Kepada Diari yang dikasihi,

Kepada Diari,
Agaknya mulutku terlalu lancang berbicara dihadapan. Ramai manusia telah bangkit menentangku. Apakah salahku? Aku menyampaikan seruan Islam, tetapi mengapa aku ditentang? Kadang-kala kesabaranku tercabar, hingga berhamburan kata-kata keras. Ini episod gelap dalm hidupku. Aku menjadi stres, dan masalah ini mengambil kewarasanku. Aku menjadi seorang yang cepat pelupa dan cepat sedih. Ini adalah akibat daripada stres yang melampau. Ramai orang mencadangkan kepadaku untuk berhenti. Tetapi, aku terfikir,"Takkanlah ini pengakhirannya? Bukankah Allah menjanjikan kemenangan Islam?". Maka, aku meneruskan perjuanganku. Haha..walaupun aku seorang lelaki, tetapi kadang-kala cubaan ini membuatkan aku terduduk.
Kepada Diari,

Haha,, program yang terbaik adalah "Bermalam di Barzakh". Program ini adalah kad terakhir kami untuk mengubah asrama ini. Tetapi, Alhamdulillah kami mendapat kerjasama yang baik dari abang2 Form 5..Terima Kasih!! Moga Allah merahmati anda...
Kepada Diari,
Perkataan yang paling indah dan pemandangan yang paling indah. Aku mendengar dan melihat perubahan mereka. Alhamdulillah, ya Allah!! Kau telah menjawab doaku....Aku sudah nampak perubahan sesetengah dari mereka...Alhamdulillah, aku tidak pernah lupa berdoa untuk mereka yang sudah berubah ini..Semoga doaku dijawab Allah, dan meneguhkan lagi iman mereka...Aku tidak dapat menipu, bahwa masih ada yang berkeras hati. Apakan daya, pintu hidayah tidak akan terbuka jikalau kita tidak membukanya. Kami boleh berusaha segigih manapun, tapi jikalau mereka tidak mahu, maka kekallah mereka dalam keadaan itu. Apabila mereka tidak inginkan kerahmatan Allah, maka Allah pun semakin jauh dari mereka. Nauzubillah..Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kami semua...Keadaan makin surut, alhamdulillah..
Kepada Diari,

Antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah program tazkirah. Aku fikir ini adalah peluang keemasan untuk aku melebarkan medan dakwahku. Waktu hendak memberi tazkirah, amat gementar..Tapi, Alhamdulillah, diberi kemudahan oleh Allah untuk menyampaikan tazkirah tersebut. Ini bukanlah kemenangan buatku, sebaliknya kemenangan buat Islam..ALLAHUAKBAR!!!
Kepada Diari,
Sudah tamat bulan Ramadhan. Sayu rasanya meninggalkan bulan Ramadhan. Perancangan masa depan tidak ku rancang lagi. Aku harapkan apabila tamat cuti, segala-galanya menjadi lebih baik. Aku harap semua warga SBS mengekalkan pemakaian tudung dan tidak lagi Islam hanya pada bulan Ramadhan...Waktu PMR makin dekat, maka aku tidak akan melibatkan diri sangat...Walaupun kedengaran seperti mementingkan diri, tetapi aku harus memikirkan tentang diriku juga..Lagipun, ramai lagi yang berkebolehan di asrama, cuma mereka malu-malu kucing saja...
Kepada Diari,

*p.s: Insya-Allah..segala-galanya akan bertukar lebih baik..Aku sentiasa doakan yang terbaik buat semua..aku harapkan mereka akan terus istiqamah walaupun aku akan pergi...
No comments:
Post a Comment