Friday 25 April 2014

[Munakaht]: Hanya Untuk Lelaki :)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh..:)

* Sori sebab takde gambo untuk post ni..Sebab rase awkward lak..haha..:D

Berikut ialah sebahagian daripada nasihat Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim al-Fathoni di dalam kitab Muhimmah. Kitab Muhimmah ini sarat dengan nasihat-nasihat kepada wanita-wanita dan juga lelaki sebagai persediaan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Jadi, untuk rakan-rakan yang hendak kahwin, mungkin boleh baca post ini sebentar. Ini bukanlah satu tulisan yang semata-mata untuk permainan dan gurauan..:)

Kata mushonnif rahimahullahu taala,

"Maka seyogianya engkau (wahai para lelaki) mengamat-mengamati dan engkau bersungguh-sungguh hai saudaraku dalam mencari sifat perempuan yang sunat dipilihnya yang wanita itu akan berkekalan taulan (kasih sayangnya) dan sampai boleh bersama-sama dengannya (bermesra) dengannya. Carilah ia dalam 7 perkara;

[PPertama]: Hendaklah engkau pilih perempuan yang sholehah yang takut akan Allah taala lagi yang kekal dalam ibadat lagi yang menjauhi faripada segala yang diharamkan oleh Allah. Telah bersabda Nabi Muhammad SAW,
" Berkahwinlah kamu akan perempuan itu atas beberapa perkara, kerana hartanya, kerana elok rupanya, kerana bangsanya, dan kerana agamanya. Lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama"
Sabda Nabi lagi,
" Barangsiapa berkahwin berkehendak akan permpuan itu akan hartanya dan kerana elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan eloknya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barangsiapa berkahwin akan dia kerana agama perempuan itu nescaya diberi rezeki oleh Allah taala akan dia dan juga harta dan elok rupanya".
Dan dapat difahami daripada dua hadith ini bahawasanya seyogianya ersungguh-sungguh memilih akan perempuan yang mempunyai agama kerana berkahwin dengan wanita itu menolongi dalam berbuat ibadat dan lagi menolongi akan mendirikan agama.

[Kedua]: Sunat memilih akan perempuan yang baik perangainya kerana yang demikian itu menolongi akan menyekesakan (menyukakan) dalam berbuat ibadat kerana perempuan yang jahat perangai itu dan jahat lidahnya adalah mudarat bagi lelaki itu lebih banyak dari manfaatnya. Dan, para lelaki tidak akan mampu bersabar dari lidah wanita melainkan orang yang dianugerahkan Allah taal kesabaran seperti para ulama dan solihin.

Dan telah berkata ulama' Arab, "Jangan kau berkahwin dengan perempuan yang mempunyai 6 perkara;

1) al-Inanah, iaitu perempuan yang banyak keluh-kesah dan banyak mengadu akan keadaannya padahal dia sentiasa menghiasi dirinya melebihi keperluan. Berkahwin dengan perempuan sebegini hanya akan menyakitkan hati dan tidak ada di dalamnya kebaikan.

2) al-Mananah, iaitu perempuan yang banyak menngungkit-ungkit jasanya kepada suaminya

3) al-Hinanah, iaitu perempuan yang ingin bersuami yang lain dan anak-anak yang lain. Maknanya, dia sering berkhayal akan lelaki yang lain.

4) al-Hidafah, iaitu perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu maka ingin ia akan segala-galanya dan memberatkan suaminya untuk membeli kesmua itu.

5) al-Biroqah ada dua makna. Pertama, perempuan yang seharian menghiasi mukanya melebihi keperluan dan makna kesdua ialah perempuan yang banyak memarahi suaminya di atas makanan dan nafkah yang diberikan kepadanya.

6) al-Siloqah, iaitu perempuan yang banyak perkataannya melebihi keperluan.

Dan kata Saidina Ali, 3 sifat yang buruk ada pada diri seorang lelaki, tetapi baik bagi seorang perempuan memilikinya ialah;

1) al-Bukhul, iaitu kikir. Apabila seorang perempuan memiliki sifat kikir (yang tidak berlebih-lebih) maka dia akan bijak memelihara harta suaminya.

2) al-Zahwu iaitu besar diri. Apabila seorang wanita itu suka membesarkan dirinya (tidak melebi-lebih) maka enggan dia berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan lemah lembut dan lenggok maka demikian tidaklah kita berasa cemburu dan marah kepadanya.

3) al-Jubn, iaitu penakut. Apabila seorang perempuan itu penakut (bukan penakut yang negatif) naja takutlah ia kepada tiap-tiap perkara tanpa suaminya maka tidaklah dia keluar dari rumah tanpa keperluan.

[Ketiga] Sunat memilih perempuan yang elok mukanya yaki baik rupanya kerana dengan dialah terpelihara akan daripada ingin kepada perempuan yang lain. Dan jangan pula berkahwin dengan perempuan yang baik rupanya tetapi tiada agamanya. Dan barangsiapa menngkehendaki denganberkahwin itu, sunat berniat untuk menghasilkan anak atau untuk mentadbir keluarganya.

[Keempat] Sunat memilih akan perempuan yang ringan mas kahwinnya keran sabda Nabi;
"Yang terlebih baik perempuan itu iaitu yang terlbih baik mukanya dan yang terlebih murah mas kahwinnya'

Sabda Nabi lagi;
"Sesetengah daripada keberkata seseorang perempuan itu segera dia bersuami dan segera rahinnya memperanakkan dan murah pula emas kahwinnya"
[Kelima] Sunat memilih perempuan yang banyak beranak kerana sabda Nabi,
"Lazimkan atas kamu berkahwin dengan perempuan yang banyak beranak dan banyak pula kasih sayangnya kepada suaminya"

[Keenam] Sunat memilih perempuan yang dara kerana sabda Nabi kpeda Jabir radhiallahu anhu yang hendak mengahwini seorang janda,
"Mengapa tidak engkau berkahwin akan perempuan yang dara sehingga dia bermain-main dengan kau dan engkau bermain-main dengan dia" (bermesra dehh)
 [Ketujuh] Sunat memilih akan perempuan yang mempunyai bangsa yang baik iaitu perempuan itu daripada cucu orang yang mempunyai agama dan anak cucu yang soleh dan alim.


Maka, inilah 7 sifat yang sunat memilih wanita dengan sifat-sifat ini. Tidak semestinya memerlukan ketujuh-tujuh sifatnya, jikalau ada yangkurang, tugas kitalah sebagai suami untuk menggilapnya. :)

p.s: Rindu nak ngaji kitab ini setiap Khamis lepas Asar bersama TG Abdul Halim..:D Sekian wassalam..:D

2 comments:

  1. jodoh ketentuan semua di tangan tuhan semoga nanti kita akan berjumpa jodoh yang di rahmati Allah :)

    ReplyDelete