan tentang dakyah Kristian. Buku seperti "The Choice" karangan Ahmed Deedat akan digunakan untuk mendedahkan kebejatan dan kepincangan asas agama Kristian justeru dapat meneguhkan kepercayaan dan ketetapan hati dalam agama ini.
  • Membawa bahan bacaan yang berguna. Pada kali ini, ambe mengambil risiko untuk membawa lebih banyak bahan bacaan. Mengapa berisiko? Ambe pernah bawa beberapa buku, namun hanya beberapa sahaja yang dapat dijejaki lokasi ia berada. Insya-Allah, ambe membawa beberapa buku dalma bidang Hadith, Sejarah dan Tasawuf untuk bacaan.
  • Menelaah kembali buku-buku. Manusia diciptakan pelupa, maka ambe akan berusaha untuk membaca kembali buku-buku untuk menyematkan lagi maklumat terkandung dalam buku-buku tersebut. Di samping itu, ada beberapa buku baru yang belum dihabiskan antaranya "Hakikat Kehidupan Duniawi" karangan Harun Yahya dan "Insan Kamil" oleh Abdul Karim al-Jili (diberi oleh Syeikh Ali Bashah).
Jadi, di samping belajar di SAMURA, ambe ingin menyumbangkan barang sedikit dalam perkembangan dakwah Islamiah. 

"Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan Hati, tetapkanlah hati kami dalam agamamu dan dalam mentaati dan menjalan suruhan agamamu. Amin"

Tuesday 5 June 2012

[Sedutan Buku]: Teori Konspirasi: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Penulis misteri, Ibnuyaacob sudah menerbitkan bukunya yang kedua!! Bertajuk Teori Konspirasi: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal. Apa yang membedakan sang penulis buku ini berbanding dengan penulis teori konspirasi yang lain?Bezanya, beliau mengemukakan hadith dan syarah oleh ulama-ulama tanpa memberi pendapatnya sendiri dalam menyijing teorinya. Ertinya, dia hanya menggunakan bukti yang ada dan membentuk jalan yang lebih jelas dalam dunia gelap Rothschild. Amat mengagumkan, ambe menjangka penulis ini mesti seorang yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi di samping pengetahuan mendalamnya berkenaan teori konspirasi.


BUKU INI IALAH BUKU KEDUA?



Ya, buku ini merupakan buku kedua tulisan ibnuyaacob, buku pertama beliau diberi tajuk Rahsia Simbol Yahudi dan amat laris di pasaran. Di samping dilengkapi dengan grafik yang menarik, beliau menggunakan pendekatan secara Islamik dalam menerangkan teori konspirasi ini. BUku keuda beliau kini berjudul Teori Konspirasi: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal.

APAKAH SIGNIFIKAN BUKU INI?

Ambe ingat lagi, kali pertama ambe memberikan tazkirah kepada kumpulan kecil yang pertama ialah berkenaan dengan ini. Dan lama kelamaan, orang ramai meminati topik ini dan perbincangan secara  visual telah dijalankan. Tetapi, tahun lepas, seorang guru ambe mengkritiki kebiasaan ambe membentangkan teori ini, mungkin padanya topik ini tidak berguna dan tidak penting.



Tapi, ambe percaya, ini juga ialah ilmu Allah dan juga termasuk dalam ilmu yang menimbulkan rasa takut pada hari kiamat, Dalam Islam, banyak ayat al-Quran dan hadith yang banyak menggambarkan peristiwa menjelang kiamat. Bagi,, orang lain, sesetengah ayat dan hadith ini kelihatan mengarut dan tidak releven. Tetapi, apabila teori ini diperkembangkan dan terbukti satu persatu hadith dan ayat Quran menjadi kenyataan. Maka, orang islam akan bertambah mantap dan yakin imannya apabila melihat semua yang diturunkan dan dijadikan pegangan dalam Islam benar belaka,


Sahabat dan mentor ambe, Faiz Salimi menambah hujah. Katanya, apabila kita mnelaah bahan sebegini, maka kita akan menyedari betapa perlunya kehidupan beragama. Jutaan manusia di luar sana telah diperalatkan Iblis dan Dajjal dan terpaksa menjadi hamba abdi mereka. Maka, tersingkirlah mereka dari golongan orang yang beriman.


APAKAH ISI BUKU INI?

Berbanding dengan buku sebelumnya, penulis menfokuskan peranan keluarga Rothschild dalam menguasai dunia. Dari sebuah keluarga Yahudi yang miskin, kini boleh dikatakan seluruh bank dan negara berada dalam pegangan mereka. Bagaimanakah mereka menguasai dunia?Sila bawa RM25.00 ke kedai buku yang terdekat..:D

BONUS:


Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang memasang niat nak pergi kedai buku, cubalah untuk membawa buku lebih, untuk beli buku Fardhu Ain. Kitab-kitab seperti al-Azkar, Bulughul Maram dan Buku soal Jawab Ustaz Azhar Idrus boleh membantu dalam pengukuhan fardhu ain anda.


Dan, jangan lupa untuk membeli Majalah al-Ustaz. Ambe dah baca, isinya amat mantap, dan ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru yang terkenal menjadi panel penulisnya. Jangan terlepas!! Sekian, wassalam..


*p.s: Remaja zaman kini amat memerlukan bacaan yang memberi manfaat. Bahan bacaan picisan yang lagha seperti majalah gosip dan artis hanya merentungkan duit anda. Ingat, anda akan dipertanggungjawabkan atas tiap ringgit yang dibelanjakan di Hari  Kiamat Nanti..

Monday 4 June 2012

[Sedutan Filem]: Gladiator



Bismillahirrahmanirrahim..


Ambe sebenarnya bukanlah kaki wayang, jauh sekali meminati plot-plot cerekarama yang klise, tapi ambe cenderung melihat cerita yang berkisarka sejarah, perang dan biografi tokoh-tokoh terdahulu. Kebiasannya, filem begini pandai bermain dengan emosi para penonton, ada yang membuatkan kami begitu bersemangat dan ada juga babak yang membuatkan menangis.


Antara filem yang memiliki genre menarik ini ialah The Message, Lion of The Dessert, Robin Hood, King Arthur, Kingdom of Heaven dan Gladiator.


Hari ini, ambe ingin memfokuskan berkenaan cerita Gladiator. Dari kecil, ambe meminati cerita ini kerana mempunyai elemen-elemen yang jarang didapati dalam filem tempatan. Antaranya, ciri kepahlawanan (pahlawan mereka berjuang untuk Rom, bukan kerana balas dendam, klise filem tempatan), kesetiaan (kesetiaan pahlawan kepada negara, bukan cerita curang, kahwin tiga, klise filem tempatan) dan banyak lagi.


Ini serba sedikit berkenaan cerita tersebut:


SIPNOSIS: 


Pada tahun 180 AD, General Maximus Decimus Meridius (Russell Crowe) mengetuai tentera Rome dalam pertempuran penting menentang puak Germania di Vindibona, justeru menamatkan perag yang belarutan begitu lama di sempadan Rome dan beliau memperoleh penghormatan dari Maharaja Marcus Aurelius (Richard Harris). Walaupun sang Maharaja mempunyai seorang anak, Commodus (Joaquin Phoenix), Maharaja yang nazak itu berhajat utuk mengurniakan kuasa sementara kepada Maximus, berharap agar kuasa pemerintahan akan diberikan kepada Senat Rom. Apabila ayahnya memberitahu kepurtusan muktamad itu, Commodus yang sememangnya menyimpankan rasa dengki terhadap Maximus membunuh ayahnya dengan cara melemaskannya dan mewarisi takhta itu.

Maximus menyedari kebenaran di sebalik kematian Marcus, tapi telah dikhianati oleh rakannya, General Quintus (Tomas arana), yang mengarahkan askar elit Praetoria untuk melaksanakan arahan Commodus untuk membunuh Maximus dan isterinya (Giannina Facio) dan anaknya (Giorgio Cantarini). Maximus berjaya terlepas, dan bergegas ke rumahnya tapi malangnya dia lambat untuk selamatkan keluarganya yang dibunuhdengan kejam. Maximus yang tidak sedarkan diri akibat kecederaan telah dibawa oleh penjual hamba dan dibawa ke Zucchabar, sebuah kota Rom di Afrika Utara. Di sana, dia dibeli oleh Proximo (Oliver Reed), dan dipaksa untuk berlawan sebagai seorang Gladiator di arena. Waktu ini, dia berkawan dengan rakan Gladiator, Juba (Djimon Hounsou) dan Hagen (Ralf Moeller).

Maximus terbukti seorang Gladiator yang bagus, dia ditakuti di arena. Dia akhirnya telah diberi peluang untuk berlawan di Colosseum. Dia berlawan sambil memakai sebuah topeng, dan berjaya memipin kumpulan Gladiatornya melawan pasukan chariot dan pemanah, justeru mendapatkan sokongan penonton.Dia dipaksa untuk mededahkan identitinya apabila didesak Commodus, dan terlepas dari hukuman apabila Commodus terpaksa mematuhi kehendak penonton yang mahukan dia hidup. Seterusnya, dia dicabar untuk melawan seorang pahlawan yang digentari, di samping terpaksa menyelamatkan nyawa dari diterkam beberapa ekor harimau, tetapi apabila Maximus berjaya mengalahkan Tigris, dia enggan untuk membunuh lawannya. Dia digelur "Maximus yang Belas Kasihan" justeru meningkatkan popularitinya dan memeningkan Commodus.

Selepas perlawanan itu, Maximus diberitahu oleh bekas hambanya, Cicero (Tommy Flanagan) bahawa tenteranya masih setia kepada Maximus. Maximus kemudiannya berpakat dengan kakak Commodus, Lucilla (Connie Nelson) dan Senator Gracchus (Derek Jacobi) utuk meumbangkan Commodus secara paksa. Walau bagaimanapun, Commodus megesyaki pengkhianatan kakaknya dan mengugut kakanya. Semasa cubaan Maximus untuk lari, pengawal Commodus menyerang berek gladiator Proximo, dan membunuh Proximo dan Hagen. Juba dan mereka yang terselamat dipenjarakan, tapi Maximus gagal dalam cubannya dan gagal menyelamatkan Cicero yang dibunuh.


Terdesak untuk menyingkirkan Maximus dan membuktikan kehebatannya sebagai Maharaja, Commodus mengarahkan perlawanan antara beliau dan maximus. Tanpa diketahui umum, Commodus menikam Maximus dengan pisau agar beliau memperoleh kelebihan mengatasi lawannya. Semasa perlawanan, maximus berjaya menyigkirkan senjata lawannya dan Quintus tidak mengendahkan arahan Commodus yang meninginkan sebilah pedang. kemudian, sebagai usaha terdesak, Commodus mengeluarkan pisau, tetapi Maximus menikam pisau itu di tekak Commodus dan membunuh Maharaja muda itu.


Dalam kata-kata terakhirnya, Maximus melaksanakan hajat Marcus Aurelius, mengarahkan Gracchus yang ditangkap untuk dibebaskan, rakan-rakan hambanya dibebaskan dan kuasa dikembalikan kepada Senat. Dalam babak yang menyayat hati, menunjukkan maximus telah "pulang" dan bersatu dengan keluarga yang dirinduinya di alam sana. Dalam babak terakhir pula, rakannya Juba menanam dua patung Maximus yang terukir tubuh anak dan isterinya di tanah Maximus mati, dan berjanji kepada sahabatnya untuk berjumpa di alam sana.

PENCAPAIAN FILEM INI: Filem ini memperoleh kutipan sebanyak US$ 34.83 juta dalam minggu pembukaan tayangannya di 2983 panggung wayang US. Dalam tempoh dua miggu, filem ini melepasi bajet filem sebanyak US$ 103 juta. Filem ini terus menjadi salah satu filem yang menjadi filem yang paling banyak kutipan dalam tahun 2000 dengan kutipan box office sedunia sebanyak US$ 457,640,427.


IMPAK KENDIRI:   Semasa menonton filem ini, rasa marah, bersemagat dan sedih bercampur gaul dalam diri ambe dengan sempurna. Babak pertempuran yang menakjubkan, tampak sungguh nyata dan menarik minta ambe sebagai peminat filem perang. Babak pertarungan amat terperinci dilengkapi dengan gerakan yang menarik dan banyak darah juga..:D..


 Plot ceritanya yang tersusun rapi, tidak berbelit dan sampai segala mesejnya.Filem ini menonjolkan nilai kasih sayang, di mana walaupun Commodus tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya, Marcus tetap menasihatinya dan memeluk Commodus, tapi malangnya dibunuh oleh Commodus. Filem ini juga mengajar berkenaan kesetiaan. Walaupun Maximus merupakan general terhebat Rom ketika itu, tapi dia tetap ingat akan tarikh pemergiannya dari rumahnya. Apabila ditanya oleh Marcus Aurelius, tentang berapa hari pergiannya dari rumah, Maximus menjawab," 2 years, 264 days and this morning..". Filem ini juga mnegajar tentang keadilan, Maximus mengorbankan nyawanya demi rakyat Rom dan menunaikan amanat Marcus Aurelius.


Tuntasnya, filem ini banyak memberi kesan kepada diri saya, terutamanya babak kematian Rom. Babak kematian merupakan babak utama yang saya ingin tonton, kerana melihat babak itu menimbulkan rasa cemburu dalam hati ambe. Alangkah nikmatnya beliau mati dibunuh kerana mempertahankan prinsip, idealogi dan agamanya? Maka, dalam babak inilah, ambe menitiskan air mata. Pelik bukan? Manusia cenderung untuk menangis dalam babak sedih (cinta kebanyakannya), tapi bagi ambe babak kematianlah yang utama kerana hati ini membuak-buak rasanya untuk menjadi seperti itu. Kematian yang indah. Sama juga apabila melihat Hamzah dibunuh dalam filem The Message dan Sidi Umar Mukhtar digantung dalam The Lion of The Desert, semua babak ini menyentuh hati ambe.


Ambe BENCI untuk belajar dari orang kafir, kerana agama Islamlah yang terbaik, tapi tak dapat dinafikan, seteruk manapun mereka, mereka tetap menghargai tokoh-tokoh mereka. Mereka tahu pembikinan filem sebegini memastikan legasi pahlawan tersebut diabadikan dalam diri penonton, dan mempunyai semangat baru dalam kehidupan. Tidak kisahlah sama ada pengarahnya membikin filem ini atas dasar duit, filem ini tetap memberikan impak besar dalam diri penonton.


Dalam Islam, ada banyak kisah yang menarik dan menyayt hati yang dapat mengubah diri seseorang. Susah untuk membuat filem disebabkan beberapa larangan? Filem The Message memaparkan sirah Rasulullah dari permulaan sehinggalah Perjanjian Hudaibiyah, mereka tidak mengalami masalah dalam pembikinan tersebut. Gambar Rasulullah serta sahabat utama disembunyikan, plot filem terbaik, dan pelakon filem tersebut ialah bukan Islam.


Maka, apa salahnya untuk kita menghasilkan filem-filem berkenaan sejarah kita. Kita mempunyai sejarah yang gemilang, lihatlah Sultan Muhammad al-Fateh. Masyarakat, malahan orang Islam sendiri tidak tahu apakah jasa beliau, sedangkan beliau yang menakluk pusat dunia ketika berumur 21 tahun? Daripada menyajikan filem-filem sosial (mereka tetap melaug-laungkan filem itu untuk menyedarkan masyarakat, tapi babak negatif lebih lekat dari bab insaf, lihatlah berapa banyak frasa-frasa kotor yang diambli pemuda dalam filem-filem ini) hakikatnya filem ini hanya mengeruhkan suasana. Jikalau tidak dapat menjadi penawar, jangan jadi penyakit.


Jadi, saya menyeru, agar kita lebih menghargai legasi Nabawi dan tokoh-tokoh kita, berdasarkan firman Allah,



"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."- Surah Yusuf, 111

 Sekian wassalam,



FAKTA: Semasa menonton filem ini, ambe sebenarnya memegang stopwatch. Bila ada babak wanita dan lelaki yang tak menutup aurat, ambe mulakan pengiraan. Yang memeranjatkan, babak tersebut hanyalah sebanyak 26 minit 51 saat atau 22 peratus. Filem kita?


BONUS:



 
 TRAILER GLADIATOR




Sunday 3 June 2012

[Isu]: Status Hadith Bulan Rejab


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Allahurobbi, sudah seminggu cuti dihabiskan. Tinggal lagi seminggu dan perjuangan akan diteruskan. Ambe pun dah mula tidak selesa di rumah, jadi harapnya Allah melanjutkan umur untuk ke sekolah..:D


Jadi, para pembaca yang dikasihi, sebelum kita ke perbincangan utama, moleklah untuk kita mengetahui serba sedikit tentang status hadith. Ringkasnya, hadith itu membawa definisi,



"Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perbuatan, percakapan, pengakuan dan sifat-sifat beliau sama ada sifat fizikal mahupun peribadi"- Abdul Razak Mutalib, 40 Hadith Palsu Popular

 Hadith pula terbahagi kepada dua, hadith maqbul iaitu hadith yang diterima  dan hadith mardud iaitu hadith yang ditolak.


Hadith Maqbul;



  • Hadith Sahih (hadith sahih lizatihi, hadith sahih lighairihi)
  •  
  • Hadis Hasan (hadith hasan lizatihi, hadith hasan lighairihi)
  •  
Jadi, hadith maqbul ini ialah hadith yang diterima di sisi sarjana hadith.

Hadith Daif dan Hadith Maudhu' pula tergolong dalam hadith mardud iaitu ditolak. Majoriti sarjana hadith membolehkan untuk hadith daif disampaikan asalkan tidak bersangkut paut dengan akidah, hukum halal haram, atau hukum-hukum syariat. Dan juga disepakati ooleh ulama seperti Sufyan at-Thauri, Abdullah bin Mubarak, Ahmad bin Hanbal. Kenyataan para ahli hadith ini boleh dilihat di al--Kifayah fi 'Ulum al-Riwayat karangan Khatib al-Baghdadi.


Hadith Maudhu' pula ialah hadith palsu yang direka oleh seseorang kemudian dikatakan bahawa ia adalah daripada Rasulullah. Maka, hukum menyampaikan hadith palsu ialah haram sebagaimana sabda Rasulullah,



"Jangan kamu semua berdusta atasku, Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia akan masuk neraka"- Bukhari dan Muslim

Hadith Rejab Bulan Allah


HADITHNYA: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'aban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku"


ULASAN SARJANA: 



  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam buku al-Manar al-Munif menyatakan hadith ini ialah palsu dan direka oleh Ibnu Jadham. 
  •  
  • Menurut az-Zahabi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jadham ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdham al-Zahid. Meninggal dunia pada tahun 414 H. Beliau ialah seorang guru sufi di Mekah. Beliau juga sudah dituduh membuat hadith palsu mengenai solat al-Raghaib( solat pada malam hari Jumaat pertama bulan Rejab).
  •  
  • Hadith ini juga disebut oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at," Hadith ini adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah."
  •  
  • as-Syaukani juga menyebut dalam Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-Maudhu'at," Hadith ini ialah maudhu' dan pelapornya adalah tidak dikenali dan solat Raghaib yang mahsyur ini sudah disepakati ulama sebagai maudhu"
  •  
 Jadi, para rakan-rakan, kita sudah mendengar ulasan dari sarjana yang muktabar, maka janganlah menyebarkan hadith ini lagi..Jadi, sekian sahaja, wassalam...

BONUS:



Tuesday 29 May 2012

Bismilllahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Demi Allah, urusan dakwah ini sesuatu yang sangat berat, perlu ditempuhi dengan bijak serta dilengkapi dengan strategi yang jitu. Untuk urusan dakwah ini, perlu ada sang daie dan juga golongan sasaran. Sebelum itu, mungkin sesetengah dari kalian tertanya-tanya mengapa kita harus bersusah payah berdakwah, ke hulu ke hilir serta memenatkan badan? Sesungguhnya jikalaulah Allah tidak mengeluarkan perintah dakwah, maka aku lebih sengan untuk memerapkan diriku di dalam kutubkhanahku dan meneroka ilmu pengetahuan yang Allah anugerahkan pada umat manusia. Tetapi, Allah sudah keluarkan arahan berjihad, jadi Dia selaku Rabb, perintahNya wajib dilaksanakan..

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. - Ali Imraan, 104

Di hidup ini, lebih mudah untuk membina perahu yang cukup untuk membawa diri kita mengharungi badai kehidupan. Tapi, Islam itu sendiri satu rahmat buat seluruh alam dan sartu sistem yang menyeluruh dan dijamin membawa keamanan sejagat, maka menjadi kewajiban untuk kita semua membina sebuah kapal yang besar dan berusaha menarik manusia ke dalam bahtera itu dan berlayar menuju destinasi hakiki. Ketahuilah, hanya satu bahtera yang akan sampai ke matlamatnya, selaras dengan firmanNya,
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Ali-Imran,19 
Maka, jelaslah bahawa wajib ke atas semua insan muslim yang memenuhi syarat-syaratnya untuk berdakwah. Berdakwah merangkumi segenap pancaindera, bukan sahaja dengan mulut kerana betapa ramai yang masuk Islam semasa zaman nabi dengan hanya melihat akhlak Rasul dan para sahabat. Adapun, dengan mulut, maka disyaratkan kepada para daie untuk memilik ilmu Qurani dan Hadis, agar boleh menjawab segala pertanyaan. Nada yang digunakan haruslah lunak dan tidak digalakkan menggunakan intonasi yang kasar kerana sifat agama ini menyukakan kelembutan.

Adapun dengan pancaindera lain, maka ini mewakili bahagian yang lebih besar dari berdakwah secara lisan. Ramai manusia menggemari dakwah secara lisan tetapi gagal kerana akhlak dan perbuaran mereka tak selaras dengan perkataan yang diucapkan. Perbuatan lebih memainkan peranan yang besar, ini jelas dalam beberapa hadith dan kisah yang sohih.

Dalam zaman penuh kekacauan ini, para daie menghadapi tribulasi yang amat berat kerana terdapat dua tugas, iaitu mengIslamkan orang yang bukan Islam dan menIslamkan kembali orang yang Islam. Sebenarnya, non-Muslim lebih senang untuk memeluk Islam kerana Islam menjawab segala persoalan mereka dan mereka pun sentiasa tercari-cari kebenaran dan membandingkannya. Berbanding dengan orang Islam, mereka terlampau selesa dan mencari jalan lain selain dari Islam.

Perumpaannya, orang Islam kini tinggal dalam surau yang terang-benderang, Mereka sudah terbiasa dengan sinaran ini dan tidak lagi menganggap ia sesuatu yang istimewa. Malahan, mereka sentiasa tertanya-tanya apakah yang berada di luar sana, Orang kafir pula, mereka tercari-cari dalam kegelapan, mereka bosan dengan kehidupan mereka dan apabila mereka menjumpai sinar Islam itu, mereka berasa amat bersyukur dan tidak sesekali mahu melepaskannya.

Aku tidak dapat menafikan bahawa beberapa kali aku putus asa dalam usaha ini. Aku kekurangan daie dari pihak lelaki, sebaliknya terdapat kebanjiran Muslimah yang berminat untuk menggerakkan usaha dakwah ini. Hal ini disebabkan kerana kebanyakan pendakwah menggunakan kisah yang meruntun jiwa dan menyedihkan yang tampaknya menyentuh hati wanita-wanita berbanding lelaki. Aku juga menggunakan cara yang sama dan membuktikan hipotesis ini. Untuk menarik kaum lelaki, aku masih buntu kerana mereka masih lemas dalam ego mereka.

Bukannya aku tidak menghargai penglibatan wanita, tetapi aku amat terdesak dalam mencari para pemimpin dari kalangan lelaki. Aku masih tidak dapat menemui resepi yang tepat untuk menarik mereka, dan ini membantutkan usaha mereka. Klu yang aku dapat rumuskan ialah mereka gemarkan gerak dakwah yang tidak formal dan tidak memerlukan usaha yang banyak, ringkasnya mereka berasa MALAS. Itulah kenyataannya. Aku dapat merasakan sesuatu kuasa yang amat hebat jika tenaga lelaki ini dapat dipacu dengan bijaknya, tetapi malangnya ini  memerlukan masa.

Aku berdepan dengan golongan yang umpama biskut. Sekejap taat, sekejap ingkar. Aku mengalami kesusahan berdepan dengan golongan ini di samping berusaha memastikan diriku berada dalam jalan yang sebenar.

Aku juga berdepan dengan golongan wanita yang amat teguh pendiriannya dengan liberasasi wanita. Nampaknya, mereka sudah disuntik dengan begitu baik dengan rcun pemodenan. Mereka hanya mengetahui Islam pada permukaannya, umpamanya aurat. Mereka rasa aurat itu hanyalah menututp kepala dengan cebisan kain, maka mereka membuka anggota yang lain.

Sampai di sini sahaja analisa ku...Aku berharap jika aku kalah, maka ada yang meneruskan legasi in...Wassalam