Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam keadilan di sebalik jerebu dan kabut yang semakin tebal serta meloyakan tekak, peperangan mulut dan senjata di sana sini.
Tujuan ambe menulis post pada kali ini, adalah untuk menampilkan buah fikiran bernas daripada Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qardhawi, seorang ulama' yang tidak asing lagi pada zaman kontemporari ini dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat. Dalam sebuah bab beliau yang menceritakan tentang keutamaan kualiti ke atas kuantiti, beliau ada menyentuh secara ringan tetapi memberi impak yang amat besar kepada ambe, iaitu keutamaan hati budi ke atas tubuh badan.
Ambe orang kerdil, dan dunia ini luas dan besar dan dimonopoli oleh orang yang besar pula. Skala gergasi ini sememangnya meruntunkan semangat ambe untuk terus hidup. Yes, I felt lifeless. Dalam dunia yang penuh materialisme ini, amat susah untuk seorang yang average seperti ambe untuk membina kehidupan bahagia. Itu merupakan sangkaan ambe pada mulanya.
Tetapi, setelah membaca nukilan as-Syeikh, Alhamdulillah mendapat sedikit sebanyak pencerahan.
Bahawa Allah itu sebaik-baik pencipta dan Dia bukanlah Penzalim. Dia menciptakan kelebihan dan kekurangan dalam diri kita, bukan untuk menzalimi kita, sebaliknya untuk kita menggunakan pro dan kontra dalam diri kita untuk mencari erti sebenar kehidupan, dan terutamanya mengenal Dia, Pencinta Abadi.
Analogi yang cukup mudah. Ambe merupakan seorang yang pasif, tapi diangkat menjadi pemimpin. Menjadi seorang pemimpin walaupun kepada seorang yang full package sudah susah, apatah lagi kepada diri ambe. Maka, jelaslah ambe harus bekerja dua kali ganda lebih keras dan lebih sistematik gerak kerjanya kerana kekuatan kepimpinan ambe ibarat berumah di tepi pantai. Maka, inilah apa yang Allah inginkan, untuk mencari jawapan di sebalik kekurangan dalam diri kita. Dengan kekurangan yang Dia berikan, ambo kini mengenal erti bekerja lebih gigih daripada orang lain untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama orang lain.
Baiklah, kata sang Syeikh:
"Kemuliaan seorang insan misalnya, bukanlah diukur mengikut tinggi badan, kekuatan tenaga, badan yang sasa ataupun kerana paras yang rupawan. Hal-hal tersebut hanyalah termasuk ke dalam perkara luaran dan hanyalah pakaian sementara yang akan lekang ditelan zaman. Tetapi hakikat sejati daripada seorang insan adalah akalbudi dan hatinya. Allah S.W.T telah menyifatkan golongan munafikin sebagai;
Maksudnya,"....dan apabila kamu melihat mereka, pasti kamu akan kagum melihat penampilannya" (Surah al-Munafikin,4)Allah ta'ala juga telah menyifatkan kaum 'Ad melalui Nabi Hud dengan firmanNya;
Maksudnya:".....dan Allah telah menambahkan kekuatan tubuh dan badan kamu".( Surah a;-A'raf,69)
Namun dengan kekuatan dan ketangkasan tubuh yang dianugerahkan itu, kaum Ad menjadi bongkak , sombong dan takbur seperti yang dijelaskan dalam al-Quranul Karim;
Maksudnya:".........Adapun kaum 'Ad mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benr dan berkata," Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami?" (Surah Fussilat, 15)Di dalam sebuah hadith, Rasulullah S.A.W menyebutkan,
Maksudnya:" Pada hari Kiamat nanti akan ada seorang lelaki yang bertubuh gagah dan sasa, namun berat timbangannya tidak melebihi sebelah nyamuk di hadapan Allah taala..." ( Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah. Lihat kitab al-Lu'lu wa al-Marjan hadith bilangan 1773)Pada suatu hari, Abdullah ibnu Mas'ud memanjat sebatang pokok untuk satu keperluan, lantas ternampaklah kedua betis kakinya yang kurus kering, Tiba-tiba sebahagian sahabat yang lain mentertawakannya, maka bersabdalah Baginda Rasulullah yang hadir di tempat itu, mafhumnya:
"Apakah kamu mentertawakan keadaan betis kakinya yang kurus kering? Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, timbangan kedua betis itu lebih berat di sisi Allah daripada Gunung Uhud..!" (Hadith sahih daripada Ali bin Abu Talib r.a. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal, Abi Ya'la, al-Tabrani dengan sanad yang lebih sahih dari riwayat Abdullah Ibn Mas'ud sendiri. Lihat kitab Majmu al-Zawaid Juzuk 9)
Maka, ayuh wahai para Abdullah Ibnu Mas'ud generasi kini!
Kita buktikan bahawa, akalbudi itulah aset utama, bukannya ketampanan atau kelebihan fizikal. Dunia pastinya satu hari tidak memerlukan orang yang tampan kerana adanya teknologi yang mereka
kecantikan. Satu hari nanti, dunia tidak memerlukan kekuatan karna ada mesin raksasa yang lebih kuat adidayanya. Tapi, dunia sentiasa memerlukan orang yang celik akal dan mata hatinya, karna ianya terbit dari jiwa yang suci, di mana tiada kepalsuan atau teknologi yang mampu menjananya.
Selamat Membina Akhlak!!:DDDDDDDDDDDD
ALLAH does not look at your face and body rather, but HE looks at your heart.
ReplyDelete