Thursday, 6 March 2014

[Jurnal al-Mamluk]: Konichiwa Japang!



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)

Alhamdulillah, post kali ini amba tulis khas untuk seorang sahabat ambo yang mencadangkan ambo untuk berkongsikan tips-tips ketika ditemu duga.

Ambo telah diterima untuk menghadiri sesi ujian dan temu duga untuk Program Ijazah Berkembar Jepun anjuran Yayasan Pendidikan MARA. Program ini merupakan sebuah biasiswa yang ditanggung sepenuhnya dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal atau Eletrikal di Jepun, dan ditanggung sehingga peringkat PhD (kalau larat). Ambo nak jelaskan dahulu bahawa ambo sendiri tidak tahu sama ada ambo diterima ataupun tidak, post kali ini sekadar memenuhi permintaan seorang sahabat yang ambo hormati dehh..

Bab 1: Persiapan Sebelum Temu Duga

Be Prepared

Kebanyakan biasiswa memerlukan untuk calon-calon menduduki ujian sebagai salah satu syarat.

Me at the day before interview : Baru berhenti kerja, baru merasa katil di rumah. Mood: Extreme sloth. Layan game Facebook yang Naufal Saidi selalu hantar "game request".

Moral: Jangan tiru aksi ini. Pastikan anda tahu apa yang akan anda harungi esok dan cuba untuk meringankan tulang untuk mencari sebarang maklumat yang akan membantu anda pada keesokan harinya.

Apparel: 5 Star!!

Ambo bukanlah mak andam, dan fesyen yang ambo pakai hanya sekadar untuk mengelakkan malu di khalayak ramai. Tetapi, apabila menghadiri sesuatu perkara yang besar seperti temu duga, anda harus mencuba untuk berpakaian secara terbaik. Berikut ada beberapa tips.

1. Cuba untuk memakai pakaian kemeja ataupun pakaian yang formal. Ini memberikan first impression bahawa anda sememangnya berminat dengan program ini.

2. Kemas. Mereka tidak melihat kecantikan atau harga sut anda. Mereka melihat kemampuan and untuk mengurus diri. Jikalau diri tidak terusur, bagaimanakah dengan pelajaran pula?

3. Pakai pakaian yang cerah. Ini ialah relatif. Sesetengah orang lebih gemar memakai pakaian cerah kerana ingin memberikan impresi bahawa anda seorang yang terbuka. Manakala, warna gelap terutamanya hitam pula menonjolkan kredibiliti anda dan tahap karisma anda. Sesuaikan ikut keadaan.

Documents are Your Life

Di sana, anda bersama dengan puluhan ataupun ratusan orang yang tidak dikenali. Tiada sesiapa yang mengenali anda. Maka, jangan berharap ada orang akan melayani anda jika tidak cukup dokumen. Pastikan, anda membuat checklist dan memeriksa kesemua dokumen dengan rapi.

1. Pastikan resume anda tetap ada bersama dengan dokumen-dokumen lain yang dipinta. Ini merupakan rumusan diri kamu yang mempunyai butiran yang lebih jelas tentang kelebihan anda.

2. Tiada kertas yang remuk, gam yang menceceh keluar dan lain-lain ketidak kemasan. Sebelum anda ditemu duga, mereka akan memeriksa fail yang mengandungi maklumat diri kamu. Bayangkan, jika kertas remuk, gambar senget benget, dokumen tidak tersusun, apakah impresi mereka terhadap anda?

Be Early

Ingat Polisi 20 Minit. Untuk sesuatu yang besar dalam hidup anda, berkorbanlah unutk datang awal. Jikalau berjumpa dengan gewe boleh cepat sokmo, mengapakah perkara sepenting ini anda boleh lambat?

Tempat temuduga ambo bertempat di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan. Tempat ini memang grand dan program bermula pada pukul 8.30. pagi pada hari Jumaat yang mulia. Ambo tiba di sana pada pukul 8.00 pagi dan ambo terkejut kerana lebih kurang 30 keluarga sudah tiba lebih awal.

Kedatangan awal memberikan kemenangan psikologi untuk anda. Mereka yang tiba selepas anda akan bergantung kepada anda dan ini memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan calon-calon yang lain. Be late,  anda akan cepat tewas dengan mata-mata mereka yang lain yang sudah tiba lebih awal dari anda. Be late, you are lose.

Bab 2 Menyesuaikan Diri

Ini biasiswa MARA. Budak-budak genius dari seluruh MRSM, SBP dan sekolah-sekolah lain akan datang bertandang. Ambo pergi ke tempat itu menaiki kereta ayah ambo, dan kemudiannya ditinggalkan bersendirian. Kesmeua calon-calin lain macam bawa satu kampung! Mereka juga memakai sut-sut mahal, tuksedo dan juga kasut yang berbunyi seperti tapak kaki kuda apabila berderap dengan lantai. Ambo hanyalah seorang kerdil. Ini mencetuskan panik.

Anda tidak semestinya memerlukan kawan ketika ini, tetapi berborak dan bersalaman dengan yang lain akan mengurangkan ketegangan jiwa anda. Di sana, semua orang seperti hendak membunuh antara satu sama lain. Mereka kesemuanya bercerita tentang result Trial yang gempak, percutian di negara-negara Eropah, belajar bahasa asing dan pelbagai topik diceritakan sebagai perang psikologi kepada calon-calon yang lain.

Percayalah, anda tidak perlukan cerita itu semua. Anda perlu senyum dan semua orang dengan begitu cepatnya sedar dan senang dengan kehadiran anda, kerana ketika itu kesemuanya muka stres sokmo. Maka, senyumlah! Ia sunnah dan mengurangkan stres.

Ambo duduk bersebelahan dengan seorang pelajar agama dan seorang pelajar STAR. Berborak dengan mereka tentang soalan bocor SPM, tarikh perkahwinan dan topik-topik santai yang lain amat membantu. Tetapi, pastikan fokus anda tidak hilang.

Bab 3 Soalan Danial Punawi

Bahana tidak ulang kaji. Soalan dipenuhi dengan istilah yang amat sukar difahami lagi susah lidah hendak menyebutnya seperti centripidal force, balllistics pendulum dan trigonometric functions.Kalkulator tidak dibenarkan sama sekali dan bayangkan anda dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan di bawah;

1) What is sin 220?

2) Draw graph of...(soalan trigonometric functions)

3) Convert 120 litre cubic to 120 inches cubic

4) What component usually found in iron ore, besides the iron itself.

Dan pelbagai soalan yang mengalirkan air mata. Rakan sebelah sudah mula menggumam "Matilah..matilah aku". Manakala, rakan STAR itu tenang sahaja sambil diselangi dengan atuk-batuk macho gitu. Pabila selesai ujian, ambo bertanya kepada beliau, "Berapa soalan kau tembak dari 30 soalan?". Beliau menjawab, "5 saja. Soalan tadi OK-lah". Ambo?

10. Itulah bilangan soalan yang ambo hantam. T______________T

*apabila ambo ketemu dengan rakan lain dari STAR, rakan ambo kabo abahwa kawan dia yang duduk sebelah ambo merupakan seorang genius. Patutlah..Don't Judge the Book by Its Cover..


Bab 4 101 on Interview

Ada beberapa petua semasa ditemu duga. Semasa ditemu duga, anda perlu untuk kelihatan yakin dan releven. Ia tidak semestinya terletak pada pakaian, kerana tujuan utama temu duga itu ialah untuk mencari sesuatu dari yang lain; confidence. Semua orang boleh pandai, tapi tak semua boleh meluahkan idea. Zaman ini bukan lagi zaman kertas, tapi inilah zaman ekspresi di mana penonjolan akhlak dan etika yang mulia beserta dengan keyakinan diri yang jitu menjadi pilihan utama para majikan (Rujuk buku Brian Tracy; Focal Point)

1. Jika anda memakai sut selain daripada blazer seperti jaket dan cardigan, sila buka. Informality amat bagus semasa kerja dan public relation tetapi kini anda sedang berurusan dengan para elit yang mahukan anda serius dan elegan. Memakai blazer ialah satu bonus bagi anda tetapi jangan rasa rendah diri bila tidak pakai. Ingat, pakaian bukan perkara utama yang dicari. Kredibiliti kamu.

2. Masuk ke dalam bilik dengan langkah yang tenang dan muka ke arah hadapan. Berjalan dengan perlahan atau muka yang cemas memberikan impresi awal yang kurang enak.

3. Duduk dengan sopan. Ambo duduk dengan kaki yang terbuka luas dan ini merupakan kesalahan teknikal yang amat besar. Kaki dibuka dengan jarak yang selesa bagi lelaki, kalau perempuan janganlah berbuat sedemikian dehh..

4. Duduk dengan tegak. Ini memberikan impresi kematangan.

5. Apabila menjawab, banyakkan untuk mengguna bahasa badan. Jika anda sedang memperkenalkan diri anda, tunjuk ke arah diri anda. Gunakan tapak tangan yang terbuka ketika menerangkan sesuatu. Dan, jika anda ingin menerangkan sesuatu yang terperinci, buat tangan seperti muncung itik..Haha, tak tahu nak terangkan macam mana. Bahasa badan yang baik memberikan pengukuhan tentang apa yang anda ingin terangkan tetapi berhati-hati kerana bahasa badan yang berlebihan akan membuatkan ada seperti orang yang bebal. Sori..:D

Berikut ialah sedutan temuduga ambo..

Pegawai: Sidi Muhammad Yusoff, sila masuk.

Ambo bangkit, buka jaket dan senyum ke arah pegawai. Pegawai itu membalas senyuman ambo dan meninggikan semangat ambo. Ambo ketuk pintu oak yang besar itu lalu masuk. Kelihatan seorang wanita Melayu sedang sibuk mencoret sesuatu dan seorang lelaki Jepun sedang terenyum memandang ambo. Okay, ambo tak jangka ada seorang penemu duga berbangsa Jepun. Tetapi, senyuman beliau dibalas.

Ambo: Assalamualaikum and good morning, sir. (Kepala mengangguk ke arah penemu duga Jepun)

Wanita Melayu itu mengangkat kepalanya dan tersenyum. "Please have a seat".

Ambo duduk di kerusi menghadap mereka. Kebiasaannya, ambo duduk bongkok tetapi buat kali ini, belakang diluruskan dan tangan dibuat berbentuk stteple. Gesture ini memberikan impresi bahawa anda seorang yang berfikiran dalam. Haha. (Allan and Barbara Pease, Definitive Book of Body Language)

 

Wanita Melayu: So, can we start? How about introducing yourself..Ermm..Sidi Muhammad Yusoff, right?

Ambo: Absolutely, maam. My name is Sidi Muhammad Yusoff bin Azli Shah. My academics background is at SMS Muar. I studied at the fully residential school for two years. During the two years, Alhamdulillah I excelled in my exams as you can see in my resume (bukan riya' tetapi untuk emphasise bahawa kita mampu secara akademik, inilah kegunaan resume anda). And, I also involved in students exchange programme with the Thais and Japanese. I also experienced in becoming secretariat in national and international events (Terima kasih kepada cikgu SAMURA yang banyak memberikan ambo peluang menjadi urus setia program kebangsaan dan antarabangsa). #Smile

Wanita Melayu: So, you involved in students exchange programme with the Japanese..Can you speak a few words for us? (Gelak)

Ambo: I watched anime a lot, but I cannot speak that much (Semua gelak). I know a few basic words such as konichiwa, sayonara and banzai. (Gelak)

Wanita Melayu: Hahaha, ok. (Bahu beliau dan orang Jepun itu sudah kurang tense. Maknanya, mereka sudah selesa). So, how do you know about our programme?

Ambo: My friend recommended me about this programme. So, I surfed the Internet and found it. It had my interest so I decided to fill the form  and here I am.

Wanita Melayu: Okay, why do you interested in engineering?

Ambo: Hahaha, I think it is in the bloodline. My father is a civil engineer and now I am offered Mechanical Engineering course. Besides, I want to contribute something to the society. My father built bridges, roads, the Terminal Bersepadu Selatan Park N Ride and I want to build machines that are useful to the society.

Wanita Melayu : Oookay, why you interested to study in Japan? As you can see, Japan is a very hard place (jeling kepada orang Jepun) and the States and other country are much colder and more fun living there?

Ambo: My interests is not based on climates. What attracts me about Japan is their perseverance. And, they also shared the same Eastern culture with the Malays. And, I think I can bring some of Japan's high discipline culture to our country and share it with other fellow friends. My interests to Japan is like Dr Mahathir's interest to Japan.

Wanita Melayu: Okay, what is the toughest part in the exam?

Ambo: (spontan). The Maths part.

[Semua gelak]

Wanita Melayu; What? Hahaha..the Mathematics part is in the Engineering and you find it hard?

Ambo: Haha..Maths certainly not my cup of tea. I prefer Chemistry instead.

Wanita Melayu: Then, why you apply for Mechanical Engineering? (Berat nanang ni...)

Ambo: (serius balik) I think I can improvise better if I had a chance in the programme.

Wanita Melayu: Okay, I will keep a track on you if you are in this programme. Especially your Maths. So, you are very unfortunate because I want to ask yo a few questions about Maths. Please go to the board and factorise 2x^2 + x - 6= 0

Ambo: (Matilah aku..Mencuba jab.Tapi tak dapat) Sorry maam, I can't do this. i am hardwired to calculator

Wanita Melayu: Okay, okay never mind. How about a simpler one x^2 +x -6+ 0?

Ambo: Can't too. I am very sorry.

[Sunyi sepi]

Wanita Melayu: (Tangan di kepala) Okay, what is the complete circle of sin?

Ambo: 90 degrees?

Wanita Melayu: Never mind. Ok, what is sin 30?

Ambo: 0.5.

Wanita Melayu: (Senyum balik). Okay, please have a seat.

[Duduk]

Wanita Melayu: Why should we offer you this chance?

Ambo: (Ambil nafas panjang, beriimpresi apa yang hendak cuba disampaikan datang dari hati..Haha) Engineers,even if they are in the..you know, graves..The work they build remained eternity. This is immortality. My father has his chance to contribute to the society, and I want mine. I will strive to make this world a better one..

(Wanita Melayu angguk dan bercakap dalam bahasa Jepun dengan lelaki itu)

Wanita Melayu: Okay, is there any questions you want to ask us?

Kemudian, berlakulah dialog seperti dalam Facebook ambo..Ambo puas hati, walaupun jika tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Ini merupakan satu pengalaman yang berharga..Wassalamualaikum..:D

9 comments:

  1. thnk you so much for sharing. i would be totally freakin' out if they asked me to calcute without calculator.
    common problems in me is my confident level . it's 50-50. somehow i should practice in front of the mirror maybe ?
    by the way, In Shaa Allah kau boleh dpt tawaran ni .
    May Allah bless you bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling susah factorise-lah..dia akan target bende2 mcm tu..

      confidence level boleh dibina dgn the first step; voice out your opinion..kalau blogging, buat video you tube..tu sume boleh boost confidence..in-sha-Allah..

      thank you and hey, doakan unutk semua B30..haha..:D

      Delete
  2. Replies
    1. tk susah pe'yok..ak jwb broken jugak..die nk tgk kau punye confidence..org Jepun tu bukannya reti ckp Inggeris pun..^0^

      Delete
  3. wooww, strict nyaa orang yang interview kau. Kau dapat kertas set berapa ?

    ReplyDelete