Sunday, 11 March 2012

[Getaran Jiwa]: Tombo Hati



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Biasalah, cuti-cuti ini pastinya mengundang kebosanan maksima. Ditambah lagi dengan kerja ruma yang menimbun (untuk kebaikan kita juga) dan masalah peribadi yang menyesakkan, pastinya ramai remaja mencari jalan alternatif untuk menghilangkan rasa sesak yang menyesakkan dada mereka. Bagi yang bijak, dia akan keluar dari rumahnya dan menuju ke masjid-masjid dan mengadu kepada Tuhannya. Ini ialah satu fenomena yang makin menaik dalam Malaysia, di mana kesedaran dan penghayatan Islamik itu makin disedari oleh pemuda-pemudi Malaysia. Alhamdulillah.


Malang pula bagi para remaja yang mebcaru jalan keluar dengan menyertai kutu-kutu rayau berpeleseran di mercu-mercu tanda negara. Lebih malang dan celaka lagi, mereka bertebaran di hotel-hotel murah dan terjatuh dalam lembah hina....Alangkah ruginya..:(


Manusia itu ada banyak gaya dan jenis, dibahagikan kepada jenis VISUAl, AUDITORI, KINESTETIK dan AUDITORI DIGITAL. Tiap-tiap jenis memiliki personaliti tersendiri dan cara untuk melepaskan stres dengan sendiri. Kenali diri anda agar senang mencari ubat bagi bisa jiwa. Mereka yang berjiwa visual suka dan gemar pada visual (video,wayang,filem) yang menarik minat mereka, pancarona dan ilustratif. bagi jenis ini,mereka senang terpukau dengan menonton video-video Islamik yang memaparkan gambar keindahan alam dan juga fokus kepada penglihatan. Untuk yang jenis visual, keraplah keluar ke alam, menghayati penciptaan Allah, seringkan menghadiri kuliah ilmu dan anda akan senang berdamping dan melihat wajah ulama dan ustaz-ustaz.


Untuk yang berjiwa auditori, mereka lebih mendengar dari melihat. Mereka menggunakan pancaindera telinga untuk mencari keseronokan dan penghayatan-muzik. Jenis visual ini sering meredakan stres dengan mendengar muzik-mnuzik picisan yang lagha, tapi ketahuilah bahawa muzik nasyidlah yang bermanfaat. Janganlah fikir muzik nasyid itu kolot, bukalah mata bahawa kini irama nasyid makin globalistik dan universal dan iramanya diterima seantero dunia. Alunan nasyid Raihan, contohnya menggerakkan ramai kalbu-kalbu insan untuk memeluk Islam. Jadi, hiasi diri anda dengan mendengar bacaan Qari, Nasyid Islami dan Ceramah Ustaz-ustaz yang menarik hati.


Entri kali ini berfokus kepada sebuah lagu. Terdapat satu lagu yang menarik dan menyentuh hati ambe di Youtube. Pada permulaan lagunya, suara mersik dan lirih penyanyinya menyentap jiwa ambe, seolah-olah sudah ku dengari lagu ini sebelumnya...Maka, perasaan ini makin membuak-buak untuk mendengarnya, kemudia rupanya lirik lagunya dalam Bahasa Jawa. Menambah lagi minatku untuk mendengarnya, sambil cuba meneka maknanya....Kemudian, pada suku terakhir lagu tersebut, barulah terdapat maknanya dalam Bahasa Melayu. Rupanya, lagu ini berkenaan dengan Tombo Hati, iaitu Ubat Hati...





Ini ialah ekstrak dari lagunya..


Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi
Cuba nyanyi perlahan-lahan dan hayati maknanya..Anda akan tersenyum sendirian..Dan akan mengulang-ulang senikatanya berkenaan UBat Hati...
Jadi, moral of the story is amalkanlah Ubat Hati yang disenaraikannya, moga-moga ALLAH mencukupi bagimu..Sekian, wassalam...:DDD

p.s: Kalau ada pengantarabangsaan ke/dari Jawa, mungkin boleh nyanyi lagu ini...:D

No comments:

Post a Comment