Allahuakbar, Allahuakbar...Alhamdulillah, esok hari kita akan kembali kepada fitrah...Tapi, ada beberapa pesanan yang ingin ambo kongsikan, untuk diri ambo, tentunya..
Amboo faham yang sunat-sunat hari Raya, sudah diketahui oleh umum, maak ambo ingin memfokuskan lensa kepada persalaman aja. Ingat, bukan semua tangan orang yang kita boleh ramas..:)
Untuk lelaki..:)
Untuk Muslimah..:)
Sekali lagi, Islam itu fleksibel. Apabila berdepan dengan masalah...
Situasi..
Sepupu : Eh. Ahmad! Lama tak jumpa. (menghulurkan tangan)
Kita : Aaak...iikkk...uuukkk....
Sepupu : Humphh..Asal duduk KL, boleh cakap Inggeris, dah sombong..Tak nak salam famili..Kfine!!!
Jadi, guane?
Ada caranya. Pertama, kita gunakan cara ini...
Sepupu : Eh, Ahmad!! Lama tak jumpa (hulurkan tangan)
Kita : Bedah, maafkan ambo. Ambo ade wudhu' ni. Belum solat Subuh lagi ini..
(ACHTUNG: Dialog di atas hanya boleh digunakan sewaktu sebelum Subuh. Jangan gunakan pada waktu tengah hari ataupun petang untuk mengelakkan kutukan tahap maksima oleh Persatuan Joyah Kampung. Sesuaikan ikut keadaan)
Kalau..?!
Sepupu : Ala..Cuti ni, kerajaan bagi air lebih..Salamlah, nanti gi amek wudhu semula..
Kita : (ambil langsir raya lalu lapikkan pada tangan) Silakan..

Tapi..??!!
Sepupu : Ala..Ala..Ala..Lawaklah Abang Jem raya-raya ni...Marilah..(berat nanang ni wehhh)
Kita : Aaak..iiikk..uuukk *dalam kekagetan
Maka, menurut Ustaz Irwan, penceramah di Surau Taman Sutera tempoh hari, kita boleh bertaqlid kepada pendapat Mazhab Hanafi yang membolehkan bersalaman jikalau tanpa syahwat.. TETAPI DENGAN BEBERAPA SYARAT.
1. Kita dah mencuba untuk mengelak, menggunakan helah (this is not lyin', ok!!)
2. Selepas bersalaman, kita memohon ampun kepada Allah subhanahu wataala..
Ya, ada tangga dan stepnya, jangan terus skip ke step yag terakhir. Peliharalah agama kita di syawal sebagaimana cermatnya kita mengasuhnya sewaktu Ramadhan..Wassalam, selamat beramal!!!
No comments:
Post a Comment