
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)
Ambo lihat, ramai rakan-rakan suka cakap pasal cinta. Cinta, cinta, dan cinta sampai muntah. Tambahan pula, ada sesetengah ulama hafizahullah mencadangkan kalau jatuh cinta, kahwinlah. pesanan para ulama' kita memang betul tetapi kebanyakan daripada kita hanya menangkap maksud zahir dan inti bicara ulama' tadi dibiarkan.
Berkahwin memang akan menyelesaikan masalah kita tetapi datanglah tanggungjawab yang amat besar. Think you can handle it? If you can,then proceed. Tiada siapa akan halang kamu kahwin muda. jangan lupa ajak sekali dehh..:)
Ehemm..okay kembali ke bicara pokok kita. Wanita merupakan makhluk yang amat special. Daripada berjuta-juta jenis makhluk Allah ciptakan, lelaki hanya tertarik kepada wanita sahaja secara fitrahnya. Wanita pula dianggap sebagai satu perhiasan yang amat mahal, kerana itu perlindungannya juga amat ketat.
Kalau kita pergi di pasar malam, tempat famous mencari barang-barang yang murah, barang-barang itu diletakkan sebegitu sahaja. Sudahlah diletakkan begitu sahaja, smeua orang boleh meramas-rama beg itu. kalau dibeli, hanya diletak dalam beg plastik yang murah. Kerana apa? Kerana barang itu murah.
Ada satu permata namaanya Star of India. Permata ini amat unik kerana macam ada bintang dalam tu. Setiap kali ada pameran tentang permata ini, akan ada alatan canggih seperti laser dan berpuluh-puluh pengawal dikerahkan untuk mengawal permata it. Sudahlah sedemikian, permata itu disimpan pula di dalam kotak kaca kalis peluru dan dilengkapi sensor yang peka terhadap sentuhan dan juga perubahan suhu. Kenapa? Sebab, ia bernilai. Maka, penjagaannya pun rapi.

Wahai wanita, awok lebih bernilai dari Star of India itu..Malahan, jika permata sleuruh dunia dikumpulkan sekalipun, mung lagi berharga...Sebab itulah Allah subhanahu wataala memberikanmu garis petunjuk untuk menjaga kehormatanmu di zaman yang masaloh ini dehh..:)
Di sini, ambo ingin berkongsikan tentang apa yang perlu dititikberatkan oleh wanita. berikut merupakan sedutan daripada ceramah al-Fadhil Ustaz Mohd Hanif
1. Bulu kening.
Menurut Imam Bukhari,Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
jangan cenggini dehh..perhati kening beliau

2. Kaki dan semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan)membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian.
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
bukan dop boleh pakai minyak wangi terus, cuma janganlah spray sampai setengah botol dehh..
4. Dada..
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikandari Surah An-Nur Ayat 31.
hok ning pun oghe selalu culas..kalau tak nak pakai tudung labuh, at least kasi lepas bahu dan menutupi dada dehh..:)
5. Gigi..
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang merubah ciptaan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
termasuk juga dengan pakaian yang melekat pada tubuh dehh..
8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata..
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW,Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.)
mata korang sememangnya memiliki magis yang sangat hebat. Maka, tundukkanlah pandangan dehh..:)

10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu.kepala mereka di lalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikandari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis RiwayatRiwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian..
Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata,maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu D,An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59..Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali,Lantaran itu mereka tidak diganggu.
ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat,mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat.Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka.bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut..
Wahai anakku Fatimah! Adapun.perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu.menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda:Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Sohih Muslim No.4921)
Semoga ALLAH memelihara isteri-isteri kita serta anak-anak gadis kita daripada dihumbankan ke dalam api Neraka………Aamiin Ya Robbal'alamin

Rasa macam berat? Jangan sesekali..Kerana ambo mendengar tazkirah dari Mufti Iraq Syeikh rafe' al-Aini, bahawa umat rasulullah dijanjikan beberapa perkara;
1) Tiada ujian yang umat Muhammad tidak boleh harungi
2) Dijanjikan syafaat kubra oleh Rasulullah
3) Doa yang pasti dikabulkan
4) Umat-umat nabi lain hatta Nabi sendiri ingin menjadi umat Nabi Muhammad
Wahai wanita, bagimu jagala tiga perkara dan silalah memilih mana-mana pintu syurga..Taat kepada Allah, Rasul dan suami..
Bagi kami pulopp..Aduss, berat..hal ehwal mung sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai kakak atau adik perlu dijaga oleh kami atau akan digelarkan sebagai...:)


Rasa macam berat? Jangan sesekali..Kerana ambo mendengar tazkirah dari Mufti Iraq Syeikh rafe' al-Aini, bahawa umat rasulullah dijanjikan beberapa perkara;
1) Tiada ujian yang umat Muhammad tidak boleh harungi
2) Dijanjikan syafaat kubra oleh Rasulullah
3) Doa yang pasti dikabulkan
4) Umat-umat nabi lain hatta Nabi sendiri ingin menjadi umat Nabi Muhammad
Wahai wanita, bagimu jagala tiga perkara dan silalah memilih mana-mana pintu syurga..Taat kepada Allah, Rasul dan suami..
Bagi kami pulopp..Aduss, berat..hal ehwal mung sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai kakak atau adik perlu dijaga oleh kami atau akan digelarkan sebagai...:)

sidi,nak tanya mengikir gigi tu macam pakai braces?pendakap gigi ?then kalau yang DAH pakai braces tu mcmmana? dia masih berdosa atau tak? mohon jelaskan,hee terima kasih :)
ReplyDeleteouh, tk semestinya..mengikir gigi tu ditujukan kepada wanita yg buat giginya sedemikian semata2 utk menarik lelaki lain..kalau nk betulkan gigi, tak jadi masalah..:)
Deletetapi ramai wanita akan cukur kening bila nak kahwin :P
ReplyDeletehaha, kitelah yg kene tangugng nanti..:D
DeleteKalu bulu muka tu guane bohh?
ReplyDeletehok bulu muko yg jelas kelihatan aibnya, maka bulih cukur dehh..:)
Deletekalau kawasan bawah dagu ke leher tu aurat ke?
ReplyDeletekhilaf ulama. Adapun Syeikh Nuruddin Makki al-Banjari berpendapat bahawa ianya aurat. Adab bagi kita jika ada khilaf antara ulama, kita mengambil pendapat yg berat just to make sure..So, sunat untuk tutup ketika di tempat biasa dan wajib tutup ketika solat..Kalu pompuan pakai penutup dagu tu pun tk menjejaskan kecantikan korg dehh, comeyy jugakk..*professional view, sis..ahaha..:D
Delete