Alhamdulillah, setelah mengharungi temu duga untuk ke Nippon semalam, masih diberi peluang untuk menatap skrin ini untuk berkongsikan apa yang termampu dikongsi. Masa itu pedang, dan masaku tidak lama lagi. Buat masa sekarang ini, ambo sednag membuat pembacaan ke atas beberapa kitab-kitab seperti Hand of Iblis karangan Omar Zaid yang setebal 900 muka surat dan juga kitab Izharul Haq yang menjadi antara kitab pertama mengubah hidup Syeikh Ahmed Deedat menjadi pembela Islam Nombor Satu Dunia.
Walaupun isu Syiah ini sudah dikambus dengan isu PRK Kajang dan BR1M, tetap juga amb ingin bawakan 20 Dalil Mengapa Akidah ii songsang dan mengarut. Kali ini ambo menggunakan risalah yang dsokong oleh 3 ulama Kedah Darul Aman iaitu Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderuddin bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Kedah Darul Aman, TG Haji Salleh bin Musa, Singa Ahli Sunnah wal Jamaah dan Prof. Madya Dr Abdul Aziz bin Hanafi.
Tidaklah kesemua 20 dalil itu dikemukakan dalam post yang satu ini, semoga Allah berikan peluang kepada ambo untuk menghabiskan huraian kesmua dalil yang dibawa oleh para ulama ini.
Mengapa slot Akidah sehingga kini lebih menekankan fikrah yang bukan ASWJ? Kerana ambo secara peribadi berpendapat bahawa jika kita tidak mengenali musuh kita, maka sama sahaja dengan masuk terus ke dalam perankgap mereka..:)

Dalil 1: al-Quran itu Palsu Menurut Mereka
Syeikh Kulaini, yang dianggap oleh kaum Syiah sebagai seorang pengarang yang hebar dan seorang Muhaddith dan seorang yang thiqah telah bersumpah dengan nama Allah di dalam kitabnya yang mahsyur iaitu al-Kafi bahawa Syiah memiliki Mushaf Fatimah yang tiga kali lebih besar daripada Mushaf Uthman yang diguna pakai hari ini. Dan, beliau juga bersumpah bahawa ayat-ayat Allah di dalam mushaf Fatimah sama sekali tidak seupa dengan al-Quran yang kita pakai pada hari ini walaupun satu huruf..
Rujukan: al-Kafi, Syeikh al-Kulaini, Jilid 1, M/s 239-241, Cetakan Tehran
Dalil 2: Rasulullah itu tidak amanah!!
al-Khomeini, ulama Syiah berkata dalam sebuah kenyataan akhbarnya bahawa Rasulullah tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah!
Rujukan: Ambakat Internasional, London (24/8/1984), Majalah Asia, Lahore Pakistan (23/9/1984)
Dalil 3: Sahabt itu Murtad!!
Syiah menuduh bahawa semua sahabat yang hidup sleepas Baginda itu songsang dan murtad kecuali 4 orang sahaja iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghiffari, dan Salman al-Farisi.
Seyikh Kulaini telah "meriwayatkan" sebuah hadith "sahih" bersumber dari Imam Jaafar al-Shadiq bahawa semua sahabat itu songsang dan murtad..
Rujukan: Ushul Kafi karangan Syeikh Kulaini Jilid 3 M/S 85
Dalil 4: Imam 12 itu tinggi di sisi Allah!!
Imam Khomeini berkata bahawa Imam yang 12 itu kedudukannya lagi tinggi sehinggakan kedudukan Rasulullah lebih rendah daripada mereka. Kata laknatullah ini, "Para Imam sebelum terciptanya alam ini sudah wujud dalam bentuk cahaya mengelilingi Arasy Allah dan menikmati keadaan yang hanya diketahui oleh Allah"
Rujukan: al-Hukumah al-islamiyyah, Buzurg Islami M/S 52
Dalil 5: Laknat ke atas Abu Bakar dan Umar!!
Begitulah yang tercatat dalam Ushul Kafi karangan Kulaini.
Itulah 5 dalil mengapa Syiah ini songsang. Rasanya, 5 bukti ini sudah memadai untuk menolak Syiah. But, believe me, you will be horrified for the another 15 proofs..:)
selalu tengok video youtube sal syiah..rasa takut pun ada dengan diorang ni.
ReplyDeleteyupp..takde ciri-ciri Islam langsung..untuk lebih detail, boleh beli buku Mengapa Saya Keluar dari Syiah oleh al-Musawi..:)
Delete