Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Okay, ambo bukan peramal mahupun pesimistik. Namun,jadikan tulisan ini sebagai renungan. Kalau terasa, ambil insiatif untuk berubah dan bukannya mengobarkan api pemusuhan. Adab kita sebagai manusia yang ada fikiran ialah, apabila melakukan kesilapan, kita cari penyelesaian. Dan bukannya menjadi seperti Joyah yang ingin orang yang menegurnya meminta maaf kepada dirinya yang khilaf.
Ambo, selaku penulis tulisang ini, juga tidak terlepas dari silap. Ambo manusia biasa. Ambo tidak minta untuk dihormati, dan memang ramai pun yang menentang ambo dari sejak mula lagi. Tetapi, wahai sahabatku, wahai musuhku, duduklah satu meja untuk berfikir seketika apa yang ambo ingin kongsikan ini. Di sebalik tawamu, di sebalik ke-lagho-anmu, kami mendengar banyak perkara tentang kita.
Antara percaya untuk mencipta sejarah.
Antara percaya untuk mencipta sejarah buruk
Antara mencela dan mengutuk.
Antara memandang negatif dan pesimis.
Namun, masih ada yang memegang harapan.
Nama Pencipta Sejarah itu satu sumpahan. Ya, dalam mana-mana cerita Disney ataupun cerita rakyat, sumpahan itu berbaur negatf tapi mampu untuk dineutralkan sebagai satu kesempatan yang positif.
Batch sebelum kita, diberi nama Penebus Maruah. Itu satu tugas dan beban. Semua orang memandang mereka sebagai satu kumpulan yang akan menaikkan nama SAMURA. Mereka juga memandang itu satu cabaran dan mereka berjaya.
Nama kita Pencipta Sejarah. Tidak ubah seperti menggelarkan seorang tukang masak pelatih dengan gelaran Masterchef. Pendek kata, kita memperoleh gelaran ini tanpa setitik peluh pun tumpah! Ini membuatkan kita selesa, terlampau selesa.
Apakah perasaan kita apabila keputusan SPM diumumkan, dan ianya tidak seperti gelaran kita? Masih adakah air muka untuk datang kembali ke sini? Untuk mereka yang berjuang untuk perut sendiri dan bersikap individualisme, ini semua tidak menjadi masalah kepada mereka. Tapi, hakikatnya, kita sedang membina bangunan untuk ke puncak kejayaan dan ia boleh runtuh dengan kesilapan kecil seorang pembinanya.
The worst is, SAMURA ada 331 pembina bangunan itu dan sekolah ini dinobatkan antara calon SPM 2013 yang paling ramai. The principle is, too many cooks will spoil the broth. Apabila ramai sangat tangan, dan ada yang tidak memberi komitmen penuh (kubur sendiri, mereka kata!), bangunan yang dibina dengan air mata, peluh dan darah ahli-ahli yang lain akan roboh.
Kata mereka, hidup ini untuk suka-suka. Wahai orang yang memiliki akal, adakah dunia ini hanya tempat untuk bermain-main? Mulut yang lancang itu akan tiba satu masa pada zaman mereka, di mana muka mereka akan berkerut dan suram dalam kesedihan, kerana hakikatnya dunia luar sana TIDAK MAMPU memberikan keseronokan, kegembiraan JIKA mereka bersifat acuh tidak acuh. Majikan mana yang ingin mengambil mereka yang telinganya seperti batu, tidak mendengar kata. Tidak ubah seperti keldai, apabila disuruh jalan, tidak ingin. Apabila dicemeti dengan hukuman sebab melanggar peraturan, mereka akan mengamuk dalam kesakitan.
Kata mereka, waktu masih ada dan cukup untuk bertaubat. Katakanlah kepada mereka, adakah Allah itu buta dan bodoh? Adakah Allah ingin menerima taubat "untuk SPM" mereka? Adakah Allah tidak nampak, buta akan kepura-puraan mereka itu? Nasihat saya, contohilah senior kita. Mereka berubah untuk masa depan bukan untuk SPM. Apa yang Batch 30 tidak nampak pada Batch 29, ialah mereka datang kepada ambo dan meminta nasihat. Mereka berceritera akan kisah mereka, dan ambo memberikan jalan penyelesaian. Dan, hasilnya menakjubkan! Berapa ramai daripada mereka kini di negara atas angin ataupu sudah melanjutkan pelajaran dengan jayanya!
Beza mereka dengan kita ialah, mereka menghormati guru dan pemimpin. Sedangkan kita, tidak pernah berhenti untuk memberontak menentang pemimpin. Berapa kali ketua ambo dijadikan bahan fitnah oleh mereka yang menyalak tetapi tidak berani menggigit?
Kata mereka, orang yang lalai juga bole berjaya. Apakah mereka tidak mendengar kisah Firaun, dan Qarun? Firaun itu kaya, dan tidak pernah sakit sepanjang umurnya. Qarun itu kunci gudangnya dibawa oleh sepuluh orang kerana besarnya pembendaharaan dia. Tapi, akhirnya, mereka dimurkai Allah. Firaun ditneggelami air dan Qarun ditelan bumi. Ini namanya Istidraj. Ambo sudah memperoleh cerita tentang beberapa orang yang genius tetapi perangainya ke laut melalui lisan guru dan taulan mereka. Nyata, kehidupan mereka itu dalam paradoks. Duduk di negara atas angin, tetapi terseksa. Senyum di bibir tetapi menangis di jiwa. Menunggu masa untuk direntap syaitan.
Wahai kawanku, maafkanlah kerana baru menegurmu setelah hari hanya berbaki 25 hari, tapi bukankah ku memberikan amaran dari sejak tahun yang lalu?
Kamu berubah dengan begitu pantas, Naqib mahupun Naqibah, Pengawas ataupun yang tidak, sehinggakan aku menggeletar betapa senangnya kau menjual agama. Aku dahulu sesat dan mendaki hidayah dengan begitu payah. Tapi, kamu yang beruntung dilahirkan dalam keluarga sempurna melepaskannya, begitu sahaja?
Aku malu berjumpa dengan Tuhan dalam solatku, kerana aku membawa jemaah yang sikit. Aku takut bertemu Tuhanku dalam tidur kerana betapa ramai rakanku yang umpama kelawar. Aku mahsygul ditatap Tuhanku ketika jaga kerana rakanku bermaksiat. Aku menangis, menegur dan merayu tetapi tiada siapa yang mendengar.
Tercapai ataupun tidak, itu terletak dalam tangan anda.
Ada yang tidak kisah,
Ada yang mahu kahwin awal,
Ada yang mahu bersuka ria,
Ada yang malas berusaha.
Bagaimana pula dengan rakan kita yang,
Berjumpa pengetua, ditempelak,
Berjumpa guru, disinis,
Berjumpa rakan, dicela,
Berjumpa Tuhan, dia malu
Adakah golongan ini meminta bayaran? Atau adakah anda yang lalai yang sebenarnya memohon untuk mereka bayar atas hukuman yang setimpal atas anda?
Ular, kerasukan, ribut.
Allah mengirim ular kepada penduduk neraka,
Allah mengirim jin untuk membinasa manusia,
Dan Allah juga mengirim ribut untu menghukum Aad, Thamud
Apakah ini tidak cukup menjadi petanda untuk diukur??
Perlukah anda untuk terus mencabar dan mencabar sehingga Allah jelmakan dia di sana, dia di situ dan dia di sebelah kamu??
Luar sana, mereka mengesan potensi kita. Aku dan rakan-rakanku mendengar kesemuanya. Kita diibaratkan gergasi yang sedang lena. Ataupun, singa yang sedang mengasah kukunya. Kerana potensi yang sedia ada.
Sekali lagi, ambo mungkin ditempelak setelah anda semua habis membaca entri ini. Dan ada beberapa golongan yang akan menempelak ambo.
Golongan sempurna yang "bebas dari kemunafikan": Dia ni bukanya bagus sangat, nak nilai orang. Hipokrit!!"
Golongan yang "rajin berusaha": Dia ni buta ke? Kitorang dah hadir kelas siang malam, dah kira bersyukur dah?
Golongan "berjimba" : Habis, hidup ini hanya untuk belajar, belajar, belajar ke? Albert Einstein tak habis sekolah pun terima Nobel Prize tau!!
Golongan "cool" dan "kubur sendiri" : Emosional dan ego tinggilah dia ni! Duit pembelajaran ke sekolah ni aku (?) yang tanggung sendiri. kau kisah apa? Woi, kubur sendirilah jaga!! Kau tak tahu ke nanti aku mati, aku kapankan mayat aku sendiri dan timbuskan sendiri(?) ?
Wahai dunia cakaplah apa saja. Daku hanyalah penyampai berita dan penganalisa manusia.
Memang, memang saya hipokrit. Dan, semua orang hipokrit kerana semua orang ada sisi buruk masing-masing yang ingin disembunyikan.
Ya, saya memang buta. Buta melihat ini semua.
Ya, Albert Einstein ialah seorang genius kerana dia masih memilih untuk berjaya walaupun tidak tamat bersekolah. Tetapi, anda bodoh kerana anda memilih untuk gagal walaupun diberi peluang untuk tamatkan sekolah dengan gemilang.
Ya, duit itu duit anda. Tapi, bukan sepenuhnya milik anda. Tetpai, milik ibu bapa anda. Aku sudah acap kali tengok ibu ayahku menangis kerana daku, dan aku tidak sanggup untuk melihat ibu bapa anda menangis.
Tuntas.
Potensi tetap ada. Peluang tetap ada. Pintu taubat tetap ada. Masa tetap ada.
Cuma
Pilihannya terletak pada tangan anda.
Ketepikan semua penghinaan, celaan dan diskriminasi.
Lupakan segala ego dan permusuhan.
Hancurkan setan yang menghasut untuk jatuh.
Dan,
BANGKIT DARI KEGAGALAN. Sesungguhnya semua negara, bangsa dan individu berjaya datang dari kegagalan, kerana mereka SEDAR dan KEMBALI pada PENCIPTA sebelum semuanya TERLAMBAT.
Realisasikan,
tiada yang mustahil pasti berhasil :)
ReplyDeleteEntri yang bagus bagi pelajar-pelajar. Moga usaha anda dirahmati Allah. :D Terima kasih menegur.
ReplyDelete