Bismillahirrahmanirrahim..
Ambe sebenarnya bukanlah kaki wayang, jauh sekali meminati plot-plot cerekarama yang klise, tapi ambe cenderung melihat cerita yang berkisarka sejarah, perang dan biografi tokoh-tokoh terdahulu. Kebiasannya, filem begini pandai bermain dengan emosi para penonton, ada yang membuatkan kami begitu bersemangat dan ada juga babak yang membuatkan menangis.
Antara filem yang memiliki genre menarik ini ialah The Message, Lion of The Dessert, Robin Hood, King Arthur, Kingdom of Heaven dan Gladiator.
Hari ini, ambe ingin memfokuskan berkenaan cerita Gladiator. Dari kecil, ambe meminati cerita ini kerana mempunyai elemen-elemen yang jarang didapati dalam filem tempatan. Antaranya, ciri kepahlawanan (pahlawan mereka berjuang untuk Rom, bukan kerana balas dendam, klise filem tempatan), kesetiaan (kesetiaan pahlawan kepada negara, bukan cerita curang, kahwin tiga, klise filem tempatan) dan banyak lagi.
Ini serba sedikit berkenaan cerita tersebut:
SIPNOSIS:



Selepas perlawanan itu, Maximus diberitahu oleh bekas hambanya, Cicero (Tommy Flanagan) bahawa tenteranya masih setia kepada Maximus. Maximus kemudiannya berpakat dengan kakak Commodus, Lucilla (Connie Nelson) dan Senator Gracchus (Derek Jacobi) utuk meumbangkan Commodus secara paksa. Walau bagaimanapun, Commodus megesyaki pengkhianatan kakaknya dan mengugut kakanya. Semasa cubaan Maximus untuk lari, pengawal Commodus menyerang berek gladiator Proximo, dan membunuh Proximo dan Hagen. Juba dan mereka yang terselamat dipenjarakan, tapi Maximus gagal dalam cubannya dan gagal menyelamatkan Cicero yang dibunuh.
Terdesak untuk menyingkirkan Maximus dan membuktikan kehebatannya sebagai Maharaja, Commodus mengarahkan perlawanan antara beliau dan maximus. Tanpa diketahui umum, Commodus menikam Maximus dengan pisau agar beliau memperoleh kelebihan mengatasi lawannya. Semasa perlawanan, maximus berjaya menyigkirkan senjata lawannya dan Quintus tidak mengendahkan arahan Commodus yang meninginkan sebilah pedang. kemudian, sebagai usaha terdesak, Commodus mengeluarkan pisau, tetapi Maximus menikam pisau itu di tekak Commodus dan membunuh Maharaja muda itu.

PENCAPAIAN FILEM INI: Filem ini memperoleh kutipan sebanyak US$ 34.83 juta dalam minggu pembukaan tayangannya di 2983 panggung wayang US. Dalam tempoh dua miggu, filem ini melepasi bajet filem sebanyak US$ 103 juta. Filem ini terus menjadi salah satu filem yang menjadi filem yang paling banyak kutipan dalam tahun 2000 dengan kutipan box office sedunia sebanyak US$ 457,640,427.
IMPAK KENDIRI: Semasa menonton filem ini, rasa marah, bersemagat dan sedih bercampur gaul dalam diri ambe dengan sempurna. Babak pertempuran yang menakjubkan, tampak sungguh nyata dan menarik minta ambe sebagai peminat filem perang. Babak pertarungan amat terperinci dilengkapi dengan gerakan yang menarik dan banyak darah juga..:D..
Plot ceritanya yang tersusun rapi, tidak berbelit dan sampai segala mesejnya.Filem ini menonjolkan nilai kasih sayang, di mana walaupun Commodus tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya, Marcus tetap menasihatinya dan memeluk Commodus, tapi malangnya dibunuh oleh Commodus. Filem ini juga mengajar berkenaan kesetiaan. Walaupun Maximus merupakan general terhebat Rom ketika itu, tapi dia tetap ingat akan tarikh pemergiannya dari rumahnya. Apabila ditanya oleh Marcus Aurelius, tentang berapa hari pergiannya dari rumah, Maximus menjawab," 2 years, 264 days and this morning..". Filem ini juga mnegajar tentang keadilan, Maximus mengorbankan nyawanya demi rakyat Rom dan menunaikan amanat Marcus Aurelius.
Tuntasnya, filem ini banyak memberi kesan kepada diri saya, terutamanya babak kematian Rom. Babak kematian merupakan babak utama yang saya ingin tonton, kerana melihat babak itu menimbulkan rasa cemburu dalam hati ambe. Alangkah nikmatnya beliau mati dibunuh kerana mempertahankan prinsip, idealogi dan agamanya? Maka, dalam babak inilah, ambe menitiskan air mata. Pelik bukan? Manusia cenderung untuk menangis dalam babak sedih (cinta kebanyakannya), tapi bagi ambe babak kematianlah yang utama kerana hati ini membuak-buak rasanya untuk menjadi seperti itu. Kematian yang indah. Sama juga apabila melihat Hamzah dibunuh dalam filem The Message dan Sidi Umar Mukhtar digantung dalam The Lion of The Desert, semua babak ini menyentuh hati ambe.
Ambe BENCI untuk belajar dari orang kafir, kerana agama Islamlah yang terbaik, tapi tak dapat dinafikan, seteruk manapun mereka, mereka tetap menghargai tokoh-tokoh mereka. Mereka tahu pembikinan filem sebegini memastikan legasi pahlawan tersebut diabadikan dalam diri penonton, dan mempunyai semangat baru dalam kehidupan. Tidak kisahlah sama ada pengarahnya membikin filem ini atas dasar duit, filem ini tetap memberikan impak besar dalam diri penonton.
Dalam Islam, ada banyak kisah yang menarik dan menyayt hati yang dapat mengubah diri seseorang. Susah untuk membuat filem disebabkan beberapa larangan? Filem The Message memaparkan sirah Rasulullah dari permulaan sehinggalah Perjanjian Hudaibiyah, mereka tidak mengalami masalah dalam pembikinan tersebut. Gambar Rasulullah serta sahabat utama disembunyikan, plot filem terbaik, dan pelakon filem tersebut ialah bukan Islam.
Maka, apa salahnya untuk kita menghasilkan filem-filem berkenaan sejarah kita. Kita mempunyai sejarah yang gemilang, lihatlah Sultan Muhammad al-Fateh. Masyarakat, malahan orang Islam sendiri tidak tahu apakah jasa beliau, sedangkan beliau yang menakluk pusat dunia ketika berumur 21 tahun? Daripada menyajikan filem-filem sosial (mereka tetap melaug-laungkan filem itu untuk menyedarkan masyarakat, tapi babak negatif lebih lekat dari bab insaf, lihatlah berapa banyak frasa-frasa kotor yang diambli pemuda dalam filem-filem ini) hakikatnya filem ini hanya mengeruhkan suasana. Jikalau tidak dapat menjadi penawar, jangan jadi penyakit.
Jadi, saya menyeru, agar kita lebih menghargai legasi Nabawi dan tokoh-tokoh kita, berdasarkan firman Allah,
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."- Surah Yusuf, 111
Sekian wassalam,
FAKTA: Semasa menonton filem ini, ambe sebenarnya memegang stopwatch. Bila ada babak wanita dan lelaki yang tak menutup aurat, ambe mulakan pengiraan. Yang memeranjatkan, babak tersebut hanyalah sebanyak 26 minit 51 saat atau 22 peratus. Filem kita?
BONUS:
TRAILER GLADIATOR
No comments:
Post a Comment